Sunday, June 26, 2005

KANAK-KANAK TADIKA DIGUNAKAN UNTUK POLITIK MURAHAN DERIH JUSOH

Kerajaan Terengganu Derih Jusoh agak panik melihat kehadiran diluar dugaan sewaktu demonstrasi aman PAS pada Ahad lalu.

gambar sewaktu demo Pas

Maka Mat Derih ini terus mengeluarkan arahan persatuan-persatuan tertentu untuk berhimpun dalam menyokong kerajaan negeri, termasuklah pelajar-pelajar tadika yang ratanya berumur 5-6 tahun....

Dianjurkan pada hari Sabtu, mudah-mudahan ada juga orang boleh meramaikan majlis tersebut, akan tetapi masih tidak mendapat galakan. Kehadirannya dianggar sekitar 1,000 orang sahaja....





Menjaja kanak-kanak untuk kepentingan politik adalah satu taktik yang sangat mual dan menjijikan sejarah politik tanah air. Namun, semua itu bukan diambil peduli oleh Derih Jusoh.

Lihatlah betapa terdesaknya mereka....

Cyberluncai: POLITIK MALAYSIA DAH JADI SEMAKIN JIJIK.....

Friday, June 24, 2005

Umno parti cari makan – Tan Sri Samad Ismail

Penyakit politik wang yang sedang melanda Umno pernah disifatkan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Dr Haji A. Samad Ismail sebagai penyakit parti di mana orang menumpang hidup atau orang boleh menumpang cari makan.



Beliau menyatakan demikian di dalam wawancara bertajuk Money Politics Penyakit Parti Yang Berkuasa yang diusahakan oleh wartawan Majalah Era, Marzuki Ibrahim pada 1 Jun 1985.
Kini Umno heboh dengan tindakan terhadap ‘ikan besar’nya yang dikaitkan dengan politik wang yang sebenarnya rasuah dalam pemilihannya yang lalu.

Naib Presiden Umno paling kanan, Tan Sri Isa Samad sedang disiasat Lembaga Disiplin parti itu.

Bersama-sama dengannya adalah tujuh anggota kanan parti itu yang akan dipanggil tidak lama lagi dan khabar angin menyebutkan juga seorang Naib Presiden Umno, Dato’ Wira Mohd Ali Rustam tetapi pegawainya menafikan perkara itu.

Bagaimanapun ramai yang bimbang ia hanya gimik atau selepas Isa tidak sebulu dengan kepimpinan Umno yang ada.

Tan Sri Dr A. Samad terlibat di dalam dunia kewartawan selama lebih 46 tahun sejak 1941 berusia 16 tahun dan terakhir sebagai Penasihat Editorial Berita Harian pada 1987. Beliau adalah guru kepada beribu-ribu wartawan di Malaysia.

Selama terlibat di dalam bidang kewartawan, juga bergiat aktif di dalam dunia kesusasteraan negara dan politik tanahair, beliau telah sempat dipenjarakan sebanyak tiga kali termasuk di bawah ISA.

Namun begitu namanya dibersihkan dengan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1 Ogos 1987.

Menurut muqadimah rencana itu, pendedahan Perdana Menteri (ketika itu), Dr Mahathir Mohamad tentang money politics dalam Umno memang bagus malah sudah tiba waktunya hal seperti itu dibongkar.

“Hal itu sebenarnya sudah lama dibicarakan dan diketahui oleh kita semua tetapi tiada siapa yang berani atau yang mahu dan bersuara terus-terang seperti Dr Mahathir Mohamad.

“Money politics adalah penyakit parti yang berkuasa, parti yang pegang tampuk kerajaan, parti yang besar, gagah. Money politics ialah politik parti yang besar, pasti yang kukuh dan gagah, parti di mana orang yang menumpang hidup atau orang boleh menumpang cari makan,” tegasnya di dalam wawancara itu.

Beliau juga berkata, parti yang ditimpa penyakit politik wang adalah ibarat orang kaya yang mengalami berbagai-bagai jenis penyakit seperti darah tinggi, jantung dan kencing manis.

Rencana itu boleh dilihat dengan lebih lanjut lagi di dalam buku A. Samad Ismail Ketokohan dan Kewartawanan muka surat 334 yang diselenggarakan oleh A. Karim Haji Abdullah terbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia pada 1991.

Menurut Tokoh Wartawan Negara yang pernah juga menjadi Penasihat Jabatan Penerangan PAS khususnya Wartawan Harakah, penyakit politik wang itu hanya boleh dibenteras oleh ahli-ahli Umno sahaja.

Tokoh Melayu Cemerlang yang baru dianugerahkan oleh Umno, Prof Diraja Ungku Aziz mempersoalkan, “kenapa politik wang itu tidak dipanggil sahaja sebagai rasuah politik?.”

Bekas Timbalan Perdana Menteri di bawah empat perdana menteri, Tun Ghaffar Baba pula menyifatkan Umno sebagai parti ‘gajah berkaki plastik’ yang menampakkan keburukan dan penyakit yang hanya menunggu masa sahaja untuk rebah pada bila-bila masa.

Bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pula, jika pada dadah digalakkan rakyat memanggilnya sebagai najis dadah, adalah lebih baik pada rasuah pula dipanggil tahi rasuah.

Cyberluncai: Umno sedang menuju kehancuran.....

Monday, June 20, 2005

Melayan beberapa 'Soalan Bodoh' Umno Terengganu


Rosol Wahid, wakil MB Derih Jusoh, nyaris nak kena 'libas' kat Ust ABC

Beberapa soalan mudah dan bodoh yang seringkali di selokakan oleh umno Terengganu, tidak memerlukan pemimpin PAS untuk menjawabnya. Sebagai pegawai yang pernah berkhidmat dengan Kerajaan PAS Terengganu, biarlah saya cuba untuk menjelaskannya. Sekiranya ada tambahan jawapan boleh pengunjung menambahnya:

1.Kenapa PAS Beri Tanah Kepada Orang Kaya?
Dasar PAS ialah memberi tanah kepada orang yang tidak bertanah, bukan kepada orang miskin atau orang kaya, kebetulan tanah yang diberikan adalah tanah paya yang perlu ditambak memerlukan jumlah wang yang besar, maka yang ini di berikan kepada golongan yang berkemampuan. Apakah orang kaya kena tinggal atas pokok (macam berok) atau dalam air macam katak? Yang tak mampu diberi kepada yang tidak perlu kos yang besar.

2.Semasa Memerintah Terengganu Berapa Buah Masjid Yang PAS Bina? Berapa Yang Dbina Di Kemaman?
PAS tidak membina masjid pun Di Kemaman sepanjang pemerintahan,Cuma rakyat yang membina sebuah Masjid di RTB Kg Bujal, (itu pun dah di robohkan)Kemaman.Perlu disedari walaupun PAS tidak membina sebarang masjid Di Kemaman tetapi sepanjang 4 Tahun memerintah Terengganu PAS tak pernah meroboh masjid
(usah kata Masjid, Tangga masjid pun PAS tak buang, orang lari ke masjid lama di Tengkawang hulu Terengganu, bila menang balik semula?????)

3.Kemana Perginya Duit Tanah Yang Dibayar Kepada JSR?
Ini lah tak faham, duit yang didakwa sehingga lima ringgit dibayar kepada kontraktor menambak tanah, dan tidak benar sama sekali dibayar kepada JSR, ianya dibayar kepada Jurukur yang dilantik. Semua resit bayaran ukur dan tanah diserahkan kepada peneroka. Duit semua itu masih tersimpan untuk membuat ukuran semula selepas Pilihanraya 2008.

4.PAS Ke Arah Militan: Masjid Atau Markas Di Dalam Hutan? Untuk Apa Buat Bom Petrol?
Hindu dan budha buat tempat ibadat bila dia sampai sesuatu tempat baru(kenapa dengan orang Islam pun dengki sangat?) Ayah Pin di Hulu Besut Pun buat markaz sangat besar,pejabat Tanah dah buat keputusan roboh ,tapi bila persatuan kristian buat rayuan supaya jangan roboh markas Ayah Pin kerajaan ambil keputusan denda sahaja.
Itu adalah rumah ibadat Orang islam – jawablah di akhirat kelak

Bom petrol ye…..JKKK yang jumpa bom tu,kesan tangan mesti ada pada botol petrol tu, elok benar kalau polis siasat berpandukan kesan tangan pada botol,tak pasal pasal pulak JKKK yang kena tangkap.

5.Kenapa Tanah Tapak Sekolah Dibahagi Kepada Kroni PAS?
Kenapa Tapak sekolah dibuat hanya tak sampai 1 KM dengan sekolah yang sedia ada di kawasan tak sepadat mana? Sila senaraikan kroni..jgn asyik sebut sebut tanpa nama ..? Saya pun boleh kata "Rosol Ambil Kawasan Balak 1000 Hektar, dan guna nama kroni"

6.Masih Ramai Rakyat Terengganu Tidak Bertanah,Mengapa PAS Beri Kepada Orang Luar?
Yang beri di adalah kepada rakyat luar yang bermastautin di Negeri Terengganu, itu pun dah dirampas balik.Yang diberi anak Terengganu pun dah hancur juga(kenapa tak dirampas hak orang luar sahaja?), yang dok beri kepada anak Mahathir di Besut untuk kejadah apa?

7. Mengapa Pemimpin PAS Kaya Raya, Pengikut Papa Kedana? – Sila Rujuk Kenyataan Ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub Mengenai Perkara Ini Di Muktamar PAS di Kota Bharu Baru-Baru Ini. Jangan Putrabelit fakta lah mamat, Salahuddin hanya memperingatkan sahaja : sila dengar semula dalam www.terengganukini.net.Sila senaraikan nama pemimpin PAS yang kaya ,silakan.

8. Kenapa Bila Memerintah Pemimpin PAS Tak Jalankan Tugas Dengan Amanah, Bila Dah Kalah Rakyat Disuruh Demonstrasi?
Allah yang menentukan amanah atau tidak semasa PAS memerintah,mereka berdemo kerana BN rampas , roboh serta memusnahkan Tanah,rumah dan Masjid peserta RTB. BN tak pernah mengerti istilah perikamanusiaan (macam yahudi di Palestin)
ptnreformasi@yahoo.com

p/s: video penerangan free yang menjawab 'pendustaan' umno ...boleh download klik sini, digalakan simpan atau rakam ke dalam CD untuk tontonan umum.

Cyberluncai: Dengar ceramah Umno termasuk MB sekarang, macam dengar orang tengah jual ubat dan buat lawak bodoh....

Sunday, June 19, 2005

Lebih 10,000 hadir berdemo di depan Wisma


BANTAHAN RAKYAT...Lebih 10,000 orang menyertai perhimpunan aman di hadapan Wisma Darul Iman (WDI), Kuala Terengganu pagi ini (19 Jun) bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan rakus dan zalim Kerajaan Barisan Nasional Negeri Terengganu merampas tanah, memusnah rumah peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) dan merobohkan masjid. Orang ramai yang mula berkumpul di kawasan itu seawal jam 7 pagi bersurai kira-kira jam 9.40 pagi setelah mengaminkan bacaan doa oleh Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Dato' Husain Awang. Turut berucap pada perhimpunan yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan termasuk anggota FRU itu ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Mustafa Ali. Sementara itu, wakil peserta RTB, Abdullah Che Mat berjaya menyerahkan memorandum bantahan rakyat kepada Exco Kerajaan negeri, Wan Hisham Wan Salleh di Bilik Rehat Exco, WDI pada kira-kira jam 9.10 pagi.





"Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!!"

Cyberluncai: "RAKYAT TERENGGANU BERSAMA PAS/BA TAHUN 2008"

Thursday, June 16, 2005

Demo aman depan Wisma Darul Iman Ahad ini



Satu himpunan aman akan diadakan di hadapan Wisma Darul Iman (WDI) di sini pada hari Ahad (19 Jun) ini sebagai membantah kezaliman kerajaan BN/Umno negeri meroboh masjid dan rumah peserta rancangan tanah berkelompok (RTB).

Berdasarkan risalah yang disebarkan kepada umum, himpunan aman itu yang diadakan seawal jam 7.45 pagi mempelawa rakyat yang tidak reda dengan kezaliman kerajaan BN itu termasuk merampas tanah rakyat supaya turut serta.
Perhimpunan di hadapan WDI itu adalah lanjutan daripada beberapa perhimpunan aman yang telah diadakan sebelum ini di hadapan Pejabat Tanah Daerah Besut, Setiu dan Kemaman.

Kerajaan negeri melalui pejabat tanah daerah telah merobohkan rumah serta masjid di beberapa Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sebelum ini.

Melalui RTB, kerajaan negeri sebelum ini yang dipimpin oleh PAS memberikan tanah kepada beribu-ribu rakyat negeri ini.

Menjadi prosedor biasa pemberian tanah, kebenaran menduduki itu perlu diperbaharui setiap tahun untuk menilai adakah ianya digunakan sebagaimana yang ditetapkan atau tidak.

Tetapi, apabila kerajaan bertukar tangan, kerajaan baru yang dipimpin oleh BN bertindak tidak menyambung pemberian secara TOL itu dan dengan kata lain menarik balik pemberian itu.

Antara langkah yang diambil adalah merobohkan sebarang binaan yang dibina di atas tanah berkenaan oleh pemiliknya.

Ini termasuklah rumah, masjid dan tanaman penduduk berkenaan.

Di Sungai Tong, Setiu, sebuah rumah yang dibina oleh seorang anggota tentera telah dirobohkan.

Anggota berkenaan yang sedang bertugas telah datang dengan pakaian seragam tenteranya melihat rumahnya telah menyebah bumi setelah dirobohkan oleh pihak berkuasa negeri.

Di RTB Bujal, Kemaman, sebuah masjid yang dibina oleh penduduk bersama dengan 10 buah rumah mereka telah dirobohkan oleh pihak berkuasa negeri.

Ceramah Perdana

Sementara itu, satu ceramah besar-besaran bertajuk `Kebangkitan Rakyat Menentang Kezaliman Umno Meroboh Masjid dan Rumah Serta Merampas Tanah Rakyat’ akan diadakan pada Sabtu, 18 Jun ini jam 9 malam di Kampung Gelong Bilal, Jalan Pasir Panjang, dekat sini.

Para penceramah pada majlis yang bermula jam 9.15 itu terdiri daripada Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan timbalannya, Salahuddin Ayub dan Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS negeri dan timbalannya, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Abu Bakar Chik serta Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani.

Monday, June 13, 2005

PEMIMPIN MAKIN KAYA, RAKYAT MAKIN SENGSARA

Rumah Tok Guru Nik Aziz



Tok Guru Nik Aziz Nik Mat has been the Chief Minister (Menteri Besar) of the opposition held state of Kelantan for 15 years now. As the Chief Minister, he is entitled to live in an official residence of mansion dimensions. He prefers though to stay in his humble home which has been his residence for decades. And there is absolutely no security of any kind. Anyone can just walk into his home as they wish.

Kediaman kroni Pak Lah

Kediaman kroni Pak Lah, Ghazali Hashim, di Permatang Rambai, Kepala Batas.
Ghazali Hashim diberitakan mendapat kontrak bernilai berbillion ringgit untuk menggantikan paip air di seluruh negara melalui syarikatnya dalam program pengswastaan pengambilalihan pengurusan bekalan air oleh kerajaan pusat yang telah diluluskan Parlimen.






Cyberluncai: "Tradisi Menyembelih Rakyat"

Thursday, June 09, 2005

Kabinet PAS 2005-2007



Presiden
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden
Ustaz Nasharudin Mat Isa

Naib-Naib Presiden
YB Haji Husam Musa
Sdr Haji Mohamad Sabu
Dato' Dr. Haji Hassan Mohd. Ali

Setiausaha Agung PAS
YB Dato' Haji Kamarudin Jaffar

Bendahari PAS Pusat
Dr. Mohd Hatta Mohd Ramli

Ketua Penerangan PAS Pusat
Ustaz Haji Ahmad Haji Awang
Penolong: Sdr. Mahfuz Omar

Ahli-Ahli Jawatankuasa
Dato' Haji Tuan Ibrahim Tuan Man
Ustaz Haji Taib Azamuddin Mohd Taib
Ustaz Haji Abdul Ghani Samsuddin
Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali
Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
Ustaz Idris Haji Ahmad
Ustaz Haji Hashim Jasin
Ustaz Haji Abdul Ghani Abdul Rahman
Dato' Abu Bakar Chik
Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok
Ustaz Mujahid Yusof Rawa
YB Ir. Haji Amiruddin Hamzah
YB Haji Wan Mutalib Embong
Dr. Mahfodz Mahmood
Dr. Rosli Yaakob
Senator Ustaz Haji Hassan Shukri
Dato' Haji Abdul Halim Abdul Rahman
Haji Mahfuz Omar
Dato' Haji Hishamuddin Yahya
YB Dato' Haji Anuar Tan Abdullah
Dr. Siti Mariah Mahmud
Haji Asmuni Awi
Dr. Dzulkifli Ahmad
Sdr Mohamed Hanipa Maidin

SELAMAT BERJUANG
Cyberluncai

Tuesday, June 07, 2005

Bubar cawangan Umno, sertai PAS dan KeADILan

Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengesa ahli-ahli Umno agar membubarkan cawangan masing-masing dan menyertai PAS serta KeADILan untuk membela nasib rakyat di negara ini.
klik untuk imej lebih besar
“Umno sudah hancur, ada orang-orang kuat Umno datang jumpa saya mengadu masalah dalaman Umno, minta saya tolong, saya kata nak buat macamana kerana kalau kereta lama sudah tidak boleh ‘overhaul’ tukar la kereta baru. Lelong kereta lama, timbang kati mai naik kereta keADILan atau PAS,” katanya ketika berceramah dalam program memperingati pemergian tiga tahun Almarhum Ustaz Dato’ Fadzil Mohamad Noor di Muassasah Darul Ulum di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata dirinya sudah serik untuk menyertai semula Umno dan Umno bukanlah parti yang mahu berjuang untuk membela rakyat tetapi menggunakan kesempatan kuasa yang diberi oleh rakyat untuk mengaut kekayaan.

“Ketika saya menjadi Pemangku Perdana Menteri di waktu Dr Mahathir bercuti panjang di luar negara, saya membentangkan enakmen untuk membanteras rasuah, lepas itu Dr Mahathir telefon saya dari luar negara memberitahu tindakan saya itu ramai yang tidak suka; orang yang tidak suka tentu ada masalah, kalau tidak makan rasuah nak takut apa, inilah perangai buruk yang ada dalam Umno; jadi nak tunggu apa lagi bubar saja cawangan Umno dan masuk KeADILan atau PAS,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meramalkan pilihan raya umum yang ke-12 akan diadakan pada tahun 2007 kerana beliau akan bebas sepenuhnya pada 2008.

“Saya jangka pilihan raya umum ke-12 akan diadakan pada 2007, kalau 2008 saya sudah boleh bertanding. Kalau 2007 saya belum boleh bertanding, bertanding atau tidak saya akan tetap berjuang untuk menumbangkan Umno dan BN,” tambahnya.

RAKYAT TERENGGANU BERSAMA PAS TAHUN 2007/8

Sunday, June 05, 2005

Peneraju PAS 2005-2007



Al-hamdulillah, baru tadi (6.52pm) habis ucapan penangguhan TG Presiden yang penuh bersemangat dan bermotivasi agar mengharapkan semua peringkat bekerja untuk Jama'ah tanpa mengharap apa-apa balasan. Malah, kalau kita benar selaku pejuang (pejuang sebenar), mengharapkan kemenangan semata-mata pun sudah lari dari matlamat perjuangan. Kerana matlamat kita adalah satu, mengharap keredhaan Allah.

Kenyataan ini pelik bukan..? Tapi itulah hakikat mujahid sejati. Berjuang kerana Allah, kalah-menang urusan Allah. Kalau menang kita bersyukur, kalau kalah kita bersabar, tetapi berjuang tetap berjuang hingga akhir hayat. Akan tetapi TG mengingatkan semua bahwa; "Bersyukur sewaktu menang itu lebih afdal daripada bersabar sewaktu kalah."

Maka, marilah kita semua berjuang mengikut kadar kemampuan kita, tidak kira apa jua bentuk, tenaga, idea, penulisan, berkarya, atau apa sahaja demi memastikan Islam sebenar ini diterima semua, Insya-Allah.

Amanat besar sedang menunggu peneraju baru PAS sesi 2005/7 ini. Berikut adalah keputusan pemilihan:

Presiden(menang tanpa tanding): TG Haji Abdul Hadi. Timbalan beliau yang baru, Ustaz Nasharuddin Mat Isa 536 undi. Naib Presiden pula Haji Husam Musa mendapat 577 undi, Haji Mohamad Sabu (445 undi) dan Dato' Dr Hassan Mohd Ali (435 undi).
Manakala anggota jawatankuasa kerja PAS Pusat iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (813 undi), Dato' Kamaruddin Jaffar (768 undi), Dr Mohd Hatta Ramli (753 undi), Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib (747 undi), Ustaz Abdul Ghani Samsuddin (692 undi).

Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (680 undi), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (668 undi), Ustaz Ahmad Awang (635 undi), Ustaz Idris Ahmad (626 undi), Ustaz Hashim Jassin (605 undi), Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (605 undi), Dato' Abu Bakar Chik (566 undi), Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok (550 undi), Ustaz Mujahid Yusof Rawa (536 undi).

Ir Amiruddin Hamzah (533 undi), Dato' Wan Mutalib Embong (530 undi), Dato' Dr Mahfuz Mohamad (465 undi) dan Dr Rosli Yaakob (436 undi).

Moga-moga semua membantu mereka dalam perjuangan ini.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Sekian, wassalam.
Cyberluncai.

Thursday, June 02, 2005

Jadual Muktamar Tahunan PAS ke-51

Jadual Muktamar Tahunan PAS ke-51
Tema: Mempaksi Kebangkitan Perjuangan
Lokasi: PUTIK, Pengkalan Chepa


3 Jun (Jumaat)
8.30 pagi - Perbarisan kehormat oleh Unit Amal

8.40 pagi - Ketibaan Ahli Majlis Syura, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan, Mursyidul Am dan Presiden PAS.

8.50 - Ucapan ringkas Pengerusi Tetap - Ucapan aluan Setiausaha Agung - Ucapan dasar dan Perasmian Muktamar Tahunan Ahli PAS ke-51 oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

4 Jun (Sabtu)
9.00 pagi - Sidang bermula Agenda Pertama Mengesahkan peringatan Muktamar lalu

Agenda Kedua Membentang dan menerima penyata dan laporan
1. Laporan Tahunan PAS 2004-2005
2. Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2004

Agena Ketiga Usul terima kasih kepada Presiden dan perbahasan ucapan dasar

2.00 ptg - Perbahasan ucapan dasar disambung

5.00 ptg - Perbahasan ucapan dasar

9.00 mlm - Ceramah umum

5 Jun (Ahad)
9.00 pagi - Agenda kelima membahas usul-usul

2.00 ptg - perbahasan usul-usul

4.30 ptg - Pengumuman keputusan pemilihan jawatan-jawatan dalam parti yang dipertandingkan
5.00 ptg - Ucapan penggulungan dan penangguhan muktamar.

Cyberluncai: sila perhatikan webTV di sini (sebelah kanan) jika siaran lansung disambungkan, TQ.

Fokus perebutan Timbalan Presiden PAS

Fokus perebutan Timbalan Presiden PAS:
PERTANDINGAN DI ANTARA ‘AYAH’, ‘ABANG’ DAN ‘ADIK’


oleh Mohd Sayuti Omar

Sekarang ini persis sudah sahih, bahawa jawatan timbalan presiden Pas akan berlaku pertandingan tiga penjuru. Pengunduran Datuk Haron Din kerana keuzuran menjadikan jawatan itu yang mulanya diusahakan agar tidak berlaku pertandingan kini terbuka semula.

Tiga orang yang menawarkan diri setakat ini; Senator Hassan Shukeri, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Hassan Shukeri dari awal lagi bertegas untuk mempertahankan jawatan itu. Manakala Nasharuddin membuat pengumuman ingin bertanding dan Abdul Halim pada hari berikutnya.





klik untuk mengetahui lanjut
Senator Ustaz Hassan Shukri
klik untuk mengetahui lanjut
YB Dato’ Ustaz Haji Abd Halim Abd Rahman
klik untuk mengetahui lanjut
YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa

Kebetulan saya mengenali ketiga-tiga mereka itu. Cuma nilai pengenalan saya itu berbeza di antara satu sama lain. Hassan Shukeri saya kenal sejak lebih 25 tahun lagi. Pada persepsi saya Hassan orang lama di dalam Pas yang setia dan utuh di dalam perjuangan.

Begitu juga Abdul Halim Abdul Rahman, saya mulai ‘berkawan’ dengannya sejak tahun 1979 lagi. Saya mesra dengannya sewaktu beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan. Kenangan paling manis saya dengannya ialah apabila saya menumpang keretanya untuk memerhati muktamar Pas di Dewan Bahasa Pusataka, tahun 1978.

Pada saya Abdul Halim seorang ahli politik yang sedarhana dan tidak gemar kepada kontroversi. Beliau disifat ahli politik yang hemah mewarisi kepimpinan Datuk Mohd Asri Muda (Allahyarham).

Bekas Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan itu juga mempunyai daya ketahanan mental yang tinggi. Boleh menerima kritikan dan senyum walaupun jauh di lubuk hatinya pedih dan terkilan. Penulisan buku “Tiga Abdul” oleh saya menguji akan nilai dan kewibawaan beliau sebagai pemimpin. Halim seorang pemimpin yang boleh dikritik dan tahan diuji.

Nasharuddin Mat Isa walaupun baru, tidak sampai 10 tahun saya mengenalinya namun saya boleh dikira akrab dengannya. Mungkin kerana faktor usia di mana beliau tidak jauh bezanya dengan saya. Baik saya atau dia lebih senang kalau untuk duduk bercakap soal-soal perjuangan dan sebagainya berbanding Hassan dan Halim.

Persepsi saya, Nasharuddin seorang pemuda yang boleh bergerak jauh. Kedudukannya sebagai Setiausaha Agung menjadikan dia mendahului masa. Jawapan itu telah menjadikan sebuah universiti kepadanya membolehkan beliau mengenali seluk-beluk politik. Ternyata percubaan Pas meletakkannya sebagai Setiausaha Agung tidak mengecewakan Pas.

Kelebihan Nasharudin berbanding dengan dua lagi calon timbalan presiden itu beliau mempunyai hubungan ‘diplomatik’ yang luas dengan dunia luar. Kesempatan ini menjadikan beliau seorang anak muda yang telah menjajahi banyak benua.

Secara umumnya mereka bertiga boleh disifatkan sebagai satu keluarga dan kenalan rapat saya. Jika dibuat ‘salasilah’ dan urutan, Hassan boleh dianggap sebagai ayah, Halim sebagai abang dan Nasharuddin adik. Jadi pada saya, pertandingan itu adalah pertandingan di antara tiga beranak; ayah, abang dan adik; di mana keadaan sukar untuk dibuat pilihan.

Kalau saya sebagai perwakilan, sukar untuk memilih yang mana satu. Saya akan menjadi serba salah. Apakah saya perlu ketepikan ayah yang luas dan banyak pengalaman untuk mengambil si abang? Atau saya akan memilih si adik dan membelakangkan si abang yang tentu lebih berpengalaman daripada si abang atau si ayah?

Susah! Namun hakikat keputusan kena buat juga. Jawatan itu hanya memerlukan seorang manusia sahaja. Walaupun sukar atau kekok ia perlu juga diputuskan. Justeru untuk membuat pemilihan itu ia memerlukan penelitian dan kajian yang mendalam.

Tegasnya ia bukan boleh dibuat berdasarkan sentimen atau darah daging. Mungkin soal kenal dan juga sentimen kawan atau sebagainya boleh di ketepikan. Apa yang penting ialah memilih mereka yang relevan dengan masa dan dapat membawa kebaikan dan perubahan kepada parti pada masa akan datang.

Ada beberapa aspek yang boleh dijadikan ukuran di dalam hal ini. Di antaranya ialah:

1. Mengenai wibawa, termasuk wawasan, karektor dan juga ilmu pengetahuan. Ini perlu bagi menjamin untuk kemajuan dan kematangan parti.
2. Populariti baik di dalam parti ataupun di luar parti. Ciri-ciri ini penting bagi menjamin penjawat jawatan itu dihormati dan disegani oleh masyarakat luar.
3. Track rekod atau pun jasa dan khidmat bakti mereka. Kebetulan ketiga-tiga calon itu ada tugas dan tanggungjawab masing-maing adalah elok kalau fail perkhidmat mereka dibuka untuk melihat sumbangan mereka kepada parti selama ini.


Apapun di sini yang paling perlu ditekankan bahawa pertandingan itu hendaknya tidak akan merosakkan perpaduan di dalam parti. Siapa sahaja di antara mereka menang hendaklah diterima sebagai pemimpin pilihan jemaah. Sebaik-baiknya jadikanlah soal pertandingan itu sebagai suatu ‘excercise mental’ sahaja dan bukannya pertandingan fizikal seperti mana kata Abdul Halim Abdul Rahman itu.


Gambar: tiga calon timbalan presiden untuk Muktamar tahun ini.

Saya yakin kalau semua ahli Pas sepakat untuk berpegang kepada prinsip itu, pertandingan berkenaan tidak akan menimbulkan masalah sampingan malahan, akan lebih menjadikan politik dan demokrasi di dalam Pas lebih subur menghijau di masa akan datang.

Wednesday, June 01, 2005

SELAMAT BERMUKTAMAR...

Saya, pengendali weblog Cyberpoyo mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bermuktamar kepada semua perwakilan Pas dari semua kawasan dan bahagian. Moga-moga muktamar kali ini membuahkan satu perkembangan baru yang sangat istimewa dan berupaya menaikan Pas kemercu yang lebih gemilang.


Gambar: Saudara YB Salahudin sedang berucap.

Apapun, Muktamar Pas ke-51 yang berlansung mulai 2 Jun ini di PUTIK, Kelantan, akan menjanjikan satu perubahan pucuk pimpinan Pas yang mana secara tak langsung akan mencorak satu lebaran baru Pas dalam menghadapi PRU12 nanti. Pemilihan yang bergantung kepada perwakilan ini diharap akan membuahkan satu anjakan paradigma dalam Pas, yang mana paksinya tetap Islam.

Umno yang gelisah dengan perubahan ini mula menjadi tak menentu dan merapu. Tambahan pula ada cadangan supaya menjemput Veteren Umno untuk turut hadir ke muktamar ini.

Kita berharap perwakilan Pas semua bijak memilih dan sepertimana biasa pergabungan semua; muda dan tua, baru dan lama, ulama dan profesional, bukan profesional dan persendirian, desa dan kota, besar dan kecil, tinggi dan rendah; kesemuanya akan mencorak perjuangan Pas di masa akan datang....

Kita juga tidak sabar menunggu ucapan dasar Presiden yang diharap akan menyentuh pelbagai isu nasional yang sekarang ini sangat sarat dengan kisah penganiayaan terhadap rakyat marhaen dilakukan oleh kerajaan BN/Umno, yang 'dahaga'kan pembelaan dari Parti Islam terbesar ini.

Akhir kata, "Selamat Bermuktamar" buat semua ahli Pas....Teruskan perjuangan kita!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Sekian, wassalam.
Cyberluncai