Friday, August 05, 2005

2005: RAKYAT DIKELENTONG SETIAP 3 BULAN...? (18SG)

OLEH: Ahmad Hadeed

Harga minyak naik kerana kerajaan BN tak sanggup lagi membayar subsidi petrol untuk mengekalkan harga rendah petrol. Itulah yang kita baca dan dengar dari media pembohong sekarang.Ramai orang umno mengganguk tapi apa kah mereka menganguk faham atau mengagguk tak faham. Insyaalah saya cuba huraikan bagaimana kerajaan menipu rakyat dengan istilah subsidi petrol.

Kalaulah yang bercakap itu adalah Menteri perdagangan Vietnam yang tak ada minyak dalam negaranya..itu mungkin betul. Vietnam tak ada minyak diperut bumi nya maka setiap titik minyak mentah atau petrol mesti dibeli dari negara lain. Yang peliknya , yang bercakap itu adalah menteri perdagangan UMNO malaysia yang mengeksport minyak. Saya tak tahu lah samaada kenaikan harga minyak ini diarah oleh Mamak Mahathir yang menguasai petronas atau tidak. Kita perlu mengetahui beberapa fakta penting untuk berbincang tentang harga minyak ini.

1. Hendak lah diketahui bahawa separuh dari harga yang kita bayar untuk selitre petrol yang kita curah dalam kereta kita adalah bayaran cukai kepada kerajaan malaysia BN. Ianya sudah dikira dalam harga petrol itu tanpa disedari.


2. Harga memproses dari minyak mentah ke minyak petrol ialah 20 percent dari harga minyak petrol refined. Semuanya berlandaskan harga minyak mentah dengan harga refined petrol dari singapore(yahudi timur).Beza atau margin nya di panggil 'Singapore Petrol refiner margin'.Margin refined oil atau harga minyak mentah tolak harga singaproe refined oil adalah purata $10 USD per barrel. Ini adalah:


garisan biru - harga minyak di singapore refined.
garisan hijau- harga minya mentah





3. Hendaklah juga diketahui bahawa percent keuntungan retail dan wholeseller petrol adalah stable maknanya jangan kita marah orang jual minyak.

Sekarang mari kita fikir perlahan lahan bagaimana kerajaan BN menipu kita dengan istilah subsidi petrol. Ramai mengangap subsidi petrol semacam dengan subsidi harga petrol kepada nelayan iaitu kerajaan beli minyak dari stesyen minyak berdekatan dan jual dengan harga murah pada nelayan.. seolah olah kerajaan guna duit pembendaharaan..keluar cek ..bayar stesyen minyak dan rugi. Jawab nya NO.. ini bukan nya yang berlaku.

istilah Subsidi petrol yang digunakan untuk menipu rakyat itu ialah sebenarnya JUMLAH CUKAI ATAU PENDAPATAN YANG TIDAK DAPAT DI PUNGGUT OLEH KERAJAAN BN AKIBAT MENJUAL HARGA PETROL lebih rendah DARI INTERNATIONAL PRICE'.
Ia nya adalah SUBSIDI ATAS KERTAS dalam bentuk tax melepas' yang tidak dapat dipunggut oleh kerajaan BN.

Apa yang sebenarnya berlaku pada minyak orang terengganu yang sudah dizalimi ..sudahlah kena tarik royalti oleh umno khianat dan sekarang terpaksa beli barangan mahal pula untuk sara hidup anak bini.

Minyak di bumi terengganu dimiliki oleh orang terengganu. Akibat Terengganu duduk bawah federal , maka petronas ( sekarang bawah mamak mahathir) diberi kuasa untuk mengali dan mengepam minyak. Mengepam minyak ni bukan kerja susah, pasang switch pam sedut dengan enjin rolls royse dan masuk kedalam kapal minyak atau refinery di Kerteh. Dah lah ambil minyak orang terengganu, tak bayar royalty pula ...muka tak malu punya orang.

Minyak yang dipam ini bila dijual ke america, ditolak royalty pada kerajaan pusat dan royalty curi ...semua nya masuk dalam poket petronas(poket mamak). Sebenarnya , Petronas mempunyai dua pilihan samaada hendak jual minyak mentah ke usa dan singapore atau memproses sendiri dikerteh jadi petrol kereta. Apa yang dibuat oleh PETRONAS pemalas ini ialah ..mereka lebih suka jual pada singapore atau usa . Lebih kurang ali baba jugalah tapi bush-baba.
Bila berlaku kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia ..petronas mendapat manafaat lebih tinggi berbanding dengan royalti.
Sekarang kita perlu faham bahawa minyak adalah bukan milik mak bapak mahathir atau mak bapak petronas. ia adalah milik rakyat.
Sekarang masaalah nya,rakyat terpaksa bayar lebih atas benda yang milik nya ia itu minyak mentah. Kenapa rakyat perlu bayar mahal pada barang miliknya.( Untuk air..janganlah bagi swasta ..mampus rakyat jawab nya ditipu oleh malaun ni)

Sekarang kita kaji pula dimanakah yang dikatakan subsidi oleh najib , safie afdal atau dollah badawi. Subsidi yang dimaksudkan ialah , tax yang diabaikan atas harga petrol .Adakah itu subsidi namanya.Itu sebenarnya , merendahkan tax pada bahan petroelum. Satu lagi perkara..mengapa Petronas masih lagi mengeksport minyak mentah keluar negara dalam keaadaan rakyat tak ada minyak. Sepatutnya Petronas yang menjaga harta rakyat tidak mengeksport minyak tetapi memproses didalam negeri dengan harga refinery yang hanya menambah kos 20 percent dari harga minyak mentah. Kalau lah minyak mentah dianggap percuma maka sepatutnya harga yang kita bayar hanya lah 20 percent dari harga yang dijual sekarang.

maka timbullah soalan dari menteri umno yang tak pandai tadbir dan makan gaji buta ni..bagaimana mahu perintah negara . Saya mahu beritahu menteri UMNO ni ... yang hang tak bagi royalti pada kerajaan PAS terengganu dulu dan lambatkan duit grant tahunan tu..apa tak tanya, macamamana kerajaan pas terengganu mahu perintah.

Saya tak tahulah apa jadi pada malaysia bawah BN ni apabila minyak habis..he ..kedarah pitis rakkyat sungguh puakni. Muka tebal hati hitam.Orang politik macam ini ramai yang pemalas lebih malas dari rakyat jelata.Kerja siang malam ..macamamana nak songlap duit rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

Masalah minyak naik kerana minyak yang dijual distesyen minyak adalah minyak yang diimport. Minyak kita diekspot keluar kerana mutu yang tinggi. Itu sebab kita terpaksa bayar harga ikut harga international...

aman said...

jadi, ape citer minyak yang kita jual tu..? kata bermutu tinggi, takkan jual minyak pun rugi...hehehhehehe lawak, lawak.....