Saturday, September 02, 2006

DERIH JUSOH KONPIUUS: DIA MB ATAU PM?

Oleh Bapa Cakna, Kemaman

Nampaknya Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh begitu ghairah untuk membina lebih banyak lagi universiti di negerinya. Beliau menyatakan perkara itu semasa merasmikan Majlis Pelancaran Program Pemuafakatan Cakna Cemerlang Peperiksaan Awam 2006 peringkat negeri di Dewan Sultan Mizan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) pada 27 Ogos lalu.

Saya hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran negeri itu bagi menemani anak saya yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Saya dan beberapa rakan berasa agak keliru dan janggal dengan kenyataan itu. Ini kerana seorang menteri besar membuat kenyataan untuk membina universiti. Lazimnya perkara itu disebut oleh Perdana Menteri atau menteri yang berkaitan.

Mungkin suasana sudah berubah di zaman Islam Hadhari. Sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin kerajaan negeri (BN), boleh menjanjikan perkara-perkara seperti itu. Begitupun, seingat saya, dalam beberapa ucapan semasa lawatan kerja Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi awal Ogos lalu pun, Idris juga dengan bangganya menyebut `kita' membina lapangan terbang, lebuh raya, universiti dan lain-lain sedangkan rakyat tahu semuanya itu adalah projek kerajaan Pusat.

Pada majlis kelmarin, Idris terus memaklumkan bahawa Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) akan dibina di negeri itu dengan menganggap masih ramai lagi rakyat yang tidak mengetahui mengenainya. Beliau juga menyebut beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang ada di Terengganu seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kustem dan politeknik dengan menyebut `kita beri'.

"Kita beri universiti keempat," ujarnya sambil menyebut sebuah UiTM akan dibina di Bukit Besi, Dungun yang berharga RM100 juta. "Kalau nak lagi, kita nak beri," ujarnya lagi.

Bagi saya, sebagai menteri besar, istilah kita adalah kerajaan negeri. Jadi, saya dan rakan-rakan merasakan Idris sudah lupa bahawa sebenarnya yang mewujudkan IPTA itu adalah kerajaan Pusat, bukannya kerajaan negeri. Kalau nak kira negeri, semasa pemerintahan PAS sebelum inipun banyak sekolah-sekolah rendah dan menengah yang dibina oleh kementerian. Tapi mungkin sudah menjadi tabiat Idris berucap di mana-mana termasuk di kampung-kampung, itulah yang selalu dijajanya.

Padahal pada majlis itu, yang hadir bukan sekadar ibu bapa dari pedalaman tetapi juga pegawai-pegawai jabatan pelajaran. Mungkin baginya, standard hadirin pada majlis itu sama taraf dengan pengundi BN di pedalaman. Begitu juga apabila menyuruh hadirin melaungkan `bestari' setelah dia sendiri yang melaungkan `Terengganu', macamlah majlis itu anjuran Umno atau BN negeri.

Tidak cukup dengan itu, Idris yang begitu ghairah mahu menunjukkan bahawa lebih banyak universiti akan diwujudkan di negerinya. Saya kira beliau juga tersasul apabila mengisytiharkan Kustem akan ditukar nama kepada Universiti Malaysia Terengganu. Katanya, perkara itu akan digazetkan tidak lama lagi.

"Dulu nak sebutir, payah," ujarnya seolah-olah memperlekeh kepemimpin kerajaan negeri di bawah BN terdahulu. Walaupun rakyat tahu bahawa pemimpin terdahulu, pada zaman Tan Sri Wan Mokhtar, kerajaan negeri menubuhkan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza) dan Institut Teknikal Tinggi Terengganu (Tati) tetapi tidaklah seheboh Idris mencanangnya kepada rakyat. Anehnya, Idris pula `menjual' Kusza kepada kerajaan Pusat dan tinggallah Kusza sebagai kampus UDM.

Seperkara lagi, saya terdengar para pelajar terutama sekolah rendah yang tertanya-tanya bagaimana memulakan ucapan. Ini kerana Idris selepas mengucapkan salam, terus menceritakan dia berjumpa dengan rakannya dari Jerman di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Dia langsung tidak menyebut pengerusi majlis termasuk jemputan utama seperti Rektor Kustem, Dato' Dr Sulaiman Md Yassin dan Pengarah Pelajaran negeri, Haji Draman Muda.

Saya tak tahu sama ada itulah cara dia berucap pada majlis rasmi atau bersyarah di kampung-kampung yang langsung tidak mengikut protokol. Maknanya kalau pelajar mahu membuat karangan berbentuk ucapan, cara Idris sememangnya langsung tidak boleh dijadikan contoh. Bagi saya, ucapan Idris itu sedikitpun tidak mengandungi semangat hadhari apatah lagi bestari, mungkin sesuai kalau dikatakan sebagai BESuT mARI.

Kepada pihak jabatan pelajaran negeri, kalau setakat untuk `memaksa' hadirin mendengar ucapan sebegitu daripada seorang menteri besar, tak payahlah. Ini kerana tidak sepadan dengan saya dan rakan-rakan yang datang dari Kemaman, Dungun dan Besut, yang memandu lebih 100 kilometer.

Ucapan daripada wakil pelajar, Rabiatul Adawiah A Basir dan wakil PIBG, Mohd Omar Abd Rahman lebih bertenaga daripada ucapan Idris. Untuk masa lain, saya rasa cukuplah dengan ucapan daripada pengarah pelajaran sahaja, atau mungkin juga Exco pendidikan, Dato' Dr Abdul Latif Awang.

2 comments:

Anonymous said...

Jangan hanya pandai mengata..semua yg di buat dianggap salah....pada hal hanya untuk kepentingan sendiri...jangan nak memperjudikan nasib bangsa dan negara... sedar dan bersyukurlah dgn nikmat yg telah dikecapi skrg.... sudah tentu anda tidak mampu melakukan apa yg telah dilakukan oleh kerajaan pada masa kini... bercakap memang senang tp utk melaksanakan sukar sekali... apa yg tlh dibuat oleh parti pembangkang setelah memerintah... x ada perubahan sentiasa menunding jari pd pihak lain utk menutupi kelemahan diri sendiri....sedarlah

Anonymous said...

poyo sungguh pendapat kamu...hak2..
aku nampak si poyo ni yang keliru..

KITA tu dirujuk kepada UMNO..BN..
bukan jusoh confius.kamu tu yang nak wat isu..jusoh merujuk kepada pemerintah yang sedia ada...yang dibawah pemerintahan BN..wlaupun dia tu MB bukankah projek tu adalah hasil dari kelulusan kerajaan yang memerintah..KITA itulah yang dimaksudkan..

haiyaa..ni pun nak wat isu..cam le PAS tu bagus sangat..taksedar dok kena tipu ngn cina..sokonglah anwar ibrahim yang dok ambik dana dari yahudi...uuhh