Friday, September 30, 2005

NAJIB JADI RAKUS...?

Dato' Seri Najib Tun Razak dikatakan sudah mula bersiap sedia menyusun langkah mengambil alih kepimpinan negara berikutan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kini dilaporkan sedang menghadapi krisis kepimpinan dan masalah peribadi.

Menurut sumber, Timbalan Perdana Menteri itu kian diasak penyokongnya, termasuk beberapa menteri kabinet, bagi membuat persiapan menghadapi kemungkinan ketuanya kehilangan arah jika masalah peribadinya mengatasi kepentingan negara.

Perdana Menteri dikatakan semakin hilang fokus terutama ketika penyakit isterinya dilaporkan kian serius dan ini menyebabkan Abdullah banyak bergantung kepada timbalannya untuk menjalankan tugas harian negara.

Situasi ketika ini, menurut sumber itu, jelas menunjukkan Abdullah sedang menghadapi masalah besar dan ia dapat dilihat apabila banyak isu-isu negara tidak dapat diselesaikan dan diletakkannya di tahap 'KIV', manakala para pegawai kerajaan juga dilaporkan sudah mula merungut.

"Ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan pentadbiran negara apabila banyak keputusan penting tidak diputuskan atau diputuskan dalam keadaan 'ad-hoc' atau secara tergesa-gesa," katanya.

Manakala sumber lain pula berkata, para perancang dan penasihat politik Najib ketika ini sedang membuat persediaan bagi menggerak dan meletakkan pegawai-pegawai di beberapa jawatan penting untuk mewujudkan satu 'support team' sekiranya apa yang diduga berlaku.

Malahan, kata sumber itu, majoriti anggota kabinet ketika ini sudah bersedia untuk menerima Najib bagi menerajui negara. (Umum mengetahui Najib mendapat dokongan kuat daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala gosip Abdullah mungkin menjemput Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali menyertai Umno juga bertiup kencang).

"Sebaliknya orang-orang Abdullah sedang sibuk mengejar projek dengan beranggapan inilah masanya untuk mendapatkan apa yang diidamkan selama ini," dakwa sumber itu lagi.

Sehubungan itu, sumber yang dipercayai memihak kepada Abdullah itu berkata, beliau berharap Perdana Menteri segera melihat masalah yang menimpa rakyat, ahli-ahli Umno dan masyarakat peniaga yang sedang mengalami zaman gelap di bawah pentadbirannya.

Katanya, Abdullah mesti cepat berada setaraf dengan "harapan awam" sebelum rakyat mula membuat perbandingan kepimpinan beliau dengan kepimpinan Dr Mahathir serta kepimpinan Najib. "Abdullah mesti mempamerkan imejnya yang sebenar dan berdiri di atas kekuatan keperibadian dan ketulusannya," kata sumber itu.

Najib pula diharap tidak terlalu bernafsu untuk mengambil kesempatan di atas situasi sulit yang sedang menimpa Abdullah. "Mungkin kali ini giliran Perdana Menteri, lain kali giliran TPM pula menghadapi kesukaran," kata sumber.

Cyberluncai: sabar........takut tak sempat ke..? melepas jadi 'first lady'.....

Wednesday, September 28, 2005

UMNO KAKI 'PENGECUT'.......

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang mengesa Kerajaan Malaysia mencontohi Kosovo walaupun baru sahaja mencapai kemerdekaan tetapi mengamalkan sistem demokrasi yang adil.

Beliau yang baru sahaja pulang dari melakukan lawatan ke Kosovo berkata demikian semasa berucap merasmikan Markas PAS Cawangan Bukit Baru Dalam baru ini.

Katanya, walaupun Kosovo baru sahaja mencapai kemerdekaan tetapi kerajaannya mengamalkan sistem demokrasi yang baik, tidak menganggu aktiviti parti pembangkang.

Kata beliau di dalam pilihan raya yang lalu Parti Islam Kosovo telah memenangi satu kerusi dan sepanjang kempen pilihan raya parti di situ tidak ditekan dengan pelbagai peraturan dan sekatan.

Beliau mengulas demikian, apabila meletakkan Malaysia sebagai perbandingan di mana pelbagai sekatan telah dilakukan terhadap parti pembangkang sehingga beberapa program dan aktiviti telah disuraikan oleh pihak berkuasa dengan gas pemedih mata.

Berikut adalah antara sekatan yang pernah dilakukan terhadap program PAS:

7 Julai 2005 – Ceramah anjuran PAS di Pasti Mak Chili diganggu pihak Polis dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan air asid. 20 orang ditahan dan beberapa orang cedera.

8 Ogos 2005 – Ceramah PAS di Pengkalan Atap yang diadakan di dalam Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit diserang oleh pihak Polis. 8 orang ditahan dan beberapa orang cedera. Salah seorang dari yang ditahan mengalami cederaan yang agak serius iaitu patah tulang betis kanan (right fibula) akibat dipukul dan dipijak oleh beberapa orang anggota FRU sebaik dia ditahan selepas ceramah.

26 Ogos 2005 – Ceramah PAS yang diadakan dalam Masjid Taqwa Batu 6 turut diserang oleh Polis mengakibatkan berlaku kekecohan dan pertempuran antara pihak Polis dan orang ramai yang marah dengan tindakan tersebut. 12 orang telah ditahan.

Gangguan di dewan tertutup

Beberapa siri ceramah PAS sebelum itu turut diganggu oleh pihak Polis walaupun telah diadakan di dewan tertutup dan pembesar suara indoor digunakan. Antaranya ialah :

12 Julai 2005 (Kg. Gong Manok, Kuala Besut) – menghalang ceramah daripada diteruskan walaupun telah ada perundingan sebelum itu.

6 Ogos 2005 (Kg. Gong Kiat, Kuala Terengganu) – menghalang terus ceramah daripada diadakan.

7 Ogos 2005 (Banggol Tok Jiring, Kuala Terengganu ) – menghalang terus ceramah daripada diadakan.

11 Ogos 2005 (Banggol Katong, Kuala Terengganu) – ceramah yang dibuat dalam rumah persendirian turut dihalang. Ceramah dipindah ke Surau Pengadang Baru turut diganggu dengan menyekat laluan utama ke surau berkenaan.

12 Ogos 2005 (Bukit Kubang Jambu dan Seberang Takir, Kuala Terengganu) – turut diganggu. Ceramah di Seberang Takir dihalang daripada menggunakan pembesar suara.

Saturday, September 24, 2005

UMNO PE'KELDAI'KAN BUDAK UNIVERSITI..(2)

"Tidak faham saya mengapa pentadbir kanan universiti yang bertaraf profesor dan bergelar "dato'" ini sanggup diperalat dan diperkakas sebegitu rupa."

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Bahagian Kedua

Meskipun sekadar mendapat maklumat sepintas lalu dan berjumpa sekali dua dengan sumber yang mendedahkan komplot Kementerian Pengajian Tinggi dan pentadbiran Hal Ehwal Pelajar 17 IPTA, saya sudah berani membuat kesimpulan bahawa pilihan raya kampus yang dijadual 29 September ini cukup memalukan sekali!

Hanya untuk memenangkan Kumpulan Pelajar Aspirasi pro-Umno, KPT dengan peneraju utama Dr Adham Baba dan Dr Muhammad Hussin bersekongkol bersama timbalan-timbalan naib canselor dan dekan HEP (yang sepatutnya menjadi bapa dan pelindung kepada semua pelajar IPTA), dan menghanguskan begitu banyak wang rakyat.

Prof dan Dato' sanggup diperalatkan

Tidak faham saya mengapa pentadbir kanan universiti yang bertaraf profesor dan bergelar "dato'" ini sanggup diperalat dan diperkakas sebegitu rupa, sementalahan pula mereka seperti diperbudakkan oleh beberapa penggiat politik BN, seperti wakil dari biro-biro pendidikan Pemuda Umno, Pemuda MIC, Pemuda MCA dan Puteri Umno.



Bayangkan, setiap minggu, selalunya pada malam Rabu, mereka, sejauh dari Kuching, Kota Kinabalu, Skudai, Sintok, Pulau Pinang, Kuantan, turun ke Kuala Lumpur (dan kebanyakan mesyuarat diadakan di Ibu Pejabat Umno Malaysia), meninggalkan tugasan lebih utama dan perlu, hanya untuk memerah otak (sebenarnya menerima arahan) mencari jalan supaya dalam pilihan raya kampus itu pelajar-pelajar bukan Aspirasi kalah teruk.

Malah satu seminar khusus dibuat, selama tiga hari, membabitkan semua TNC dan Dekan HEP ini, bersama pengetua dan felo kolej kediaman, dengan tujuan yang sama juga, yakni untuk memberi kemenangan mudah kepada calon Aspirasi pro-Umno, menggunakan duit KPT dan wang universiti, iaitu wang rakyat!

Dalam seminar itu pelbagai cadangan dan pandangan dilontarkan, termasuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti, juga bagi mempastikan tiada kumpulan pelajar propembangkang yang dapat menguasai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Segala kekuatan dikerah untuk menangkan Aspirasi

Justeru, syarat-syarat baru dikemukakan, semuanya untuk mengetatkan lagi peraturan yang kalau boleh menyebabkan pelajar yang dikira propembangkang ini kalah sebelum bertarung.

Contoh paling menjolok mata ialah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), bilamana selepas tujuh tahun MPP universiti itu dikuasai oleh kumpulan pelajar yang tidak rela tunduk sepenuhnya kepada Umno, pihak pentadbiran sentiasa mencari helah, tahun ke tahun, dengan merubah syarat-syarat dan peraturan untuk menyertai pilihan raya, secara sewenang-wenangnya.

Sebab itu saya amat kagum dengan kesediaan pelajar tahun akhir Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi semalam bagi mendapatkan perintah membatalkan pilihan raya kampus berkenaan. Rupanya kesabaran anak-anak muda kita pun ada hadnya.

Macam komunis

Dalam suasana menekan dan budaya takut menyelubungi alam kampus, sikap Mozahiri Shamsuddin, 22, itu sekurang-kurangnya dapat membuka mata pihak luar bahawa di universiti tempatan hari ini, termasuk di universiti Islam, keadaannya tidak jauh berbeza dengan pemerintahan Stalin dan Lenin!

Mahasiswa dilayan lebih buruk daripada budak-budak sekolah jahat, kehormatan mereka diinjak-injak, malah pentadbir kanan dan utama, seperti Naib Canselor dan Rektor, menjatuhkan maruah mereka sendiri dengan turut berkempen untuk calon Aspirasi di saat-saat akhir, mengekori tindakan TNC dan Dekan HEP!

Apalah sangat yang hendak direbut dan diraih sehingga segala kekuatan, khususnya KPT dan Hal Ehwal Pelajar mahu dikerah bagi mendokong pelajar Aspirasi untuk menang dalam satu pemilihan pemimpin pelajar, yang sepatutnya diselia secara bebas, telus (juga tulus) dan jujur oleh KPT dan HEP sendiri.

Biarlah anak-anak muda itu bertarung, berpencak silat, mengadu akal dan budi, melakukan eksperimen terbaik, belajar berorganisasi secara matang; dan kita orang-orang tua, apatah lagi yang diamanahkan untuk memudahkan segala urusan mereka itu, sekadar memerhati, sesekali menunjuk ajar jika perlu, dari tepi gelanggang.

Hatta Pak Lah dan Najib, selaku presiden dan timbalan presiden Umno, boleh jika mahu, untuk turut membantu calon-calon Aspirasi, mengadakan mesyuarat di hotel-hotel lima bintang, menyewa pesawat khas, tapi dengan syarat, jangan sesekali menggunakan kemudahan dan dana awam, atau cuba campur tangan dalam pengendalian pilihan raya kampus.

Pelik dan bengong saya memikirkan hal ini. Cukuplah dengan "ketamakan dan kerakusan" Dr Adham Baba bersama Dr Muhammad Hussin; biarlah dua orang muda ini sibuk mengipas dan menunjuk jasa kepada tuan-tuan politik mereka. Jangan pula anda, wahai segala profesor dan dato'-dato' merendahkan diri anda dalam kedudukan sehina itu.

Kepada Pak Lah, mengapa dibiarkan "suasana kalut dan karut" ini berleluasa sehingga IPTA menjadi medan tempur yang tidak membawa faedah kepada mana-mana kelompok jua pun. Sindrom "tak ambil kisah" Pak Lah kini mencapai tahap berbahaya.

Kampus berterabur

Timbalan-timbalan naib canselor sudah bercakaran, ditambah dengan pertembungan terbuka antara TNC dengan Naib Canselor, dimarakkan dengan perselisihan antara TNC-TNC dari unit berbeza (misalnya HEP bertembung dengan pentadbiran atau akademik) dan di KPT, Dr Adham Baba pun tidak serasi dengan Dr Shafie Salleh. Budak-budak Aspirasi pula naik kepala apabila mereka dapat bermesyuarat bersama TNC dan Dekan HEP, yang kemudiannya mendapat imbuhan RM10,000 setiap satu IPTA.

Pak Lah ... berilah sedikit perhatian dengan keadaan kelam-kabut ini. Secara peribadi saya menganggap Pak Lah sudah melakukan satu jenayah besar dan terkutuk apabila menjadikan pilihan raya umum 2004 sebagai rekod terburuk dan terkotor dalam sejarah, tapi suasana di kampus-kampus pada hari ini lebih busuk dan hanyir lagi!

Seperti yang saya sebut dalam Siasah, kepada Mat Husin, "janganlah serius sangat sehingga darah pun sangup ditumpahkan!" Kawan-kawan saya yang dulunya begitu kritikal dengan kerajaan, sanggup berdemonstrasi dan bertembung dengan Menteri Pendidikan, turun membantu pembangkang dalam pilihan raya 1986, tetapi selepas keluar kampus, mereka adalah aktivis utama Umno! Jadi, apa nak dibimbangkan sangat dengan fenomena anak-anak muda ini.

Dedahkan sisi hodoh, meloyakan

Akhirnya, saya mencadangkan kepada semua pelajar-pelajar bukan Aspirasi, yang berhasrat untuk menawarkan diri sebagai calon dalam pilihan raya kampus minggu depan, pulaukan saja pemilihan yang dijalankan secara tidak bermaruah itu. Tapi anggapkan pemulauan itu sebagai langkah awal untuk memulihkan kembali proses demokrasi di kampus-kampus IPTA kita.

Langkah pelajar bukan Aspirasi di UIA yang tidak turut serta dalam pilihan raya kali ini sekali imbas mungkin dilihat merugikan mereka, kerana mereka seperti melepaskan kubu kuat itu secara mudah. Tapi dari aspek lebih luas, ia langkah penentangan terbuka secara berdepan, yang diharap membuahkan hasil positif untuk jangka panjang.

Dunia luar mesti disedarkan dengan perlakuan hodoh pentadbir HEP bersama KPT, yang diselaraskan oleh dua tiga kerat budak hingusan Umno ini, dan harus didedahkan secara meluas sisi-sisi buruk lagi meloyakan, yang selama ini terselindung dari pandangan pihak luar.

Saya bersedia memberi justifikasi lanjut ke atas cadangan saya itu dalam bahagian ketiga nanti.

UMNO MENG'SEPARUH-BODOH'KAN MELAYU...?

Oleh : cucupas
Assalamualaikum.
Apa nak jadi pada UMNO?

Rakyat Berniaga tak maju salahkan Melayu
Rakyat Miskin salahkan Melayu
Rakyat Tak pandai salahkan Melayu
Rakyat Kurang faham salahkan Melayu
Rakyat Lalai agama salahkan Melayu
Rakyat Keluar agama salahkan Melayu

Rakyat gadai tanah salahkan Melayu
Rakyat Lupa kebudayaan salahkan Melayu
Rakyat Tidak berbudi bahasa salahkan Melayu
Rakyat Bangkang kerajaan salahkan Melayu
Rakyat tidak sambut Merdeka salahkan Melayu
Rakyat Tidak beli bendera salahkan Melayu
Rakyat Tak undi UMNO salahkan Melayu.

Siapa sebenarnya Kerajaan ini, melayu islam ke kafir laknat? Kalau Melayu, takkan hentam bangsa sendiri, tak tahu tanggung-jawab terhadap bangsa, takkan hina Melayu? Mereka sudah jadi British ke? Siapa yang lupakan bangsa? Kalau bukan kerana hilang akal, gila, lupa diri atau pengkhianat dan talibarut Ingggeris? Kita tidak faham kerana kita tidak di ajar. Kita tidak tahu banyak perkara. Contohnya siapa MELAYU, mana datangnya Melayu, siapa penjajah, Siapa pahlawan Melayu, apa maksud kemerdekaan, apa yang merdeka, siapa yang patut sambut merdeka?

Melayu kalau mahu jadi pemimpin kena ada ilmu didada. Kalau belum bersedia untuk menjawab, jangan berani bercakap, kalau tak mampu cerita sejarah jangan takut dimarah, Kalau takut dikomen jangan bersama BN. Kalau agama rapuh, jangan bersikap angkuh. Kini ramai manusia bodoh boleh jadi Pemimpin kerana pangkat boleh dapat, kalau angguk bila disuruh angguk dan geleng bila disuruh geleng? Anak beranak, suku sakat, kaum keluarga, boleh jadi Pemimpin, kalau hendak pangkat juga kena tukar BIN.

Tanya mereka, siapa penjajah?
Tanya mereka, siapa pejuang?
Tanya mereka, siapa Tunku Abdul Rahman?
Tanya mereka, kelulusan apa yang dia ada?
Tanya mereka, Kalau tidak lulus 3 kali, belajar apa di England?
Tanya mereka, siapa Onn Jaafar?
Tanya Mereka, siapa dia sebelum jadi PM?
Tanya mereka, Siapa majikannya ketika di India?
Tanya mereka, apa pangkatnya yang disandang ketika di India?
Tanya mereka, siapa yang bantunya menjadi PM?
Tanya mereka, apa perjanjian kemerdekaan kita dengan British?
Tanya mereka, apa itu demokrasi? Tanya mereka, apa tanggung – jawab pemimpin terhadap rakyat?
Tanya mereka, apa kelayakan menjadi pemimpin rakyat?

Pemimpin menjawab kerana tanggung-jawab, bukan menjawab kerana tahu apa yang hendak dijawab. Bercakap sekadar ditanya kerana pengetahuan tidak sampai kemana. Akhirnya bercakap merapu-rapu, Soalan lain, jawab lain atau soalan untuk kita tahu, dia jawab untuk lepaskan diri dengan menipu. Kalau tidak tahu tanggung-jawab pemimpin? Jangan jadi pemimpin.

Perbezaan pemimpin sekarang ialah rakyat disangka bodoh, sedangkan Pemimpin buat – buat bodoh, rakyat buat-buat tak tahu, pemimpin betul-betul tidak tahu, rakyat betul-betul miskin, pemimpin buat – buat miskin, rakyat baik, pemimpin buat-buat baik.

Semuanya perlakuan yang ditunjuk hanya lakonan minta rakyat kesihan, hanya kedepan bila bantuan. Lain tidak ada yang difikir kecuali menipu, aniaya, menindas dan membunuh bangsa Melayu dengan bertopengkan Melayu, membunuh Islam dengan berwajah Islam. Rakyat Melayu majority Islam, peminpin aku tidak tahu. Kerana mereka tahu mengucap, tahu sembahyang, tapi sifatnya seperti British kafir yahudi. Kalau betul-betul Islam, jangan berjudi, pakai tudung untuk pemimpin wanita, buat masjid jangan roboh masjid, buat sekolah agama, jangan hapuskan sekolah agama, Genting untuk bangsa asing, bukan untuk ISlam, anak jadi pendakwah, jangan libatkan diri dengan SIS (Sister in Islam), hapuskan kilang arak, hapuskan dadah, hapuskan pengedaran dadah, hapuskan rasuah, selesaikan masaalah MURTAD dan pastikan barangan HALAL. Kalau buat hanya ketika pilihanraya, baik tak payah.

Anda sendiri berikan gelaran untuk mereka. Fikirkan…

Wassalam

Thursday, September 22, 2005

ISU AP TIDAK SELESAI DENGAN SATU PELUKAN...

Bekas Perdana Menteri dan penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kontroversi yang menyelubungi permit import (AP) bagi mengimport kereta masih belum selesai kerana persoalan masih wujud mengenai bilangan besar permit yang dikeluarkan, tambahan pula hanya dua orang yang mendapat AP yang begitu banyak.


“(Dua) orang itu, setakat yang saya faham, memberikan AP itu kepada orang lain. Mereka tak buat apa-apa pun. Saya agak apabila mereka berikannya kepada orang lain, tentulah ada bayaran.

“Jika mereka terima bayaran, tentu banyak wang mereka dapat. Berapa banyakkah cukai (pendapatan) yang mereka bayar bagi keuntungan yang mereka raih?” kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada seminar bertajuk “Success Mindset: Transforming Impossible To Reality” (Budaya Memikirkan Kejayaan: Mengubah yang Mustahil Menjadi Kenyataan”.

“Kalau nak bagi, bagi banyak oranglah. Ini bagi sampai 16,000 untuk satu orang atau semuanya lebih 30,000 untuk dua orang... sedangkan mereka yang ada bilik pameran dan menjalankan perniagaan kereta tidak mendapat satu pun,” katanya.

Beliau berkata, memberikan sejumlah besar AP kepada hanya dua orang, tidak membantu Bumiputera menjadi usahawan dalam sektor automotif.

Dr Mahathir berkata, senarai 337 orang Ahli Parlimen dan bekas Ahli Parlimen menerima AP seperti dikeluarkan semalam tak ada apa.

“Itu dasar. Ahli Parlimen layak dan orang lain juga layak kalau hendak mengimport kereta khas yang tak ada dijual di sini untuk kegunaan dirinya.

“Kalau ada orang hendak beli kereta untuk diri sendiri memang pun kita bagi AP dari dulu lagi, khususnya kalau kita punya diplomat nak balik sini dan bawa balik keretanya,” jelas beliau.

“Apa yang menjadi persoalan bukan isu AP, tetapi bilangan AP yang dikeluarkan.

“Kalau banyak kereta import dibawa masuk ke negara ini, kereta buatan tempatan tidak akan laris jualannya.

“Kita masih mempersoalkan jumlahnya, dan keduanya, kenapa begitu banyak AP diberikan kepada hanya dua orang,” tegasnya.

Dr Mahathir juga berkata beliau belum menemui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, berhubung isu AP, walaupun mereka bertemu pada sambutan Hari Kemerdekaan apabila Rafidah memeluknya dan menangis.

Kontroversi mengenai AP tercetus apabila Dr Mahathir, ketika membuat kenyataan mempertahankan Proton, mendakwa AP disalahgunakan hingga membolehkan kereta import diisytiharkan lebih rendah daripada nilai sebenar dan dengan demikian dibawa masuk dengan murah dan mewujudkan persaingan tidak adil bagi pembuat kereta nasional.

Rafidah menafikan dakwaan itu dengan berkata, Proton tidak memperlihatkan prestasi baik dalam pasaran seberang laut.

Dr Mahathir kemudian meminta senarai penerima AP diumumkan dan berikutan itu Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan senarai pertama penerima AP. (Petikan BERNAMA)

Cyberluncai: Inilah wajah sebenar umno.....mereka bergaduh sesama sendiri kerana 'harta'. Mereka yang mulanya bukak pekung sendiri.....Tapi yang pasti, rakyat jelata jugak yang tertindas....

Monday, September 19, 2005

UMNO PE'KELDAI'KAN BUDAK UNIVERSITI....

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Bahagian Pertama

Menteri Pengajian Tinggi, Dr Shafie Salleh menunjukkan teladan buruk apabila mendakwa tidak tahu menahu apabila diajukan pertanyaan mengenai isu pilihanraya kampus, yang dijangka diadakan awal Oktober depan.

Sedangkan beliaulah sebenarnya penggerak utama bagi mempastikan seluruh 17 instituti pengajian tinggi awam (IPTA) dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan pelajar pro-Umno.

Mesyuarat pertama Umno kampus

Bukti nyata menunjukkan Shafie hadir dan memberikan komitmen tidak berbelah-bagi dalam mesyuarat mingguan yang pertama, pada 13 Julai 2005, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), membincangkan langkah dan strategi perlu yang membabitkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, felo-felo dan pengetua-pengetua kolej kediaman, serta kumpulan Aspirasi (pelajar pro-Umno) bagi melumpuhkan cabaran kumpulan pelajar yang dikatakan pro-pembangkang.

Turut hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan Prof Madya Dr Muhammad Hussin - pensyarah pendidikan dan pengetua kolej Rahim Kajai UKM, yang dipinjamkan ke KPT, di Jabatan Pengurusan IPT - ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapha Mohamed.

Dua tokoh Pemuda dan Puteri Umno turut diundang, iaitu ketua-ketua biro pendidikan, Ahmad Ikmal Ismail dan Nolee Ashilin Mohamed Radzi; mereka khabarnya memberi penjelasan berkaitan pembabitan dua sayap Umno itu untuk membantu kumpulan Aspirasi menang pilihanraya kampus.

Mesyuarat itu berikutnya, yang diadakan setiap minggu pada malam Rabu, dijalankan di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC), Kuala Lumpur, yang menempatkan ibu pejabat Umno Malaysia.

Cakap bohong lama-lama jadi menteri

Dibimbangi dengan penafian Shafie bahawa dia langsung tidak tahu menahu dengan pilihanraya kampus itu boleh menyebabkan beliau dianggap berbohong, dan ini mengingatkan pantun dua kerat Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), "Siakap senohong gelama ikan duri; bercakap bohong lama-lama jadi menteri".

Dan pantun itulah yang membawa pertembungan terbuka Shafie dengan Prof Dato' Mohd Zohadie Bardaie, sehingga keluar dari mulut Shafie bahawa dialah yang membayar gaji Naib Canselor UPM itu, yang bermaksud Zohadie mesti patuh tunduk kepada kehendak dan titahnya semata-mata.

Saya tidak bermaksud mengulas kontroversi yang pasti diakhiri dengan kontrak Zahadie tidak akan disambung lagi, namun tumpuan saya lebih difokuskan kepada fenomena buruk dan menyedihkan, yang berlaku di kampus-kampus IPTA tempatan itu.

Cuba ikuti petikan interbiu wartawan malaysiakini, Beh Lih Yi dengan Shafie itu:

When are the campus elections?

Shafie: Campus elections? I don’t know, you better ask the vice-chancellors.

You are the minister who is supposed to announce the date because it is your prerogative.

No, I’m not announcing it.

But the student representative councils’ one-year term is over and it’s time for elections.

(The) officials (will) announce it.

There are many reports of (anti-establishment) students being threatened and harassed on campuses.

I don’t know, the reports didn’t come to me.

There are also allegations of interference by Umno in the campus elections.

I don’t know.



Dalam siri-siri berikutnya saya cuba melihat isu pilihanraya kampus ini dari perspektif lebih menyeluruh, dengan mengingatkan bahawa penekanan saya bukan disebabkan usaha Umno untuk memenangkan kumpulan pelajar yang menyebelahinya, tetapi berpunca langkah menjolok mata Umno memperalat dan memperkakaskan KPT, Timbalan-timbalan naib canselor (HEP), dan lebih buruk lagi apabila dana dan kemudahan awam "dilacurkan" hanya kerana kepentingan sempit di kampus-kampus.

Saya mengakui, PAS dan parti-parti pembangkang lain juga memainkan peranan aktif untuk memenangkan kumpulan pelajar yang dilihat condong kepadanya. Ia tidak perlu disembunyikan kerana sememangnya mana-mana parti yang bertarung dalam sistem demokrasi negara ini akan berusaha untuk menyemai dan menanam pengaruh di kalangan generasi muda.

Namun, biarlah semua parti-parti itu "bertanding" secara sihat; dan jangan sama sekali menggunakan kuasa dan pengaruh memperbudakkan pentadbir kanan universiti, dengan menjadikan mereka tidak lebih kuda tunggangan yang boleh diarah berbuat apa saja.

Butiran lanjut komplot yang didalangi Shafie, Setiausaha Parlimen KPT, Adham Baba, Dr Muhammad Hussin dan beberapa TNC HEP "yang lebih sudu daripada kuah" itu akan didedahkan dalam siri-siri berikutnya.

Cyberluncai: Mengikut sumber....Umno Subang Jaya jaga UM, Umno Serdang jaga UPM, Umno Bangi jaga UKM....

Sunday, September 18, 2005

ISU ROYALTI TRG: UMNO PEMBELA ATAU PENGKHIANAT MELAYU.....?

Mari kita lihat keuntungan Petronas sejak 1999 hingga 2005 dan berapakah jumlah 5% royalti yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan negeri Terengganu untuk disalurkan kepada fakir miskin di negeri ini. Sekiranya royalti ini tidak dinafikan nescaya tidak akan ada seorang pun rakyat negeri Terengganu bertaraf "fakir" iaitu berpendapatan di bawah RM500 sebulan.



Tahun Keuntungan PETRONAS/ 5% Royalti yang dinafikan

1999 RM 11,844,000,000.00 / RM 592,200,000.00

2000 RM 21,611,000,000.00 / RM 1,080,550,000.00

2001 RM 29,029,000,000.00 / RM 1,451,450,000.00

2002 RM 24,318,000,000.00 / RM 1,215,900,000.00

2003 RM 26,872,000,000.00 / RM 1,343,600,000.00

2004 RM 37,442,000,000.00 / RM 1,872,100,000.00

2005 RM 58,030,000,000.00 / RM 2,901,500,000.00

JUMLAH ROYALTI TERTUNGGAK RM 10,457,300,000.00

JUMLAH FAKIR MISKIN = 44,498 (2004)

Maka jika jumlah royalti tertunggak ini dibahagikan kepada semua

fakir miskin dinegeri Terengganu, setiap orang layak mendapat RM235,000.00

Wang sebanyak itu mencukupi untuk mereka hidup selesa selama 40 tahun.

Kenapa rakyat Terengganu antara yang paling miskin, jawapannya kerana

kekayaan negara tidak diagih dengan adil & saksama. Apa perlu kerajaan nak naikkan harga minyak dengan pendapatan bersih RM58 billion. Bila lagi kerajaan/Petronas nak tolong rakyat? Untuk apa RM58 billion jika bukan untuk kesenangan rakyat. Kami bukan cari harta berjuta2 macam pemimpin2 UMNO. Kami hanya mahukan hak royalti untuk kami. Bukan 9 juta tapi 10 billion. Rm9 juta hanya layak untuk sehari dua Osu Sukam berjudi di London.

Soalan kita kepada ahli lembaga pengarah PETRONAS, zakat dah bayar ke belum? 2.5% dari keuntungan PETRONAS 2005 adalah RM1,450,750,000.00. Jika dibahagikan kepada 500,000 orang miskin seluruh negara, setiap orang akan mendapat kira-kira RM2,900.00. Cukup untuk modal berniaga kecil-kecilan, tak perlu meminjam dengan along.

Cyberluncai: Betapa jahatnya mereka....amanah dianggap sebagai 'balasan' dan peluang untuk meng'gemuk'kan diri sendiri dan kroni.......

Thursday, September 15, 2005

MERDEKA 48: UMNO (baru) PARTI PERASAN DAN SYOK SENDIRI...?

Oleh: MGG Pillai

UMNO yang ada sekarang, lebih dikenali sebagai UMNO Baru, merupakan sebuah parti politik yang tidak bertanggungjawab memerdekakan negara ini. UMNO yang membawa kemerdekaan itu telah lama terkubur pada 1987, mengikut perintah mahkamah, dan di tempatnya telah diwujudkan UMNO Baru. Penubuhan UMNO Baru itu telah direncana oleh para pemimpin UMNO yang terkubur itu. Mereka ini masih berkuasa lagi dan merekalah yang mengarahkan Pendaftar Pertubuhan untuk menolak pendaftaran UMNO yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra.
Tunku telah membuat permohonan itu beberapa hari sebelum munculnya satu permohonan untuk mendaftarkan UMNO Baru yang dikemukakan oleh TKT Mahathir. Permohonan beliau telah diterima. Secara kebetulan, pengasas UMNO, Dato’ Onn bin Jaafar, dan anak lelakinya yang menjadi Perdana Menteri juga (Hussein Onn) dan Presiden parti itu yang ketiga dan keempat telah dikebumikan tanpa mereka menganggotai UMNO Baru. Bendera UMNO Baru adalah berukuran yang berbeza dengan dimensi bendera UMNO; tetapi sekali pandang, ia kelihatan serupa.


Satu ketika dahulu telah berlaku satu pilihan raya kecil di Johor Baru. Ketika itu panglima perang UMNO Baru Dato Shahrir Samad telah bertanding sebagai seorang calon bebas tetapi dengan sokongan padu orang kuat UMNO (lama). Semasa itu Perdana Menteri yang ada sekarang ini, Paklah, telah memberitahu saya betapa air matanya berlinangan di pipi melihatkan dua barisan manusia yang bertemu di persimpangan menuju markas pencalonan di Johor Bahru. Dato Shahrir telah menang. Dia masuk menganggotai UMNO (Baru) dan menjadi wakil Parlimen UMNO Baru bagi Johor Baru.

Ada satu persoalan yang kerap dikemukakan oleh para diplomat, malahan orang-orang besar UMNO dan anggotanya apakah Paklah akan dicabar. Saya fikir dia akan dicabar juga. Dato Shahrir Samad akan merupakan calon terakhir seandainya tidak ada sesiapa yang mencabar Paklah. Paklah ialah Presiden UMNO Baru yang kini dipengaruhi oleh ramai panglima perang UMNO. Itu sebabnya Paklah tidak pun memecat dua orang panglima perang semacam itu daripada membarisi kabinetnya. Mereka adalah Isa Samad yang didapati bersalah bermain politik wang dan Rafidah Aziz yang bersalah memberikan lesen pengimportan kereta (AP) kepada anak menantunya yang menjanjikan pulangan bulanan sebanyak RM1.5 juta. (Ada orang berseloroh bahawa Rafidah seharusnya dipanggil Rafidah A/P Aziz.

Oleh kerana dua menteri ini tidak mahu melepaskan jawatan, mereka tidak pula digugurkan. Mereka berdua mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan Parlimen masing-masing. Isa di Linggi dan mungkin juga di Melaka. Rafidah di Kuala Kangsar. Paklah takut memecat mereka kalau-kalau mereka akan melompat menyokong kumpulan yang menentang Paklah dalam UMNO.

UMNO Baru ataupun parti politik UMNO, terus teguh semasa TKT Mahthir menjadi perdana menteri dan presiden parti. Itupun dia berhati-hati tidak mahu bertelagah dengan kumpulan panglima perang. Dia pernah melakukannya sebanyak dua kali. Pertama, semasa berlakunya pilihanraya kecil di Johor Bahru yang memenangkan Shahrir Samad (dan Shahrir berkemungkinan mencsabar Paklah pada 2007 nanti). Yang kedua ialah ketika memfitnah Anwar Ibrahim sebagai seorang sodomis dan memecatnya. Tetapi pada waktu yang sama Mahthir enggan menghadiri mahkamah yang membicarakan kes Anwar Ibrahim. Dato Seri Anwar telah membuktikan betapa dia masih mampu menarik sokongan rakyat dan sudahpun membuat pengumuman tidak lagi mahu menganggotai UMNO. Paklah memang berminat kalau Anwr menganggotai UMNO semula dengan syarat beliau sanggup menjadi timbalan perdana menteri.

Saya belum lagi bercakap dengan Dato Seri Anwar Ibrahim akan hal ini. Akan tetapi kemasukannya menganggotai UMNO akan merupakan titik bahaya kepada timbalan Presiden parti itu merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak. Saya fikir Dato Seri Anwar hanya akan menganggotai UMNO semula kalau diampunkan dan dia tidak akan memohon pengampunan itu. Ini bererti dia akan mencabar Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dalam senario ini Paklah tidak pula memikirkan apakah Dato Seri Anwar akan merupakan insan yang lebih berbahaya dalam kabinetnya berbanding Dato Seri Najib.

Ada satu versi yang saya dengar betapa Anwar akan menganggotai PAS sebagai Presiden parti. Apa pun, ini merupakan satu berita buruk kepada bekas Presiden UMNO merangkap mantan Perdana Menteri. Sebaik mendengar desas-desus itu beliau telah bangkit untuk membuat fitnah lagi terhadap Anwar. Apa pun yang akan Anwar lakukan dari segi perundangan, TKT Mahathir sudah pun kalah. TKT Mahathir akan dikenang oleh lembaran sejarah sebagai orang yang memecat Dato Seri Anwar Ibrahim dan bukan kerana segala khidmatnya. Kini dia berusia 79 tahun dan ternyata sudah mula berperang daripada belakang untuk menahan tindakan terhadapnya. Cuma dia sudah tidak ada kuasa lagi, seperti dahulu. Akan tetapi Mahathir masih mempunyai satu pengaruh politik yang besar terhadap Paklah dan sesiapa sahaja yang tidak menyenangi Paklah mudah berpaling mengekori bontotnya.

Kini, TKT Mahathir sudah kehilangan pengaruh dan kuasa di Malaysia. Malahan, pegawai yang tinggi-tinggi pun tidak lagi menghormati beliau. Mereka tidak fikir kepentingan merujuk padanya sebagai penasihat Proton, semasa CEO Proton, Tengku Mahaleel dipecat. Kerana naik angin Mahathir telah memulangkan semua kereta Proton yang telah dihadiahkan kepada beliau. Memang Mahathir sudah kehilangan banyak pengaruh. Dia menanggung nasib yang sama yang pernah dialami oleh Puan Indira Ghandi. Satu ketika dahulu Puan Ghandi telah menukar haluan Parti Kongres yang pernah dipimpin oleh bapanya dahulu sebagai sebuah pergerakan nasionalis menjadi parti politik yang kemudiannya memerintah India. Gara-gara tindakan itu dia meringkuk dalam penjara dan bertanggungjawab menjadikan parti ciptaannya menjadi sebuah parti pembangkang. Parti Kongres yang berkuasa di India sekarang merupakan ketua satu gabungan beberapa parti politik. Perdana Menteri di Dewan Utama ialah daripada Assam walaupun dia daripada kaum Sikh.

Di Jepun, Mr. Junichiro Koizumi berada dalam dilema yang sama dengan panglima perang partinya LDP. Dia telah mengambil langkah berani dan mengadakan pilihan raya umm. Dia menang besar kali ini kerana dia adalah lebih popular daripada partinya. Koizumi telah memberitahu semua panglima perang partinya dengan ugutan mahu menyingkirkan mereka seandainya mereka tidak menyokongnya. Kejayaannya itu telah mengecutkan pengaruh dan kuasa panglima perang dalam parti.

Media Barat telah menjadikan isu hangat perihal penswastaan Pejabat Pos sebagai penyebab diadakan pilihan raya umum itu. Tetapi dia akan meletakkan jawatan sebagai ketua LDP pada 2006. Dia mahu lakukan reformasi terhadap partinya dan bukan menswastakan pejabat pos. Di Jepun, birokrasi jalan merangkak, dan penswastaan pejabat pos tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa satu tahun.

UMNO Baru bukanlah semacam LDP. Tetapi Paklah telah pun menyergah rakan-rakan dalam Barisan Nasional dengan janji mengekalkan sesiapa sahaja yang kalah dalam pemilihan kedudukan ataupun jawatan dalam parti masing-masing, untuk terus memegang jawatan lama mereka (dalam kabinetnya).

Ramai anggota UMNO Baru yang memperjuangkan kemerdekaan, tetapi parti itu, yang dilahirkan pada 1987 tidak pun berbuat begitu. Presiden UMNO yang pertama, kedua dan keempat tidak menganggotai UMNO Baru dan telah marhum sebagai seorang rakyat Malaysia tanpa status sebagai anggota UMNO (Baru) Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sekarang ini yang merupakan anak lelaki kepada Perdana Menteri yang keempat, pernah melalak dan menyetujui satu resolusi setahun yang lalu, di mana sesiapa yang keluar daripada UMNO adalah seorang pengkhianat. Apakah dia memberitahu rakyat Malaysia bahawasanya datuk beliau Dato Onn Jaafar yang mengasaskan UMNO pada 1946 dan keluar parti pada 1951, dan bapanya Dato Hussein Onn adalah pengkhianat kepada perjuangan Melayu?

Pergerakan Pemuda UMNO sesungguhnya tidak ada hak mengeluarkan resolusi semacam itu kerana mereka tidak pernah terlibat dengan perjuangan asal UMNO. Sekali difikirkan lagi, resolusi pemuda UMNO itu mempunyai kesan yang sama terhadap rakyat Malaysia ataupun sejarah UMNO Baru yang boleh dipertikaikan. Ia menunjukkan betapa Pemuda UMNO tidak berpijak di bumi nyata. Ini merupakan satu isyarat awal betapa angin ahmar akan melanda UMNO Bharu, yang satu masa terdekat akan menghuni kerusi pihak pembangkang dalam Parlimen. Majlis Tertinggi UMNO Baru ataupun Presiden parti itu sepatutnya sudah memveto resolusi Pergerakan Pemuda UMNO itu. Resolusi itu adalah sesuatu yang serius dan kerana itu ia menjadikan UMNO Baru sebagai satu parti yang dianggotai oleh orang yang dungu.

Saturday, September 10, 2005

MERDEKA 48: UMNO PERBODOHKAN KITA...?(2)

Oleh: walii9

Buku sekolah kerajaan dulu bertulis, Pedagang Cina datang ke Melaka, kemudian sedikit menceritakan sejarah Islam masuk melalui Melaka, tidak tahu nama yang bawa, masuklah pedangan, lalu melompat ke kisah perebutan kuasa Raja-raja Selangor dan lari ke Perak. Lalu Inggeris memasukkan bangsa Cina untuk Perlombongan dan India untuk Perladangan.


Kemudian dalam perkembangannya Inggeris yang menguasai Malaya telah berhasil membangunkan Kuala Lumpur bersama Yap Ah Loy, seorang kapitan Cina. Seterusnya penubuhan Malayan Union serta diikuti UMNO kemudian merdeka. Setelah merdeka keluarlah sejarah Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan lain-lain pahlawan usaha dari Pencinta Bangsa.


Mat Kilau terpaksa mengaku dirinya kerana mungkin beliau tidak sampai hati akibat MELAYU yang terlalu percaya atas apa yang dilaporkan oleh orang Inggeris bahawa beliau sudah meninggal sekadar untuk menghapuskan semangat memberontak bangsa MELAYU ketika itu. Tidak berapa lama kemudian, BOOOM!!! Perang dunia. Kemudian sedikit reda. Sejarah cukup sekadar itu, kerana tiada sejarah tambahan untuk tingkatan enam.

Hang Tuah bukanlah sejarah, ia lebih kepada Hikayat di mana ia bukan dipelajari dalam subjek Sejarah, ia hanya dipelajari dalam mata pelajaran Sastera.

Sehinggakan Melayu sendiri tidak yakin akan kewujudan beliau. Sehinggalah P. Ramlee membuat filem mengenainya, satu MALAYA berkobar-kobar hendak menjadi Hang Tuah sehinggalah perhimpunan UMNO yang lepas, apabila satu makhluk yang memegang keris seperti Hang Tuah.

Sekali lagi rakyat keliru, Hang Tuah kini dilantik menjadi Pahlawan oleh Memanda Menteri, kerana M. Menteri sudah menjadi RAJA apabila Sultan jatuh takhta.

Ada fakta yang menyatakan Melayu dan Islam sudah berada di Tanah Melayu sebelum Laksamana Cheng Ho lagi. Melayu adalah bangsa pertama yang berada di Tanah Melayu sejak berkurun lamanya. Ada juga sejarah mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kaum Polenesia dari Tanah Besar China dan ada juga mengatakan bahawa Melayu berasal dari Turki dan mempunyai persamaan dengan Genghis Khan. Rujuk di bawah:

[ The Malays are traditionally classified as a member of the Mongoloid race, along with other Asiatic peoples, including Chinese, Mongols, Japanese, Koreans, Thais, Vietnamese and Burmese. Malays are also linguistically related to the Polynesian and Micronesian groups of the mid-Pacific, as members of the wide ranging Austronesian family of languages.]

Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa Melayu berasal dari Indonesia. Mana satu hendak dipercaya?

Kenapa Laksamana. Cheng Ho dan Puteri Hang Li Po, hanya disebut sebagai berbangsa CINA, namun BERAGAMA ISLAM tidak dinyatakan? Kenapa HANG TUAH sibuk berlawan sedangkan amal ibadatnya tidak nyatakan?

Percayakah anda bahawa bangsa MELAYU adalah bangsa yang menduduki sebahagian besar muka bumi pada masa lalu, jika dikaji rujukan di atas. Apabila pendedahan oleh TV3, terdapat kaum Melayu di Sri Lanka, MELAYU sendiri terkejut. Bagaimana dengan di lain negara, darah masih sama, bahasa yang berbeza? Filipina, Thailand, Vietnam dsbnya.

Kenapa sejarah yang ada mengatakan Parameswara yang menemui Singapura, dan bukannya Pak Leman atau Pak Lah? Sedangkan jengok dari Tambak Johor sudah nampak pulau Singapura. Kenapa Pulau Pinang hanya ditemui oleh Francis Light dan bukannya Kassim Selamat atau Kassim Masdor? Sudah mai Penang kenapa tak mai bukak Langkawi pulak, sat aja?

Tahukah kenapa kedua pulau sudah bukan milik kita? Kerana MELAYU cari tak jumpa, yang jumpa bangsa lain. Seperti sudah ada perancangan, sehingga lah kini. Kita terpengaruh apabila diasak dengan, “Barang yang lepas jangan dikenang. Airmata kan jatuh berlinang.”

Juga kata PM pencen kita, “Menuju Wawasan 2020” tak payah toleh belakang dah, diikuti dengan PM yang ada sekarang, “KITA MESTI LIHAT JAUH KE HADAPAN, ITULAH ISLAM HADHARI.” Walaupun BUKAN Islam yang ASLI. Asyik pandang ke depan, lupa apa dah jadi di belakang. British ketawa terkangkang-kangkang.

Dulu TANAH MELAYU, kemudian MALAYA, Sekarang MALAYSIA. Pihak Inggeris sudah lama bawa lari, berkapal-kapal, berguni-guni, hikayat dan segala sejarah MELAYU lama yang tulen, bertujuan untuk hilangkan kuasa Melayu di Tanah Melayu sendiri. Sedikit demi sedikit. Kini “Tanah sekangkang kera” sudah semakin nyata, kera-kera turut ketawa.

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi oleh lapuran TV3, bahawa, nama Malaysia sudah direka oleh Inggeris sejak bertahun-tahun lamanya sebelum Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 melalui penggabungan Federasi Malaya dengan Koloni mahkota Britania Singapura. Buktinya terdapat di Muzium Sabah dan adalah EHSAN dari Muzium Sejarah di Britain. Awalnya perancangan mereka, negara belum dijajah sudah direkakan nama? Apakah perancangan mereka? Kita tak sedar kerana terlalu gembira lolongkan merdeka setiap tahun.

Siapa cipta nama MALAYSIA, dan atas dasar apa ia dicipta? Kalau difikir cara mudah, perkataan, MELAYU, CINA dan INDIA disatukan akan menjadi MALAYSIA. Takkan MALAYCINDIA kut? Tak sedap langsung. Nama ini MELAYU yang buat atau Inggeris yang reka? Anda fikirlah sendiri, tetapi pendapat saya berat mengatakan bahawa MALAYSIA adalah sebuah negara ujikaji dan perancangan yang HEBAT oleh pihak Inggeris sejak bertahun-tahun lamanya demi menukarkan status Tanah Melayu kepada tanah masyarakat MAJMUK.

Sedarkah kita bahawa MELAYU sudah cuba dihapuskan sejak dahulu lagi dan berterusan sehingga kini? Sejarah yang dibaca tidak menyebut MALAYSIA milik MELAYU. Keburukan Melayu terus menjadi sejarah untuk dibaca generasi demi generasi. Apa yang kita tahu pasal Melayu ialah, Hang Tuah yang asyik bergaduh untuk Sultan sehingga berbunuhan antara kawan. Kesultanan Melayu merebut kuasa di antara mereka. Melayu membunuh Sultan ketika dijulang. Nadim dibunuh oleh Sultan Singapura kerana terlalu pandai.

Sikap Melayu juga diterjemahkan sebagai bangsa yang BODOH dan mudah tertipu dengan cerita lawak mitos dahulu, ANGAN-ANGAN MAT JENIN, PAK KADUK yang menang sorak kampung tergadai dan LEBAI MALANG yang sentiasa rugi untuk mencari makan. Sejarah begini berterusan sehingga selepas merdeka apabila PAK KADUK ditipu sekali lagi lalu tanah Singapura tergadai dan kehilangan PULAU PINANG akan menyusul kemudian. Mungkin. Kerana apa? Sejarah tertulis yang yang pulau-pulau tersebut bukan kita yang jumpa. Adakah kisak Pak Kaduk akan berulang, kerana hanya MELAYU yang bersorak riang, apabila HARI KEMERDEKAAN menjelang?

Persoalan untuk kita fikirkan bersama ialah kenapa sejarah MELAYU disimpan di BRITISH sehingga kini? Kenapa kerajaan tidak membawanya pulang? Kenapa pulau di Selat Melaka sudah menjadi milik orang? Isu tanah tergadai kenapa seperti berulang-ulang sehingga sekarang? Apa muslihat BRITISH dan UMNO sehinggakan keadaaan masih tidak berubah sehingga kini? Adakah cara UMNO memerintah berbeza dengan cara BRITISH dahulu? Adakah UMNO kesinambungan BRITISH? Kenapa BRITISH memusuhi SULTAN MELAYU, ketika Tanah Melayu dijajah? Adakah ketika MAHATHIR menjadi PM, impian BRITISH terlaksana kerana kuasa SULTAN dipertikaikan dan kuasa dikurangkan? Adakah MELAYU terus kukuh atau semakin pupus kuasa dan pemilikan tanahnya? Kenapa UMNO memerintah seperti MALAYSIA ini milik mereka sahaja sedangkan rakyat MELAYU semakin tertekan dan maruah rakyat MELAYU semakin berkurang? Bangsa apakah yang masih melonjak untuk sambut Merdeka setiap tahun? Kenapa MCA tidak lonjak bersama? Kenapa UMNO yang konon berjuang untuk MELAYU, apabila diundi, MELAYU masih begini?

Nasihat saya, MAJULAH KE HADAPAN untuk cerah MASA DEPAN. Jangan lupa sejarah KALAU MELAYU TIDAK MAHU PARAH. Terus usaha untuk kembalikan SEJARAH MELAYU yang sebenar, supaya kita tahu siapakah PENGKHIANAT dan siapa sebenarnya PAHLAWAN BANGSA. Lupakan kemerdekaan kerana ia MELALAIKAN. Cari matlamat sebelum berjuang, kerana PERJUANGAN TULEN itu bukannya IKUTAN.

Cyberluncai: Dulu, Kini dan Selamanya.....

Monday, September 05, 2005

MARUAH UMNO BERSAMA 'TAHI' RASUAH

OLEH TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

DENGAN keputusan penggantungan Naib Presiden Umno selama enam tahun, setiausaha politiknya selama tiga tahun, Exco kerajaan Pahang dan Melaka, masing-masing selama dua tahun dan ahli Parlimen Kota Bharu selama tiga tahun, (dan mungkin ada lagi yang lain), maka terbongkarlah sebuah tembelang Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang enggan meneruskan ugutan terhadap saya, suatu ketika dahulu.

Itu belum lagi dicampur dengan 18 kes rasuah berprestij tinggi seperti yang diiklankan oleh Perdana Menteri. Pada asalnya, saya telah diberi tempoh tiga hari untuk menarik balik tuduhan saya yang mengatakan Umno memang mengamalkan rasuah semasa memenangi pilihanraya umum yang lalu.
Jika dalam pemilihan sesama Umno pun, Umno sanggup menabur wang, apa lagilah apabila mereka berdepan dengan PAS. Kini, muktamadlah yang Umno memang sebuah parti yang mengamalkan rasuah.

Jika Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi pun boleh rasuah sedangkan dia orang nombor tiga dalam parti, maka apa lagi yang masih tinggal dalam Umno. Umno harapan bangsa? Harapan pembela ugama? Harapan tanah air.

Semasa mengikuti komen pemimpin-pemimpin Umno seperti Dato’ Seri Khir Toyo dan beberapa orang yang lain, kita mendengar peringatan-peringatan berbunyi, “kita (pemimpin Umno) perlu tengok kesan hukuman terhadap Umno kerana kita mahu Umno terus mendapat tempat di hati rakyat khususnya orang Melayu. Yang penting ialah ahli dan imej parti.” (Khir Toyo-Berita Minggu 26 Jun 2005).

Jika rakyat betul-betul teliti kata-kata ini, tentu rakyat boleh menjadi semakin keliru. Pertama, masih mahu membelakah lagi Menteri Besar Selangor ke atas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu yang telah diputuskan bersalah oleh Lembaga Disiplin Partinya sendiri?

Kedua, bagaimana lagi boleh Umno mendapat tempat di hati rakyat jika sudah bergelumang dengan rasuah? Ketiga, menjaga imej apa lagi sesudah Umno sudah tidak berimej? Imej Umno ialah rasuah. Masih adakah maruah?

Jika saya perlu menyokong respons pemimpin Umno, saya lebih menghormati komen Dato’ Shahrir yang berbunyi, “kita perlu bersihkan (Umno) daripada peringkat atas terutama pemimpin jika benar-benar sayangkan parti.” (Berita Minggu 26 Jun 2005).

Kenyataan ini lebih kelihatan jujur walaupun dengan demikian, ia boleh mengesahkan status Umno terkini yang amat busuk. Jika tidak, perlu apa gesaan Shahrir agar partinya itu dibersihkan!

Pada saya, Umno sudah busuk dan tidak layak lagi didekati oleh seluruh makhluk baik manusia atau malaikat. Jika dadah, rakyat digesa supaya menganggapnya sebagai najis maka rasuah telah saya nisbahkan sebagai tahi.

Saya sengaja ingin melahirkan rasa jijik kepada rasuah untuk menimbulkan kebencian dikalangan umat Islam. Ini kerana, Islam menganjurkan kita membenci apa jua bentuk maksiat lebih-lebih lagi rasuah baik dengan tangan atau lidah. Jika takdirnya tidak berdaya, maka ia wajib dibenci dengan hati.

Ada sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang matannya berbunyi begini, “Malaikat tidak akan mendekati orang yang berbohong.” Jika bohong yang biasanya melibatkan dua tiga orang di sekitar kita pun boleh menyebabkan malaikat menjauhi kita inikan pula amalan rasuah yang melibatkan wang rakyat dan mungkin puluhan ribu manusia.

Terlanjur menyentuh isu najis, saya masih ingat lagi semasa bekas Ahli Parlimen PAS dari Sik menulis sebuah novel bertajuk “shit”.

Ramai orang yang marah-marah. Nampaknya, PAS sekali lagi memang mendahului zaman dari segi pemikiran. Setelah lima tahun kemudian, baru kebanyakan rakyat boleh memahami “tahi” yang bagaimana yang telah dimaksudkan oleh PAS itu.

Kita perlu benci sesuatu kemungkaran biar sampai berjejak ke dalam hati. Kita namakan tahi rasuah agar rakyat boleh bayangkan yang kereta yang dibeli dengan wang rasuah adalah kereta yang penuh tahi.

Baju yang dipakai kaki rasuah adalah baju yang berlumuran dengan tahi. Lantai dinding banglonya adalah penuh bersalut dengan tahi. Masyarakat memandang pengamal rasuah sejijik memandang tahi.

PAS secara peribadi mempunyai satu perancangan tersendiri dalam usaha untuk bersama dengan sesiapa jua bagi memerangi rasuah. Kita berhajat benar untuk mendokong Pelan Integriti National (PIN).

Bagaimanapun kita mahu gunakan kaedah Islam. PAS mahu bermula dari prinsip insan yang bersifat hamba. Insan yang dibebankan dengan hukum. Insan yang dihidupkan dengan iman dan takwa kepada Allah S.W.T. semata-mata.

Insan yang menegakkan makruf dan menentang kemungkaran kerana inginkan pahala dan takutkan dosa. Insan yang akhirnya rindukan syurga dan gerunkan neraka.

Di tengah-tengah kerangka besar itulah saya bercadang untuk menanamkan sifat bencikan rasuah. Perasaan jijikkan rasuah ini biar bertapak kejap dihati setiap rakyat dan berkembang menjadi budaya hidup.

Tiba-tiba, di tengah-tengah impian itu, pemimpin Umno pula yang buat perangai. Saya menjadi serba salah. Jika PAS meneruskan perancangan asal, bermakna PAS akan menghina pemimpin tahi. Kebetulan Lembaga Disiplin Umno sendiri pula yang mengesahkan yang pemimpinnya sendiri telah menjadi “tahi”.

Maksud saya, dalam konteks ini, telah terbukti ada pemimpin Umno yang sudah menjadi tahi rasuah. Sama juga dengan tahi judi, tahi rasuah adalah “tahi”. Izinkan saya pulangkan persoalan ini untuk direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia. Wallahua’lam.

Thursday, September 01, 2005

MERDEKA 48: UMNO PERBODOHKAN KITA...?

Oleh: Roslan SMS

Kebanyakkan dari pejuang kemerdekaan telah pun meninggalkan kita buat selama-lamanya, namun jasa dan pengorbanan mereka akan tetap abadi dalam lipatan sejarah.

Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar telah membuat kenyataan melalui Harakah edisi terbaru meminta supaya sambutan ulangtahun kemerdekaan kali ini akan menyingkap kemabli sejarah yang sebenar yang berlaku dalam perjuangan menuntut kemerdekaan termasuklah tokoh-tokoh pejuang yang benar-benar telah terlibat di dalam menyumbang kea rah kemerdekaan negara.

Umno sesungguhnya bukanlah pemilik tunggal perjuangan menuntut kemerdekaan dan hakikat ini perlu dibongkar untuk pengetahuan rakyat jelata khususnya jenerasi kini.

Malang sekali buku-buku sejarah di sekolah-sekolah rendah dan menengah sekadar mengagung-agungkan jasa para pejuang Umno semata-mata, seolah-olah Umno sahajalah yang bertanggungjawab memerdekakan bumi bertuah kita ini.

Hilang langsung jasa Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1939 jauh sebelum tarikh pendudukan Jepun di Tamah Melayu.Nama Ibrahim Hj Yaakub, pengasas KMM tidak mendapat tempat dalam sejarah versi kini. Menjelang penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu bermula tanggal 8 Disember 1941 penjajah British ketika itu telah mengisytiharkan darurat dan antara tahanan politik terawal dalam sejarah negara adalah barisan kepimpinan KMM ini iaitu seramai kira-kira 130 orang.

Ketika British menyerah kalah pada 15 Febuari 1942 Jepun telah memberi tempat kepada para pimpinan KMMwalaupun KMM tidak lagi dibenar bergerak. Antara ucapan Ibrahim Yaakub ketika itu sebagaimana yang tercatat dalam buku Ahmad Boestamam: Lambaian Dari Puncak (Memoir 1941-45) adalah:

Kemenangan tentera Jepun bukan bererti kemenangan bangsa Melayu. Kita mesti terus berjuang menuju cita-cita, dan kemenangan bangsa Melayu hanya akan datang apabila cita-cita yang kita perjuangkan itu tercapai.

Ibrahim Yaakub dan seorang lagi tokoh iaitu Dr Burhanuddin al Helmy terlibatb dalam usaha mengisytiharkan kemerdekaan negara bersama Indonesia melalui bantuan Jepun. Beberapa siri rundingan telah diadakan termasuklah yang melibatkan Sukarno dan Dr Hatta dari Indonesia. Cuma nasib tidak menyebelahi mereka, ketika persiapan akhir sedang dibuat , Jepun tiba-tiba menyerah kalah pada tanggal 15 Ogos 1945. Sukarno telah terus sahaja mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia tanpa Malaya pada tanggal 17 Ogos 1945 manakala Ibrahim Yaakob telah melarikan diri ke Indonesia.

Bermakna sebelum pun Umno bernyawa, telah ada usaha-usaha dan ikhtiar dari anak-anak bangsa untuk memerdekakan negara dari kuasa dan cengkaman penjajah. Mengapakah kita menyembunyikan fakta ini tiap kali negara memperingati ulangtahun kemerdekaan negara?

Parti politik pertama yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua menurut John Funston di dalam bukunya Malay Politics in Malaysia : A Study of Umno and PAS adalah Partai Kebangsaan Melayu Sa Malaya (PKMM) atau Malay Nationalist Party (MNP) iaitu pada bulan Oktober 1945.

Ianya ditubuhkan setelah satu majlis perundingan diadakan di pejabat Suara Rakyat akhbar Melayu yang ditubuhkan di Ipoh pada bulan Ogos 1945 selepas perang.

Menurut Ahmad Boestamam dalam bukunya Merintis Jalan Ke Puncak (1972) antara pandangan yang diberikan oleh seorang peserta majlis perundingan tersebut adalah:

Untuk menangkap ikan, misalnya kita harus mempunyai kail atau jala atau alat-alat lain untuk menangkap ikan. Demikianlah pula untuk mendapatkan kemerdekaan. Dan alat untuk memperjuangkan kemerdekaan ini ialah parti politik.

Bermakna gerakan politik untuk memerdekakan negera telah bersemarak sejak sebelum penubuhan Umno lagi dan dalam kes ini tanpa bantuan ataupun sokongan mana-mana kuasa asing.

PKMM telah ditubuhkan dengan Mokhtaruddin Lasso sebagai Yang Di Pertua Agung, Dr Burhanuddin sebagai Naib Yang Di Pertua, Dahari Ali sebagai Setiausaha Agung dan Boestamam sebagai salah seorang AJK nya. Malangnya dalam memperingati 48 tahun kemerdekaan pada hari ini, nama-nama mereka ini terpadam langsung dari sejarah versi kerajaan pada hari ini, seolah-olah jasa-jasa mereka tiada nilai dalam lipatan sejarah tanah air.

Sedangkan ketika itu nama-nama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lain tidak terlintas langsung dibenak fikiran rakyat. Namun pada hari ini tanyalah mana-mana anak muda, siapakah antara pejuang kemerdekaan negara yang mereka kenali, pasti yang akan terpancar dari mulut mereka adalah Dato Onn dan Tunku sahaja.

Umno ditubuhkan pada tanggal 11 Mei 1946, namun ramai yang tidak ketahui bahawa Umno itu asalnya merupakan sebuah badan yang menggabungkan hampir 50 buah badan, pertubuhan dan persatuan-persatuan dari seluruh ceruk rantau tanahair. Berkumpul bagi satu tujuan khusus iatu menentang penubuhan Malayan Union.

Ahmad Boestamam menukilkan di dalam Merintis Jalan Ke Puncak:

Belum pun beberapa hari markas PKMM dipindahkan ke Kuala Lumpur ia telah menerima undangan untuk menghantarkan perwakilannya ke dalam sebuah kongres badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan Melayu se Malaya bagi membentuk sebuah gabungan besar yang akan dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang akan berjuang menentang Malayan Union.

Menurut rekodnya PKMM telah hadir dalam kongres yang telah diadakan pada 1 Mac 1946 dengan diwakili oleh Dr Burhanuddin al Helmy. Usul yang telah dibawa oleh PKMM di dalam ongres tersebut berbunyi:

Menolak Malayan Union dan atas runtuhannya ditegakkan Malaya yang merdeka seratus peratus.

Malangnya usul ini telah ditolak.

PKMM terus mengambil bahagian di dalam badan ini sehinggalah ke tarikh Umno ditubuhkan secara rasmi. Ini bermakna sebagaimana dicatatkan oleh Boestamam:

Dari hakikat ini memang tidak salah kalau dikatakan bahawa salah satu badan yang menjadi pengasas Umno ialah PKMM dan wakil serta tokoh PKMM yang hadir dalam kongres ini merupakan juga antara tokoh-tokoh pengasas Umno.

Dalam hal ini tahukah kita bahwa bendera merah putih Umno hari ini sesungguhnya lahir dari cadangan yang dibawa oleh PKMM. Cuma PKMM mahukan Sang Saka Merah Putih sahaja, usul PKMM ditolak dan akhirnya yang terbit kekal sehinggga hari ini adalah bendera Umno yang ada (Sang Saka Merah Putih tetap merupakan warnanya) dengan dimuatkan keris terhunus ditengah-tengah.

Semasa berucap mengisytiharkan keluarnya blok PKMM dari gabungan Umno, Boestamam menyebut:

Perbedaan pandangan politik diantara Umno dan PKMM sekarang sudah jelas jauh bertentangan. Sementara kita mahu kemerdekaan seratus peratus bagi Malaya, Umno hanya mahu kembali kepada status quo sahaja. Kerana perbedaan pandangan politik ini lambat laun kita akan berpisah juga dengannya.

Beza ketara antara Umno dan PKMM adalah bahawa PKMM telah mengambil slogan Merdeka ketika Umno sekadar baru belajar melaungkan slogan Hidup Melayu!

Baca Lagi Artikel Ronnie Liu
Cyberluncai: Pelik...tiap kali merdeka, dicerita kejahatan Jepun dan Komunis, tetapi tidak kepada kejahatan British dan 'pengkhianatan' Umno itu sendiri..?