Monday, October 31, 2005

SALAM EIDUL FITRI 1426H



Cyberluncai: Kami mengucapkan Salam Eidul Fitri buat semua muslimin dan muslimat, semoga segala amalan kita sewaktu Ramadhan dan seterusnya diterima Allah hendaknya. Maaf Zahir dan Batin.

Sunday, October 30, 2005

APA SUDAH JADI DENGAN UNIVERSITI TERTUA?

Ini adalah ranking terbaru 2005 yang disiarkan dalam the Times Higher Education Supplement (THES) World University Rankings for the top 200 universities:

Beijing University (China) - 15
Tokyo University (Japan) - 16
National University of Singapore - 22
Kyoto University (Japan) - 31
Hong Kong University - 41
Hong Kong University Sci & Technol - 43
Nanyang Tech University (Spore) - 48
Indian Institutes of Technology - 50
Chinese University of Hong Kong - 51
Tsing Hua University (China) - 62
Indian Institutes of Management - 84
China University of Sci & Tech - 93
Seoul National University - 93
Tokyo Institute of Technology - 99
Osaka University - 105
National Taiwan University - 114
Chulalongkorn University (Thailand) - 121
Nagoya University (Japan) - 129
Tohoku University (Japan) - 136
Korea Adv. Inst of Sci and Tech - 143
Hiroshima University (Japan) - 147
Nanjing University (China) - 150
Hokkaido University (Japan) - 157
Shanghai Jiao Tong University (China) 169
Malaya University - 169
City University of Hong Kong - 178
Korea University - 184
Jawaharlal Nehru University - 192
Showa University (Japan) - 198

Di mana pula kedudukan UKM, USM dan universiti-universiti tempatan yang lain..? Dato'-Dato' NC kena buat sesuatu, jangan sibuk berpolitik, 'bersilat' atau 'bersajak' sahaja.....


Senarai penuh boleh lihat di sini klik

Saturday, October 22, 2005

TUNAI JANJI DULU BARU BERMIMPI......

Hasrat Umno untuk menawan Kelantan hanyalah mimpi semata-mata kerana rakyat Kelantan sendiri merungut terhadap adun-adun Umno dengan pelbagai isu yang berlaku tanpa sebarang penyelesaian.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Husam Musa berkata, rungutan rakyat berlaku kerana apa yang dijanjikan mereka dulu tidak tercapai.

"Apa yang berlaku di peringkat perkhidmatan Adun-adun Umno di Kelantan dan juga isu-isu yang berlaku di peringkat pusat tidak membantu Umno untuk berjaya menawan Kelantan, " katanya semasa diminta mengulas persediaan Umno untuk menawan Kelantan.

Akhbar Siasah terbitan 14 - 27 Oktober melaporkan bahawa Umno Kelantan kini sedang membuat persiapan untuk merampas Kelantan.

Husam yang juga Naib Presiden PAS ditemui semasa menziarahi Tun Ghafar Baba di Pusat Perubatan Pantai semalam, bagaimanapun berkata, perlu diingat umpamanya dalam isu kenaikan harga minyak menaikkan kemarahan rakyat jelata, kemudian diekori kenaikan harga barang-barang.

"Slogan cermerlang, gemilang dan terbilang dulu nampaknya tidak ada satu pun yang berjaya.

"Misalannya dalam kes mahkamah banyak kes-kes besar mahkamah yang dituduh terlepas begitu saja, ini menampakkan bahawa sistem perundangan negara kita tidak kemas," katanya.



Masalah kenaikan harga barang juga tegasnya menambah beban kepada rakyat dan ini sekaligus menggambarkan ketidaktegasan kerajaan.

"Isu AP (permit import) sampai berbulan-bulan menimbulkan pergaduhan sesama pemimpin Umno - Barisan Nasional dan segala yang sedang berlaku ini adalah khayalan Umno untuk menawan Umno adalah satu imian saja,” katanya lagi.

Kerana itu katanya, Umno sampai ke hari ini iaitu sudah dua tahun persidangan Dewan Negeri berlangsung mereka tidak pernah dedahkan apa-apa yang disebutkan sebelum ini.

“Peliknya setiap kali persidangan mereka kata ada benda yang hendak dedahkan tapi tak ada pun,” katanya sembil berkata kerajaan PAS yakin bahawa pengurusan di negerinya berjalan dengan baik dan telus dan rakyat tidak perlu risau.

Friday, October 21, 2005

Rosol oh Rosol! Kenapa beca Kau Rosak..macamana aku tak rosak bateri berat sangat

Oleh: BBO.net

Nak Tergelak rasanya apabila membaca berita diakhbar mengenai Beca Elektrik yang diperkenalkan oleh Kerajaan UMNO Terengganu kerapkali rosak.Dan EXCO Rosol Wahid yang bertanggungjawab dalam hal ni.


Saya masih ingat, ketika diperkenalkan Beca Elektrik dulu, dengan penuh megah dan bangga pemimpin UMNO menjaja bahawa apa yang diperkenalkan itu adalah yang pertama di dunia..wah!!! hebat bunyinya..tapi apakan daya, orang yang selalu berbangga dan bermegah inilah jadinya...Kununnya yang pertama di dunia...andaikata di dengar perkara ini oleh negara lain...paling dekat negara jiran kita Kota Singa..mana nak letak muka kamu wahai pemimpin UMNO terutamanya Rosol Wahid dan idris Jusoh..

Saya bukan nak menghina usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan Negeri tetapi janganlah terlalu gopoh dan cepat dalam menentukan sesuatu projek..buatlah research dahulu, jangan duk kata minggu ni nak buat...5,6 bulan lepas tu terus buat....kununnya nak tunjuklah kat rakyat bahawa UMNO ni prihatin sungguh kat penarik beca tapi hakikatnya membebankan mereka kerana rosak 'teruk'..teruk menyebabkan pak cik- pak-cik beca terpaksa guna beca lama, teruk sehingga 'pomen' pun tak berani nak baiki, dan teruk sehingga menanggung beban 2 biji bateri seberat 6 kilogram tapi takpun memaksimakan kelajuan..

Cuba dengar rintihan pak cik Omar ismail,63 tahun,salah seorang yang diberikan beca elektrik.

"Ada dikalangan rakan kami terpaksa melupakan beca yang diberikan, sebaliknya menggunakan beca lama kerana lebih selesa dan sesuai".

"Beca yang yang baru diterima mempunyai beban yang lebih berat kerana terpaksa menampung berat dua bateri sel basah yang mencecah 6 kg"..

Dan cuba pulak dengar rintihan pakcik Mamat Ismail,60 tahun.

"Setiap kali mengayuh beca, piring rantai selalu mendatangkan masalah kerana tidak berupaya mencapai tahap seperti digambarkan sebelum ini"..

"Ketika penyerahannya, beca yang diserahkan dikatakan mampu mencapai tahap maksimun terutama ketika memdaki bukit untuk meringgankan beban kami mengayuh, tetapi apa yan berlaku adalah sebaliknya"...

Walau apapun Tahniah kepada Rosol Wahid kerana memasyhurkan kepada dunia bahawa beca elektrik pertama telahpun digunakan di negeri Terengganu bestari...

Kepada pencipta beca elektrik tahniah diucapkan, akhirnya usaha saudara dihargai walaupun ada sedikit kekurangan..

sekian

Laporan akhbar: 12/10/2005

KUALA TERENGGANU: Pemilik beca elektrik pertama di dunia yang diperkenalkan di bandar ini dibelenggu masalah apabila sukar mendapatkan khidmat membaik pulih dengan segera apabila rosak.

Malah, tidak sampai setahun penggunaan beca elektrik hasil sumbangan kerajaan negeri, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sehingga ada yang tidak keluar mencari rezeki.

Pemilik beca elektrik ditemui menunjukkan tidak puas hati selepas banyak beban terpaksa ditanggung kerana kerosakan sering berlaku.

Mereka berpendapat, lebih senang menggunakan beca lama kerana tidak ada perbezaan ketika di atas jalan.

Pemilik, Ibrahim Yunus, 68, berkata , rantai kendur dan lidi tayar cepat patah setiap kali bergerak.

Dia yang mengayuh beca sejak 18 tahun lalu berkata, ini menimbulkan masalah untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara keluarga.

“Jika dibandingkan dengan beca yang lama, ia berat memandangkan penggunaan dua bateri seberatnya kira-kira tiga kilogram setiap satu.

“Saya bimbang jika berlaku kerosakan menyebabkan saya terpaksa mengayuh untuk membawa pelanggan walaupun kudrat saya tidak seberapa untuk mencari lebih pelanggan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai penyerahan beca elektrik (Human Powered Booster) pada 12 Jun lalu oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh kepada 10 penerima pertama dan setakat ini hampir 20 sudah diagihkan.

Beca elektrik yang pertama di dunia direka Zulkifli Haron yang bernilai RM3,000 seunit dan dikatakan berkeupayaan untuk mendaki serta boleh mencapai kelajuan sehingga 20 kilometer sejam.

Rakannya, Omar Ismail, 63, dari Kampung Duyung, berkata becanya mengalami kerosakan wayar sambungan pada bateri dan piring rantai (transistor) yang terbakar sejak tiga minggu lalu dan mereka yang bertanggungjawab masih tidak kunjung tiba.

Menurutnya, dia juga sukar membaiki di bengkel basikal tempatan sebaliknya perlu menghubungi penciptanya di Kuala Lumpur.

“Jika dibaiki pun, sukar untuk mengeluarkan barangan kerana kedudukan yang rapat. Apabila lidi tayar patah mereka tidak sanggup membaikinya walaupun ditawarkan upah yang lumayan.

“Kerosakan menyebabkan saya tidak dapat keluar mencari pelanggan dan terpaksa menunggu pembaiki tiga kali sebulan jika ada masa yang terluang untuk ke sini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Rosol Wahid, ketika dihubungi berkata, beliau baru mengetahui masalah itu apabila dimaklumkan wartawan Harian Metro.

Katanya, pihaknya akan mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah ini kerana ia membabitkan masa depan pemilik beca yang kebanyakannya bergantung sumber rezeki itu.


Cyberluncai: Itulah nasib rakyat Terengganu......

Tuesday, October 18, 2005

Nak kata bodoh tak patut, tapi itulah hakikat....

Oleh: BBO.net

Akhbar berita harian bertarikh 13 oktober 2005 melaporkan Idris Jusoh berkata punca kekurangan dan kepupusan ikan di Tasik Kenyir disebabkan oleh pemerintahan kerajaan PAS. Ini kerana katanya, disebabkan kerana kelulusan sebanyak 34 lesen menangkap ikan secara komersial di Tasik itu.


Entah betul atau tidak dakwaan itu, hanya akal yang sihat dan cerdik mampu mengesahkannya.

Dan Apakah bodoh sangat kita sebagai orang yang berakal nak terima perkara yang tak masuk akal seperti yang di dakwa itu. Cuba tanya dia balik, berapa banyak lesen yang mereka lulus sebelum PAS mengambil tampuk pemerintahan dari UMNO yang dipegang selama 40 tahun itu.

Kalau benarlah apa yang didakwa,Kerajaan PAS memang prihatin kepada rakyat jelata. Memberi ruang kepada penduduk sekitar Tasik Kenyir mencari rezeki yang halal dengan tidak menghalang mereka menangkap ikan dengan diberikan lesen.

Apabila diberi lesen, maka syarat-syarat yang ditetapkan perlu dipatuhi. Jadi timbul masalah sepertiyang dibangkitan....

Yang jadi masalahnya...kerajaan UMNO ini hanya ingin menarik pelancung asing ..pelancung..pelancung ..rakyat nak makan ikan tasik kenyir pun larang....apa punya pemikiran pun tak tau..

Kalau nak ikut akal yang waras dan bijaksana, pemimpin PAS lebih bijak dari pemimpin UMNO. Buktinya, semasa PAS memerintah, cukai pintu dihapuskan, tol dihapuskan, cukai bakul dipasar dihapuskan, lesen arak dihadkan, pusat judi dan nombor ekor dihapuskan, tanah diberi kepada rakyat terengganu yang selama ini dibekukan, tiada pembuangan kerja dalam kerajaan, cuti 2 hari seminggu diperkenalkan, cuti bersalin dipanjangkan, pinjaman yang berbentuk riba ditiadakan, konsert-konsert 'lagha' diharamkan, dan banyak lagi perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan PAS yang tak mampu dibilang dan dihitungkira di sini..

Yang paling penuh bermakna sekali dalam menentukan kebijaksaan pemimpin PAS ialah menjadikan al-Quran, As-Sunnah, Ijmak Ulama' dan Qias sebagai undang-undang tertinggi bagi Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman...

Adakah semua ini dilakukan oleh pemimpin UMNO...oh tidak...jauh sekali....sampai kiamatpun kalau mereka masih berpegang dengan dasar sekarang ....takkan dapat menandingi kepimpinan PAS khasnya.

Apa yang pemimpin UMNO buat untuk rakyat terengganu....pertama sekali dibuang beberapa pengarah yang berkhidmat dalam kerajaan termasuk timbalan Mufi, mengenakan kembali cukai pintu(BH 30 dis 04), pemohonan tanah diberhentikan( BH 8 julai 2005), seluruh warga kerja Unit pembangunan Insan (UPI) dan Mubaligh diberhentikan melebihi 500 orang, kilang milik kerajaan terpaksa ditutup melibatkan pekerja lebih 500 orang, konsert-konsert 'lagha' diperhebatkan, premis arak tidak dihadkan, iklan wanita yang tidak menutup aurat diperhebatkan, rumah-rumah rakyat dan rumah Allah dirobohkan, ceramah Agama di serang habis-habisan, pembiayaan zakat kepada layak ditinggalkan, dan memang banyak kalau nak dibilang sehingga tak terbilang , gemilang dan Cemerlang....

Kalau nak sabitkan dengan kegagalan kemasukkan pelancung masuk ke Terengganu, 'usah tuding kepada PAS...tuding ke batang hidung sendiri..baru nampak kesilapan diri'....nilai kerajaan kamu...kenapa sampai ikan tak ramai sejak UMN O memerintah..itu soalnya....nak kata bodoh...tak baik..tapi kalau tak kata pulak...memang bodoh pun....tapi itulah hakikat sebenarnya...

untuk makluman -Tasik Kenyir adalah dibawah jagaan KETENGAH (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah)..yang dahulunya Deris Jusoh jadi Pengerusinya....so, apa yang Deris buat kat kenyir tu..bela ikan ker atau 'tuba' orang pergi tangkap ikan...

wassalam..

BPR MESTI SIASAT ISA SAMAD

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menyeru supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) supaya menjalankan penyiasatan terhadap segala pertuduhan yang dikenakan ke atas Tan Sri Isa Samad sehingga beliau terpaksa meletak jawatan.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam kenyataannya juga mendesak agar kerajaan tidak campur tangan dalam penyiasatan tersebut.
Perdana Menteri juga harus memberi jaminan agar tidak ada sebarang campurtangan dalam penyiasatan tersebut.

Ini adalah penting bagi menunjukkan kerajaan bersungguh-sungguh dalam melawan politik wang dan korupsi, katanya.

Isa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan selepas disahkan bersalah oleh Majlis Tertinggi Umno.

Beliau asalnya digantung keahlian Umno selama enam tahun oleh Lembaga Disiplin Umno selepas bersalah membeli undi ketika pemilihan Umno yang lalu dikurangkan tempoh pergantungan kepada tiga tahun sahaja.

Menurut Tuan Chua, KeADILan menyambut baik perletakan jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Oktober lepas.

Perletakan jawatan itu masih mengekalkankan beliau sebagai Ahli Parlimen bagi parlimen Jempol.

"KeADILan mengambil pendirian bahawa Isa sepatutnya bukan sahaja meletak jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan tetapi juga sebagai Ahli Parlimen.

"Memandangkan Isa akan kekal sebagai seorang ahli parlimen, ini memberi gambaran seolah-olah parlimen tidak mengambil serius kesalahan korupsi dan politik wang," kata Tian Chua dalam kenyataannya.

Adalah tidak adil kepada rakyat Jempol apabila diwakili oleh ahli parlimen yang mempunyai masalah akhlak dan amanah, kata beliau.

Wednesday, October 12, 2005

INIKAH 'MELAYU' SEBENAR...?

Angguk2, geleng2, tunduk2 ikut telunjuk
Iya2, saya2, kiri kanan ikut saja

Angguk2, geleng2, tunduk2 ikut telunjuk
Iya2, saya2, kiri kanan ikut saja

Kita tunduk pabila diketuk
Biarkan terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar, sabar, sabar, sabar!

Tak apa, tak kisah, tak rugi, tak mati, tak ambil peduli
Berserah dan pasrah biar dada didabik, adat pasang turun naik
Didera, dijajah terus kita dipenjara
Jadi hamba, jadi kuli, jadi batu diam diri
Kita tunggu, kita lihat, kita nanti, kita perhati
Jangan merungut biar bertangguh, diam akur kita mesti patuh
Acuh tak acuh, endah tak endah, buat lawak bodoh selamba
Biar kita melopong, biar kita menganga
Biar mereka buat apa mereka suka, biar saja
Jangan melawan, jangan membantah, janganlah degil kena ikut perintah
Kena banyak diam biar apa orang kata, kita tawa dalam duka
Kecut takut, kalut, kolot, terkunci mulut, terkatup, tertutup
Kalah sabung menang sorak, senduk nasi tinggal kerak

Angguk2, geleng2, tunduk2 ikut telunjuk
Iya2, saya2, kiri kanan ikut saja

Angguk2, geleng2, tunduk2 ikut telunjuk
Iya2, saya2, kiri kanan ikut saja

Dik mari dik
Ye kak
Nama adik siapa? ..Mia
Adik pandai nyanyi tak?
Tahu...
Mari ikut akak nyanyi sama2

Angguk2, geleng2, tunduk2 ikut telunjuk
Angguk2, geleng2, tunduk2 ikut telunjuk

Iya2, saya2, kiri kanan ikut saja
Iya2, saya2, kiri kanan ikut saja

Tolak tambah kali ganda hitung kira skala nisbah
Maju mundur tinggi rendah berapa jumlah nilai bangsa

"Kak sekupang ke, 2 kupang ke, 3 kupang?"

Sawah sebendang, ladang sebidang, tanah sekangkang, pohon sebatang
Kerana wang, semua hilang, hanya tinggal sehelai sepinggang

Yang Jenin, yang Lebai, yang Pandir, yang Luncai
Yang angannya tinggi, yang dibuai mimpi
Yang sawah terjual, maruah tergadai

Sabar, sabar, sabar, sabar!

Angguk2, geleng2, tunduk2 ikut telunjuk
Iya2, saya2, kiri kanan ikut saja

Angguk2, geleng2, tunduk2 ikut telunjuk
Iya2, saya2, kiri kanan ikut saja

Kita tunduk pabila diketuk
Biarkan terhantuk tak usah dipujuk
Relakan dipatuk ingat pesan atuk
Sabar, sabar, sabar, sabar!

Monday, October 10, 2005

HUTANG BERTIMBUN: KRONI 'KEMBUNG', RAKYAT TANGGUNG.....

Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman, sehingga hari ini masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung lapuran Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Hadenan A.Jalil, bahawa Johor paling banyak hutang tertunggak.

Dalam lapuran yang disiarkan Utusan Malaysia 2 Oktober lalu, Dr Hadenan mendedahkan semua kerajaan negeri gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman kepada kerajaan Pusat mengikut jadual yang mana jumlahnya mencecah berbilion ringgit.
Lebih memeranjatkan lagi apabila lapuran tersebut turut mendedahkan Negeri Johor sebagai negeri yang mempunyai tunggakan hutang tertinggi iaitu RM 598.35 juta, diikuti Kedah (RM450.96 juta) dan Selangor (RM 377.33 juta).

Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, lapuran Ketua Audit Negara itu mendedahkan kegagalan semua kerajaan negeri.

Menurut Faizi, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo, dalam kenyataannya di akhbar berhubung lapuran Ketua Audit negara telah menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada RM377 juta pinjaman tersebut digunakan untuk projek perumahan rakyat.

Beliau juga memberitahu bahawa hutang itu bukan hutang tertunggak kerana kerajaan negeri membayarnya secara berperingkat-peringkat dan baru-baru ini kerajaan negeri telah membayar sejumlah RM20 juta.

Menurut Faizi, setidak-tidaknya beliau mempunyai jawapan kepada isu hutang tertunggak ini.

"Sebaliknya apa yang menghairankan kita sehingga hari ini MB Johor masih terus membisu, tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung isu hutang tertunggak ini dibuat dan kita melihat seolah-olah pendedahan ketua audit negara ini telah memberi tekanan kepada kerajaan negeri yang selama ini cuba menutup maklumat sebenar berkaitan hutang kerajaan negeri," kata Faizi.

Faizi selanjutnya berkata, Khir Toyo bertekad meneruskan hasratnya untuk mengumumkan bahawa Selangor adalah negeri maju pada 2005 walau pun menyedari negeri ini menanggung hutang yang banyak dengan Kerajaan Pusat tetapi disebabkan wang ini digunakan untuk kepentingan rakyat maka beliau tidak sedikit pun merasa bimbang.

Berbeza dengan kerajaan Johor yang terpaksa menangguhkan pengisytiharan Johor negeri maju 2005 yang diumumkan Ghani semasa melancarkan pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (Persada Johor) 3 November 2004 lalu.

Menurut Ghani, kewujudan Persada Johor ini akan merealisasikan usaha kerajaan negeri untuk memajukan industri perdagangan dan pelancungan bagi membantu Johor mencapai status negeri maju pada 2005.

Malangnya sehingga hari ini kenyataan yang dibuat Ghani hampir setahun lalu untuk menjadikan Johor negeri maju 2005 ini terus sepi tanpa sebarang berita baik melalui kenyataan rasmi mahu pun pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selanjutnya menurut Faizi lagi, hari ini rakyat mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri boleh berhutang begitu banyak dengan kerajaan pusat sedangkan Johor adalah antara negeri yang maju dan kaya di negara ini.

Ke mana dan untuk apa wang dari berbagai sumber hasil yang diperolehi negeri ini digunakan, mustahil negeri ini boleh berhutang begitu banyak sekiranya sumber hasil ini diurus dan ditadbir dengan jujur dan amanah di samping tidak berlaku pembaziran.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Johor mendesak kerajaan negeri menjelaskan kepada rakyat secara terperinci bagaimana negeri ini boleh berhutang dengan begitu banyak dengan kerajaan pusat dan untuk apa wang ini digunakan.

"Kita berharap kerajaan negeri bersikap telus dalam mengurus sumber kewangan dan juga mentadbir negeri ini, kita tidak mahu pemimpin yang diberi amanah memimpin negeri ini melakukan sebarang tindakan mengikut selera sendiri dengan membelakangkan kepentingan rakyat," katanya.

Bebanan hutang yang begitu banyak ditanggung kerajaan Johor ini juga sebagai bukti jelas bahawa mereka sebenarnya telah gagal mentadbir dan mengurus sumber kewangan negeri ini dengan sempurna.

Jika kerajaan yang dipimpin Umno BN ini terus dibiarkan memerintah negeri ini berkemungkinan besar negeri ini boleh bangkrap dan muflis.

Justeru kerana itu seluruh rakyat negeri ini diajak membuka mata dan minda dengan seluas-luasnya bagi melihat sendiri keadaan yang berlaku di hadapan mata mereka dan sekaligus bertekad untuk melakukan perubahan terhadap kepimpinan negeri ini pada pilihanraya umum akan datang, jelasnya lagi.

Wednesday, October 05, 2005

'BIJAK'NYA PEMIMPIN UMNO MEMERINTAH...?

HUTANG TERTUNGGAK KERAJAAN2 NEGERI


SUMBER:- BERNAMA

Cyberluncai: Tak silap, sepatutnya makin maju makin kurang berhutang....tapi tak kan makin maju makin banyak berhutang.....bijak, bijak....

Tuesday, October 04, 2005

Masyarakat Melayu Islam makin hanyut.....

Oleh OMAR SAIDI
"Apa hendak lagi semuanya ada, jalan tar sampai ke dapur, apa lagi hendak,"itulah kata-kata yang sangat-sangat menyakiti hati penulis.

Itulah kata-kata yang sentiasa mengetuk-ngetuk di kepala penulis. Kata-kata yang diucapkan oleh beberapa orang kampung penulis yang 'pekat Umno'.
Mereka marah kerana penulis menyertai PAS sejak dahulu, kini dan sehingga akhir hayat.

Sudah 48 tahun Malaysia merdeka. Fikiran orang-orang Melayu masih di tahap yang begitu rendah sekali rupanya.Tidak ada peningkatan. Sungguh menyakitkan.


Kenapa mereka tidak fikir nasib orang Melayu khasnya Melayu Islam.Selama 48 tahun kita merdeka inilah hasilnya. Apa yang pemerintah dan Umno buat.

Kalau dahulu negeri kita dipanggil Tanah Melayu tetapi kini Malaysia. Kini Bahasa Melayu kian terpinggir, agama Islam jauh sekali, bangsa Melayu dah banyak murtad.

Anak-anak melayu semakin lama semakin rosak. Setiap hari disogokkan dengan hiburan yang melampau, baik di kaca televisyen mahu pun di majalah dan surat khabar.

Di RTM Melaka setiap petang ibu bapa, atuk dan nenek khayal dengan 'menyandau' pada lagu 60-annya. Melayu leka.

Ketika acara sambutan kemerdekaan yang baru lalu, secara kebetulan penulis dan rakan-rakan pergi menyiasat untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku kepada rakyat Melaka khasnya bangsa Melayu semasa menyambut merdeka.

Setelah diselidik alangkah malunya, ramai anak-anak Melayu bergembira dengan minuman haram jadah, ada yang sedang bercumbu-cumbuan. Agaknya inilah erti kemerdekaan bagi mereka.

Di saat 48 tahun merdeka, anak-anak Melayu sudah tidak lagi pandai bercakap bahasa Melayu.

Kalau di kaca televisyen orang bukan Melayu, tak hendak cakap Melayu. Sementara orang Melayu pula cakap melayu sekerat cakap 'orang putih' sekerat, bak kata Dato' Seri Dr Rais Yatim, "Ular sekerat, belut sekerat.

Dan dalam pemerhatian penulis tempohari, anak-anak melayu berusia belasan tahun beramai-ramai berbasikal berduyun-duyun ke tempat sambutan kemerdekaan di Air keroh.

Dalam berduyun-duyun itu, setelah Malaysia merdeka 48 tahun, masih ramai anak-anak Melayu berada di lorong-lorong belakang bangunan dengan terhoyong hayang, di pusat-pusat serenti, pusat-pusat disko dan dangdut seperti di Taman Melaka Raya Melaka dan sebagainya.Inilah acuan yang telah dibina 48 tahun dahulu oleh Umno lama dan baru.

Kalau Unmo dahulu memang pejuang kemerdekaan tetapi Umno sekarang berjuang duit.Rasuah sana sini.

"Tak rasuah tak dapat projek,"Itulah kata-kata kawan penulis baru-baru ini.

Kalau dahulu negeri Melaka terkenal kerana pernah menjadi Pusat pemerintahan Islam tetapi kini Melaka terkenal dengan disko dan dangdutnya. Tak kurang dari 200 pusat dangdut dan Disko terdapat di negeri Melaka sahaja. Yang terbaru di Jalan Laksamana , yang dimiliki oleh orang kuat Umno Melaka.

Baru-baru ini penulis berjalan-jalan sekitar jam 2.00 pagi untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku di Bandar Melaka khasnya di Taman Melaka Raya.

Masya-allah, banyaknya dangdut.Penulis tak berani masuk kerana banyak terdapat "bouncer".

Penulis teringat dua tahun dahulu, semasa dilancarkan "Gagasan Selatan-selatan antara Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah diadakan jamuan makan sempena sambutan malam merdeka tetapi pihak polis telah menghalang kami makan bersama Tuan Guru Dato' Seri Presiden. Kononnya atas arahan orang atas, Umnolah tu..inikah yang dinamakan merdeka?

Agama Islam dan tulisan Jawi penjajah tak kacau tetapi di zaman penjajah Umno, agama dah ditukar kepada Hadhari, hendak laksanakan undang-undang Islam di zaman seperti di Terengganu dan tulisan Jawi hancur lebur.Ketika ini agak susah nak cari tulisan Jawi di masjid-masjid di seluruh Negeri Melaka dan di tepi jalan.

Kalau di daerah negeri Johor memang kita akui, tulisan Jawi masih kekal dan masih boleh dibanggakan tetapi di Melaka adalah sebaliknya.

Penulis berharap kita semua dapat menginsafi dan bermuhasabah diri.

Merenungkanlah kembali hakikat kemerdekaan yang dicapai oleh generasi zaman lalu.

Kita tidak mahu, generasi akan datang hanyut ditelah kepesatan zaman sehinggakan nilai-nilai agama, jati diri bangsa hanyut.

Insaflah.

Monday, October 03, 2005

BAJET 2006: DARI KU UNTUK MU.......RAKYAT TERKEDU

Oleh: naj1888
Apa bezanya bajet tahun ini? Biasa saje. Bertanya kepada Pakcik yang sedang memotong gotah, "Pakcik bagaimana dengan Bajet 2006, yang di bontangkan oleh Abdullah Badawi." Jawab pakcik," Boreh nak boli pun eden tak mampu?" Bila wartawan tanya TPM, Dato' Seri Najib, beliau menjawab, "Saya yakin Bajet 2006 akan merangsang ekonomi negara."

Adakah fikirkan perbezaan jawapan antara dua individu ini? Nampaknya yang perasaan akan keuntungan Bajet 2006, adalah menteri-menterinya. Bajet ditunggu oleh para menteri untuk mengetahui seberapa banyak peruntukan untuk mereka perolehi, dan strategi yang lebih kemas akan di jalankan untuk mengaut keuntungan dari Bajet 2006 tersebut.

Jawapan yang diberi oleh penoreh getah tersebut pula bermaksud, dia tidak ambil tahu dan langsung tidak mahu tahu kerana sebelumnya juga beliau tidak tahu kerana tidak perolehi apa-apa bantuan yang dibentang pada bajet ditahun-tahun yang lepas.

Teman aku berkata, "Benda jahat kita hentam, benda baik kita tikam. Kamu ini benda baik janganlah pula dikomen."

Bukan aku tidak mahu sokong, masaalahnya, berapa kali kah bajet sudah dibentangkan, sejak dahulu, tetapi masalahnya ke mana bajet itu dibelanjakan dan berapa peratus bajet itu disapu oleh menteri jabatan itu sendiri?

Sebagai contoh terbaik ialah apabila bajet yang memperuntukkan dalam pembinaan makmal komputer. Ketika dibentangkan dahulu, rakyat gembira, menteri ketawa, kontraktor sendawa. Setelah setahun berlalu, bangunan tidak siap, komputer sudah rosak, di sekolah tiada. Anak kampung masih begitu, anak felda masih begitu, anak desa masih begitu. Apa istimewa nya budget?

Mari kita rujuk akan Bajet 2006 dan siapakah dijangka menerima dan siapakah yang akan manfaatkan bajet tersebut? Adakah di bawah ini jangkaan dan andaian atau pun kebenaran?

1. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menerima peruntukan RM600 juta dalam Bajet 2006 - ini habuan untuk Najib @ Cronya. Perlukah ditambah bajet asalnya dan apakah manfaatnya kepada negara? Selepas keluar PLKN, bil telefon meningkat kerana anak sudah jatuh cinta pandang pertama di PLKN dan perniagaan hotel bertambah untung kerana anak lepas rindu dengan kekasih yang jauh di mata di hujung minggu.

2. Kerajaan akan menyediakan RM2.1 bilion untuk pembinaan rumah golongan berpendapatan rendah - ini habuan Aziz Shamsuddin @ Cronya. Apa baiknya? Jelas merujuk pada masa yang lepas, bantuan ini bukan untuk rakyat, bantuan ini untuk penyokong UMNO. Lihat kampung anda sendiri dan anda akan tahu apa muslihat UMNO sebenar.

3. Kerajaan memperuntukkan RM5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan pelajaran dan latihan. - ini habuan Hishammuddin Hussien @ Cronya. Bantuan yang banyak tetapi buku rujukan masih perlu dibeli dan kemajuan sistem pendidikan membuatkan ibu bapa perlu labur untuk dapatkan peralatan dijual di kedai-kedai. Di zaman kita dahulu, hanya perlu beli buku tulis dan alat tulis, kini banyak lagi barangan tambahan yang sengaja diadakan.

4. RM2.5 bilion yang diperuntukkan kerajaan bagi projek kuarters dan RM3.5 bilion dan perbelanjaan mengurus dan mengekal bernilai RM493 juta - Ini habuan Khairi @ Cronya. Jumlah polis jika dibandingkan dengan rakyat jauh berbeza. tetapi membina rumah polis kosnya lebih kurang sama dengan bantuan kepada rakyat miskin. Kerana tuan akan buatkan rumah yang sedikit lebih istimewa untuk anjingnya.

Sebelum bajet dibentang, Khairi sudah sibuk melobi dan merancang untuk menjayakan projek kuarters polis, mereka sudah tahu. Menteri dan kroni tidak perlu tunggu pembentangan Bajet 2006.

Bagaimana dengan para menteri? Sedangkan rakyat hanya menunggu, menteri sudah lama berbincang dan membahagi-bahagikan peruntukan itu kepada para kroni-kroni mereka. Oleh itu, apa yang pelik sangat dengan bajet.

Kita kaji tentang kesan pembentangan budget dan di sini kita bezakan reaksi menteri-menteri dan rakyat.

A) Sebelum bajet dibentang
i) Persedian menteri
1. Menyiapkan senarai kroni dan syarikat-syarikat milik keluarga.
2. Membahagikan sesama mereka kontrak-kontrak kerajaan.
3. Merancang peratus keuntungan projek di antara menteri dan kroni. (Anggaran untung projek ialah 30% dan jangkaan perolehan menteri ialah 10%)
4. Memikirkan jawapan yang akan diberikan kepada wartawan, apabila diminta memberi komen terhadap belawan.

ii) Persedian rakyat
1. Tunggu dan lihat

B) Selepas bajet dibentang
i) Langkah-langkah menteri
1. Mengeluarkan borang tender
2. Memohon peruntukan dari kerajaan pusat
3. Melantik kontraktor
4. Menerima up-front
5. Undian dan perlantikan
6. Menerima peratus keuntungan
7. Perlaksanaan projek
8. Kutip duit bantu parti.
9. Projek terbengkalai

ii) Langkah-langkah rakyat
1. Tunggu borang permohonan
2. Ambil borang
3. Minta sokongan YB
4. Tunggu keputusan permohonan
5. Tunggu penyiapan
6. Termenung kerana projek terbengkalai

Apa yang perlu anda lakukan? Tengok dan lilihkan air liur ke dalam bekas takungan yang mempunyai kapasiti isian sebanyak 2 liter. Rakyat akan terus merana. Rakyat akan terus menderita. Melayu bukan bodoh dan Melayu bukan mudah digula-gulakan dengan bajet yang pelik-pelik. Aku tidak percaya walaupun bajet menyebut rakyat akan menerima RM1.5 juta seorang, kerana walau baik mana pun bajet negara, kalau menteri masih lagi yang sama, Melayu akan terus papa.

Kerajaan basmi kemiskinan? HAHAHAHA. Mereka ramai yang sudah berumah. Kerana apa? Kerana anak sudah besar dan kini membantu ayah dan ibu. Mereka maju sendiri, bukan dibantu. Mereka interview, naik kenderaan sendiri dan mereka kerja menggunakan tenaga dan kederat mereka sendiri. Apa yang kerajaan bantu. Adakah mereka bantu Melayu? Kemudahan adalah untuk semua bangsa seperti jalan raya, elektrik dan sebagainya. Infrastruktur ini bukan bantuan kerajaan. Ia adalah hasil dari kutipan duit rakyat dan sedangkan kini, rakyat terpaksa juga membayar tol dan bil untuk menggunakannya. Apa yang kerajaan bantu? KERAJAAN BANTU KITA UNTUK BERANGAN-ANGAN. Kalau kita terus berangan-angan dengan janji palsu kerajaan. Itu adalah sebenarnya Melayu yang malas.

Mengharapkan bajet kerajaan adalah seperti menunggu buah tidak jatuh. Seperti mengharapkan PAS menang dalam pilihan raya atau seperti menunggu Isa Samad dijatuhkan hukuman. Tunggu tetapi kita sudah tahu penghujung ceritanya. Dengan tipu helah yang bodoh dan bantuan undang-undang. PAS tidak kunjung menang seperti rakyat tunggu peruntukan yang tidak pernah kunjung datang. Ia akan hanya menjadi nyata, sekiranya kita semua berusaha. Jatuhkan Umno dengan cara yang tidak mereka jangka. Kalau berlembut, mereka sangka takut. Maka dengan kekerasan mungkin akan lebih berkesan. Tetapi diam bukan bererti kalah, tenang bukan bermakna buaya tiada di sungai, gelap bukan bermakna bulan sudah bosan, manis bukan bermakna makanan tiada garam.

Gemblengkan tenaga, gemblengkan usaha kerana aku tidak mahu dengar bajet lagi, kerana perlaksanaannya meragukan. Aku tidak mahu dengar nama Umno lagi kerana mereka adalah kerajaan yang memalukan. Jangan harap dadah terhapus, rasuah terbongkar, maksiat terhindar, kalau Umno masih kerajaan dan menteri masih meragukan.

Timbalan Perdana Menteri yakin Bajet 2006 akan merangsang ekonomi negara. Tetapi aku yakin Bajet 2006 dan sebelumnya menjana ekonomi menteri yang ada.....

Cyberluncai: "satu untuk kau, dua untuk aku...."