MARI MENONTON TV ALTERNATIF!
Sila pilih TV anda:
Ehsan Web TV Harakah Daily
Cyberluncai: SELANGOR, PERAK, KEDAH, PENANG, KELANTAN - Dari RAKYAT untuk RAKYAT!
"PRU 13: MASA UNTUK BERUBAH DAN MENGUBAH KESEMUANYA!"
Himpunan isu-isu politik tanah air/antarabangsa.....
Sila pilih TV anda:
Oleh Lotus123
TAHALLUF SIASI
Saya semakin seronok melayan seorang yang agak misteri dan banyak menghina orang, dan saya juga menceduk beberapa artikel menarik yang boleh dipertimbangkan untuk diwacana...
Oleh : AdukaTaruna
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Lupa diri dan sombong kembali kepada usul. Itulah susunan ayat yang hamba pilih. Semakin lama perjuangan PAS, semakin bercampur baur dengan segala rencah, PAS semakin lupa apakah wadah yang dipilihnya.
Saat hamba menulis ini, hamba mengingatkan semua, ketika PAS diambang kerosakan dan perpecahan, bahawasanya; PAS sudah melupakan wadah demokrasi yang dipilihnya dahulu.
PAS sudah lupa wadah demokrasi.
Hamba bukan mahu membincangkan apakah benar atau salah wadah ini, tetapi hamba ingin kupas betapa PAS semakin kelam-kabut akibat tangan-tangan insan yang penuh ilmu bukan pemikir.
Dalam demokrasi, PAS memerlukan undi manusia bodoh (muslim dan non muslim), dan undi manusia cerdik (muslim dan non muslim). Inilah wadah yang PAS pilih, bagi mendapatkan satu kuasa untuk mengawal kesucian Islam.
Manakala, segala nas dan dalil-dalil yang ada, tidak diturunkan sepenuhnya melalui demokasi secara langsung atau tepat. PAS hanya membandingkan sahaja untuk mencari persamaan.
Apabila begitu, PAS terlupa bahawa wadahnya ialah demokrasi secara total, bukan wadah tulen seperti nabi, yakni, ada unsur demokrasi, ada unsur ketenteraan dan sebagainya.
Jadi, adalah malang apabila PAS merujuk kepada tangan-tangan manusia berilmu bukan pemikir dalam mencari nas-nas yang menghalalkan tindak-tanduk mereka.
Sepatutnya.
Sepatutnya, dalam kefahamanan asas, PAS perlu meletakkan diri sebagai jemaah yang berjuang secara demokrasi secara total. Kemudian barulah menimba dalil-dalil dan nas-nas terhadap tindak-tanduk yang sesuai untuk dirujuk kepada wadah demokrasi itu.
Malangnya, itu tidak mampu dilakukan oleh pemimpin IQ rendah. Peninggalan Nabi Muhammad SAW kepada umatnya ialah merujuk kepada cara perjuangannya. Maka, adalah kesilapan besar mengalungkan nas-nas luar unsur demokrasi bagi tindakan PAS yang memilih demokrasi secara total.
Natijahnya, Terengganu punah wal ranah hasil golongan yang menepuk dada sebagai sunnah wal jemaah.
Sistem Syura.
Dalam taktikal perjuangan demokrasi secara total, Sistem Syura berperanan menetapkan hukum, bukan penentu taktikal. Dalam 10 taktikal yang dijumpai, ianya ditetapkan oleh Jawatan Kuasa PAS Pusat untuk memilih yang terbaik.
Setelah pemilihan terbaik dibuat, barulah dirujuk kepada Sistem Syura untuk ketetapan hukum. Haram atau tidak. Ini sepatutnya berlaku.
Tetapi, akibat tangan-tangan jahanam dalam gelap, tindak-tanduk mereka membelakangkan Jawatan Kuasa PAS Pusat, apatah lagi Majlis Syura. Setelah berlaku, barulah dimaklumkan kepada Syura. Itu pun didedahkan oleh insan yang anti penipuan dalam gelap.
Dan sudah pasti Majlis Syura menetapkan hukumnya dibolehkan (taktikal yang telah berlaku itu). Sebab tugasnya (Majlis Syura) ialah menetapkan hukum, bukan taktikal. Atau kata lainnya ialah, di bawah tajuk hukum, memang ianya dibolehkan, manakala di bawah tajuk taktikal atau prosedur organisasi, ianya adalah sesat dan jahat.
Hamba tidak pasti sama ada hamba berjaya menyampaikan kepada orang awam atau tidak.
Kembalilah kepada asal.
Jadi, langkah seterusnya, serta-merta, tidak dapat tidak, PAS perlu kembali kepada asal. Sebarang nas-nas yang dipilih haruslah disandarkan kepada kesesuaian demokrasi total yang PAS gunakan.
Jika demokrasi total pilihan PAS ini yang cuba disandarkan kepada nas-nas perjuangan tulen Nabi Muhammad SAW, maka, berlakulah seperti ini. Anda boleh merujuk apa sahaja nas yang ada sekiranya anda berjuang tanpa memerlukan undi muslim bangang atau undi kafir. Jelas atau tidak?
Itu yang pertama. Yang keduanya, fahamilah, bahawa TGNA adalah genius taktikal yang PAS miliki sekarang. Dalam menetapkan hukum (kes taktikal gelap itu), memang TGNA bersetuju dengan ketetapan syura. Tetapi dalam pemilihan taktikal (taktikal lain yang juga tidak haram oleh syura), TGNA adalah penentu terbaik.
Kata lainnya, pastikan mengikut prosedur. Taktikal hendaklah dipilih oleh Jawatan Kuasa PAS Pusat dahulu, kemudian diluluskan hukumnya oleh Majlis Syura. Bukan seperti ini. Taktikal dilakukankan oleh PAS Terengganu secara gelap dan menipu ahli, kemudian mengheret Syura meluluskannya. Jelas?
Yang ketiga, PAS perlu membersihkan tangan-tangan jahanam di dalam PAS. Mungkin ini isyarat ALLAH supaya PAS berada dalam keadaan mantap menjelang peralihan kuasa memerintah negara. Kami tidak mahu Malaysia diperintah seperti Terengganu 1999-2004.
Untuk membersihkan Mustapha Ali, Nasharudin, Hadi Awang secara serentak adalah sukar. Masa suntuk, dan situasi kritikal. Adalah cukup mengganti Presiden supaya Musthapa Ali tidak mampu lagi mempengaruhi tindak-tanduk Presiden PAS. Ini dahulu untuk masa ini.
Setiap tulisan adalah sejarah. Jika anda tidak percaya, baca semula tulisan ini selepas PRU13. Ingat kembali wadah apakah yang dipilih PAS.
Wallahualam.
Seorang blogger terkenal masakini, Tun Dr. Mahathir telah meluahkan hujah beliau mengapa bahasa Inggeris penting dalam Sains dan Matematik. Saya mengungkap balik hujahan tersebut sambil mengambil salah satu komen dalm blog beliau:
1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.
2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.
3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.
4. Kita diberitahu Nabi bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?
5. Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.
6. Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada "di zaman gelap", zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.
7. Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.
8. Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.
9. Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.
10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.
11. Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.
12. Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.
13. Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.
14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.
15. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.
16. Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.
17. Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.
18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.
19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.
20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.
21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.
22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.
Salam...
Tahniah dan Syabas!!!


Pelbagai reaksi di dalam laman web yang membuka forum didengari dari isu sekecil-kecilnya hinggalah ketahap menukar Presiden parti. PAS, tidak sedikit pun menghalang atau mencegah mereka ini daripada memberi pandangan atau idea yang bernas tentang strategi dan halatuju perjuangan, baik yang ahli mahupun bukan ahli.
Umum mengetahui, polar persekitaran politik Malaysia yang dahulunya agak statik telah mula ’berkecamuk’ bilamana Timbalan Perdana Menteri telah dipecat pada tahun 1998. Maka, ramailah anak-anak muda yang sedang bergelora semangatnya turut sama ber’putih –tulang’ mempertahankan Dato’ Seri Anwar (DSAI) bahwa pemecatan beliau adalah hasil daripada satu ciptaan konspirasi yang amat terancang.

Marhaen

Abu Urwah

Dr Dzulkifli Ahmad

Oleh Mohd Rashidi Hassan

Ummat Islam sangat pantang kalau agama suci mereka disentuh atau dipermain-mainkan. Bila terkenang kembali kisah Natrah (bekas isteri Mansor Abadi) yang mana ummat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 orang, yang mengakibatkan seramai 18 orang mati syahid dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah.






Kegawatan mantan PM dan PM semakin tenat dan memenatkan semua pihak. Rakyat marhaen yang 'ternganga'' menyaksikan aksi yang belum tahu bilakah penyelesaiannya, semuanya nampak macam kabur. Perbincangan mengenai mereka seolah-olah menjadi bahan atau 'juadah' baru di rumah-rumah terbuka sewaktu Aidilfitri.

Tak semena-mena kerajaan 'bengong' Derih Jusoh anjur pertandingan TUKAR BENDERA TERENGGANU DARUL IMAN (tarikh tutup 31 Oktober 2006). Penyakit 'angau' sebelum ini menyerang MB Pahang yang menyarankan supaya bendera Umno diubah, mungkin ilham dari Dato' Adnan Yaakob itu, kini MB Terengganu setuju untuk menganjurkan pertandingan tukar bendera Terengganu pula.


Nampaknya Khairy 'terlepas' cakap bahawa PRU12 sebenarnya dah tak lama. Yang mana selama ini pun, kebanyakan tarikh-tarikh PRU sudah lama diketahui atau ditetapkan, tinggal lagi tidak diumum atau berpura-pura buat cari 'ilham'....(nak muntah jugak dengar yang nak cari ilham tu..)

Husam Musa
