Monday, October 30, 2006

Abdullah kelu, 'berperangai' macam Timbalan PM..

Kegawatan mantan PM dan PM semakin tenat dan memenatkan semua pihak. Rakyat marhaen yang 'ternganga'' menyaksikan aksi yang belum tahu bilakah penyelesaiannya, semuanya nampak macam kabur. Perbincangan mengenai mereka seolah-olah menjadi bahan atau 'juadah' baru di rumah-rumah terbuka sewaktu Aidilfitri.



Pengampu-pengampu besar dalam Umno (pengikut Pak Lah) mahukan Dr Mahathir diam atau lucutkan beliau dari keahlian Umno. Dan yang mengarutnya pula, ada yang menghasut Sultan Johor terlibat dalam isu ini, yang mana Dr. Mahathir sendiri lebih kenal 'siapa' itu Sultan Johor dizaman Dr Mahathir dahulu.

'Warga emas' ini mahukan Pak Lah jawab di atas isu yang dibangkitkan, bukannya selalu lari dari menjawab dan cerita yang bukan-bukan. Kepimpinan yang sangat lemah dan sangat memalukan negara lebih dari cukup kuat untuk Dr. Mahathir menjadi 'gatal mulut' untuk melibatkan media perdana dan antarabangsa untuk terus mengkritik dan menyatakan pendirian beliau atas isu yang tidak dipersetujui. Pak Lah berlagak semacam 'orang takut bini' atau lebih tepat lagi seperti Timbalan Perdana Menteri, kerana sangat kurang tegas dan kurang bersuara lantang. Alasan biasa, "mendengar pendapat lain dahulu", "Ooo...semangat musyawwarah" dan pelbagai lagi retorik yang memualkan warga marhaen. Akan tetapi bila memilih keluarga dalam perkara perniagaan, tiada pula semangat musyawarah?

Rakyat marhaen yang terus hidup dalam keadaan tertekan dengan pelbagai kenaikan harga barang, tarif air dan elektrik, malah terbaru harga tol, masih lagi tertanya-tanya apakah penyelesaian atau tiadakah ada jalan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi sekarang? Apa gunanya membayar pelbagai cukai untuk dibayar gaji kepada pegawai atau menteri-menteri kerajaan kalaulah tugas mereka hanyalah membebankan lagi kita?

Dr Mahathir merasakan beliau adalah salah seorang warga negara yang berhak bersuara, akan tetapi tahap isunya mungkin lebih terkehadapan (setelah menjadi PM selama 22 tahun), kerana isu-isu seperti kenaikan harga barang tidak membebankan beliau. Maka apa yang beliau mungkin nampak adalah aktiviti perniagaan 'keluarga Pak Lah' sebenarnya sangat membahayakan negara terutama sekali melibatkan Singapura dan Amerika.

Kita tidak mungkin dapat melupakan 'kejahatan' dan 'kezaliman' Mahathir dizaman pemerintahan beliau, akan tetapi kita boleh setuju dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan negara. Dan yang lebih 'menyakitkan', polisi kezaliman itu setengahnya diteruskan oleh Pak Lah.

Pak Lah yang berpewatakan lembut, yang dicanang saentero dunia, sebagai cucu ulama', nampaknya tidak mendatangkan apa-apa 'kebaikan' kepada negara terutamanya rakyat marhaen. Malah jawatan beliau sebagai Menteri Keselaman Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan utamanya Perdana Menteri, sudah cukup untuk melonjakkan anak (Kamal) sebagai salah seorang dari 10 orang terkaya di Malaysia selepas 3 bulan menjadi PM, dan menukar Khairy (menantu) sebagai jutawan muda, kekayaan juga 'dirasai' oleh adik-beradik terdekat. Untuk rakyat marhaen, sepeti biasa ternganga melihat kehebatan rumah-rumah dan kereta-kereta mewah anak-beranak dan menantu Pak Lah.

Itulah politik Umno. Peluang diberi bukan untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk menyenangkan rakyat. Tetapi peluang diguna untuk kepentingan diri dan keluarga. Bila 'bos' dibantai, maka ramailah pengampu-pengampu yang kononya mempertahankan 'bos' mereka. Tetapi sokongan bukan sekadar 'lalakan' semata-mata, tetapi mesti ada imbuhannya. Sebab itu kita tak heran salakan kuat boleh didengar dari Terengganu (yang ditimbuni penuh dengan projek pusat), Menteri Besar Kedah (orang kuat Pak Lah) dan beberapa orang kroni kuat Pak Lah.

'Ajing-anjing peliharaan' ini tak akan jemu menyalak di media perdana untuk mempertahankan Pak Lah walau orang yang mereka berlaku kurang ajar itu adalah orang yang pernah dijilat tangannya.

Sudah jelas dihadapan kita ditonjolkan identiti sebenar Umno bila mereka bergaduh sesama mereka. Maka sudah sampai masalah kita selaku rakyat marhaen, mengisafi dan mengajar Umno dan pemimpin mereka, kerana kuasa untuk mengubah dan berubah ada ditangan kita semua. Melayu tidak akan lupa, malah tidak pernah lupa, tetapi Umno dan pengikut-pengikut merekalah yang pelupa!

Kita mesti ajar mereka, sebelum mereka terus menjahanamkan bumi Malaysia yang tercinta ini!

Cyberluncai: Tunggu kalau ada nama kuih tat 'Mahathir' atau bahulu 'Pak Lah'

Monday, October 16, 2006

Wednesday, October 11, 2006

RAKYAT MENENTANG USAHA BN TERENGGANU!!!!

Tak semena-mena kerajaan 'bengong' Derih Jusoh anjur pertandingan TUKAR BENDERA TERENGGANU DARUL IMAN (tarikh tutup 31 Oktober 2006). Penyakit 'angau' sebelum ini menyerang MB Pahang yang menyarankan supaya bendera Umno diubah, mungkin ilham dari Dato' Adnan Yaakob itu, kini MB Terengganu setuju untuk menganjurkan pertandingan tukar bendera Terengganu pula.



Alangkah 'bertuahnya' rakyat Terengganu mempunyai pemimpin BN yang agak kurang cerdik dan kurang teliti dengan sejarah BENDERA atau PANJI KERAJAAN TERENGGANU DARUL IMAN itu. Kerajaan Derih Jusoh & Co. sepatutnya menaikkan ranking tahap kemiskinan rakyat kepada yang lebih baik dahulu baru bercakap pasal kecemerlangan slogan basi 'ISLAM HADHARI, TERENGGANU BESTARI'.

Mana mungkin rakyat boleh setuju, kalau pemimpin BN yang banyak berjanji dahulu sekarang nampaknya mengaut keuntungan peribadi dan keluarga sendiri, tetapi membiarkan kemiskinanan rakyat semakin teruk. Malah masih ada yang hanya berbuka dengan kicap dan ikan masin!


PANJI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN YANG BAKAL DITUKAR OLEH BN TRG!

Usaha tukar bendera/panji TERENGGANU DARUL IMAN mesti ditentang! Kerajaan BN Derih Jusoh sudah melampau. Mereka 'mengganyang' dan membuat negeri yang bertuah ini sesuka hati mereka! Inilah akibat kalau amanah dianggap 'peluang' untuk mengenyangkan perut yang telah lama lapar, bukannya satu 'beban' untuk memajukan rakyat jelata. Ingat, Negeri Terengganu bukan hak milik 'mak-bapak' mereka!

Hentikan peraduan yang tidak bermaruah dan memalukan rakyat itu!

Hantarkan komen anda di bawah ini, sebagai tanda bantahan....


Tukar bendera 'malang' ini dahulu, baru bercakap pasal bendera lain

Cyberluncai: BENDERA UMNO SEPATUTNYA DITUKAR, BUKAN BENDERA TERENGGANU!

BANTAHAN 1

October 09, 2006 12:47 PM

Cadangan Tukar Bendera Terengganu Dibantah

KUALA TERENGGANU, 9 Okt (Bernama) -- Persatuan Sejarah Malaysia kawasan Dungun tidak bersetuju dengan hasrat kerajaan Terengganu untuk menukar reka bentuk bendera negeri itu.

Pengerusinya Abdul Wahab Yunus berkata, berdasarkan fakta sejarah, bendera negeri yang sekian lama berwajah hitam putih yang menjadi lambang kemegahan penduduk Terengganu, telah diisytiharkan dan diwartakan sejak 8 Okt 1953 lagi.

Bendera rasmi negeri berwarna hitam melambangkan rakyat manakala di sekelilingnya yang berwarna putih pula bermaksud Sultan yang memberi perlindungan kepada rakyat, katanya dalam satu kenyataan Isnin.

Abdul Wahab berkata anak bulan dan bintang yang terdapat pada bendera itu pula adalah lambang Islam, iaitu agama rasmi negeri.

Katanya bendera mempunyai erti yang sangat besar kepada penduduk Terengganu dan dipertahankan oleh pemerintah sejak dahulu sebagai lambang kepatuhan atau idola terhadap empayar kerajaan Khalifah Othmaniah.

Abdul Wahab berkata adalah tidak wajar warna dan reka bentuk bendera negeri itu berubah wajah dan menjadi mangsa arus pemodenan.

Beliau menggesa kerajaan negeri Terengganu agar mengekalkan warisan dan reka bentuk asal bendera Terengganu kerana ianya mempunyai maksud tersendiri serta menjadi identiti bumi Terengganu Darul Iman sejak berzaman.

Minggu lepas, Setiausaha Kerajaan Terengganu Datuk Muhatar Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa negeri Terengganu bakal mempunyai reka bentuk bendera baru yang lebih ceria dan bertemakan konsep Islam Hadhari Terengganu Bestari.

Bagi tujuan itu, satu pertandingan mencipta bendera baru negeri Terengganu akan diadakan dengan menwarkan hadiah utama berjumlah RM10,000 serta lima hadiah khas berjumlah RM1,000 setiap satu.

-- BERNAMA

Monday, October 09, 2006

MASA UNTUK 'BELASAH' SPR!!!

Nampaknya Khairy 'terlepas' cakap bahawa PRU12 sebenarnya dah tak lama. Yang mana selama ini pun, kebanyakan tarikh-tarikh PRU sudah lama diketahui atau ditetapkan, tinggal lagi tidak diumum atau berpura-pura buat cari 'ilham'....(nak muntah jugak dengar yang nak cari ilham tu..)



Umno tengah parah dan ditambah dengan pelbagai masalah negara yang diakibatkan oleh umno sendiri. Maka, mencari undi agak sukar sekarang terutama di kawasan yang majoriti melayu.

Sekonyong-konyongnya, Derih Jusoh & Co. (Syarikat Kerajaan Terengganu & Keluarga Berhad) bising, katanya kawasan marang banyak pengundi hantu. Padahal benda ini orang ramai sudah tahu tak sampai sejam lepas pengumuman keputusan PRU11 dahulu! BN telah mengumpul berpuluh ribu pengundi hantu untuk menjatuhkan Kerajaan sah PAS dahulu.

Peluang jadi jutawan segera! 'Invest' duit dan cari 'sponsor' untuk pihak SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara, lepas tu kalau menang pilihanraya...Projek Kerajaan Pusat adalah milik anda! Lupakan masalah rakyat, jangan peduli apa yang rakyat komplen. Dekat pilihanraya, bagi mereka duit....RM 300 setahun. Yang penting, projek syarikat & kroni kena jalan....

Maka SPR kena diberi amaran: JANGAN BERSEKONGKOL DENGAN UMNO LAGI!!!! Kalau mahu maruah negara tidak dijual, jalankan pilihanraya dengan adil!

Cyberluncai: SPR jangan jadi 'pencacai' Umno!

Tuesday, October 03, 2006

KERAJAAN UMNO TRG TIDAK SAH.....

Husam Musa

Pilihan raya umum 2004, menyaksikan undi yang dipungut oleh calon-calon BA di seluruh Terengganu hanya merosot sebanyak 9,103 undi.

Undi BA
1999 - 180,239 undi
2004 - 171,136 undi
Beza - 9,103 undi

Jumlah kemorosotan undi rakyat ini sangat kecil dan tidak memungkinkan Umno/BN memerintah Terengganu.



Bagaimana Umno boleh menang?

Selepas pilihan raya 1999, ada pihak tertentu membawa masuk orang bukan Terengganu untuk mendaftar sebagai pengundi di Terengganu.

Terengganu menyaksikan kenaikan peratus pengundi yang luar biasa dalam tempoh tiga tahun berkenaan, iaitu sebanyak 17.7 peratus dan ini jauh melebihi purata kebangsaan.

Pengundi baru bertambah sebanyak 68,585 orang. Undi BA merosot sebanyak 9,103 undi tetapi undi BN meningkat sebanyak 93,249 undi berbanding 1999. Jika kita tolak 9,103 undi yang dulunya mengundi BA dan sekarang mengundi BN (93,249 tolak 9,103 = 84,146).

Undi BN tidak termasuk pertambahan undi rakyat sebanyak 9,103 undi tadi telah meningkat sebanyak 84,146 undi!

Angka ini melebihi angka pertambahan pengundi baru seramai 68,585 orang. Misteri ini tidak dapat dijawab walaupun mengambil kira pertambahan secara mendadak peratus keluar mengundi iaitu sebanyak 25.1 peratus berbanding pilihan raya sebelumnya.

Jika semua peratus keluar mengundi yang bertambah dilonggokkan untuk BN, iaitu seramai 11,279 undi, masih belum dapat menjawab bagaimana Umno/BN mendapat pertambahan sebanyak 84,146 undi berkenaan.

Bukankah ini semua meninggalkan misteri yang perlu dijawab oleh SPR?

Apatah lagi, jika kita menyemak semula senarai pengundi di Terengganu berasaskan kod kad pengenalan, kita dapati seramai 70,602 orang pengundi adalah bukan dilahirkan di Terengganu tetapi mendaftar di Terengganu.

Adakah ini bermakna Umno/BN menang di Terengganu dengan satu operasi khas dan bukan dengan suara rakyat?

SPR harus menyahut cabaran semua pihak untuk memberikan jawapan pada isu-isu yang sangat penting ini.

Abdullah selaku PM yang menjanjikan pentadbiran yang telus dan bersih mesti menjadikan sistem pilihan raya yang bersih sebagai agenda paling utama beliau.

Cyberluncai: UMno - dulu, kini dan selamanya, penipu, pemutar belit....SPR tali barut!