Sunday, December 06, 2009

MESTI TONTON!: TGHH JAWAB ISU SEMASA

Tok Guru Hj Hadi (TGHH) sebenarnya telah lama menjawab segala apa yang terbuku dihati blogger-blogger yang masih lagi memutar-belit isu UG dan beberapa isu lain, agar menampakkan bahawa PAS itu telah berpecah kepada dua kumpulan.

Malangnya, ini hanya berlaku di Malaysia. Isu-isu lapok dicungkilkan kembali dan di'spin' agar matlamat si 'zalim' tercapai. Pelajar dan rakyat kita di UK telah lama faham dan jelas isu-isu tersebut. Tanpa masalah.

Isu-isu yang dijana semula untuk kepentingan peribadi dan keuntungan pihak tertentu sebenarnya pernah dijawab secara tuntas oleh TGHH. Beberapa video jawapan yang dipetik dari sebuah channel youtube: "Islamic Home Media (IHMedia)" telah lama tersiar sejak 15 Jun 2009, sepatutnya menjadi salah satu rujukan asas kepada penggemar politik tanah-air.

Diharap pihak webmaster menjadikan video-video tersebut sebagai 'Sticky Video' dimuka depan blog anda semua, supaya tiada lagi isu-isu berbangkit dan di'spin' oleh puak-puak bathil, yang sengaja memburuk-burukkan pemimpin PAS dan mengeji Presiden tanpa hujah yang tuntas.
Kepada pengunjung, anda semua disaran menonton semua bahan media tersebut, terutama Part 7 (dimana isu UG disebut).

Sebanyak lebih daripada 13 soalan dijawab oleh TG Presiden, semuanya bersifat ilmiah. Dari isu bahasa, isu demokrasi pilihanraya dan lain-lain lagi. Dan diharap perkara-perkara bathil tidak lagi disemarakan didalam blog-blog pemfitnah (samada pembawa, pembuat, mahupun pembuka atau muqaddimah kepada fitnah!). Sesungguhnya benar, pembawa berita bathil adalah dekat dengan neraka!




"SELAMAT MENONTON"

p/s: dapatkan siri video penuh di http://www.youtube.com/user/har1011

Terima kasih kepada pejuang Islam di UK.