Monday, October 30, 2006

Abdullah kelu, 'berperangai' macam Timbalan PM..

Kegawatan mantan PM dan PM semakin tenat dan memenatkan semua pihak. Rakyat marhaen yang 'ternganga'' menyaksikan aksi yang belum tahu bilakah penyelesaiannya, semuanya nampak macam kabur. Perbincangan mengenai mereka seolah-olah menjadi bahan atau 'juadah' baru di rumah-rumah terbuka sewaktu Aidilfitri.



Pengampu-pengampu besar dalam Umno (pengikut Pak Lah) mahukan Dr Mahathir diam atau lucutkan beliau dari keahlian Umno. Dan yang mengarutnya pula, ada yang menghasut Sultan Johor terlibat dalam isu ini, yang mana Dr. Mahathir sendiri lebih kenal 'siapa' itu Sultan Johor dizaman Dr Mahathir dahulu.

'Warga emas' ini mahukan Pak Lah jawab di atas isu yang dibangkitkan, bukannya selalu lari dari menjawab dan cerita yang bukan-bukan. Kepimpinan yang sangat lemah dan sangat memalukan negara lebih dari cukup kuat untuk Dr. Mahathir menjadi 'gatal mulut' untuk melibatkan media perdana dan antarabangsa untuk terus mengkritik dan menyatakan pendirian beliau atas isu yang tidak dipersetujui. Pak Lah berlagak semacam 'orang takut bini' atau lebih tepat lagi seperti Timbalan Perdana Menteri, kerana sangat kurang tegas dan kurang bersuara lantang. Alasan biasa, "mendengar pendapat lain dahulu", "Ooo...semangat musyawwarah" dan pelbagai lagi retorik yang memualkan warga marhaen. Akan tetapi bila memilih keluarga dalam perkara perniagaan, tiada pula semangat musyawarah?

Rakyat marhaen yang terus hidup dalam keadaan tertekan dengan pelbagai kenaikan harga barang, tarif air dan elektrik, malah terbaru harga tol, masih lagi tertanya-tanya apakah penyelesaian atau tiadakah ada jalan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi sekarang? Apa gunanya membayar pelbagai cukai untuk dibayar gaji kepada pegawai atau menteri-menteri kerajaan kalaulah tugas mereka hanyalah membebankan lagi kita?

Dr Mahathir merasakan beliau adalah salah seorang warga negara yang berhak bersuara, akan tetapi tahap isunya mungkin lebih terkehadapan (setelah menjadi PM selama 22 tahun), kerana isu-isu seperti kenaikan harga barang tidak membebankan beliau. Maka apa yang beliau mungkin nampak adalah aktiviti perniagaan 'keluarga Pak Lah' sebenarnya sangat membahayakan negara terutama sekali melibatkan Singapura dan Amerika.

Kita tidak mungkin dapat melupakan 'kejahatan' dan 'kezaliman' Mahathir dizaman pemerintahan beliau, akan tetapi kita boleh setuju dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan negara. Dan yang lebih 'menyakitkan', polisi kezaliman itu setengahnya diteruskan oleh Pak Lah.

Pak Lah yang berpewatakan lembut, yang dicanang saentero dunia, sebagai cucu ulama', nampaknya tidak mendatangkan apa-apa 'kebaikan' kepada negara terutamanya rakyat marhaen. Malah jawatan beliau sebagai Menteri Keselaman Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan utamanya Perdana Menteri, sudah cukup untuk melonjakkan anak (Kamal) sebagai salah seorang dari 10 orang terkaya di Malaysia selepas 3 bulan menjadi PM, dan menukar Khairy (menantu) sebagai jutawan muda, kekayaan juga 'dirasai' oleh adik-beradik terdekat. Untuk rakyat marhaen, sepeti biasa ternganga melihat kehebatan rumah-rumah dan kereta-kereta mewah anak-beranak dan menantu Pak Lah.

Itulah politik Umno. Peluang diberi bukan untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk menyenangkan rakyat. Tetapi peluang diguna untuk kepentingan diri dan keluarga. Bila 'bos' dibantai, maka ramailah pengampu-pengampu yang kononya mempertahankan 'bos' mereka. Tetapi sokongan bukan sekadar 'lalakan' semata-mata, tetapi mesti ada imbuhannya. Sebab itu kita tak heran salakan kuat boleh didengar dari Terengganu (yang ditimbuni penuh dengan projek pusat), Menteri Besar Kedah (orang kuat Pak Lah) dan beberapa orang kroni kuat Pak Lah.

'Ajing-anjing peliharaan' ini tak akan jemu menyalak di media perdana untuk mempertahankan Pak Lah walau orang yang mereka berlaku kurang ajar itu adalah orang yang pernah dijilat tangannya.

Sudah jelas dihadapan kita ditonjolkan identiti sebenar Umno bila mereka bergaduh sesama mereka. Maka sudah sampai masalah kita selaku rakyat marhaen, mengisafi dan mengajar Umno dan pemimpin mereka, kerana kuasa untuk mengubah dan berubah ada ditangan kita semua. Melayu tidak akan lupa, malah tidak pernah lupa, tetapi Umno dan pengikut-pengikut merekalah yang pelupa!

Kita mesti ajar mereka, sebelum mereka terus menjahanamkan bumi Malaysia yang tercinta ini!

Cyberluncai: Tunggu kalau ada nama kuih tat 'Mahathir' atau bahulu 'Pak Lah'

4 comments:

Anonymous said...

kenapa perlu tunggu kuih tat 'Mahathir' atau bahulu 'Pak Lah'? saya kurang faham la...

Anonymous said...

naper hanya bpkir dalam sudut negatif...di mana peranan rakyat sendiri dalam pembangunan negara??jagan slahkan satu pihak kalau x tahu perkara sebenar

Anonymous said...

mungkin paklah dilihat lemah..tapi hakikatnya dia seorang pemimpin yang cuba memperbetulkan yang rosak...yang sudah berlaku sebelum kepimpinan beliau lagi...betulkan yang punah, yang retak lebih payah dari mewujudkan yang tiada..

jangan dihina pemimpin..tapi harus ditegur..
terlintas di fikiran...zaman paklah takubah macam zaman saidina uthman..fitnah, munafik, kroni...yang akhirnya..kafir durjana yang menang..islam jatuh dalam perpecahan...melayu jangan leka..kerana nak tentang keburukan..kenapa pula nak undi musuh (DAP)...malay malysiana..

maaf..jangan terlalu membenci hingga tutup mata akan kebaikannya..
jangan memuja seolah tiada keburukan pula...

sejarah akan berulang...melayu melaka diserang bukan kerana kekuatan musuh..tapi kerana persepakatan melayu terhadap musuh.

Anonymous said...

inilah lmrah owng mlyu...
hnya pndai utk mencari slh owng...

kalo tiada inisiatif utk merubah pemikiran kita,smpai biler2 lar mlyu x kan maju...