Sunday, August 20, 2006

20 SEBAB KITA MASIH BELUM MERDEKA....!!!

Salam Reformasi Buat Rakan Seperjuangan,

1. Tiada jaminan harga petrol dikekalkan harganya pada tahun hadapan. Sedangkan pada zaman kerajaan dulu, sekalipun Perang Teluk telah berlaku tetapi Kerajaan Persekutuan masih mampu menahan kenaikan harga minyak secara mendadak. Baru 3 tahun memerintah dah menyusahkan rakyat. Hilang mood saya nak kibar bendera.

2. Umno kutuk keganasan Israel di Lubnan dan Palestin sebab mereka menzalimi orang Islam di sana. Tapi Umno pun tumpang sekaki ke atas kezaliman ke atas pejuang reformasi yang majoritinya seagama sebangsa, mana lagi ZALIM? Dengan mengarahkan Polis untuk membelasah dan mendera mereka yang cintakan demokrasi ¡V Umno bergelak ketawa melihat penentang-penentangnya terseksa. Disebabkan rakan-rakan seperjuangan saya dibelasah sampai berdarah dalam ¡¥Bloody Sunday¡¦, maka sebagai tanda protes saya tak nak kibar bendera.

3. Umno dayus tidak pernah berusaha mewujudkan pilihanraya yang adil dan saksama. Demokrasi konon, setakat kuasai Media Prima lepas tu hentam pembangkang habis-habisan tanpa memberi peluang untuk kami membela diri, demokrasikah itu? Umno Democrazy! Umno ¡V BN memerintah kuku besi laksana komunis!

4. Pak Lah tipu rakyat. Pak Lah kata nak buat Islam Hadhari sebagai satu pendekatan mudah memahami Islam, tapi sejak Pak Lah jadi Perdana Menteri makin bercambah-cambah program realiti tv yang majoritinya merosakkan moral rakyat. Untuk pengetahuan Pak Lah, remaja sekolah sekarang lebih bermotivasi untuk masuk Akademi Fantasia (Insya Allah akan naik taraf jadi Kolej Universiti Fantasia) berbanding mendaftar untuk program pengajian di IPT. Ini kerana graduan AF lebih disanjung dari graduan ijazah sarjana muda IPTA walaupun kursus AF tak sampai 6 bulan pun tempohnya.

5. Pak Lah kata Islam Hadhari mampu memajukan Malaysia. Sedangkan kini inflasi makin naik, rakyat makin terdesak kerana kereta kancil, rumah dan motosikal yang mereka miliki dibeli secara hutang. Rakyat Malaysia adalah antara rakyat yang paling banyak berhutang berbanding negara lain. Hakikatnya rakyat pokai takde duit.

6. Pak Lah dah berzaman jadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, mengapa Pak Lah mahu menyeksa tahanan ISA tanpa dibicarakan. Saya yakin Pak Lah seorang yang amat sayang pada rakyat, justeru itu besarlah harapan agar mereka dibicara di mahkamah atau dibebaskan tanpa sebarang syarat.
7. Saya tidak nampak beza Islam Hadhari dengan Pemerintahan Mahadewa Mahathir. Sama saja, disko banyak pub banyak kedai jual arak pun banyak. Pak Lah cong saya ker?

8. Umno kata nak bina universiti di Kelantan dan Terengganu, apa ni isu kebajikan rakyat pun nak politik ker? Umno tak sedar diri tu duit kitorang yang punya. Perasan dewa la Umno ni!

9. Adapun buat apa nak buat universiti tapi kerja takde, 30 000 kekosongan konon! Universiti yang sedia ada ni pun dah lebih dari cukup. Apa cerita kerja kosong 30 000 tu? Takkan nak tipu kami lagi kot?

10. Zaman Pak Lah, saya masih tertunggu-tunggu program J-Qaf yang kononnya mahu memartabatkan tulisan jawi. Sejauh mana berkesannya program ini dalam memastikan remaja tidak buta Al-Quran? Atau sekadar retorik sahaja? Selagi tiada penekanan serius dalam usaha memartabatkan bahasa melayu / tulisan jawi, saya taknak kibar bendera.

11. Pak Lah kata Islam Hadhari bukan agama baru, tapi pendekatan baru Islam. Mengapa Pak Lah simpan menteri kabinet yang berstatus tokey judi, pengampu, perosak ekonomi, tukang korup dan pelbagai lagi jenis malaun-malaun yang sewajarnya dijadikan beruk peliharaan En. Khairy Jamaluddin sahaja. Sebab tu la saya merajuk tak nak kibar bendera Malaysia tahun ni.

12. Pak Lah kata Pak Lah orang Penang, tapi kenapa di Penang berlaku ketidak seimbangan ekonomi antara kaum. Saya nampak Penang dah macam Singapura Kedua. Mungkinkah 10 tahun lagi kita terpaksa memerdekakan Penang sebagai sebuah republik?

13. Zaman Pak Lah, saya makin keliru dengan Islam. Saya tahu Pak Lah seorang yang alim dan tahu memetik ayat-ayat Quran dengan lancar, habis tu bolehkah Pak Lah cari dalam ayat Quran yang mengatakan ada judi halal, arak halal, rumah urut halal, disko halal dan macam-macam lagi benda yang haram tapi dihalalkan kerana berlesen. Sebab tu la zaman Pak Lah ada istilah pusat judi haram, pusat hiburan haram dan pusat pemprosesan arak haram (kerana tiada lesen).

14. Pak Lah kata anak Pak Lah tak meniaga dalam negara, habis tu kenapa Scomi dapat tender pembekalan koc monorel walau apa pun yang terjadi (contoh kalau MRCB tak dapat tender)? Sampai hati Pak Lah cong saya, mentang-mentanglah saya tak kaya, tak hensem macam Khairy dan tak elit macam menteri kabinet, sampai hati Pak Lah kotak-katikkan saya, kelirukan saya. Saya sedih Pak Lah, sedih! Bagi menonjolkan rasa frust di hati, maka saya taknak kibar bendera sempena merdeka ini.

15. Pak Lah dah diberi mandat besar dalam pilihanraya lalu, macam-macam janji Pak Lah, Umno ¡V BN tabur pada rakyat. Tapi saya tengok rakyat makin takde duit sampai sanggup pecah mesin ATM.

16. Di bawah pimpinan Pak Lah, saya amat berharap Pak Lah mansuhkan AUKU. Alhamdulillah Pak Lah dah mansuhkan AUKU. Yang sedihnya AUKU dimansuh / dikecualikan kepada mahasiswa pro aspirasi saja. Mereka yang bukan pro-aspirasi diminta diam. Dewa betul Umno ni.

17. Saya tak nampak pun orang kurang upaya diberi kenaikan elaun yang tinggi disebabkan harga minyak naik. Mereka masih merempat seperti biasa. Sudahlah dipandang sepi masyarakat, diabaikan pula oleh kerajaan. Dari membazirkan wang rakyat buat universiti banyak banyak baik buat Kolej Universiti khas untuk orang kurang upaya. Pak Lah kalau nak bukti boleh tonton Bersamamu.

18. Zaman Pak Lah, rasuah sama saja susah dibendung. Maklumlah Umno parti materialistik. Saya percaya kalau dijalankan Dasar Ekonomi Baru dengan telus, semua rakyat di Malaysia akan hidup aman. Apa yang jadi, hanya mereka yang ada kabel dengan Umno saja diberi peruntukan. Tak adil. Kata parti melayu berjuang untuk melayu tapi negeri malay belt Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah masih kekal miskin. Terbaru MPK nak kena lelong. Apa ni? Dasar Keris Khianat!!!

19. Zaman Pak Lah Petronas makin kaya tapi rakyat makin miskin. Semua benda naik, gaji jer susah naik. Cukuplah dengan omongan kosongmu itu wahai Pak Lah. Sebab harga barang mahal ibu bapa terpaksa bekerja lebih masa, anak ¡V anak tidak sempat diberi perhatian lalu lahirlah gejala sosial. Apa yang disemai itulah yang dituai. Saya kecewa Pak Lah! Dengarlah lontaran rasa hati di sudut sanubari saya ini!

20. Saya sudah merajuk apabila kerajaan Pak Lah hanya indah di mata, di hati tidak. Saya hanya patriotik pada kerajaan yang adil dan berkhidmat untuk rakyat. Walaupun saya setia pada Yang Dipertuan Agong dan Kerajaan Persekutuan Malaysia, tetapi tindakan AAB Inc. menyebabkan saya rasa seperti kesetiaan saya selama ini dipandang enteng dan dibalas pula dengan khidmat sambil lewa anda selaku ahli Parlimen dan wakil kepada semua rakyat selaku pembayar cukai.

Saya bersedia untuk menimbang semula hasrat tidak mengibarkan bendera Jalur Gemilang jika Pak Lah kurangkan balik harga minyak, tingkatkan peruntukan untuk rakyat termiskin dan pastikan peruntukan itu tidak disalurkan pada kroni Umno macam seorang gedebe PPRT itu. Saya juga akan berjanji untuk mengibarkan bendera hanya apabila tahanan ISA dibebaskan / dibicarakan di Mahkamah yang adil dan hak istimewa rakyat untuk bebas berhimpun dan memberi pendapat dibenarkan semula.

Sekiranya Pak Lah bersetuju menimbangkan permintaan saya / kami maka Insya Allah kami akan berasa bangga mengibarkan jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan nanti. Akhirul kalam, jika Pak Lah hanya memikir Umno-BN sahaja sebagai golongan yang layak diberikan prioriti, maka bolehlah Pak Lah memberi opsyen kepada anggota KeADILan, PAS, DAP dan pembangkang lain supaya diberi pengecualian cukai (tax exemption).

Pak Lah perlu sedar bahawa saya tidak pula mengusulkan Pak Lah untuk meletakkan jawatan. Saya ingin Pak Lah bertanggungjawab hinggalah pilihanraya akan datang. Selepas itu, terpulanglah kepada rakyat sama ada memilih untuk memecat semua menteri kabinet Keris Khianat United dan kaptennya Dato¡¦ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kalau pun Pak Lah letak jawatan sekarang siapa lagi yang nak dengar rintihan kami? Bukan ada impak pun kalau jawatan PM diberi pada Rosmah ooops¡K Dato¡¦ Najib! Pak Lah adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Sila tolong kami kerana kami juga rakyat yang ada hak untuk mendapat keistimewaan di bawah pemerintahan Pak Lah. Sekian Terima Kasih.


Sekian, Terima Kasih

BERKHIDMAT UNTUK REFORMASI FASA KEDUA

Youth Sighyoung (Belia Sayang)
0019 streetreformist captain
MESEJ KHAS: SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!!
http://streetreformist.blogspot.com

Thursday, August 17, 2006

PAK LAH: "JANGAN ALPA, NANTI NEGARA TERGADAI!!!!"

Wed | Aug 16, 06 | 01:24:02 PM
Oleh Dato' Husam Musa



"Lebih menyedihkan lagi, penjualan saham Pantai kepada pihak Singapura sebanyak 31% itu bercanggah dengan garis panduan penggabungan dan pengambil alihan milik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri sendiri bertarikh 21 Mei 2003 lagi. YAB, maafkan saya, sebenarnya telah melanggar garis panduan Jabatan Perdana Menteri sendiri berkait dengan fasal-fasal 4.3, 6.3 dan 7.3. Bagaimana ini boleh berlaku?," petikan dari surat terbuka Dato' Husam Musa kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Surat Terbuka Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi


YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia.


Assalamualaikum wr. wth.,

YAB Dato' Seri,

Kami membaca kenyataan YAB mengenai cadangan kerajaan mengambilalih semula dua anak syarikat yang telah terlepas pegangan pengurusannya kepada pihak Singapura, seperti dilaporkan akhbar utama hari Isnin, 14 Ogos 2006.

Izinkan saya memetik laporan Berita Harian 14 Ogos 2006 mengenainya;

PM mahu kontrak bekal alat hospital dikembali kepada rakyat tempatan

KEPALA BATAS: Kerajaan mengkaji untuk mengembalikan semula penguasaan rakyat tempatan dalam syarikat konsesi membekalkan keperluan hospital di negara ini ekoran penjualan 31 peratus kepentingan Pantai Holdings Bhd kepada firma Singapura, Parkway Holdings Ltd.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan memberikan perhatian kepada isu penjualan itu kerana ia menimbulkan masalah disebabkan beberapa perkara berkaitan konsesi yang diberikan kepada Pantai Holdings iaitu kontrak membekalkan keperluan hospital.

"Jadi (berikutan penjualan saham dalam Pantai Holdings), konsesi telah terlepas ke tangan orang lain dan (kerajaan) mengharapkan ia akan (kekal) kepada pihak Malaysia, akan dipegang oleh rakyat Malaysia.

"Jadi perkara ini dalam perhatian pihak Perbendaharaan," katanya.

Kami amat berbesar hati di atas hasrat tersebut. Cuma, kami agak keliru mengenai pendirian sebenar YAB. Ini kerana, dalam wawancara khas YAB seperti yang disiarkan rakamannya oleh TV3 pada 7 Ogos 2006, YAB dengan tegasnya memberitahu bahawa tidak ada mana-mana entiti perniagaan Negara kita telah terlepas kepada pihak asing.

Bagi mengelakkan pertikaian mengenai apa yang telah disebut oleh YAB, kami perturunkan petikan wawancara itu seperti yang disiar oleh Utusan Malaysia seperti berikut;

Pemilikan syarikat asing

Dato' Seri kita kebetulannya di ambang menyambut kemerdekaan ke-49 tahun merdeka. Dengan hari ini juga kita dengar istilah bentuk penjajahan baru. dan antaranya yang dikaitkan dengan bentuk penjajahan baru ialah pemilikan asing dalam syarikat negara yang paling sensitif ialah syarikat singapura sebab sentimen yang ada hari ini.

ABDULLAH - Yang pertama saya kata apa salahnya kalau syarikat lain negeri lain nak beli saham dalam syarikat kita kerana itu baik sebab mereka yakin dengan syarikat kita, sebab itu dia orang beli.

Tapi yang penting dalam hal ini kita nak jaga supaya kepentingan kita, control itu kita jaga jangan sampai diambil alih.

Dalam hal ini tiada satu pun syarikat kita diambil alih oleh syarikat ini. Soalnya sekarang ini kita buka yang nak beli saham ini syarikat mana-mana seperti dari AS ke, Jepun ke, Korea ke, kalau Singapura beli dia belilah. Tapi banyak orang bila sebut Singapura ni dia lain sikit, kena tanya merekalah, saya tak tau.?

YAB Dato' Seri,

Izinkan saya membawa perhatian YAB kepada surat yang saya telah tuliskan kepada YAB mengenai perkara yang sama bertarikh 28 Disember 2005. Izinkan saya memetik satu para mengenainya;

"Menteri Kewangan perlu menjelaskan mengapa ia telah memberikan kelulusan terhadap penjualan 31% saham Pantai Holdings kepada Parkway."

Mungkin saya begitu kerdil sehingga surat saya tidak layak dibaca oleh YAB walaupun YAB ada bercakap supaya orang ramai ?tell me the truth? atau memberitahu hal yang sebenar kepada YAB dan YAB amat tidak suka kepada ?apple polisher?.

Maka dengan itu, YAB terlupa bahawa isu ini sudah lama dibangkitkan dan YAB sudah patut bertindak lama dahulu. Jika surat saya tidak dibaca sekalipun, YAB patut telah dimaklumkan oleh pegawai-pegawai YAB kerana isu ini telah dari masa ke semasa dibangkitkan oleh pelbagai pihak dan dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama, selain laman-laman web.

Menteri Kesihatan sendiri telah membangkitkan bangkangannya seperti dilaporkan oleh akhbar Malay Mail. Tidak mungkin kenyataan terbuka seorang Menteri Kabinet tidak mendapat perhatian YAB?

Akhbar-akhbar juga telah melaporkan perkembangan perubahan lima dari tujuh ahli Lembaga Pantai sebaik sahaja pengambilalihan tersebut dan di bawah Practice Notes 2.4 for the Malaysian Code on Take-Overs and Mergers, sesebuah syarikat itu dianggap telah berada di bawah pengurusan baru jika lebih dari separuh ahli lembaganya bertukar tangan kurang dari tempoh setahun kemasukan pemegang saham baru dan saya yakin YAB sedar sepenuhnya hal ini.

YAB Dato' Seri,

Lebih menghairankan lagi, semua transaksi penjualan pegangan kepada pihak asing mesti mendapat persetujuan dan kelulusan YAB selaku Menteri Kewangan atau paling kurang dimaklumkan kepada YAB.

YAB saya kira sedar bahawa kelulusan perpindahan kepentingan kepada syarikat asing ini berlaku pada masa YAB sudah menjadi Perdana Menteri dan pada masa yang sama menjawat jawatan Menteri Kewangan. Ia tidak berlaku sebelumnya bahkan semasa YAB sudah memgegang teraju utama Negara, sama dengan kes-kes penjualan kepentingan Malaysia yang lain kepada Singapura seperti 5% pegangan dalam Telekom pada Mac 2004, di mana ECM Libra adalah financial advisorynya. Juga pembelian 5% kepentingan dalam Proton oleh Government of Singapore Investment Corp. pada tahun yang sama.

Mengapa pada waktu itu YAB memberikan persetujuan dan sekarang YAB bercadang mengambilalihnya semula? Adakah YAB sedar kos dan perbelanjaan bagi tujuan pengambilalihan semula tersebut?

Lebih menyedihkan lagi, penjualan saham Pantai kepada pihak Singapura sebanyak 31% itu bercanggah dengan garis panduan penggabungan dan pengambil alihan milik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri sendiri bertarikh 21 Mei 2003 lagi. YAB, maafkan saya, sebenarnya telah melanggar garis panduan Jabatan Perdana Menteri sendiri berkait dengan fasal-fasal 4.3, 6.3 dan 7.3. Bagaimana ini boleh berlaku?

Adakah YAB telah terlepas pandang? Atau YAB tidak mengambil berat mengenainya sebelum ini dan hanya tersedar setelah nasi menjadi bubur? Atau YAB sebenarnya telah meluluskannya tetapi kemudian terlupa? Atau YAB telah secara sedar meluluskannya dan kini ingin bermain wayang dengan rakyat jelata?

Saya yakin YAB sedar bahawa di bawah prinsip akauntabiliti, YAB tidak akan membenarkan situasi ?auto pilot? berlaku di mana YAB melepaskan tugas sebagai ?pemandu coach? sehingga menyebabkan ianya terlanggar dan YAB mengaku tidak bertanggungjawab mengenainya. Apa lagi, YAB telah secara tegas menafikan tingkat empatlah yang sebenarnya menentukan segala-galanya.

YAB Dato' Seri,

Dua anak syarikat Pantai iaitu Fomema dan Medivest terlibat dengan konsesi penswastaan dan mengikut garis panduan penswastaan, ianya tidak boleh diizinkan untuk bertukar milik kepada pihak asing tetapi anehnya, ia telah berlaku. Siapa yang memberikan kelulusan itu?

Sebagaimana YAB gemar rakyat jelata memberitahu yang benar kepada YAB, saya selaku rakyat juga ingin tahu kedudukan yang sebenar dalam isu ini dan YAB boleh melakukannya menerusi Dewan Rakyat dalam sidang yang terdekat.

YAB Dato' Seri,

Izinkan juga saya menyentuh isu percanggahan kepentingan yang mungkin wujud di antara kedudukan YAB selaku Menteri Kewangan dengan kepentingan perniagaan anak dan menantu YAB.

Sekalipun menantu YAB telah melepaskan pegangannya dalam syarikat ECM Libra, atas apa jua muslihat atau sebab, namun YAB harus sedar bahawa sebuah syarikat milik kerajaan iaitu Avenue Capital dengan asset-aset diuruskannya bernilai hampir RM4 bilion, termasuk pegangan dalam Pos Malaysia dengan tunai melebihi RM 600 juta sudah berada dalam peringkat akhir penggabungan dengan syarikat di mana pada waktu itu, menantu YAB adalah salah seorang pemegang sahamnya.

Setakat saya mengikuti perkembangannya melalui akhbar, ada kenyataan-kenyataan yang membawa impak bahawa pengurusan entity yang baru selepas penggabungan akan dipegang oleh pihak ECM Libra. Ini bermakna syarikat milik kerajaan akan terlepas pengurusannya kepada pihak di luar kerajaan. Akhbar New Straits Times 18 Jan 2006, boleh dirujuk mengenai hal ini.

Perkembangan penyerahan Avenue Capital untuk bergabung dengan ECM Libra, pada mata orang awam selari dengan kedudukan menantu YAB di dalam ECM Libra tersebut.

YAB mungkin boleh mendakwa YAB tidak terlibat dengan proses-proses keputusan itu di buat tetapi itu bermakna apabila sesuatu melibatkan asset Negara, YAB masih ingin berlepas tangan dan hasil dari sikap berlepas tangan itu, anggota keluarga terdekat YAB akan mendapat faedah.

Sekalipun anggota keluarga YAB telah melepaskan pegangannya dalam ECM Libra Avenue, bukan bermakna satu manipulasi selepas semua kelulusan di perolehi tidak akan berlaku kemudian hari.

Begitu juga dengan laporan akhbar bertali arus mengenai kejayaan Scomi memperolehi pelbagai kontrak. Adalah sukar untuk memahami bagaimana perolehan kontrak tersebut tiada kaitan dengan kedudukan YAB selaku Perdana Menteri?

Keadaan ini telah menyukarkan kedudukan politik YAB sendiri dan dari laporan-laporan akhbar mengenai kenyataan-kenyataan YAB dan menantu YAB, telah memberikan gambaran agenda negara kini telah bertukar kepada hal-hal kekeluargaan YAB semata-mata.

YAB Dato' Seri,

Surat kami, sama seperti surat-surat terdahulu, adalah satu pandangan untuk kebaikan negara jua. Maaf saya jika teguran ini menyinggung perasaan tetapi masa belum terlambat untuk YAB kembali kepada pengurusan berhemah yang dicita-citakan oleh semua.

Sekian. Terima kasih dan wassalam.

Husam Haji Musa
Naib Presiden PAS
21 Rejab 1427 | 15 Ogos 2006

Wednesday, August 16, 2006

Why Did The Chicken Cross The Road?

Why Did The Chicken Cross The Road?

TKO




Kindergarten teacher:
Because it wanted to look for food on the other side.

Sammy Vellu:
Kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk lintas itu jalan lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, beritau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll....itu jambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali bole kasi tutup..kita bole survey mana ada rosak.

Karam Singh Walia (Buletin Utama, TV3):
Seperti yang saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling hebat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan, sekian saya sudahi dengan... Ayam di jalan di lintaskan; Ayam di reban mati tak makan.

Wan Kamarudin (Edisi Siasat, NTV7):
Ape kejadahnyer ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saje. Ayam semua dah besar kepala... dan dah tak nak duduk reban... dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal!

Zainal Ariffin Ismail (Kisah Misteri, TV3):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampung ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampung ini. Apakah sebenarnya maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, "Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri........."

Zainal Alam Kadir (Wayang Kita, Astro):
"Ayam siapa kalau bukan ayam kita..."

Sisters in Islam:
We abhor the thoughts of the rooster enslaving the hen, that is why female chicken must be brave and know their rights before they cross the road,....and some cross to escape the master/slave marriage....but this Taliban minded syaria court is no help to the grieving hens... all chicken hens should not vote for IFL!

Abdul Fatah Haron (PAS Rantau Panjang):
Ayam-ayam yg melintas ini semua adalah kerana mereka ayam-ayam yang GATAL...

Md. Said Yusof (BN Jasin):
Apa salahnya... biarkan mereka lintas... tutup sebelah mata ajelah... ayam-ayam tu terlebih besar sikit shj. (note: edited for political correctness)

Shahrir Abdul Samad (ex Pengerusi BBC):
Ini adalah prinsip saya. Ayam-ayam tak boleh dibenarkan melintas jalan. Kalau beginilah, maka ianya bertentangan dgn prinsip saya, maka saya RESIGN.

Bill Gates:
I have just released the new Chicken Office 2000, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your checkbook. Microsoft will pledge a billion for research on chicken AIDS.

Dr M:
You know, I am tired of all this...'apa-nama' chicken-chicken business... you know that it is our right to build the bridge on our side of the straits.... so why are we chicken out?

Pak Lah:
Ini semua adalah khabar angin sahaja... jangan percaya khabar-khabar angin ini semua... biasalah ini adalah taktik pembangkang untuk memecah belahkan perpaduan ayam-ayam semua... jangan percaya... we've decided to scrap the scenic bridge for the best interest of the people... nothing to do with chicken. And of course others have the right to express their opinion... ini biasalah.

Sunday, August 06, 2006

MELAYU-ISLAM SANGAT TERANCAM......

SILA BACA DAN FIKIR SEJENAK....

Bismilah hirrahmannirrahim,

Sekarang ni orang kita dok kecoh sangat pasai cerita siti nor haliza nak kawin dengan dato k. cerita berapa hantaran, cerita sapa nak reka kasut kawin ct, cerita naik kereta kuda pusing klcc la, dsb. Dalam pada tu terselit juga cerita ex-wife dato' k saman harta sepencarian rm7 juta. Internet pun heboh dok tunjuk gambar-gambar lama dato' k, dan yang best sekali gambar2 anak2 dato' k yang berhingus tu dok peluk awek. Orang kata - bukan aku kata - 'like father like son'. Aku no komen, sebab aku don't give a damn. Mungkin kita boleh tunggu komen ct nanti.

tapi bab ni, 180 darjah punya turning dari cerita dato k vs ct ni, kita semua patut 'give a damn', patut ambik tau, patut pikiaq masak2, dan patut buat apa yang patut. Ni kisah melayu jawa, yang menggadaikan agama Islam demi cintanya kepada seorang lelaki India kristian. Kesian sungguh tuan haji jelani dan puan hajjah kalsom yang terpaksa bersengkang mata menjaga kerenah anak mereka ketika baru lahir 42 tahun dulu. La ni, anak yang dibesarkan dengan penuh suasana keislaman itu sudah terang2 menolak agama yang diajar kepadanya dan terus mengenepikan ibubapa yang membesarkannya hanya kerana cintanya pada seorang lelaki dan mahu pula menukar nama dalam i/c dari azlina binti jelani kepada 'lina joy' sahaja. Agama islam ynag tercatat pada i/c nya pula mahu diganti dengan perkataan 'kristian'. Astaghfirullahul azim.

Lepas solat maghrib tadi, aku dan orang rumah cepat ke surau al-islah di taman kajang mewah, kajang, sebab nak dengar ceramah lawyer terkenal sdr zulkifli nordin (dulu lawyer kepada kes fitnah liwat anwar ibrahim). Bila kami sampai, ceramah baru start dalam lima minit ada la kot. Jadi apa yang aku nak tulih ni cerita yang sikit sebanyak dapat aku catatkan dari cermamah beliau, sebaik yang boleh. Kalau ada fakta yang tak betul tu, harap dapat betulkan dan aku terlebih dahulu minta maaf. Ceramah malam tadi berkisar kepada kes lina joy ni lah.

Bila aku sampai, penceramah dok tengah buka cerita lama (sebab orang melayu mudah lupa kot) iaitu cerita pasal kes natrah yang berlaku tahun 1950. masa tu malaya masih lagi bawah orang putih dan hakim semua dok pakai wig lagi. Kes natrah ni aku mis hujung pangkal dia tapi kalau tak silap kes penjagaan natrah ni la, antara islam dan kristian. Masa kes ni berjalan orang melayu zaman tu di singapura - melayu umno - punya la sensitif dengan masa depan natrah, takut dia dimurtadkan berkumpul dan berdemontrasi la kot, tapi khabarnya dalam mempertahankan akidah natrah, "mahkamah di singapura dibanjiri darah". Melayu sekarang ada berani ka? Kalau nak tau baca lagi.... panjang lagi ceramah zulkifli nordin ni (2 jam) dan aku pun aku tulis panjang macam novel jugak la kot.

Lepas natrah, zulkifli nordin bangkitkan pula cerita kes suzy teoh yang peluk islam semasa 16 tahun. Ni dia tak sebut pulak tahu bila, tapi aku rasa 80an kot, sebab aku rasa tun salleh abbas pernah handle kes ni. Walaupun mufti kelantan masa tu mengatakan islam suzy adalah sah sebab beliau sudah akil baligh, tapi undang2 sivil tetap refer pada kes natrah dan menyatakan suzy teoh tak boleh tukar agama sebab kurang dari 18 tahun, dan tak ada agreement dari parents dia. Kata zulkifli nordin, itu adalah undang penjajah yang kita warisi, tetapi kalau undang2 islam, ianya dibuat berdasarkan ijtihad hakim.

Lepas tu masuk kes halimatun saadiah pulak, kes ni tahun 1983. dalam kes ni hakim kata tak boleh pakai purdah. Haramkan pakai purdah. Pun tak detail sangat, tapi aku rasa ni kes student u yang kena buang sebab pakai purdah kot. Manalah aku tau kes ni kes apa sebab aku kecik lagi masa tu dan tak baca paper tiap2 hari macam la ni.

Lepas tu dia sambung pulak dengan kes serban baru2 ni... hampa semua mesti tau kalau baca surathabaq. Kes ni kata zulkifli nordin akan terus menetapkan bahawa haram orang islam pakai serban di sekolah dan tempat2 tertentu, yang boleh mungkin pakai pi surau atau pi melawat orang mati jer kot. Hah, macam tu punya teruk ka?

Pas tu dia masuk kes jamaluddin osman pulak (1986) yang mana beliau masuk kristian dan jadi paderi di PJ dengan nama joshua. Beliau ditangkap bawah ISA dan kumpulan pendesak kristian cabar kes ni di mahkamah dan guna artikel 11 (dalam perlembagaan persekutuan) mengenai kebebasan beragama. Keputusannya mahkamah menangkan puak kristian dan kata akta keselamatan tak boleh halang hak jamaludin untuk beragama. Akibatnya, kata zulkifli nordin, lepas kes ni polis dah tak buat apa-apa lagi kalau ada kes macam ni. Polis kena ikut undang2.

Dia tambah lagi, yang terkini pagi tadi (22 july 2006) katanya lebih 100 kafirun berkumpul di JB bincang pasal agama islam. Lawyer ni kata polis tak boleh buat apa sebab 1986 punya kes dah kata tak boleh kacau. Kalau kacau, nanti kata polis nak guna akta keselamatan nak sekat kebebasan beragama pulak.

1997, mesti ramai ingat, kes aisyah bukhari. Sedap namanya, aisyah. Dalam kes aisyah ni puak kristian minta pertolongan mahkamah lagi, sebab depa tau depa boleh guna undang2. zainur zakaria kata, masa kes aisyah tu kalau islam kalah, puak2 kafirun mesti naik kepala punya, tapi menteri agama masa tu hamid othman kata "biaq pi lah, sorang saja melayu".

Tu dia, 1997, "sorang saja melayu" cuba hampa pikiaq, kalau mufti perak ni cakap la ni ada 100,000 orang melayu murtad dan tunggu nak declare depa murtad macam mana? Apa, tak pecaya kata2 mufti perak? Dia tak tau hukum haram halal ka kalau dia cakap bohong. Kata ustaz zulkifli nordin lagi ni semua berlaku sebab kita sendiri yang biarkan berlaku. Biaq pi lah....

Tahun 1988, siapa tak ingat kes hartina kamarudin? La ni dia dah pakai nama hindu dah, Devashini. Astaghfirullahul azim! Ni pun pasai kawin dengan lelaki hindu. Dalam kes ni, yang tragisnya ayah hartina yang ditangkap kerana mencederakan lelaki hindu yang memurtadkan anak kesayangan yang ditatang dari kecil itu. Bayangkanlah!

Baru2 ni pulak kata penceramah ni, ada lagi satu kes di flet pekeliling di mana pemuda2 hindu memecahkan rumah dan melarikan anak gadis yang disembunyi oleh ibunya demi menyelamatkan akidah anaknya. "orang melayu tak buat apa2 pun, dan orang bukan islam bermaharajalela," kata zulkifli lagi. "melayu tak kisah, asalkan tak kena kepala dia".

Katanya lagi, orang melayu pada tahap yang paling kritikal sekarang sampai orang bukan islam boleh pecah rumah rampas anak pun orang melayu masih seronok dengan kemewahan dunia.

Berbalik kepada kes azlina joy, memanglah katanya ni hanya sekadar kes kad pengenalan. Azlina ni minta 3 perkara: tukar nama buang tulisan islam dan ganti dengan kristian benarkan perkahwinan dia dan daftarkan di jabatan pendaftaran tapi alhmadulillah, pegawai islam jabatan pendaftaran reject permohonan dia.

Bila reject dan dia bawa mahkamah, tup2 13 NGOs sokong dia.NGO-NGO ni bising sungguh sebab depa ni la yang kuasai media.NGO tu yang aku ingat ialah aliran, suaram, hakam, NWCO, WAO, WO, bar council, majlis perundingan agama, majlis hindu sanggam, majlis catholic, dan yang sama kuat bising ialah melayu2 SISTERS IN ISLAM (anak murid amina wadud ni).

Katanya pagi tadi puak2 NGO ni berkumpul di johor dok hentam islam lah agenda depa. NGO ni walaupun sikit, tapi 'kabel besar'. Depa ni yang NGO kafirun ni dok sibuk memperkudakan SIS. Sisters in Islam ni katanya walaupun dikenali sebagai NGO tetapi mereka sebenarnya adalah syarikat dengan 18 ahli lembaga pengarah. Boss SIS ni zainah anwar siapa yang tak kenal, dan kakak dia pulak zarinah anwar pun orang besar securities commission ka apa.

Antara orang kuat SIS ni tak lain tak bukan anak2 perdana menteri hadhari kita. Marina anak mahathir, nori anak pak lah, dan anak tun Hussein onn. Anak siapa? Ha, tu dia punya nala punya cable kalau TNB tengok pun menangis. So, balik pada meeting puak2 ni di johor pagi tadi, tengku mahkota johor kata 'JANGAN BAGI'. Polis cakap kat putera sultan ni, "Tuanku, Dato' Nazri bagi tuanku..." Tengku mahkota tanya kenapa? Polis jawab sebab anak PM duduk dalam tu. Malahan nazri orang kuat ameno ni mintak pulak polis jaga keselamatan kalau ada orang demonstrasi nak halang mesyuarat tu macam kat penang bulan lepas. Alhamdulillah, walaupun ada orang mai protest meeting tu, ketua polis johor dato' hussin ismail kata kalau boleh jangan tangkap geng penentang kumpulan article 11 ni.

Mai tang bab ni zulkifli nordin main hentam terus ameno. Ni la terus terang aku dengaq orang maki ameno dalam surau secara terang-terangan. Baguih la, zulkifli nordin kata satu hari nanti dia akan mati juga dan dia kena jawab dengan allah, buat apa dia nak takut.

Dia kata: "Barua-barua Umno macam nazri, biadap. Ramai orang umno tak tau. Kesian orang umno (yang lurus bendul) sebab depa tak tau menteri depa macam tu".

Dia kata, semalam nazri ada kata dalam bar council meeting: "saya menteri, saya jaga awak". 'Awak' ni puak2 bar council yang pro article 11 yang diperjuangkan kafirun ni la. Nazri dengan angkuhnya tambah lagi: "awak jangan bimbang, pak lah dalam poket saya".

Marah sungguh saudara zulkifli nordin kita. "Tuan2 mesti ingat, ini menteri umno pengkhianat bangsa, termasuklah zaid (ibrahim). Kalau tuan2 dalam umno, buang orang2 ni, ataupun esok (bila mati la) jawab dengan Allah"

"jangan kerana tembolok dan kain batik takut kepada pemimpin. Dulu umno 1950 berani lawan kes natrah, tapi la ni tunggu kontrek. Jangan biar anak2 cucu kita ludah kita (suatu hari nanti).

"DULU DEPA PERTAHANKAN NATRAH, BERAPA RAMAI YANG DADA BERSARANG DENGAN PELURU, 13 ORANG DIGANTUNG SAMPAI MATI.."

"DARAH MENGALIR DI MAHKAMAH SINGAPURA SEBAB PERTAHANKAN KES NATRAH. BUKAN PERTAHANKAN KONTREK, TAPI PERTAHANKAN AKIDAH."

Bila dia cerita tang bab ni, aku rasa nak menitis ayaq mata. Memang jauh sungguh iman kita dengan orang melayu dulu, depa sanggup mati mempertahankan agama. Kita, pengecut semuanya. Pikiaq anak, pikiaq bini, pikiaq instalment rumah, duit kereta, duit tu, duit ni.... Duit, duit, duit.... Cinta dunia dan takutkan mati. Tu la kita hari ni.

Dia sambung lagi... tangan aku pun lenguh menulis dah, tapi aku belum nak surrender. Kalau pen habis ink baru ler aku surrender. ni baru angkat pen, bukan angkat pedang brader...

Katanya bila mufti perak cuba pertahankan islam, dia dimaki oleh rais yatim, nazri dan Abdullah mat zin (menteri umno ler tu, kalau korang tak kenal).

"kenapa orang umno duduk diam dan kata padan muka (pada ustaz harussani). Malahan ada pulak mufti (negeri lain) yang marah kat dia, sound dia kenapa jolok sarang tebuan".

DATO' SERI HARUSSANI MENANGIS tuan2 dan puan2... menangis sebab dia dedahkan 100,000 orang melayu murtad, dia kena tempelak dengan menteri dan mufti2 lain. zulkifli nordin kata mufti marah2 kat harussani sebab takut periuk nasi depa masuk pasir la kot. Ustaz harussani ni sepatutnya dipertahankan oleh menteri dan mufti2 lain, bukannya ditempelak sebegitu rupa.

Berbalik kepada isu azlina joy, walaupun ni kes IC kat mahkamah persekutuan nampak macam kes kecik, tapi impaknya amat besar. Dulu mahkamah tinggi dah tolak permintaan azlina joy ni atas alasan kes ni mesti dibicarakan di mahkamah syariah. Kata zulkifli, NGO kafir boleh berhujah. Depa guna Artikel 11 perlembagaan persekutuan. Artikel tu kata "every person has the right to profess & practice the religion". Semua orang ada hak untuk memilih dan mengamalkan agama.

Tapi hujah defend kata kalau agama hampa kata boleh murtad, murtadlah. Tapi bagi yang beragama islam, mana boleh murtad sebab undang2 agama islam kata tak boleh murtad. Orang islam tertakluk kepada undang2 islam.

Tang ni, cyrus das, lawyer kapiaq yang mewakili lina joy dengan bangganya menghina islam. Katanya "sudah sampai masanya orang islam di Malaysia disedarkan bahawa Malaysia bukanlah negara islam tetapi adalah negara secular. Dan undang2 islam adalah berada dibawah tapak kaki undang2 negara (perlembagaan persekutuan)".

Puak kafirun dok pertahankan yang hak beragama adalah hak individu, so terpulanglah agama apa pun nak dianuti.

Zulkifli nordin kata mahkamah boleh menangkan lina joy atas beberapa sebab:

merujuk kes dulu2 cara hakim tanya soalan pun dah tau jangan percaya hakim melayu

kata zulkifli nordin, dalam kes meor habiburrahman, hakimnya adalah hakim melayu. Dalam kes serban, hakim melayu. Dalam kes purdah, hakim melayu. Kes islam (agama rasmi) sekadar sebagai agama istiadat, pun hakim melayu. Kes jamaludin paderi besar pun hakim melayu.

Tambah lawyer bekas exco umno ni, kalau agama dianggap hak individu dan lina joy menang, lepas ni setiap invidu boleh buat apa saja. "sesiapa saja boleh tentukan dia nak anut agama apa, dan dia boleh tentukan bila dia nak murtad".

Lagi kesan kepada kemenangan lina joy ialah:

Artikel 160 perlembagaan persekutuan yang mengatakan melayu itu islam dah tak relevan. So melayu dah tak wujud semua hak istimewa melayu (AP, permit, biasiswa) terhapus dengan sendirinya sebab melayu dah tak wujud yang no 3 tak sempat pulak aku nak catit (lenguh tangan wei...), ooo begini, kalau boleh senang2 murtad, orang melayu yang didakwa kes fardu ain (tak posa ke) atau kes melacur ke, boleh kata dia murtad dan bila lepas keluar mahkamah mengaku le islam balik.

Tambah zulkifli nordin lagi, kalau ada masa pergi la mahkamah syariah KL pagi isnin dan tengok la ramainya anak gadis melayu berbaris kat mahkamah. Katanya depa ni nampak elok jer pi mahkamah syariah pakai tudung, tapi sebenarnya PELACUR @ PROSTITUTE @ HOOKER @ SLUT (hat @ ni aku tambah).

Dia kata dengan undang2 sekarang pun apa susah, bila hakim baca pertuduhan, tanya salah ke tak, depa dengan senang hati jawab salah la yang arif. Hakim kata betulke kamu faham ni sebab mengaku salah melacur boleh kena penjara 6 bulan atau denda rm3,000, depa jawab faham tapi minta ringankan hukuman.

Bila hakim kata ok lah, aku denda hang rm1,500 saja, depa sorak yeeee (aku tambah le ni)... depa keluar pi jumpa bapak ayam tokey cina kat luar mahkamah ambik duit bayaq. Sedih sungguh sebab maruah anak2 melayu islam kita boleh diperdagangkan sebegitu mudah. Umno buat apa? Zulkifli nordin kata diam saja, sesekali boleh gak 'pakai'.

Tapi itu cerita di mahkamah syariah. Dosa memang dosa, tapi akidah tak terjejas lagi. Tapi kalau kes yang sama di mahkamah persekutuan, minah yang sama bila dituduh dengan senang boleh elak hukuman kalu dia cakap, "saya dah murtad" atau "saya bukannya lagi Islam". Ha, ni la kesan dari kes lina joy kalau kita tak perhati dari la ni. Orang boleh keluar masuk islam sesuka hati depa saja.

Tambahnya dalam kes kamariah ali pengikut ayah pin, sebab dia dah mengaku murtad di mahkamah syariah, tak boleh nak buat apa apa la. Sekarang status tak clear, so kena tengok apa kata keputusan kes lina joy. Kalau lina joy menang, lepas le kamariah ali sebab dia dah murtad, mahkamah tak boleh hukum dia.

Kamariah ali ni bukan calang orang. Mengaji kat nilam puri, sambung kat universiti al azhar (ada siapa yang tak pernah dengar nama universiti ni???) tahun 60an dulu dan pernah jadi ketua biro dakwah. Dia kawin dengan ustaz mohamad ya, azhar jugak kot (tak sure). Bila balik Malaysia pi kerja di Sarawak (untuk berdakwah la tu) tapi balik semenanjung, dua2 jadi pengikut ayah pin.

KALAU USTAZ / USTAZAH AL AZHAR BOLEH MURTAD, MACAM MANA KITA???

Berbalik kepada isu Lina Joy, lawyer zulkifli nordin ini mengingatkan beberapa bala yang bakal menimpa umat islam malaysia sekirannya mahkamah memihak kepada si murtad ni. Pertamanya, melayu akan pupus. Sebabnya, bila melayu dah declare bukan islam, dan islam tak ada kena mengena dengan melayu, lama2 pupus lah melayu.

Keduanya, orang islam senang2 boleh mengaku murtad bila kena dakwa di mahkamah, dan bila dilepaskan (camana nak bicara, dah kapiaq dah) boleh masuk islam balik. Janji tak kena denda atau penjara. Maknanya, senang sungguh depa nak mempermainkan islam. Seterusnya, yang lebih bahaya kata ustaz zulkifli nordin, bila keputusan kes ini akan membenarkan orang2 kafir membuat tafsiran terhadap undang2 islam. Since perbicaraan bukan dalam mahkamah syariah, dalam kes lina joy, orang kafir senang2 kata undang2 murtad tu salah, yang betul ialah perlembagaan persekutuan dan hak asasi manusia.

Tambahnya, bukan kerja orang kafir nak kata orang islam tak boleh pakai serban, tak boleh pakai purdah atau apa, sebab bicara kes ni bukan dalam mahkamah syariah. Tapi, lebih menyedihkan, katanya keputusan pengharaman serban dan purdah keluar dari mulut hakim melayu.

Katanya, dalam kes meor habiburrahman, si bapak hakim buat tafsiran "ikut kepala bapaknya". Ada ka hakim kata dia buat keputusan merujuk kepada "pemerhatian" dia, dan bukannya merujuk kepada quran atau hadis. Ada ka logik dalam membuat keputusan mengenai serban, dia kata, "saya rasa, saya pi mekah tengok budak2 arab tak pakai serban pun."

"saya perhati mufti tak pakai serban pun..." kata hakim kes serban ni. Tak logik dia tak tau yang tak bagi mufti pakai serban ialah kerajaan sendiri.

Peguam ni tambah lagi, la ni ramai ustaz2 sanggup pakai songkok saja atau pakai kot saja untuk syarat layak keluar tv. Sebab depa ni sekadar pakai songkok atau ada yang tak pakai lansung, malah pakai kot, maka si hakim yang handle kes serban baru2 ni kata: "tengok... so and so mana ada pakai serban pun". Katanya, inilah yang berlaku kalau ustaz2 pun terlalu cintakan dunia (duit ler brader, RM) sehingga sanggup menjadikan diri mereka sasaran fitnah.

"hakim tu hina rasulallah, sampai dia kata tak semua yang nabi buat tu kita kena ikut. Contohnya kalau rasulallah duduk dalam rumah tanah liat, naik unta, gosok gigi guna kayu, tak kan kita nak ikut..." Tak cukup penghinaan tu, hakim tu terang2 tambah, "adakah mulia mereka yang ikut muhammad duduk dalam rumah tanah liat berbanding dengan rumah batu? Adakah mulia mereka yang naik unta," cerita bekas lawyer pak sheikh ni, marah sungguh dia dengan mulut celupar hakim ntah apa ke nama yang handle kes serban baru-baru ni.

Tambah zulkifli nordin, kalau ikut kitab mustika hadis, orang yang hina rasulallah macam tu dah kira murtad.

Pasal cerita serban ni, ustaz zulkifli bagitau dia ada dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh dr mashitah ibrahim (ustazah glamer rumput carpet) kata kes serban ni "tak ada apa2". tapi dia tak tau saya pun ada dalam majlis tu dan akan bagi ceramah seterusnya, jadi bila dia (ustazah mashitah) tau saya ada di situ, cepat2 dia nak cabut balik. Saya kata jangan balik dulu. "saya marah sungguh sebab mashitah ibrahim ni nak tipu bangsa sendiri," kata zulkifli nordin.

Katanya dia pun heran kenapa orang2 bijak pandai agama boleh bersekongkol dengan hakim yang buat keputusan yang menghina islam dan rasulallah macam tu.

Kalau islam dah senang2 boleh ditafsir sendiri, hilanglah hak penjagaan anak kita, katanya dalam ceramah yang dihadiri oleh kira2 300 orang tu. Contohnya, kalau kita suruh anak kita sembahyang dan anak kita tak mau sembahyang dgn alasan tertentu, kalau kita paksa jugak dia boleh pi bagitau NGO dan mahkamah ada kuasa bagitau tuan/puan yang tuan/puan tak boleh paksa anak tuan bersembahyang sebab undang2 kata macam tu.

"sebab itulah orang kafir tunggu sangat kes lina joy ni," katanya. Tambah penceramah ni, sampai 13 peguam wakil kes ni, yang terdiri dari 11 NGOs semuanya datang dengan lawyer. Tak cukup dengan NGO-NGO tu, ada lagi wakil dari kedutaan Perancis, Australia, Kanada. Wakil hak asasi manusia Amnesty International pun ada. Katanya kalau nak tau who's who yang defend / sekongkol dengan lina joy laknatullah ni, rujuklah laman web www.bracketfund.com.

"KITA MESTI MENANG KES INI UNTUK CENGKAM BANGSA MELAYU. KALAU MENANG KES NI, ANAK-ANAK MELAYU TERBUKA UNTUK DIKRISTIANKAN," cerita zulkifli nordin, orang yang lama dan masak dengan selok-belok undang ni.

Katanya, buat masa ni, masih susah lagi orang nak murtadkan anak2 melayu sebab mereka masih lagi dalam jagaan mak bapak.Beliau turut mempersoalkan berapa banyak RM orang melayu islam sumbangkan untuk lawan kes azlina jelani ni sebab orang bukan islam dah berjaya dapatkan lebih USD 4 million untuk kes ni. Nak bayar lawyer dll. Katanya lagi, pada peringkat antarabangsa orang2 kafir sangat ambil berat kes ni. kalau tak percaya jugak, katanya tengok website www.sydneyamerican.net, ada dalam tu kata "kita tunggu peluang nak serang melayu" (nak murtadkan melayu yang islam lah). Katanya, nama azhar mansur pun ada dalam website tu.

Alhamdulillah, sekarang ni peguam2 melayu dah tampil kehadapan, tubuhkan Badan Peguam Pembela Islam (PPI). "lawyer kita cuba nak lawan".

Beliau turut menasihatkan orang2 melayu hari ini yang berada diperingkat akar umbi - kita ni lah - supaya bangkit sebab mahkamah akan buat keputusan tak sampai 6 minggu saja lagi. Pejam celik, keputusan dah keluar, dan kalau kita tak berbuat sesuatu, tandatangani petisyen ka, solat hajat ka, pas tu kalah tok sah dok salahkan orang lain lah.

"kita dah tak ada masa nak minta tolong umno ka, siapa ka, sebab tu lah lawyer-lawyer melayu mula bersatu." Zulkifli nordin kata setakat ni ada 68 NGO melayu dah menyatakan sokongan kepada perjuangan PPI, termasuklah abim, JIM, perkim, persatuan ulama. Pekida pun join sama, alhamdulillah.

Katanya, lawyer2 islam malaysia ni mahukan Artikel 3 iaitu islam sebagai agama persekutuan dijadikan sebagai islam syariat. Bukan takat baca doa masa opening ceremony atau tahlil orang mati saja. Artikel 11 pulak, kata lawyer ni, mesti ditambah 11(a) ka apa,supaya kebebasan beragama itu (keluar masuk agama) tidak terpakai kepada orang Melayu / Islam. Artikel 4 pulak, katanya, lawyer2 ni dah kaji dan mahukan ia ditambah. Kalau sekarang kata orang bukan islam tak boleh dakwah dengan orang islam, in future nak tambah sikit lagi, kalau dakwah jugak, ada hukumannya.

Beliau juga memetik kata2 imam besar imam ghazali: "kalau kita nak tengok nasib bangsa akan datang, tengoklah diri kita hari ini." Katanya 50 tahun dulu orang islam masih ada sensitivity dalam kes natrah pun, la ni dah jadi lagu ni. Lagi 40 tahun tak tau la macam mana.

Beliau turut berpesan, tolonglah masuk myislamnetwork website dan print maklumat dalam tu, kemudian sebarkan di kawasan2 kejiranan, bagi kat kawan2 ke. Lagi satu, dia minta kita pakat2 turun tandatangan, sebab dulu geng2 kafir pendokong lina joy ni berjaya mendapat 50,000 tandatangan meminta supaya Artikel 11 perlembagaan persekutuan tidak lagi memihak kepada orang melayu islam.

Katanya, bila sign petition tu, jangan takat bubuh nama 'Hamba Allah' tapi tulih nama sendiri dan bagi henfon sekali. Nak takut apa, kalau yang ni pun tak boleh, macam mana nak berjihad? So, kalau orang cek nama ali bin abu, dia memang betul2 wujud, baru ada credibility."biar Allah tengok nama kita ada dalam ni," katanya sambil mengedar borang petition kat surau al islah malam tu. Katanya jangan la dok takut SB baca ka, pasai masa depan islam kat malaysia dah kritikal sangat dah, dan kita kenalah berbuat sesuatu.

Kemudian, zulkifli nordin bagitau yang beberapa orang sultan - johor, selangor, terengganu, perak - dah mula memberi reaksi positif kepada perjuangan lawyer2 islam hari ni. Katanya, sultan selangor cakap secara terbuka mengenai isu ni dalam majlis penutup tilawah al quran baru baru ni. Alhamdulillah, sultan selangor ambil berat. So, sembahyang jumaat nanti, kalau tok khatib doakan sultan selangor ni, aku cadangkan korang amin la kuat2 sikit. Mudah2an allah memberi hidayah kepada sultan2 melayu ni. Kalau depa sokong, insya'allah, mereka pasti tetap relevant pada mata rakyat.

Beliau turut mengingatkan orang melayu supaya bangkit dari zon selesa. "saya minta orang2 umno bangkit, sebab dah lama dah mereka (orang bawahan) ditipu. Sekarang bangkitlah pertahankan melayu." Zulkifli nordin minta la siapa2 yang ada masa boleh tolong jadi sukarelawan dalam tempoh singkat ni. Lawyer2 dan NGO2 melayu islam dok sibuk dok bagi ceramah sana sini, bantu lah jadi drebar ka, tukang taip ka, jaga ofis ka. Keselamatan penceramah pun nak kena jaga. La ni katanya, budak UPM yang dok ramai jadi sukarelawan ni, walaupun depa sibuk dengan kelas, tapi depa sanggup. Alhamdullilah. Katanya bukalah website sebab dalam website PPI tu ada minta macam2 pekerja sukarela, so bagitaulah macam mana boleh tolong.

Habis ceramah, masa sessi soal jawab, ada sorang tanya: "apa pendirian pak lah?" aku tak berapa ingat jawapan dia sebab pen aku dah berjalan bersama kertas petisyen, tapi jawapan zulkifli nordin lebih kurang kata pak lah tak ambik berat sangat dan anak dia nori pun dalam sisters in islam (badan yang kuat menyokong geng artikel 11). So macam, mana?

Itulah saja yang aku dapat, lenguh tangan aku tulih nota ceramah tu, taip balik 4 jam baru siap. Korang baca dan edarkanlah supaya orang kita mendapat kesedaran dari ceramah saudara zulkifli nordin ni. Dia dah banyak berkorban, tuan2 pun mesti boleh kalau percaya usaha kita ini akan dapat membantu menyelamatkan akidah anak2 kita, anak2 jiran kita, anak2 kawan kita, dan semua anak orang islam di negara ini. Amin.


Petisyen: http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/