Tuesday, May 31, 2005

HEBAHKAN ISU "ROBOH RUMAH RAKYAT DAN RUMAH ALLAH" INI

Assalamulaikum,

Saya amat merasakan bahwa isu kezaliman Umno meroboh Rumah Allah dan rumah-rumah rakyat mesti diheboh dan di’main’kan oleh Pas dan BA semaksima mungkin. Ini kerana, isu ini sebenarnya amat sensitif kepada orang-orang kampong terutama rakyat Terengganu yang sekian lama rindukan geran tanah dari kerajaan negeri lebih dari 30 tahun lagi. Isu ini bukan sahaja sesuai diperingkat tempatan, malah juga di peringkat nasional.

Saya masih ingat, oleh kerana ingin ‘meroboh’ rumahlah jiran saya yang menyokong Pas selama lebih 40 tahun, tiba-tiba bertukar menyokong BN sewaktu PRU11 baru-baru lepas.

Kisahnya begini. Sewaktu kerajaan Pas mengambil alih kuasa daripada Umno lapuk, Dr. Sulaiman (ADUN Pas Ladang) telah dilantik sebagai Yang Dipertua MPKT (Majlis Perbandaran Kuala Terengganu). Jiran saya mempunyai sebuah rumah di kawasan pinggir bandar Kuala Terengganu dan rumah yang baru dibina itu, sepertimana biasa ataupun sememangnya menjadi satu fenomena biasa di Terengganu, membina rumah biasanya tidak mengikut prosedur pelan dan arkitek yang diluluskan oleh kerajaan tempatan. Dalam sekitar tahun 2002-2004, MPKT telah membuat satu kajian pelan untuk membangunkan dan penyusunan Bandar Kuala Terengganu dari segi penempatan dan perbandaran. Lalu pihak MPKT telah mengarahkan rumah-rumah sekitar perbandaran dipastikan mempunyai geran arkitek yang disahkan, supaya kerja pembentungan dan perubahan struktur jalan boleh diseragamkan. Ini kerana, percayakah anda, bila hujan lebat sekejap sahaja, Bulatan SK Sultan Sulaiman dan beberapa kawasan bandar terus dilimpahi air (banjir kilat). Masalah ini sebenarnya berlarutan berzaman-zaman semasa BN dulu memerintah.

Arahan untuk memperbahrui pelan secara sah telah dikeluarkan, dan sememangnya di atas surat arahan tersebut tertulis, “jika arahan tidak dipatuhi, tindakan akan dibuat seperti memberhentikan pembinaan dan juga MEROBOH akan dibuat”. Jiran saya mengajak saya berjumpa Dr. Sulaiman dan kami berjaya bersemuka dengan beliau. Sebelum itu, sewaktu menunggu, kami berbual dengan pegawai yang bertugas di bahagian pejabat YDP, saya yakin mereka ini kebanyakan penyokong Umno. (Lihat, betapa baiknya kerajaan Pas, pegawai atau pekerja yang menyokong umno pun tetap kekal dalam pejabat kerajaan tempatan). Pegawai tersebut bersuara: “Mung tahu dok, sebenornya buat kerja ni puok-puok mung jugok, set-set JSR lah. Doh dia takdok kerja laing, dia repot la ke bandorang..” [Awak tahu tak, yang repot pasal ni, puak anda jugak, Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) la, dah sah mereka ni nak nampak buat kerja, tak lain mereka repot kat MPKT lah]. Jiran saya berubah muka, tapi saya menenangkan beliau. Pegawai ini sangat berani, kerana sewaktu itu, Deris Jusoh dan Dollah Badawi tengah sibuk berkempen “Gelombang Biru”.

Setelah beberapa minit kemudian, kami berjaya berjumpa dengan Dr. Sulaiman, tetapi jawapan Dr. Sulaiman pada masa itu agak kecewa, “Oleh kerana surat dikeluarkan, pihak kami tidak boleh berbuat apa-apa”. Kebetulan saudara saya juga mengenali pegawai yang mengeluarkan surat tersebut, kami dibawa untuk berbincang dengan pegawai tersebut. Katanya; “Jangan risau, rumah tu tidak akan diroboh, kerana itu memang prosedur biasa dalam surat, akan tetapi sebarang kerja pembinaan hendaklah diberhentikan dulu, sementara pelan rumah dikeluarkan”. Rasa hati lega sedikit mendengar penjelasan pegawai tersebut.

Akan tetapi, isu ‘mahu roboh’ rumah ini dimainkan diperingkat kampong oleh JKKK mereka, dan jiran saya telah terpengaruh. Kata mereka; “Sokonglah BN bila mengundi nanti, kalau tak rumah anda akan diroboh..”

2 bulan sebelum pilihanraya (PRU11), saya amat terkejut bila tiba-tiba bendera dacing BN dengan megahnya berkibar di atas pokok mangga depan rumah jiran saya. Dalam hati; “Innalillah, wa inna ilaihi raajiun…”

Inilah hebatnya isu ‘roboh rumah’, kalau dulu Umno jahat telah mempermainkan rakyat dengan duit dan tipu daya bahawa “Umno bina, Pas musnah”, padahal tak pernah pun Pas meroboh rumah rakyat, malah isu pembuangan patung penyu sudah dijawab dalam Warta Darul Iman. Tetapi umno tetap dengan tipu daya jahat mereka.

Kini, bukan sahaja ‘akan’ malah ‘SUDAH’ meroboh rumah-rumah rakyat dan Rumah Allah pun menjadi mangsa.

Oleh itu, saya berharap isu ini terus dimainkan di semua peringkat. Tahniah kepada WM TKO kerana berjaya menggubah dan mengedar VCD tentang kezaliman Umno ini.



Tiupkan isu ini kepada saudara mara kita, tayangkan VCD tersebut kepada mereka, terutama di Terengganu ini.

"RAKYAT TERENGGANU BERSAMA PAS TAHUN 2008"

Sekian Terima Kasih.
Lotus 123

cyberluncai: penjelasan mengenai status RTB sila tekan sini.

Monday, May 30, 2005

Demo bantah Kezaliman Umno



Seramai lebih 1000 orang telah mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Terengganu hari ini Isnin, 30 Mei 2005 jam 10.00 pagi kerana membantah perobohan Masjid Desa Makmur, RTB kg. Bujal, Kijal dan 10 buah rumah rakyat.

Demostrasi ini telah diketuai oleh Ust Nasaruddin Tantawi dan memorandum telah dihantar kepada A.D.O.

Bantahan ini dibuat kepada Dato Deris Jusoh, selaku menteri Besar, Exco Ahmad Said (Exco Penempatan), Pegawai Daerah Kemaman. Ketua Polis kemaman dan Pengarah JPS Kemaman.


Selepas ini orang ramai dikehendaki bersolat Hajat selamat 40 hari mengutuk perobohan rumah Allah ini.

Siri Kezaliman Umno: Roboh Rumah Allah di TRG.

6.30 pagi khamis, 26 Mei 2005 Polis dan FRU telah mengempung Masjid kg Bujal segenap penjuru. 4 trak FRU dengan bantuan Polis Simpanan dan Polis biasa 4 trak juga mereka mengelilingi Masjid Kg. Bujal ("Dalam akhabar kata bukan masjid, kambing atau lembu pun boleh beza masjid dengan kandangnya, tetapi ada yang lebih bahlol daripada lembu kata ini bukan masjid!" - WM TKO)



Kerja-kerja pemotongan elektrik telah dilakukan oleh pihak TNB. Ini satu lagi bukti pembohongan pihak media massa. Dia orang kata bangunan (Masjid) ini dibuat diluar perkampungan jauh ke dalam. Dia orang juga kata ini adalah markah PAS. Cuba fikir sedikit, walaupun ada dalam akta, TNB kena bagi elektrik jika ada permohonan, takkan TNB nak bagi tiang elektrik kalau bangunan ini di buat di dalam hutan. Ini mestilah dalam perkampungan. Media pembohongan, rakyat bodoh (UMNOlah) tak ada fikiran tertipu, dan ditipu makin lama makin bodoh, belajar aje tinggi-tinggi.


Kerja permotongan elektrik.


Kerja pemotongan elektrik, ada yang kata dia sedih dan menitis air mata. Ada yang minta jangan siarkan gambarnya, tetapi saya tak nampak jelas dalam video dia ini sedih, walahualam.


FRU mengempung masjid. Padangan daripada sebelah mikraj.


Polis simpanan membantu FRU mengawal, kebanyakkan budak-budak lagi. Ada yang kata budak-budal PKLN. Saya jawab takkan PKLN ada senjata M-16 dibelakang masing-masing. Masih budak-budak kelihatan ketakutan (Sila dapatkan VCD memang jelas dia ni ketakutan, sebab dalam VCD fokus close-up)


FRU mengelilingi mikraj masjid (Bangunan masjid ada mikraj, kalau rumah ada dapur, ada perbezaannya)


Bahagian pintu masuk, tempah kolah (tempat ambil wuduk) dikelilingi FRU. (Catatan : tarikh dalam tape 25 Mei, 10.23 malam tuan punya kamera silap setting agaknya malam siang, sepatutnya 26 Mei 10.23 pagi.)


Orang ramai mengeliling FRU, kata beberapa orang tali barut UMNO dalam forum laman ini, tak ada orang, mereka ini bebal dan hati telah hitam tak ada hidayah asyik nak mengata orang aje, tak boleh berfikir secara rasional.


Suasana gamat kerana orang ramai menuju ke arah Jentolak yang hendak meroboh.


FRU lengkap dengan senapang gas pemedih mata. tetapi pada masa tu orang ramai yang saya temui mengatakan FRU nampak kecil sahaja, tetapi pimpinan arahkan supaya jangan buat kacau bilau, kalau tidak 'hancur lumat mereka, kita kerjakan'.

Untuk maklumat lengkap dapatkan VCD yang berada di pasaran sekarang:

Saturday, May 28, 2005

Islam Hadhari....Islam Sufi

Syabas..! ana amat berbangga kerana mempunyai seorang sahabat yang sungguh semangat dan cakne dalam mengungkapkan kembali dan membukukan peramalan serta falsafah orang-orang lama yang berhaluan tasawwuf. Yang semuanya dinyatakan dalam laman web dibawah:

klik untuk buka website ini


Akan tetapi mesti diingat, mengingati Allah sepanjang masa merupakan tanggungjawab asas kita dalam semua hal agar segala amalan kita diterima oleh-Nya.

Rasullulah SAW mengajar kita dalam pelbagai sudut kehidupan yang telah banyak disebut di dalam kitab-kitab muktabar.

Ana amat terkesan bila membaca Hadith 40 oleh Imam Nawawi yang juga menyentuh mengenai asa penting kehidupan muslim.

"Dari 'Umar ibn al-Khattab (RadiAllahi anhu),

"Suatu hari kami duduk bersama Rasullulah SAW, datang seorang pemuda yang berpakaian putih, rambutnya hitam berkilau. Tidak menunjukkannya bahwa beliau seorang musafir. Tiada dari kami mengenali beliau. Beliau duduk dekat Rasulullah SAW. Bersila dan berkata:
'O Muhammad, tell me about Islam'. The Messenger of Allah replied, 'Islam is to testify that there is no god but Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah, to establish the prayer, pay the zakat, observe the fast of Ramadan, and perform the pilgrimage to the House if you are able to do so'.
He said, 'You have spoken the truth,' and we were amazed at him asking and then verifying that he had spoken the truth. He then said, 'Inform me about Iman'.
He replied, 'It is to believe in Allah, His angels, His books, His messengers, the Last Day, and in the divine destiny of both good and evil'.
He said, 'You have spoken the truth'.
He then said, 'Tell me about Ihsan'.
He said, 'It is to worship Allah as if you see Him, for though you do not see Him, surely He sees you'.
He then said, 'Inform me about the Hour'.
He replied, 'The one who is asked knows no more than the one who is asking'.
He said, 'Tell me some of its signs'.
He said, 'That the slave-girl will give birth to her mistress, and barefoot, destitute shepherds will compete with one another in the building of magnificent buildings'.
Then he (the questioner) went on his way but I stayed with him (the Prophet) for a long while.
He said to me, 'Umar, do you know who this questioner was?'
I replied, 'Allah and His Messenger know best'.
He said, 'He was Gabriel. He came to instruct you in your religion."

Riwayat dari Sahih Muslim. (maaf kerana selebihnya dalam English)

Kalau diselami intipati hadith ini, maka kita kena mentela'ah dan mendalami juga macam mana jalan perjuangan ulama'-ulama' yang terlibat dalam 'penyikiran' anasir luar dan mempertahankan 'aqidah ummat dari diganggu gugat. Bukan hanya ulama'-ulama' yang hanya menyentuh tentang peramalan untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Anda boleh mencari dan menggali secara lanjut mengenai Tok Guru Abdul Rahman Limbung (Terengganu), Tok Janggut (Kelantan), Mat Kilau (Pahang) dan pelbagai lagi ulama' gemilang yang menghalau penjajah kerana prinsip penjajah waktu itu merosakkan 'aqidah ummah, yang ana rasa nilai perjuangan mereka lagi hebat dan menuruti perjuangan Rasulullah SAW, iaitu membebaskan ummat dari penyelewengan 'aqidah.

Apa yang nak ditekankan oleh ana, 'tasawwuf' hanyalah satu juzuk dari dalam perjuangan Rasulullah SAW. Dan perjuangan keseluruhan adalah membebaskan ummat dari 'aqidah songsang. 'Tasawwuf' adalah pra-syarat selaku pejuang, tetapi bukan pejuang kalau hanya tumpuan pada tasawwuf sahaja....Apa beza kita dengan orang yang mahukan Islam hadhari, kalau kita juga hanya mahukan Islam sufi..?

Pohon maaf kalau terkasar bahasa.

Sekian dari Akhuka Fillah....

Friday, May 27, 2005

Beribu umat Islam berdemostrasi kutuk Amerika

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Dengan slogan 'Amerika (AS) Syaitan', 'AS Biadap', 'Jahanam AS', dan 'Jangan Hina Agama Kami', negara yang mendabik dada sebagai kuasa besar dunia itu terus menerima kutukan daripada umat Islam negara ini.

Selepas beberapa siri perhimpunan termasuk di Masjid Kampung Baru, kali ini di hadapan bangunan kedutaan AS, Jalan Tun Razak, umat Islam melaungkan 'takbir' sekuat-kuatnya, sambil mengeluarkan kata-kata dengan sepanduk-sepanduk yang dibawa serta membakar bendera AS itu bersama negara sekutu mereka, Israel sebagai tanda bantahan.


Kemarahan umat Islam itu adalah rentetan daripada kebiadapan tentera mereka menghina al-Quran di Kem tahanan Guantanamo Bay, namun apa yang diluahkan pada hari ni bukan sekadar itu, malah turut meliputi pencerobohan AS di Afganistan,dan Iraq serta penderaan para tahanan Islam yang ditawan mereka tidak pernah dipersetujui oleh umat Islam.

Sambil dipimpin oleh Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hasan Ali; Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Mohd Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Hj Mohammad Sabu, Dr Hatta Ramli, Dr Zulkifli Ahmad dan Ustaz Ahmad Awang demonstrasi hari ini bermula daripada Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat dan menuju terus ke bangunan Kedutaan AS yang terletak lebih kurang 200 meter sahaja.

Dengan sokongan daripada beberapa badan Bukan Kerajaan (NGO), para peserta perhimpunan berjaya sampai di hadapan pintu bangunan kedutaan AS sebelum dihalang oleh pihak polis di situ.



Dalam jarak tidak sampai 20 meter dari pintu masuk bangunan kedutaan itu, para peserta perhimpunan telah diawasi oleh ratusan anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di samping tiga buah kenderaan 'water cannon' yang kelihatan dalam keadaan bersiap sedia.

Namun tiada sebarang insiden tidak diingin berlaku kecuali 'drama kecil' tolak menolak antara Hj Muhammad Sabu dengan seorang pegawai polis dan kemudiannya keadaan menjadi terkawal.

"AS pasti akan tumbang dalam satu tempoh yang tidak begitu lama daripada sekarang", laung Muhammad Sabu dengan suara garangnya sambil disambut dengan laungan 'Allahu Akbar' oleh orang ramai.

Beliau memulakan ucapan dalam perhimpunan itu dengan kata-kata kerasnya terhadap AS tanpa berselindung dan mengingatkan AS supaya tidak terlalu angkuh dengan kuasa yang ada pada mereka.

"Tiada agama yang boleh dihina di atas muka bumi ini, masing-masing berhak mengamalkan agama yang dianuti, kami dengan agama kami dan kamu dengan agama kamu," kata beliau.

Siri ucapan bantahan terhadap AS kemudiannya diteruskan oleh Ustaz Nasharuddin. Beliau membacakan memorandum rasmi PAS kepada Presiden Bush sementara di sudut lain pula kelihatan Dato' Dr Hasan Ali cuba menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak kedutaan tetapi hanya mampu sampai ke pintu pagar sahaja.



Para peserta yang berdemonstrasi pada hari ini kelihatan seperti tiada tanda-tanda mahu bersurai.

Dalam suasana tersebut, Ustaz Ahmad Awang mengajak orang ramai membaca beberapa ayat al-Quran untuk menegaskan bahawa al-Quran adalah kitab yang perlu dipertahankan oleh umat Islam.

Selain itu, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob juga turut mengambil bahagian dalam siri ucapan dengan melaungkan peringatan- peringatan paling keras kepada AS.



"Kami sangup mati demi al-Quran", katanya sambil diulangi beberapa kali oleh orang ramai.

Selepas itu, setelah Dr Hasan Ali selesai menghantar memorandum beliau telah kembali ke tengah orang ramai sambil menyampaikan ucapan dengan mengatakan bahawa perhimpunan pada hari ini hanyalah salah satu daripada siri-siri bantahan jalanan yang pastinya tidak akan berakhir sekiranya AS terus mengkotak-katikkan Islam dengan sikap sombong dan angkuhnya.

Thursday, May 26, 2005

Masjid Kg. Bujal, Kemaman telah diroboh

26 Mei, 2.30 ptg - Masjid RTB Kg. Bujal telah diroboh oleh Kerajaan Yahudi UMNO Terengganu kira pukul 2.30 petang tadi.

Suasana sedih serta sepi melihat bagaimana orang-orang yang mengaku dirinya Islam Hadhari telah meroboh rumah Allah tempat ibadah agama mereka


Gambar: masjid yang menjadi mangsa kezaliman umno sebelum di roboh.

"Betullah kata YB Abdul Wahid Endut, Adun Wakaf Mempelam, bahawa UMNO ini lebih jahat daripada Yahudi. Sejahat-jahat Yahudi, mereka tidak meroboh rumah rakyatnya sendiri." Ujar WM TKO.


Masjid ini mula dirobohkan jam 2.45 petang

Tanpa kasihan belas dan rasa bersalah masjid yang menjadi tempat ibadat umat Islam ini dirobohkan kerana balas dendam kepada kerajaan yang memberikan tanah kepada RTB ini ketika PAS memerintah Terengganu

Hancur berkecai...tiada lagi masjid RTB Bujal setelah ianya dihancurkan. Kerja-kerja ini selesai selepas kira-kira setengah jam operasi meroboh.

Jam 3.20 petang kerja-kerja meroboh itu selesai dan masjid itu menjadi padang dengan batu, kayu dan atapnya berselerakan.

Ketika penguatkuasa ini masuk, jalan-jalan masuk ke situ ditutup semuanya termasuk untuk pejalan kaki.

12 penguatkuasa dengan dikawal oleh kira-kira 100 FRU dan Pasukan Gerak Am (PGA) (12 terak semuanya) menggunakan dua jentolak dari Pejabat Daerah Kemaman dan Jabatan Parit dan Saliran untuk meroboh masjid itu.

Pagi tadi, selepas berjaya merobohkan 10 buah rumah, penduduk yang ramai berkumpul di situ berjaya memujuk para petugas agar jangan merobohkan masjid itu.

Pemandu jentolak yang diarahkan untuk merobohkannya juga tiba-tiba pitam dan terpaksa diusung oleh penduduk kampung ke masjid itu.

Setelah berehat, beliau pulih kembali.

Selepas itu, semua penguatkuasa kerajaan itu meninggalkan kawasan itu diikuti oleh orang ramai.

Namun, selepas tinggal hanya sedikit sahaja penduduk kampung di situ dan dengan anggapan ia tidak dirobohkan, para penguatkuasa ini masuk kembali dan menyodok bangunan masjid itu sehingga hancur semuanya.

"Saya tidak pernah berjumpa lagi dengan orang yang jahat seumpama ini," kata Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS kepada Harakah.

Mustafa adalah bekas Exco kerajaan negeri Terengganu sebelum ini.

Ketika Terengganu di perintah oleh PAS, beribu-ribu rakyat Terengganu diberikan hak milik tanah termasuk di RTB Bujal ini.

Namun selepas diambil alih oleh Barisan Nasional (BN), kerajaan negeri memutuskan pemberian itu tidak sah dan menyifatkan penduduk ini meneroka tanah secara haram.

Pelbagai alasan dibuat bagi memastikan kerajaan boleh mengambil balik tanah ini dari rakyat Terengganu yang mendapat tanah itu.

Pastor apologizes for church sign that offended Muslims

FOREST CITY, N.C. (few hours ago) A North Carolina pastor is apologizing to Muslims for a sign in front of his church that said, "The Koran needs to be flushed."

A now-retracted Newsweek story -- alleging that U-S interrogators flushed Islam's holy book down a toilet -- triggered demonstrations in several countries and violent unrest in Afghanistan.

But the Reverend Creighton Lovelace (LUV'-lus) of Danieltown Baptist Church in Forest City says he meant to affirm and exalt the Bible rather than insult Muslims.

In a statement, Lovelace says that after prayer and reflection, he now realizes that Muslims revere their holy book more than many Americans revere the Bible.

He says the church sign's message has been replaced with a new one that reads: "Jesus said, 'I am the way."

Baptist Minister Urges Quran Be 'Flushed'

FOREST CITY, NYC. 25 May-- A Baptist minister in North Carolina is refusing to apologize for a church sign that says the Muslim Quran should be flushed.



The Rev. Creighton Lovelace, of Danieltown Baptist Church, says right is right, and he feels he was right when he posted a message outside his church condemning the Quran, reported Greenville-Spartanburg TV station WYFF.

"I cannot change my position just because it may offend someone else," Lovelace said.

Lovelace said he put the sign up in response to a Newsweek article that falsely accused U.S.soldiers of flushing the Quran down a toilet at the Guantamo Bay detention center. Newsweek later retracted that story, but not before the article sparked riots in some Muslim parts of world, killing at least 15 people.

Lovelace said he's received a few complaints about the sign, but that he stands by it.

"Where is the desecration of the Quran? Because from the viewpoint of Christ -- the Bible -- 66 books is his revealed word to mankind. Any other book trying to state they are God's revealed message to mankind would be false," Lovelace said.

He said he has a right and responsibility to expose what he calls false teachings to the world.

"Our position is that we stand on the Bible -- God's word -- and that any other book that teaches a way to God that is not scripture is false. It is wrong. It is not correct," Lovelace said.

However, even some of those who agree with his message disagree with Lovelace's display, WYFF reported.

" I don't know that I would put the sign out there, but the truth is the truth," said Jamie Hawkins, a Baptist church member.

Lovelace said he would keep the sign up until Friday.

Wednesday, May 25, 2005

Tahniah!! Muslimat dan An-Nisa'



Sekalung tahniah buat Dewan Muslimat Pas kerana berjaya menghidup kembali dan memberi nafas baru kepada Nisa' wal banat....!!!

Menjemput TGNA sebagai pelancar 'Xpressi Nisa' adalah satu keputusan yang sangat bijak...Ini secara langsung memberi satu tumbukan 'knock out' kepada media kerajaan yang selama ini memburukkan Tok Guru dengan pelbagai isu wanita...tahniah sekali lagi.
Kalaupun dinilai dari segi umur peserta An-nisa', dari 15-40 tahun, namun dari segi pendekatan kepada golongan umur semestinya dibuat secara teliti dan berstrategi. Kumpulan umur ini boleh dibahagikan kepada:

1. 15 hingga 19: sangat 'fragile' atau 'vulnerable', perlu ditangani kumpulan ini secara bijak. Biasanya suka terdedah dengan hiburan dan rakan lelaki sebaya yang kadang-kadang terjerumus dengan 'cinta monyet'. Dari sudut psychology adolescent medicine, banyak berlaku perubahan hormon akan menyebabkan perlakuan/perangai/perwatakan remaja sewaktu ini lebih kepada mencari identiti diri...Maka kita kena dekati mereka secara berhati-hati, kerana kadang-kadang mereka lebih sensitif hatinya...

2. 20 hingga 25: kestabilan hormon tercapai, mereka sedikit lebih matang dari lelaki, tetapi keutamaan mereka lebih kepada keluarga, kalau nak menyambung cita-cita, mereka lebih bersungguh dari lelaki dan sanggup buat apa sahaja untuk keluarga. Akan tetapi ada sesetengahnya masih mengalami krisis identiti, bukan disebabkan pengaruh hormon, tetapi lebih kepada pengaruh persekitaran atau kawan...

3. 26 hingga 30: lebih mencari kesenangan hidup samada sendirian atau berpasangan (suami).

4. 30 hingga 40: tumpuan kepada kerjaya atau keluarga ataupun kedua-duanya. Adakalanya ada yang hanya tinggal di rumah bersama anak dan keluarga....

kesemua kumpulan ada cara dan strategi tertentu untuk mendekati mereka. Setiapnya ada masalah mereka sendiri. Kita sangat yakin muslimat lebih faham akan situasi mereka ini.

Tumpuan hendaklah mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam sebenar, seterusnya terus melibatkan diri kepada perjuangan Islam. Bukan sekadar menyokong, akan tetapi boleh berhujah, semacam beberapa forumer TKO yang ada sebahgiannya WANITA....!!!

Nisa' : satu aset yang sangat berharga..

Konflik Profesional vs Ulama: Apa Kesudahannya?

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ini, kita perhatikan sudah ramai orang kita menjadi penganalisis atau pengkritik bebas politik di laman-laman web pilihan ramai, termasuklah laman web pro reformasi ataupun pembangkang. Oleh itu, saya juga terpanggil untuk melontar komen yang saya fikir perlu daripada salah seorang penggemar idealisma perjuangan yang berteraskan Islam ini.

Jika diperhati secara telus dan teliti, didapati yang terlibat dalam 'menganalisa' dan 'mengkritik' dalam laman web pro-pembangkang ini, mereka lebih menumpukan kepada pihak PAS dan pimpinannya, yang teras pimpinannya adalah Ulama'.

Sekali imbas, memang bagus dan baik, kalau niat mereka ini ikhlas dalam memajukan Islam bersama PAS. Akan tetapi, persoalannya sekarang, sejauh mana mereka kenal PAS secara dekat?

Kebanyakan pengkritik datangnya bukan sahaja daripada golongan bawahan, malah ada yang mengaku sebagai mahasiswa atau orang akademik dan tak kurang juga profesional. Bila dibaca secara mendalam, memang pemikiran mereka sangat idealistik dan cukup sempurna. Namun, makin banyak persoalan dipertikaikan, makin terserlah bahawa mereka ini hanyalah orang biasa yang terikut-ikut cara pemikiran dan gaya hidup yang ber'kepompong'kan buku, library/perpustakaan, atau pusat maklumat siber/internet. Ruang lingkup hidup mereka tak lebih dari itu, malah mereka belum tentu pandai bergaul dengan orang ramai, kerana terlalu sibuk dengan kerja akedemik dan kajian mereka. Tambahan pula, sumber maklumat mereka belum tentu sahih dan boleh dipercayai. Malah di atas keterbatasan waktu, sumber terkini mereka tidak lain daripada media utama, yang diketahui umum bahawa banyak memutar belit dari isu sebenar. Lalu, disebabkan kesibukan mereka juga, ruang tarbiyah dan ceramah yang dikendalikan oleh pihak PAS (yang selalu padat dengan ucapan pimpinan), amat jarang diambil pusing oleh mereka, apatah lagi melibatkan diri secara langsung dengan usrah atau tamrin. Harakah keluaran PAS dua kali sebulan, yang sarat dengan analisis isu menurut pimpinan PAS serta sisipan 'Fikrah', yang penuh dengan perkara tarbiyah/usrah, belum tentu menjadi rujukan utama golongan ini.

Inilah menjadi masalah utama kepada orang yang mengaku sebagai golongan cendakiawan agung, yang bahan rujukan mereka datang dari rujukan/karya-karya agung yang disanjung dan diterima barat. Dan mengganggap bahawa orang-orang yang berada dan memimpin PAS seolah-olah buta falsafah dan aliran semasa, walhal kalau mereka dekati dan fahami falsafah perjuangan pemimpin/pimpinan PAS, mereka akan dapati bahawa pimpinan PAS tak kurang hebatnya.

Saya sendiri secara peribadi tidak salahkan mereka ini (pengkritik/penganalisis) kerana ia merupakan perkara biasa kepada golongan yang baru terdedah dengan perjuangan PAS ini. Saya juga merupakan seorang profesional yang berkhidmat dengan kerajaan lebih dari 10 tahun. Pada awalnya memang saya juga antara orang yang mengkritik PAS dan perjalanan perjuangannya, namun setelah saya dekati PAS dan pimpinannya secara lebih dekat serta mengikuti program tarbiyah, maka saya sendiri yakin bahawa PAS mampu pergi jauh dan menyelesaikan banyak masalah setempat dan negara. Harus diingat, bahawa penglibatan saya dengan PAS jauh sebelum berlakunya pergolakan Anwar-Mahathir (Gelombang Reformasi), di mana PAS pada masa itu (sekitar 80-90an), di asak hebat dan difitnah teruk. Malah di sesetengah tempat pada masa itu, sangat sukar orang menyertai PAS. Namun dalam pencarian jamaah Islam terbaik, saya banyak berdebat/berdiskusi secara ilmiah/kritis dengan rakan-rakan di IRC (Islamic Representative Council) atau sekarang ini JIM (Jemaah Islah Malaysia), kumpulan Al-Arqam, kumpulan/jamaah Tabligh, dan pelbagai lagi golongan yang mengaku jemaah Islam terbaik, kebanyakan mereka baru pulang dari luar negara yang terdedah dengan pelbagai aliran pemikiran. Padahal masa itu saya mempunyai latar belakang keluarga UMNO yang kuat.

Oleh, itu saya sangat menasihati saudara kita seperti marwan hadid dan lain-lain yang mengaku ahli PAS, yang mengaku golongan profesional dan berpengalaman, tolong ruangkan masa anda bersama jemaah PAS, dekatilah pimpinan PAS secara peribadi, temuilah mereka, bincang dengan mereka, kerana mereka sebenarnya mudah didekati. Luangkan juga waktu anda untuk mendengar sendiri ucapan mereka, kunjungi markas-markas PAS terdekat dan makmurkan markas itu dengan buah fikiran dan pandangan anda, disamping bertukar-tukar idea bersama penggerak-penggerak PAS yang berpengalaman. Hentikan karya-karya khayalan dan falsafah-falsafah yang hanya sedap/enak didengar dan ditulis dalam laman web atau buku, tapi pada realitinya tidak begitu.

Sesungguhnya, tiada ertinya anda mengungkap dan menyelami falsafah atau teori-teori masyarakat, tetapi anda sendiri tidak pernah terjun dalam masyarakat dan keluar dari kepompong universiti. Ingat, alam universiti adalah hanya juzuk kecil daripada masyarakat, akan tetapi kehidupan sebenar dan membawa/dokong perjuangan kepada masyarakat jauh lebih kompleks dan amat memeningkan, jauh lebih sukar dan mencabar daripada kehidupan di kampus. Lalu, pemikir seperti anda semua harus menglibatkan diri dalam masyarakat sebenar disamping mendedahkan diri lebih banyak dengan tarbiyah dan majlis ilmu. Jangan biarkan kefahaman Islam kita ditahap/peringkat asas sahaja. Dalamilah ilmu Islam sewajarnya, penuhkan hidup dengan ayat-ayat Allah, tahajjud dan amalan sunat. Memang berkarya di alam siber atau kertas, tidak ada penat dan lelah. Betul, "mata pena lebih tajam daripada mata pedang", tetapi harus diingat, kalau semua orang memilih untuk mengangkat mata pena, maka siapa pula mahu membawa 'pedang'..?

Wassalam

Lotus

Thursday, May 19, 2005

sabu

Dalam satu komen nya (jenuh saya cuba cari archives nya..tapi tak jumpa) beliau mengulas dan mengutuk seorang blogger anonymous yang mencerca Dato Seri Anwar Ibrahim.kata anonymous itu ''sampai mati pun aku tak percaya dengan Anwar. Aku ingat lagi kata-kata Mat Sabu, Anwar adalah Musang Al-Juburi''. Mat Saman Kati kemudian membalas balik dan mencabar anonymous tersebut dan pembaca-pembaca yang lain supaya mengemukakan bukti dimana dan bila Mat Sabu berkata begitu pada Anwar. Nah sekarang jelas..rupa2nya anonymous itu dan Mat Saman Kati adalah orang yang sama. Helah Mat Saman kati terdedah juga.

Tujuan nya tidak lain adalah untuk meracuni fikiran pembaca supaya membenci PAS dan melaga-lagakan muafakat politik antara PAS dan PKR. Modus operandi Mat Saman Kati ni sama dengan seorang blogger yang menggunakan nama samaran 'Gerakan Anti PAS'.Kalau mat saman kati komen hentam PAS, si 'Gerakan Anti PAS' ini akan menyokong,dan begitulah sebaliknya.

Inilah akibatnya kalau suka menipu.Bila terlalu banyak menipu dan berhelah, Mat Saman Kati terlalai dan akhirnya melatah. Harap pembaca-pembaca setia Malaysia-Today memantau komen-komen Mat Saman Kati dan Gerakan Anti PAS. Mengikut firasat saya kedua mereka ini adalah talibarut SB dan UMNO yang bertujuan untuk mengelirukan dan melemahkan pakatan pembangkang.Sebab saya berkata begitu adalah kerana kedua-dua mereka ini 'terlalu' aktif menghantar komen-komen di Malaysia-Today diwaktu pejabat sehingga menimbulkan syak bagi saya seolah-olah itulah kerja harian mereka yang telah diupah.

Merujuk kepada kenyataan yang banyak kali diulang-ulang terutamanya di laman kelab Maya UMNO yang dikelolakan oleh Jebon , Kunta Kinte dan beberapa manusia yang begitu luar biasa sekali kebenciannya terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim(http://www.kmu.net.my/) (sila baca komen golongan ini di ruangan forum)berkenaan pernyataan Mat Sabu menghina Anwar Ibrahim sebagai 'Musang Al-Juburi' saya rasa bertanggungjawab menjelaskan kerana saya tahu bagaimana perkara ini berlaku.

Sebenarnya Mat Sabu tidak menggunakan perkataan 'Musang'. Musang itu adalah tajuk sebuah VCD dokumentari yang dibuat oleh segolongan pasukan SB yang diupah dan kemudiannya diedarkan secara meluas oleh UMNO hingga ke kelab-kelab UMNO diluar negara. Nama VCD itu adalah 'Musang Berbulu Ayam'.

Memang benar Mat Sabu pernah mengungkapkan perkataan 'Al-Juburi'. Kenyataan itu dibuat oleh Mat Sabu SEBELUM Anwar dipecat iaitu pada tahun 1997 dimana surat layang yang mengfitnah Anwar mula beredar.Mat Sabu menggesa Anwar membersihkan namanya dari fitnah jahat itu. Sebagai pemimpin PAS yang dikenali sebagai penceramah yang gemar berlawak jenaka,walaupun kadang-kadang diakui juga jenaka Mat Sabu jauh tersasar dari akhlak Islam, Mat Sabu terkeluar perkataan itu dalam suasana beliau melawak dengan cara menyindir Anwar dengan gelaran tersebut.Walaubagaimanapun kita juga perlu memahami konteks suasana waktu itu dimana Anwar masih lagi berada didalam kerajaan dan PAS adalah seteru politik utama UMNO.Juga diakui Mat Sabu seolah-olah mempunyai personal vendetta terhadap Anwar ketika itu hinggakan dikhabarkan beliau pernah diarahkan oleh Allahyarham Dato Fadzil noor untuk berhenti berceramah memburuk-burukkan Anwar diawal kes pemecatan Anwar dari segala jawatan kerajaan dan UMNO.

Perlu juga kita fahami tiada manusia yang lari dari salah dan silap.Muafakat antara PAS dan PKR berjalan dengan baik walaupun ada beberapa masalah yang lumrah berlaku antara mana-mana organisasi.Mat Sabu juga adalah antara tokoh PAS yang mengunjungi Anwar ketika Anwar berubat di Munich German. Sebagai orang Islam dan juga manusia yang baik, marilah kita berusaha kearah perpaduan menentang kezaliman dan rasuah, bukannya menjadi batu api dan 'musuh dalam selimut' yang berusaha merosakkan silaturrahim sesama manusia.

kazaf

HUKUM ZINA DAN LIWAT

Fatwa Dr. Yusuf al-Qardhawi
Inti Sari

Menuduh zina dan liwat adalah dosa besar. Penuduh mesti mengemukakan empat orang saksi. Jika dia gagal mendatangkan empat orang saksi, maka dia dianggap pendusta.

Dalam pilihan raya, pendusta seperti ini tidak layak mengundi dan tidak layak diundi. Pendusta itu mesti dikenakan hukuman syariah seperti firman-Nya (terjemahannya): Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. (Surah an-Nur 24:4-5)

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi ialah ulama semasa yang berkemampuan mengeluarkan pendapat syarak dengan berani dan bebas. Beliau menganggotai beberapa lembaga dan institusi ilmiah dan dakwah, antaranya ialah Lembaga Fiqh Rabitah Alam Islami di Makkatul Mukarramah, Lembaga Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di Jordan, Markas Pusat Kajian Islam di Oxford, Majlis Amanah Universiti Islam di Islamabad, Organisasi Dakwah Islamiah di Khartoum, Ketua Jawatankuasa Perunding Syar'ie beberapa bank Islam, Ketua Pusat Kajian Sunnah dan Sirah di Qatar dan Pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan di Eropah.


Soalan 1
Jika seseorang yang dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah, berperibadi bersih dan salih sepanjang hidupnya, tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji seperti berzina, melakukan perbuatan kaum Luth, membunuh dan lain-lain.

Apakah hukum syariah terhadap orang yang menuduh dan orang yang dituduh?
Adakah orang yang di tuduh wajib membela diri?
Apakah kewajipan masyarakat muslim tentang perkara ini?

Jawapan 1
MENUDUH ZINA DAN LIWAT ADALAH DOSA BESAR

Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, termasuk tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan hal itu termasuk dalam dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya.

Tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Tohmahan itu juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya, manakala orang yang rendah akhlaknya mungkin boleh melakukan tindakan yang tidak diingini terhadapnya.

Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebarnya kejahatan di kalangan orang yang beriman. Oleh itu, al-Qur'an mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah S.W.T. (terjemahannya): Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata. (Al-Ahzab, 33:58 )

Firman Allah S.W.T. (terjemahannya): Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik lagi beriman (dengan tuduhan berzina), mereka dilaknat di dunia dan di akhirat, dan bagi mereka azab yang besar. (An-Nur, 24: 23)

Firma Allah S.W.T. lagi (terjemahannya): Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka bahawa Allahlah yang Benar, lagi yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya). (An-Nur, 24: 24-25)

Para ulama telah sepakat (ijmak) mengatakan bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan ke atas lelaki mukmin serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang melemparkannya ke atas wanita mukminat.

Ayat di atas turun dalam bentuk seperti ini (menggunakan perkataan mukminat) kerana ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin Aisyah As-Siddiqah binti Abu Bakar As-Siddiq. Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. selepas Khadijah.

Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji. Orang munafik menyebarkan khabar angin tentangnya dan melemparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah diragui kebersihan peribadinya.

Orang munafik benar-benar telah menggunakan peluang ini dengan mengobarkan api fitnah. Demikianlah kisah "Hadith al-Ifki" yang telah memalukan dan meresahkan rumah Nabi s.a.w., rumah Abu Bakar as-Siddiq serta seluruh bandar Madinah.

Akhirnya turunlah ayat al-Qur'an daripada petala langit yang tujuh, bagi menerangkan perkara tersebut secara jelas dan tegas dan mengembalikan keadaan seperti sedia kala. Ayat tersebut juga telah membisukan lidah para pendusta dan membersihkan kembali nama Aishah yang jujur dan suci daripada segala tuduhan jahat.

Selepas turunnya ayat-ayat tersebut, kaum Muslimin pun berasa lega kerana telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu.

Mengukuhkan Tuduhan

Bacalah firman Allah S.W.T. pada surah an-Nur (terjemahannya): Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang daripada mereka mendapat balasan dosa yang dikerjakannya. Dan sesiapa antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa pada waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata." Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. (An-Nur, 24:11-13)

Orang yang Menuduh Mesti Mengemukakan Saksi

Inilah hukum Allah yang tegas: sesiapa yang menuduh orang lain telah melakukan perbuatan keji seperti berzina maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil dan tidak cacat keperibadiannya.

Kesemua saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuatan zina dengan perempuan secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri. Demikianlah sebagaimana yang telah diterangkan secara kiasan dalam undang-undang syariah: seperti besi celak dimasukkan ke dalam bekasnya atau seperti pena dimasukkan ke dalam botol dakwat.

Tiga Jenis Hukuman

Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat saksi sebagaimana yang diterangkan di atas, maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah S.W.T.

Orang yang menuduh dan gagal mendatangkan saksi tidak layak mengundi dalam pilihan raya, terlebih lagi untuk diundi.

Allah menegaskan bahawa si pendusta ini mesti dikenakan hukuman syariah, bahkan Dia menegaskan tiga jenis hukuman yang tertera dalam al-Qur'an al-Karim, iaitu pada firman Allah S.W.T. (terjemahannya): Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. (An-Nur, 24:4-5)

Ayat-ayat yang mulia di atas menyebutkan tiga jenis hukuman terhadap jenayah yang keji itu.

Pertama, hukuman fizikal, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan tubuh badannya itu merupakan balasan terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang yang baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu juga boleh memusnahkan kehidupan orang yang dituduh berserta kaum keluarganya.

Kedua, hukuman moral-sosial, iaitu dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang menuduh. Kesaksiannya dalam urusan kewangan, sivil, sosial, politik tidak boleh diterima pakai.

Perkataan "kesaksian" dalam ayat di atas diturunkan dalam bentuk nakirah (am) dan berbentuk penafian. Oleh itu, perkataan itu mencakupi seluruh jenis kesaksian. Berdasarkan hal ini, orang itu wajib digugurkan haknya untuk mengundi dalam pilihan raya, terlebih lagi hak untuk diundi.

Ketiga, hukuman agama, iaitu dengan menggelarinya sebagai orang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan "fasikun", al-Qur'an menyebutkan kefasikan sebagai lawan keimanan.

Firman Allah s.w.t. (terjemahannya): Maka adakah orang-orang yang beriman serupa dengan orang yang fasik? Mereka tidak sama. Adapun orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa-apa yang mereka kerjakan. Ada pun orang yang fasik, maka tempat mereka ialah neraka .... (As-Sajdah, 32:18-20)

Al-Qur'an juga telah melekatkan gelaran fasik ini kepada iblis, makhluk paling durjana. Firman Allah S.W.T. (terjemahannya): Dia adalah daripada golongan jin, maka dia berlaku fasik (derhaka) terhadap perintah Tuhannya. (Al-Kahfi, 18:50)

Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan kasih-Nya, Allah masih lagi membuka pintu taubat bagi mereka yang ingin mensucikan dan membersihkan diri. Firman-Nya (terjemahannya): Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan membaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur, 24:5)

Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa taubat hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir, iaitu penggelaran dirinya sebagai fasik. Taubat tidak akan memansuhkan hukum gugurnya kesaksian dari pihaknya. Sebab perkara "gugurnya kesaksian" dalam ayat di atas disifatkan Allah sebagai kekal, "Dan janganlah kamu terima kesaksian meraka buat selama-lamanya."

Jenayah melemparkan tohmahan itu boleh menjadi lebih besar jika orang yang dituduh dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah dan salih. Mereka mengenalnya sebagai orang yang baik dan tidak pernah menyaksikan sebarang kejahatan dilakukannya.

Sesungguhnya suara orang ramai merupakan pena kebenaran. Kesaksian yang boleh dipertimbangkan hanyalah kesaksian orang-orang yang salih dan baik, sebab mereka merupakan saksi-saksi Allah di atas muka bumi, seperti mana yang digambarkan oleh salah satu hadis Rasulullah s.a.w.

Jagalah Maruah Saudara Kita

Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seseorang muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya.

Firman Allah (terjemahannya): Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Al-Hujurat, 48:12)

Dalam satu hadis sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): "Setiap muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama muslim."

Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan antara seluruh manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan.

Jangan Ceritakan Aib Orang

Bertolak atas kesedaran ini pula Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Maiz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam, "Jika engkau tutup dengan bajumu tentu lebih baik untukmu."

Rasulullah s.a.w. juga bersabda, "Seluruh umatku akan memperoleh pengampunan, kecuali orang-orang yang suka menyebarkan aib orang lain."

Dan baginda bersabda, "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat."

Allah s.a.w. berfirman dalam al-Qur'an al-Karim (terjemahannya): Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. (An-Nur, 24:19)


Soalan 2

Adakah orang yang dituduh berhak untuk membela diri?

Bolehkah ia dicegah dari melakukan hal itu?

Apakah kewajipan masyarakat muslim di sekelilingnya?

Bolehkan mereka berdiam diri dan membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja?

Jawapan 2
TERTUDUH BERHAK MEMBELA DIRI
Hak seseorang yang dituduh dengan tuduhan melibatkan agama, maruah serta moral ialah membela diri daripada tuduhan orang yang telah menzaliminya dan meninggikan suaranya dalam manyuarakan kebenaran. Bahkan dalam satu ayat al-Qur'an Allah telah memberinya satu hak istimewa untuk melindungi kehormatan dan maruah dirinya. Firman Allah (terjemahannya): Allah tidak menyukai ucapan buruk yang (diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang-orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (An-Nisa', 4:148)

Tidak boleh sesiapapun mencegah atau melarang orang yang dituduh daripada membela dirinya. Pembelaan merupakan hak yang biasa dan sah di sisi hukum syariah.

Allah Memberi Iblis Peluang Membela Diri

Allah telah memberikan peluang kepada Iblis yang dilaknat untuk berdebat mempertahankan dirinya di hadapan Tuhan seluruh alam. Iblis dengan petahnya mempertahankan kesombongannya dengan mengatakan, "Saya lebih baik daripada Adam". (Rujuk Surah Al-A'raf, 7: 12--P) Bahkan pada hari kiamat, Allah juga memberi peluang kepada setiap diri untuk mengetengahkan pembelaan terhadap dirinya.

Tertuduh Dibenarkan Menggunakan Media

Oleh itu, masyarakat muslim mesti memberikan peluang kepada orang yang dituduh dan melindungi hak dan kebebasannya seluas-luasnya dalam proses pembelaan itu. Dia mesti dibenarkan membela dirinya secara lisan, menulis di surat khabar dan berucap di radio dan televisyen, terutama jika pandangan umum akan memberi kesan yang cukup besar dalam kes tersebut.

Secara syariah, dia tidak boleh diserahkan kepada taring para lawannya yang mencarik-carik kredibilitinya siang dan malam dan membiarkan masyarakat awam hanya menjadi penonton tanpa mampu berbuat apa-apa. Akibatnya, pintu pun tertutup rapat di hadapan orang yang dituduh. Dia tidak mampu melawan sebab tidak memiliki sebarang kelengkapan, sedangkan para musuhnya memiliki seluruh jenis senjata.

Mereka telah melucuti dirinya daripada sebarang kekuasaan, bahkan lebih daripada itu, mereka juga telah mengajak orang ramai untuk ikut serta dalam "angkatan dusta" dengan menyebarkan perkataan-perkataan jahat yang tidak pernah diingkari. Firman Allah (terjemahan): Kamu katakan dengan mulutnya apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun dan kamu menganggapnya sebagai sesuatu yang ringan sahaja. Padahal perkara itu pada sisi Allah adalah besar. (Surah an-Nur 24:15)

Tentukan Sikap Anda

Masyarakat muslim merupakan masyarakat yang saling bertimbang rasa dan penuh tanggungjawab antara satu sama lain. Masyarakat muslim tidak akan membiarkan seorang yang baik dan tidak bersalah menjadi korban satu kezaliman yang kuat, konspirasi dan makar (tipu daya) yang memusnahkan. Masyarakat muslim tidak akan berdiam diri menyaksikan perkara itu semua, sebab seseorang yang berdiam diri terhadap kebenaran serupa dengan syaitan bisu.

Allah S.W.T. berfirman (terjemahannya): Mengapa pada waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah satu berita bohong yang nyata." (An-Nur, 24:12)

Inilah sepatutnya sikap masyarakat mukmin yang mengambil berat antara satu sama lain. Allah berfirman (terjemahannya): Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. (At-Taubat, 9:71)

Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): "Seorang muslim itu merupakan saudara kepada muslim yang lain. (Oleh itu) dia tidak boleh menzalimi atau membiarkannya terlantar." (Muttafaqun 'alaihi.)

Pengertian "tidak membiarkannya" dalam hadis di atas ialah tidak melepaskannya atau meninggalkannya begitu sahaja dalam menghadapi kesukaran.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda (maksudnya): "Tolonglah saudaramu sama ada dia zalim atau dizalimi."

Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tentu kami akan menolongnya jika dia dizalimi. Tetapi bagaimanakah kami menolongnya jika dia sendiri berlaku zalim?

Rasulullah bersabda: "Dengan mencegahnya dari melakukan kezaliman. Begitulah cara menolongnya". (Muttafaqun 'alaihi)

Islam mewajibkan masyarakat muslim untuk menolong orang yang dizalimi daripada terus dianiaya oleh orang zalim tanpa mengira berapa tinggi darjat atau pangkat penzalim itu.

Hadis nabi menjelaskan (maksudnya): "Jika kamu melihat umat-Ku takut untuk mengatakan kepada si zalim: wahai zalim, maka mereka ditinggalkan (Allah).

Setiap Muslim yang mengenal kebaikan peribadi saudaranya wajib membelanya jika ia mendengar saudaranya itu diberitakan secara buruk.

Satu hadis menyebutkan (maksudnya): Sesiapa yang membantah untuk (melindungi) maruah saudaranya, nescaya Allah akan menolak api neraka daripada wajahnya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)


Soalan 3
Bagaimana caranya mewujudkan satu perbicaraan yang jujur, berkecuali dan adil; tidak dipengaruhi oleh kuasa pemerintah dan hanya menggunakan syariah sebagai landasan hukum yang sah; juga direstui oleh orang ramai sebagai hakim dalam meneruskan perselisihan dan pertelingkahan?

Jawapan 3
PENUDUH MESTI DIBICARAKAN, TERTUDUH BOLEH BERSUMPAH

Orang yang dituduh melakukan perbuatan zina (al-maqzuf), liwat atau sepertinya tidak perlu dibicarakan. Sebaliknya yang perlu dibicarakan ialah orang yang menuduh. Sebab dia telah melemparkan tuduhan qazaf (melemparkan tuduhan zina) maka dia wajib mengemukakan bukti-bukti yang kukuh. Kaedah syariah berkenaan hal ini ialah: Orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti dan orang dituduh wajib mengucapkan sumpah.

Walau bagaimanapun, dalam kes seperti ini, orang yang dituduh tidak dituntut untuk bersumpah. Sebab pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan, seperti mana secara hukum asalnya setiap muslim mesti berbaik sangka dan memandang dengan pandangan yang baik sesama mereka.

Penuduh Mesti Mengemukakan Saksi

Adalah hak setiap orang yang dituduh dengan tohmahan keji ini untuk menuntut orang yang menuduhnya dalam satu perbicaraan mahkamah syariah yang adil. Manakala kewajipan seorang kadi muslim yang menangani kes ini dengan cara yang diredai Allah dan hukum syariah-Nya ialah: menuntut penuduh untuk mengemukakan bukti berkenaan dakwaannya, iaitu empat orang saksi seperti mana yang diterangkan oleh al-Qu'ran. Jika dia tidak berbuat demikian maka gugurlah dakwaannya. Kadi wajib menegakkan hukuman Allah ke atas dirinya iaitu dengan menyebatnya sebanyak 80 sebatan, menghilangkan haknya dalam memberi kesaksian, dan mengecapnya sebagai fasik melainkan jika ia bertaubat.

Pengecualian untuk hukum tersebut hanya pada satu kes sahaja sebagaimana yang disebutkan dalam al-Qur'an, iaitu jika seorang suami menuduh isterinya sendiri melakukan perbuatan zina. Inilah ketentuan fardu Allah terhadap mereka berdua yang dikenali dengan istilah "al-lian". Dalam hal ini semua tidak dituntut untuk mengemukakan empat orang saksi terhadap perbuatan zina yang dilakukan oleh isterinya sendiri dan dilihatnya dengan mata kelapanya sendiri. Dia juga tidak diwajibkan untuk terus bersekedudukan bersama isterinya yang didakwa atau diyakini berkelakuan buruk itu. Itulah sebabnya Allah menentukan satu prosedur hukum yang berakhir dengan perceraian abadi antara kedua-duanya.

Firman Allah s.w.t. (terjemahannya): Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), sedangkan mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya, jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar.


Soalan 4
Jika seorang pemimpin negara di beberapa kawasan berselisih pendapat dengan timbalannya mengenai isu-isu kewangan, pentadbiran, politik dan lain-lain sehingga mereka berdua saling melemparkan tuduhan-tuduhan antara satu sama lain, maka apakah cara syariah untuk menyelesaikan pertelingkahan antara kedua-duanya?

Jawapan 4
PENYELESAIAN MELALUI PIHAK BERKECUALI

Cara yang terbaik berkenaan perkara ini ialah melantik pihak berkecuali yang tidak boleh dipengaruhi oleh pujukan atau ugutan daripada penguasa atau ganjaran atau ancaman daripada pemerintah. Dia mesti melihat kepada perkara ini dengan pandangan yang neutral, adil dan mementingkan maslahat umat, sambil berusaha sedaya upaya untuk mencari taufik daripada Allah dalam memutuskan perkara tersebut. Sesungguhnya tangan Allah itu sentiasa berada bersama jemaah, bersatu padu itu akan sentiasa mendatangkan kebaikan, manakala perpecahan adalah punca segala keburukan.

Inilah yang pernah dilakukan oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah. Sebelum itu para sahabat yang berada bersamanya atau bersama Mu'awiyah juga telah melakukan perkara yang sama, kaum Khawarij menentang kebijaksanaan tersebut seraya melaungkan slogan: "tidak ada hukum kecuali hukum Allah."

Tetapi Abdullah bin Abbas r.a. berjaya membungkam mereka dengan hujah-hujah yang jelas dan tegas. Beliau menjelaskan bahawa usaha mencari orang tengah sebagai hakim justeru diperbolehkan oleh Allah dalam perkara yang jauh lebih remeh seperti perselisihan dalam keluarga antara suami isteri. Juga ha itu dibolehkan dalam perkara-perkara besar yang melibatkan perselisihan faham berkaitan dengan umat. Selanjutnya Abdullah bin Abbas r.a membacakan firman Allah yang berikut di hadapan mereka:

Terjemahan: Dan jika kau khuatir akan berlakunya persengketaan antara kedua-dua (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam (jurudamai) daripada keluarga lelaki dan seorang hakam daripada keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (An-Nisa', 4:35)

Saya berpendapat bahawa satu jawatankuasa yang terdiri daripada para cendekiawan muslim yang bijaksana dari negara Indonesia, Pakistan, Arab Saudi atau lainnya yang dapat mengadili perselisihan ini dengan kebenaran-kebenaran yang Allah tunjukkan kepada mereka, diiringi dengan niat salih, keazaman yang benar, usaha yang bersungguh-sungguh.

Dan dengan itu terlerailah segala kesulitan, terbukalah jalan dan berlakulah kesepakatan (taufik) seperti mana pesanan Allah S.W.T. berkenaan jurudamai (terjemahannya): Jika kedua orang hakam (jurudamai) bermaksud mengadakan perbaikan nescaya Allah memberi taufik kepada mereka suami isteri itu. (An-Nisa', 4:35)

Padamkan Api Fitnah

Amat besar harapan saya terhadap saudara-saudara saya di negara Malaysia tercinta, agar mereka berusaha sedaya upaya untuk memadamkan api fitnah dan kembali bersatu padu memperkuat ketahanan bangsa demi menghadapi pakatan jahat yang dirancang oleh kuasa-kuasa besar bagi menghancurkan mereka secara khas dan kaum muslimin secara umum. Dan itulah cara termudah bagi mereka menikmati kekayaan dan khazanah negara sedangkan umat dalam kealpaan dan bercakaran sesama sendiri.

Jiwa saya seperti berkecai dan hati saya rasa seperti dihiris melihat kejadian-kejadian yang berlaku terhadap umat Islam. Allah telah menjadikan mereka sebagai umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, tetapi sayangnya mereka saling melancarkan tipu daya untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Akhirnya yang rugi tentulah negara dan bangsa sendiri. Manakala pihak yang memperoleh keuntungan daripada perselisihan tersebut ialah Israel, Amerika dan kuasa-kuasa lain yang menanti peluang untuk menyerang kaum muslimin. Merekalah yang melaga-lagakan kita untuk memetik hasil daripada pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku. Mereka menikmati hasil yang maksimum daripada pergaduhan antara dua kelompok. Wala hawla wala quwata ila billah.

Saya mengingatkan saudara-saudara saya akan firman Allah S.W.T. (terjemahannya): Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu semasa kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat kepadamu, agar kamu memperoleh petunjuk.(Ali Imran, 3:103)

Saturday, May 14, 2005

Mahathir + TV3

Saudara/Saudari Norizan Md Nor,

Assalammualaikum.

Bukankah Anwar Ibrahim telah menerangkan bahawa tuduhannya itu bukannya baru? Ia adalah ulangan kepada tuduhan yang dibuatnya dalam tahun 1999 melalui kenyataan bersumpahnya di dalam mahkamah. Pada ketika itu, Mahathir Mohamad tidak pula menafikan dan memanggil tuduhan itu fitnah. Kenapa baru sekarang?

Lagi satu, bukankah Mahathir Mohamad telah mengaku bahawa beliau memang memegang saham tersebut tetapi bukan untuk dirinya sendiri? Saham tersebut mengikutnya dipegang bagi pihak UMNO. Jadi soal tuduhan itu tidak benar atau fitnah tidak timbul kerana perkara itu telah pun diakui benar oleh Mahathir sendiri.

Berkaitan dengan hal ini dan berdasarkan pengalaman saya berkerja dengan seorang Ketua Menteri UMNO, UMNO walaupun sebagai sebuah parti politik ditegah oleh undang-undang dari terlibat di dalam sebarang perniagaan, sering kali mereka terlibat juga di dalam perniagaan dan pelaburan. Bagi mengelakkan penglibatan ini dari pengetahuan orang ramai dan penguatkuasa undang-undang berkenaan, UMNO melantik beberapa orang pemimpinnya sebagai pemegang amanah atau penama parti di dalam syarikat-syarikat perniagaan atau pelaburan mereka. Untuk mengdokumenkan perlantikan tersebut, suratan amanah atau trust deed di adakan di antara parti dan pemimpin parti berkenaan. Dalam pada itu, seringkali trust deed tersebut dibiarkan kosong sahaja dan tidak ditandatangani. Jelas ianya diadakan hanya untuk sebarang keperluan seperti BPR datang menyiasat sama ada perniagaan atau pelaburan berkenaan benar-benar kepunyaan UMNO dan pemimpin parti berkenaan hanyalah seorang penama atau pemegang amanah UMNO dan tidak melibatkan dirinya di dalam sebarang amalan korupsi/salahguna kuasa ATAU bank-bank datang menuntut hutang yang tidak dibayar ATAU ahli dan pemimpin parti lain mempersoalkan kesahihan pertalian tersebut. Apabila keperluan tersebut timbul, barulah trust deed berkenaan dimeterai untuk ditunjukkan sebagai bukti bahawa pertalian tersebut benar. Sesudah itu, trust deed tersebut sering dibatal dan digantikan dengan trust deed yang baru yang akan dibiarkan kosong dan tidak ditandatangani seterusnya sehinggalah keperluan lain yang serupa dengan di atas timbul pula.

Dengan adanya modus operandi perniagaan seperti yang diceritakan di atas, maka perniagaan dan pelaburan UMNO tersebut berbilangkali telah menjadi perniagaan dan pelaburan pemimpin parti yang dikatakan berperanan sebagai penama atau pemegang amanah itu juga. Bila menguntungkan, pemimpin parti berkenaan akan menganggap perniagaan atau pelaburan berkaitan kepunyaan beliau. Sebaliknya, bila merugikan, perniagaan atau pelaburan berkaitan dijadikan kepunyaan parti. Tidak ada ramai orang di dalam parti yang mengambil tahu akan kelalaian atau penipuan atau penyelewengan ini kerana ahli dan pemimpin lain kebanyakannya satu kepala, masing-masing dengan habuan mereka. Contoh yang jelas ialah perihal Allahyarham Dato' Harun Idris yang dikatakan rasuah kerana menyalahgunakan wang parti kerana wang parti dan wang sendiri sudah berkecamuk.

Dengan adanya pengakuan Mahathir Mohamad tersebut, persoalannya sekarang ialah sama ada benar atau tidak saham itu dipegang oleh Mahathir sebagai pemegang amanah atau penama UMNO pada masa tuduhan itu dibuat buat pertama kalinya oleh Anwar Ibrahim, yaitu dalam tahun 1999.Untuk memastikan hal ini, kita perlu melihat kepada apa-apa dokumen atau suratan amanah (trust deed) yang telah ditandatangani di antara Mahathir dan UMNO bagi melantik Mahathir sebagai pemegang amanah atau penama UMNO di dalam Real Mild Sdn Bhd, syarikat induk STMB atau TV3.

Jika trust deed itu tidak ada, maka Mahathir boleh diragui sebagai berbohong dan juga bersalah menyalahgunakan kuasa PM dan Presiden partinya untuk kepentingan diri.

Jika trust deed itu ada, kita perlu melihat pula kepada tarikh sebenar trust deed itu dimeteraikan sama ada sebelum, dalam tahun atau selepas 1999. Kalau trust deed itu telah dimeteraikan sebelum tahun 1999, maka Mahathir boleh dirumuskan bercakap benar. Jika tidak, sekali lagi beliau boleh diragui sebagai berbohong dan juga bersalah menyalahgunakan kuasa.

Walaubagaimana pun, memandang kepada trust deed sahaja tidak mencukupi untuk membuktikan sama ada Mahathir bercakap benar dan tidak bersalah atau sebaliknya dalam hal ini. Seperti yang telah diterangkan di atas, trust deed berkaitan boleh diubah-ubah dengan kerjasama beberapa konco di dalam parti bagi disesuaikan dengan keperluan semasa si bakal penyeleweng atau si bakal penipu. Begitu juga, sementara seseorang penyiasat menyelidiki hal ini, si bakal penyeleweng atau si bakal penipu boleh bertindak
melepaskan pegangan sahamnya kepada penama lain hingga merumitkan lagi penyelidikan. Fikirkan saja, di antara tahun 1999 dan tahun 2005, ada lebih kurang 6 tahun jarak masanya dan macam-macam boleh berlaku di dalam jangkamasa yang lama itu. Berkemungkinan besar, Mahathir telah memindahkan pegangan sahamnya di dalam Real Mild Sdn Bhd kepada penama atau pemegang amanah beliau ATAU penama atau pemegang amanah UMNO yang baru, sementelah pula beliau sudah pun pada gambaran luarnya bersara dari jawatan Presiden UMNO. Sesiapa yang mahu mencari kepastian terpaksa pula meneliti traksaksi dan pertalian di antara Mahathir dan pemegang saham berkenaan yang baru ATAU penama atau pemegang amanah UMNO yang baru, jika traksaksi tersebut benar-benar sudah berlaku.

Sebagai alternatif terakhir, jikalau kita masih mahu mencari kepastian dalam hal ini, kita hendaklah menganalisa akaun kewangan UMNO, Real Mild dan STMB/TV 3 bagi menjejak pengaliran hasil dividen atau sebarang penjualan saham TV3 tersebut dari TV3 ke Real Mild ke UMNO untuk dividen dan dari Real Mild ke UMNO untuk penjualan saham. Jika terdapat pengaliran hasil serupa itu ke kantung UMNO dengan secukupnya untuk keseluruhan masa berkenaan, maka bolehlah kita rumuskan Mahathir telah bercakap benar dan tidak bersalah. Jika sebaliknya tidak terdapat pengaliran hasil seperti itu sementara TV3 telah pun membayar dividen dan/atau Real Mild sudah pun menjual pegangan saham TV3nya, sama ada keseluruhan atau sebahagian darinya, maka sekali lagi kita boleh bertanya Mahathir Mohamad ke mana perginya hasil tersebut kalau tidak ke kantung UMNO dan tidak pula ke poket beliau.

Terpulanglah kepada ahli dan pemimpin UMNO yang perihatin akan hal ini untuk mendesak pimpinan tertinggi parti supaya mengadakan satu odit khas ke atas akaun TV3, akaun Real Mild dan akaun UMNO bagi mempastikan sama ada satu penyelewengan atau penipuan atau salahguna kuasa telah dilakukan oleh bekas Presiden parti mereka. SAYANGNYA, SEPANJANG PENGETAHUAN SAYA SUDAH SEKIAN LAMA PIMPINAN TERTINGGI UMNO TIDAK MEMBENTANGKAN AKAUN PARTI KEPADA AHLI-AHLI. APA SUDAH JADI KEPADA AKAUN UMNO? INI SAJA SUDAH MERAGUKAN!

Satu persoalan lain yang mahu saya bangkitkan berkaitan episod tuduhan Anwar ke atas Mahathir ini ialah sama ada UMNO walaupun sebagai sebuah parti politik dilarang melibatkan diri di dalam perniagaan oleh undang-undang negara, boleh pula membuat penglibatan tersebut melalui penama atau pemegang amanah sebagaimana yang telah disahkan oleh Mahathir bahawa TV3 itu kepunyaan UMNO. Setahu saya larangan tersebut adalah absolute dan sebarang parti politik tidak diberikan ruang untuk melakukan penglibatan tersebut dengan apa cara sekali pun. JIKA ANGGAPAN SAYA INI BENAR, MAKA MAHATHIR MOHAMAD BOLEH JUGA DITUDUH BERSALAH MENYALAHGUNAKAN KUASANYA SEBAGAI PM MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI DAN MENTERI KEWANGAN BAGI BUKAN HANYA MEMBENARKAN UMNO (DI MANA BELIAU ADALAH PRESIDENNYA LALU MENDAPAT FAEDAH SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DARI PENGLIBATAN UMNO DI DALAM PERNIAGAAN) MELIBATKAN DIRI DI DALAM PERNIAGAAN TETAPI JUGA MEMBENARKAN DIRINYA DIJADIKAN KONDUIT BAGI PENGLIBATAN TERSEBUT LALU MEMBELAKANGKAN DAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA BERKENAAN. TIDAKKAH PENDAFTAR PERSATUAN ATAU POLIS ATAU BPR BOLEH BERTINDAK MEMBANTARAS PENYALAHGUNAAN KUASA SEPERTI INI???

AKHIRKATA, ANDAINYA MAHATHIR MOHAMAD BENAR-BENAR MAHU MEMBERSIHKAN DIRINYA DARI TUDUHAN ANWAR IBRAHIM TERSEBUT, BELIAU TIDAK MEMPUNYAI PILIHAN LAIN MELAINKAN MENYAMAN ANWAR DAN BBC UNTUK FITNAH YANG DIKATAKAN TELAH DILAKUKAN KE ATASNYA BAGI MENJATUHKAN KEWIBAWAAN, IMEJ, AIRMUKA DAN MARWAHNYA DIPERMUKAAN ANTARABANGSA. MENGIKUT KELAZIMAN UNDANG-UNDANG, INI HANYA DAPAT DILAKUKAN OLEH BELIAU DI MAHKAMAH UNITED KINGDOM KERANA FITNAH ITU DIKATAKAN TELAH DILAKUKAN OLEH ANWAR DI BBC LONDON. INI SESUATU YANG MENARIK. SANGGUPKAH ANDA, MAHATHIR???

Wednesday, May 11, 2005

jess..

Orang Umno Memang Biadap

Tajuk asal tulisan ini ialah Orang Umno Memang Sial, saya tukar tajuknya dan sebenarnya tak sampai hati nak beri tajuk demikian, tetapi rasanya tajuk ini sesuai dengan cerita yang akan saya sampaikan. Harap-harap tulisan ini di baca oleh orang umno juga, tambahan kalau manusia yang saya maksudkan membacanya lagi bertambah baik kerana dengan meluahkan nya di alam siber ia dapat melegakan rasa marah geram yang membuku dalam dada, kalaupun tidak di baca oleh orang umno tersebut ia dibaca oleh tuan-tuan peminat tetap laman ini seperti juga saya. Mana tahu dengan keajaiban kuasa Allah manusia yang saya maksudkan ini membacanya, maka tertebuslah rasa dan isi hati saya dan yang lebih penting bagaimana nilai yang baik perlu di semaikan dalam apa juga bentuk komunikasi.
Orang umno ini saya kenali pada pilihan raya lepas di mana sebagai agen pengira (counting agent) saya kena duduk bersebelahan dengan orang umno tersebut. Sambil bertugas saya berkenalan dengan nya atas niat ingin berkawan dan menjalinkan hubungan sesama manusia. Pada masa itu dalam fikiran saya berharap, mana tahu dengan berkawan dengannya satu masa saya boleh menukar fikirannya, bukan menjadi ahli Pas tetapi melihat kebenaran adalah kebenaran, melihat bahawa hidup yang singkat ini perlu kita memanfaatkan sebaiknya, hidup yang singkat di dunia ini adalah kalau boleh jangan lah terlalu banyak kesamarannya, kerana bagi ahli umno mungkin banyak kesamaran, dan dengan aktiviti hidup mereka mereka jadi demikian.

Saya kerap ber SMS dengan orang umno ini, pada se awal selepas pilihan raya 2004 tersebut, dengan memulakan sebagai cuba mengenali, bergurau atau usik-usik politik melalui SMS hasilnya memang mengejutkan dibalas dengan bahasa kasar dan kesat, walaupun sepatutnya saya tidak perlu terperanjat, kerana begitulah orang umno dulu kini selamanya, gemilang, temberang, petualang, lalang ….dan apa-apa lagi lah, jembalang pun boleh …

Kisah SMS kali yang mencetuskan tajuk diatas hanyalah kisah SMS Inul yang membuat konsert dangdut yang lalu dan kebetulan 3 malam sebelum konsert tersebut saya berpeluang menghadiri kuliah oleh seorang Ustaz dari JAWI, yang mana Ustaz ini lah yang terlibat dalam serbuan di Zouk dulu dan beliau bekerja di JAWI. Ustaz ini juga terlibat dalam serbuan ke atas seorang polis yang berpangkat DSP yang sedang mendampingi ibu ayam yang akhirnya Ustaz ini kena tumbuk sebagaimana laporan dalam akhbar tabloid kecil. ( Kisah Zouk dan kisah serbuan ke atas polis ini akan saya siarkan kemudian. )

Konsert Inul khabarnya dingin.… khabarnya hanya Mat-mat Indon yang menonton barangkali sebab… Inul ikut ”nasihat” JAWI setelah jawapan dari penganjur katanya, ”kami akan jamin Inul tidak akan gelek melebihi batas, Inul tidak akan menggoyang ponggongnya ke hadapan penonton. Dangdutnya tanpa gerudi khabarnya. Konsert dangdut apa kalau tak goyang benda ”wajib” bagi dangdut gelek Inul.

Berbalik kepada tajuk di atas ceritanya juga sekitar cerita Inul. Ceritanya cerita SMS sahaja, mungkin salah saya kerana ada unsur provokasi kepada penerima SMS geng umno nie. SMS tidak ada apa-apa sekadar kadangkala dan banyak kalinya permainan, hanya beberapa perkataan yang boleh sahaja kita padam, kita blok kalau tidak mahu. Tetapi SMS juga boleh jadi jatuh talak suami isteri, boleh jadi juara akademi Fantasia, SMS boleh hantar terjemahan ayat Quran, Hadis dsbnya.

SMS saya saya pendekkan dari cerita Ustazaz dalam kuliah nya malam itu, Ustaz ada menyebut bahawa beliau pernah cuba untuk menangkap Inul satu masa dulu kerana Inul pernah membuat persembahan Tiger show (tarian bogel). Saya tidak berani komen kerana ini Ustaz ini yang menceritakan.

Berikut ialah SMS tersebut.

SMS saya: Inul yg akan buat konsert dangdut pernah cuba ditangkap kerana buat tiger show dulu - kuliah tadi oleh Ustaz ***** (Pegawai JAWI yg operasi Zouk dan yg di tumbuk ketika cuba tangkap DSP langgani pelacur)
SMS geng umno: Awak nampak depan mata, kalau tak baik.. lebih baik awak zina...

SMS saya: Ustaz ***** yg cakap bukan saya

SMS geng umno: Orang Pas suka gunakan nama orang... lumrah orang yg keji. dalam berperang orang mcm elok di bunuh, PEMBELOT

SMS saya: Ini tiada kaitan PAS UMNO Saya hanya sampaikan saja
terpulang pada anda

SMS geng umno: ”Orang-orang pas jgn tunjuk alim, kalau Inul tonggeng... awaklah orang pertama yg main dulu

SMS saya: Saya hanya kongsi kisah pegawai JAWI, saya tiada niat menyerang anda

SMS saya: Relaxlah bang saya tahu u ok...

Selepas itu SMS saya tidak di jawab. Ini bukan kali pertama saya terkena, sebelum ini dalam kisah lain, berkenaan permintaan saya supaya beliau sampaikan kepada Wakil Rakyat umno, hasrat penduduk supaya menyegerakan tanah perkuburan di kawasan saya juga dijawab dengan cukup BIADAB, walaupun saya kerap kali menggunakan bahasa yang sebaik-baiknya. Kalaulah tidak mengenangkan etika, atau menjaga peribadi tidak terikut kebiadapannya, sudah tentu saya akan reka bahasa yang mungkin jauh lebih kasar dan biadab, tetapi apalah gunanya jika dia beranggapan orang Pas pun bahasanya biadab sama seperti dia. Api kena lawan dengan air, mudah-mudahan air akan memadamkan api akhirnya, api lawan api, makin panas, message tidak akan sampai, Nabi pun di baling batu di Taif dihalau, dihina, namun Nabi mendoakan penduduk Taif di beri hidayah oleh Allah satu hari nanti, begitulah ketinggian peribadi Nabi, terlalu kecil jika saya ingin bandingkan kisah SMS ini.
Jika diperhati SMS geng umno ini, jika kita serious mengkaji, mungkin pada mereka ini hanya permainan, lawan-lawan SMS ….dalam masa yang sama SMS tetap akan melambangkan serba sedikit peribadi penghantar, akan menggambarkan tahap ilmu si penghantar, kerana SMS yang sama tadi turut saya hantar ke beberapa rakan lain, tidak di jawab (maknanya boleh dianggap di terima) dan kepada seorang pensyarah UIA yang menjawab dengan perkataan ”Islam Hadhari”. Itu lah bezanya pensyarah UIA dan geng umno ini tadi, mungkin tidak adil perbandingan ini, tetapi sekadar itulah yang ada pada masa ini, dan kisah ini juga masih terbuka kepada berbagai penilaian dan andaian yang boleh semua pembaca lakukan.

Jadi saya rasa tajuk asal ”Orang Umno memang sial” di atas tidaklah berat kasar sangat – kalau kasar maka saya minta maaf, kerana tulisan sepanjang ini tidak mungkin saya hantar melalui SMS kepada geng umno tersebut.

Nota: saya akan cuba siapkan kisah Ustaz ini di Zouk dan kisah menangkap DSP walaupun sudah agak basi, Insya Allah.

MNI - 10.05.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

Saifuddin keluar keadilan.?

PERMATANG PAUH, 26 Nov : Ahli MPT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail, hari ini, menafikan berita yang beliau akan meninggalkan parti itu. Berita yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu, bertujuan memecahbelahkan perpaduan parti, mendakwa beliau akan meninggalkan PKR kerana tidak sehaluan lagi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan tertinggi parti itu. Beberapa tuduhan dilemparkan kepadanya, antaranya isu pertemuan beliau dengan Pak Lah selepas pilihan raya lalu dan perbalahannya dengan Anwar di Munich.
"Sebagai orang politik, memanglah saya sentiasa akan "diserang", katanya yang juga bekas ADUN Lunas kepada Malaysia Today baru-baru ini.
Menurutnya,
"Saya pernah dituduh mengkhianati parti kerana berjumpa Pak Lah, malah dianggap hendak menjual PKR Kedah. Sebenarnya, segala butir pertemuan saya dengan Pak Lah dalam pengetahuan Anwar. Maknanya terbukti sekarang, berjumpa Pak Lah bukannya satu dosa, kerana selepas itu Kak Wan (Datin Seri Dr. Wan Azizah) pula berjumpa (Pak Lah) dan selepas Kak Wan jumpa, Anwar pula berjumpa Pak Lah".Katanya, isu pertemuan beberapa pemimpin PKR dengan pemimpin Umno sebelum ini telah mendapat perhatian serius Presiden PKR, dan semua pemimpin yang terlibat telah dipanggil memberikan penjelasan kepada beliau.
Menjawab soalan Malaysia Today, berkenaan isu beliau dikatakan berbalah dengan Anwar di Jerman baru-baru ini, Saifuddin menafikan sekerasnya-kerasnya berita itu. Sambil menyebut beberapa nama pemimpin PKR yang turut serta dalam pertemuan di sana, isu berbalah dengan Anwar dan hendak meninggalkan PKR tidak berbangkit sama sekali.
"Dalam pertemuan tertutup itu, kami semua meluahkan pendapat secara berterus terang demi kebaikan parti. Dan sememangnya ketika berterus-terang itu tentulah ada yang sedap dan kurang enak didengar. Mahathir jadi rosak dan Umnopun jadi rosak kerana tidak ada sesiapapun Ahli Majlis Tertinggi Umno yang berani menegurnya."Ketika menyangkal tuduhan dalam laman Umno-reform (Saifuddin Nasution, berpatah arang dengan Anwar Ibrahim?) dan Marhaen (Inderaloka: Saifuddin Berhijrah Ke PAS: Tak Mungkin, Tapi Tak Mustahil), Saifuddin menjelaskan bahawa beliau sehingga kini terus aktif mewakili parti sebagai Ahli MPT dalam program-program BA. Menurutnya, pada hujung Ramadan, beliau telah berceramah dengan Presiden PAS di Setiu Terengganu, bersama dengan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din di Kuala Kedah, dan pada 11 Disember nanti akan berceramah di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun.
"Jika saya berniat hendak membelakangkan dan meninggalkan parti, tentulah saya tidak akan mewakili parti sebagai Ahli MPT dalam program-program BA." ujarnya.Beliau selanjutnya menjelaskan, "Mengikut maklumat, saya telah dicalonkan untuk jawatan MPT, dan berada dalam senarai "Top Ten". Jika saya tidak lagi dikehendaki parti, ahli-ahli akar umbi akan menolak saya dan tidak lagi mencalonkan saya untuk jawatan itu".
"Datuk Seri Anwar telah kembali ke pangkuan kita, sekarang kita perlu melihat ke depan. Tugas kita sekarang ialah merapatkan semula saf dan melonjakkan semula perjuangan," serunya.Syaifuddin, diberitakan kini berada di Bangkok sehingga 30 November untuk menghadiri "Dialog Isu Keganasan Di Selatan Thailand."
Siaran - 30.10.2004 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)