Friday, February 10, 2006

ADUN Hadhari Tipu Rakyat lagi.....

Buletin Online

Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang diperkenalkan dizaman kerajaan PAS di Terengganu semuanya telah dibatal oleh rejim Hadhari yang diterajui oleh Idris Jusoh.

Ketika memperkenalkan projek tersebut didalam memastikan semua lapisan masyarakat tidak bertanah, paling kurang mendapat satu lot tanah tapak kediaman.

Kerajaan ketika itu tidak mengira apa jua golongan samada kaya atau miskin sekiranya tidak bertanah mereka layak untuk membuat permohonan tersebut.

Namum begitu selepas memenangi Pilihanraya umum 2004, dengan pelbagai tipudaya. Kerajaan Umno Terengganu telah tidak mengiktiraf semua tanah RTB yang diluluskan oleh kerajaan PAS.

Malah kediaman yang dibina telah dirobohkan. Riuh rendah disana sini juak juak kerajaan mencapcai kononya tanah yang diluluskan itu tidak mengikut saluran dan diluluskan kepada orang orang yang berada.

Demi memenuhi dan meneruskan kerja jahat tersebut umno melalui Pejabat Tanah Kemaman telah bertindak meroboh sebuah masjid yang didirikan dengan titik peluh rakyat dari wang kutipan derma lebih RM 90,000.00 di Desa Makmur, Bujal Kemaman.

Operasi Perobohan masjid Kg Bujal itu telah di ketuai oleh Omar Mat selaku ketua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kemaman.
Apabila mendapat bantahan daripada rakyat yang mana kemuncaknya ialah satu bantahan aman pada 19 Julai 2005 telah didakan di perkarangan Wisma Darul Iman yang disertai oleh puluhan ribu rakyat.

Maka berkokoklah wakil rakyat BN termasuk Mohd Ramli Noh ADUN Tepuh dan Mohd Kamal Abdullah ADUN Sura,kononya cara dan kaedah pemberian yang dibuat oleh Kerajaan PAS Ketika itu kononya bercanggah dengan Kanun Tanah Negara tanpa mereka memberi didalam bab mana ianya bercanggah.

Sebenarnya ramai rakyat yang tidak tahu kedua dua mereka ini termasuk Omar Mat KPPT Kemaman telah mendapat manafaat daripada program RTB yang diperkenalkan oleh Kerajaan PAS Pada ketika itu.

Disana mereka menipu rakyat kononya cara itu tidak betul sedang di Kg Kubang Ikan Cendering, mereka telah mendapat habuan dari tanah RTB yang diperkenalkan oleh Kerajaan PAS.

Difahamkan kedua dua ADUN ini adalah berkelulusan pengajian Islam, Ramli Noh (kiri) dari UKM sementara Kamal Abdullah dari Timur Tengah.


Lot PT 2458 di miliki Oleh Mohd Kamal Abdullah - Adun Sura

Tidak tahulah apa ilmu yang mereka pelajari dulu, kalau beginilah sifat lidah bercabang mereka. Kalau benar mereka jenis bertanggujawab dan nkalau betul tanah tersebut tidak mengikut Kanun Tanah Negara sepatutnya mereka sendiri menyerahkan balik Tanah Yang di anugerah oleh Kerajaan PAS kepada mereka di tapak susustur lot Perumahan Kg Kubang Ikan, Mukim cenderig, Daerah Kuala Terengganu.


Lot PT 2483 di miliki Oleh Mohd Ramli Noh - Adun Tepuh

Apa yang sangat menyedihkan ialah rumah rakyat biasa di roboh sedangkan mereka terus memiliki tanah yang dikatakan tidak betul.


Lot PT 2490 di miliki Oleh Omar Mat KPPT Kemaman.

Pada kesempatan ini kita mendesak mereka berdua juga termasuk Omar Mat yang mengetuai perobohan Masjid Kg Bujal Kemaman supaya menyerahkan semua tanah tersebut dan kalau ada rumah atas tanah mereka bertiga sila jemput Pejabat Tanah Kuala Terengganu untuk merobohkanya.

Idris Jusoh kena ajar mereka supaya lebih reti basa atau rakyat mesti bersedia untuk mengajar mereka termasuk Idris Jusoh itu sendiri.

Cyberluncai: Ishh....ishhh........habuan...habuan......