Wednesday, August 10, 2005

UMNO TRG KAKI BOHONG..!!!!!

oLEH: Anak Batin

Pembohongan 1: Mengisytiharkan cuti umum pada hari Isnin, 22 Mac 2004 sebagai meraikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Terengganu.
Realiti 1: Cuti ‘olok-olok’ itu terpaksa diganti semula oleh sekolah-sekolah di bawah Kerajaan Persekutuan pada hari Sabtu 22 Mei 2004 dengan mengikut jadual persekolahan hari Isnin.


Pembohongan 2: Kerajaan BN mesra rakyat dan tidak membalas dendam.
Realiti 2: Puluhan pegawai kanan kerajaan yang dianggap ‘condong’ kepada PAS dipaksa meletak jawatan, ditukarkan jawatan, malah “disejukbekukan”. Ratusan pegawai lantikan PAS seperti kakitangan Unit Pembangunan Insan (UPI), imam bertauliah dan muballigh ditamatkan perkhidmatan mereka. Tanah rakyat kurniaan kerajaan PAS dirampas, rumah rakyat dan masjid dirobohkan tanpa sebarang peluang berunding.

Pembohongan 3: Kerajaan PAS tidak bina walau satu pun masjid baru.
Realiti 3: Kenyataan Idris ini bercanggah dengan kenyataan Exconya sendiri, Wan Hisham Wan Salleh di Persidangan DUN Terengganu pada 6 Disember 2004 yang menyebut terdapat dua buah masjid yang dibina oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh itu. Kenyataan Wan Hisham itu juga adalah pembohongan. Rakyat menjadi saksi bahawa pada zaman pemerintahan PAS, beberapa buah masjid telah dibina di seluruh negeri. Antaranya ialah di Pengadang Baru, Kampung Gemuroh, (Kuala Terengganu); Bandar Marang, Kampung Tebakang (Marang); Penarik (Setiu); dan Balik Bukit (Besut). Malah kerja menyiapkan pembinaan yang tidak disiapkan oleh kerajaan BN sebelum itu pun turut dibuat.

Pembohongan 4: Tolak pelawaan PAS untuk sertai forum bincang isu tanah secara terbuka, kerana mahu isu tersebut dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri.
Realiti 4: Apabila ADUN PAS – Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut membawakan usul agar Sidang DUN pada April lalu membincangkan isu perobohan rumah peserta RTB Belimbing Api, Besut, usul berkenaan diTOLAK mentah-mentah.

Pembohongan 5: Kerajaan BN menghapuskira tunggakan cukai pintu berjumlah RM39 juta.
Realiti 5: Notis dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah-daerah menuntut rakyat membayar semula cukai pintu berserta TUNGGAKAN sejak beberapa tahun ke belakang.

Pembohongan 6: Tiada sebarang pelaburan asing diterima sepanjang pemerintahan PAS (1999 – 2004).
Realiti 6: Ada! Pada tahun 2001, sejumlah RM3.4 juta Pelaburan Langsung Asing (FDI) diterima oleh Terengganu menerusi tiga bidang perniagaan iaitu chipboard, pintalan benang dan elektronik. Awal tahun 2003, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengumumkan bahawa Terengganu mencatat jumlah FDI tertinggi di seluruh negara bagi tahun 2002 iaitu RM4.736 bilion (baca RM4,736 juta).

Pembohongan 7: Menyerapkan semua kakitangan kontrak di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sebagai kakitangan tetap selewat-lewatnya akhir tahun 2004.
Realiti 7: Kini sudah Ogos 2005, sejauh mana terlaksana?

Pembohongan 8: Rakyat semakin senang dan mereka dah mula ‘senyum’ semula.
Realiti 8: Rakyat makin menderita. Yang baru dapat tanah dan sedang bina rumah, sekelip mata hilang kedua-duanya angkara kerajaan BN. Rezeki pula makin payah; peniaga kurang pembeli, nelayan payah dapat ikan, barangan keperluan semua naik harga. Sudah ada yang terpaksa makan ubi dan biskut kerana tidak mampu beli beras. Macam cerita zaman Jepun!

Pembohongan 9: Bandar Kuala Terengganu akan dibangunkan ala Istanbul.
Realiti 9: Kah! Kah! Kah!

Cyberluncai: Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Cakap bohong lama-lama jadi Menteri...

No comments: