Tuesday, November 24, 2009

Sekadar dipinggiran 2

oleh GB


"Sekadar hiasan...Insan genius Malaysia"

Bernama melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menganggap isu berhubung kedudukan menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sudah selesai.

Beliau berkata campur tangan Pas pusat untuk menasihatkan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas bertujuan untuk menjaga nama baik parti dan juga kepimpinan parti.

"Menteri Besar dah buat keputusan supaya pegawai berkenaan (Abdul Ariffahmi) letak jawatan sebagaimana pandangan (yang diberikan) Pas pusat.

"Ini menunjukkan semangat musyawarah yang ditanam dalam parti kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di sini.

Abdul Hadi juga berkata keputusan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz adalah berdasarkan kehendak keseluruhan anggota parti dan bukannya berdasarkan kehendak individu.

Semalam, arahan untuk Abdul Ariffahmi meletak jawatan tersebut dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz selepas satu rombongan Pas pusat bertemu dengan beliau selama sejam di kediaman rasminya di Kota Baharu, Kelantan.

Ulasan GB

Kenyatan TGHH di atas menutup terus kritikan dan selaran pihak tertentu yang menuduh Nik Aziz tidak konsistn di dalam pendiriannya menghadapi kes yang melanda PMBK yang sebelum ini diterajui oleh Ariffahmi, menantu Nik Aziz.

Kebenaran akhirnya terserlah jua.

TGNA bukan seorang yang tidak menerima pandangan orang lain, malah telah sedia mendengar syor PAS Pusat sekalipun Ariffahmi tidak dibuktikan ada melakukan apa-apa kesalahan.

Namun bagi mengelakkan persepsi negatif demi kebaikan parti, TGNA telah membuat keputusan sesuai dengan kehendak jemaah.



---------

KOmen salah seorang pembaca;

Salam,

Itulah kehebatan bersama jemaah dan hidup hormat menghormati sesama sahabat. Biarpun dengan keras dan penuh padat dalam hal yang melibatkan kepimpinan dan kemapanan parti, termasuk mengkritik Presiden, namun sebagai sahabat sejati...buang yang keruh, ambil yang jernih!

Dikala PAS kelantan tidak mahu masuk campur dalam hal ehwal PMBK, dikala semua orang mengkritik dan menghentam TGNA...akan tetapi dengan semangat ukhuwwah yang tinggi, utuh bersama kearah polisi parti, PAS Pusat yang diketuai oleh TGHH bersama TG Harun Din dan yang lain, datang ke Kelantan bagi membantu sahabat yang sedang memerlukan bantuan.

Bukan dengan cara memburukkan lagi keadaan, apatah lagi menimbulkan persepsi salah terhadap pimpinan Kelantan...Itulah semangat sahabat sejati didalam perjuangan, yang perlu dicontohi oleh semua ahli parti.

PAS sangat memerlukan seorang pejuang semacam akhi GB dan rakan-rakan sewaktu dengannya. Adalah lebih molek kalau akhi GB menyarankan beberapa 'discrepancies'(kalau ada) melalui saluran yang betul, saya pasti anda akan diangkat sebagai teman sejati PAS yang bukan 'sekadar ahli biasa'. Ingat, PAS bukan seperti UMNO, kalau komen atau kritik, maka siaplah anda....Tapi PAS, adalah parti untuk semua, semua ada hak memberi pandangan....tetapi biarlah yang ber'accountability', saperti Prof Aziz Bari, dan beberapa tokoh lain. Mereka bukan sahaja mendapat tempat dipentas PAS, malah diberi penghormatan untuk memberikan ucapan dan ditambah lagi dengan Dr. Abu Hasan....Itulah penghormatan PAS terhadap pengkritik, asalkan pengkritik mempunyai 'jiwa yang tinggi' dan ber'accountabilty'. Itulah tanda terima kasih PAS terhadap mereka.

Begitu juga kepada akhi GB, kalaulah anda 'tahu' menggunakan saluran yang betul, maka saya yakin seyakin-yakinnya, PAS tidak akan mensia-siakan anda di arena politik ini.

Anda insan genius, pereka Melayu yang bersifat international...maka amatlah rugi jika PAS mensia-siakan tenaga dan bakat anda...

Benar, berjuang belakang tabir lebih selamat dan selesa berbanding didepan tabir...tapi saya masih ingat kata-kata TGNA, dalam salah satu ceramah tarbiyah;

"10 sen yang dibelanjakan oleh mereka yang berjuang didepan tabir adalah lebih baik dari 1 ringgit yang dibelanjakan oleh mereka yang dibelakang tabir"

Jangan beranggappan salah kepada saya, dan terpulang kepada anda untuk memikirkan sebaliknya...

Mungkin inilah nasihat saya yang terakhir...kerana saya nampak akhi GB terlalu 'tegar' dengan pendirian yang sedia ada...walaupun pimpinan sudah nafikan sebaliknya...

Kita sudah kekurangan masa dalam perjuangan, biarlah sisa-sisa masa dipergunakan sepenuhnya untuk menyebarkan dan menyedarkan kefahaman Islam kepada masyarakat yang jahil dan di'jahil'kan oleh pemerintah.

Sekian, akhuka fil Islam;

Fiqar.



Cyberluncai: "PAS TETAP SATU....tiada UG, tiada Erdogan"

Sunday, November 15, 2009

Bonsai Fikrah

oleh: Hisham Rais



Ramai aktivis politik dalam negara kita ini tidak memiliki pandangan politik yang tepat. Ia berlaku kerana tidak wujudnya budaya pemikiran kritikal yang ampuh. Keadaan ini bertambah hodoh apabila bercampur dengan budaya malas membaca.

Budaya malas membaca, malas mengkaji dan malas mentelaah ini telah dilahirkan oleh budaya suka mendengar. Mendengar bukan satu kesalahan, mendengar bukan satu jenayah. Kita semua mendengar. Ketika kita kecil, kita dididik untuk mendegar. Kita itu tidak digalakkan untuk berfikir.

Bayangkan berapa juta pembohongan dan kelentongan hantu dan polong yang telah dihamburkan kepada kita semasa kita membesar. Cerita makhluk halus hantu dan puaka semuanya didodoikan kepada anak kecil. Tidak cukup dengan ini, kita ditakut-takutkan. Bermula dengan hantu, kemudian dengan polis dan akhir sekali dengan api neraka.

Anak kecil tidak memiliki peluang untuk mencerna pemikiran.

Kalau anak kecil banyak bertanya, dia akan dianggap kasar – kurang ajar dan tidak sopan. Sebenarnya mendengar tanpa bertanya adalah permulaan proses pembodohan yang ingin disebatikan ke dalam susuk jiwa kita.

Memang tepat - ketika itu kita masih kanak-kanak. Maka, apa yang kita dengar, kita terima sebagai fakta. Apabila telah bersunat, bersekolah, boleh membaca dan sudah pandai berasmara dan berinternet, maka seharusnya timbul nilai wajib berusaha untuk mencerahkan fikrah daripada pandangan karut-marut yang didengari ketika membesar.

Membuang dan membakulsampahkan segala karut-marut yang bersidai dalam otak kita.

Mendewasa ertinya meninggalkan budaya suka mendengar yang kita terima semasa kanak-kanak. Mendewasa ertinya memulakan budaya suka membaca dan menyelidik. Melopong mendengar – masuk lalat, keluar langau - tanpa melakukan pembacaan, rujukan dan kajian akan menjadikan fikrah seseorang bonsai.

Bonsai fikrah ini adalah satu penyakit yang tidak berkuman, tidak berjangkit tetapi boleh diubati.

Dalam suasana politik kita, budaya melopong mendengar ini telah diperkuatkan pula dengan budaya ceramah yang telah menjadi darah daging budaya politik tanah air kita. Ceramah sebenarnya proses monolog – jalan sehala – apabila si pendengar tidak ada peluang untuk bertanya kembali.

Pelbagai sumpah seranah masuk ke telinga kita. Sama seperti kita di zaman kanak-kanak - tidak ada langsung peluang untuk
menapis atau bertanya.

Sayugia diingatkan, ceramah ini hanya boleh berfungsi dengan baik sebagai satu senjata untuk memanaskan rapat dengan pidato yang hebat. Pidato bertujuan untuk menaikan semangat, untuk melanggar musuh. Ceramah dan pidato berperanan untuk membakar semangat. Ceramah tidak menjanjikan penemuan ilmu atau pengembangan akal.

Justeru ceramah satu hala amat berbahaya kerana berkemungkinan ia menjadi ejen pembodohan. Tidak kira siapa si penceramah – berjubah atau berdastar – monolog sehala tidak mengasah fikrah. Beribu-ribu rakyat yang datang melopong mendengar labun si penceramah tidak mungkin akan melahirkan pemula atau perobek bingkai budaya yang mengongkong.

Lihat bagaimana monolog televisyen sehala yang telah terbukti bekerja sebagai ejen pembodohan.

Hasil daripada budaya mendengar ini, ramai warga terlali dan terlalai daripada membaca dan mencari sumber pengetahuan. Otak semakin jarang digunakan - akhirnya lembab dan mamai. Justeru jangan hairan kenapa ramai yang menjadi pelupa dan nyanyok.

Perangai lupa dan nyanyok lahir daripada susuk yang tidak lagi menggerakkan otak mereka. Perhatikan orang pencen dan berumur – kerana mereka tidak lagi menggunakan fikrah, maka mamai akan menyerang. Gejala ini tidak menghairankan.

Tetapi apabila aktivis politik yang masih muda menjadi mamai, maka ada sesuatu yang tidak kena dalam badan politik tanah air kita ini.

Dalam gerombolan United Malays National Organistion, bonsai fikrah adalah syarat utama untuk diterima sebagai ahli – jadi kita tidak perlu hairan. Apa yang menakjubkan, bonsai fikrah ini juga wujud dalam kelompok aktivis yang ingin melawan gerombolan.

Ciri utama yang dapat membuktikan betapa bonsainya fikrah aktivis politik kita hari ini ialah kegagalan mereka untuk mengenali siapa musuh utama dan siapa kawan. Siapa kawan utama dan siapa pula kawan sampingan. Siapa kawan sepanjang perjuangan dan siapa kawan sementara. Siapa musuh dan seteru abadi dan siapa pula musuh sementara.

Mengenal musuh dan mengenal kawan adalah wajib dalam ilmu politik. Asas ilmu politik juga mewajibkan kita mengenal kontradiksi sosial. Mengenal kontradiksi sosial manusia adalah ilmu awal wahid sebelum membuat apa-apa kerja politik.

Gagal mengenal kontradisi sosial, maka segala kerja politik adalah kerja mencurahkan teh tarik ke batu nesan.

Kontradiksi adalah pertembungan atau pertentangan dua unsur untuk melahirkan unsur ketiga. Kontradiksi adalah ibu segala-galanya dalam dunia ini. Dunia ini berputar dan bergerak kerana kontradiksi. Manusia wujud kerana kontradiksi. Politik wujud kerana kontradiksi. Wujud tidak akan wujud kalau tidak wujud kontradiksi.

Kerja politik ialah kerja untuk mengenal, mengurus dan menyelesaikan kontradiksi. Justeru dalam kerja politik, wajib diketahui apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Mana yang primer dan mana yang sekunder.

Kecelaruan – tidak dapat mengenal musuh dan tidak dapat mengenal kontradiksi - muncul kerana fikrah tidak terdidik untuk berfikir secara tersusun rapi. Sampa-larau dan porak-peranda – raba sana, pekik sini - memperlihatkan daya fikrah yang tidak terurus.

Kecelaruan ini juga lahir kerana otak mereka tidak dilatih untuk berfikir secara kritikal. Otak - sama seperti program komputer - hanya akan mengeluarkan kembali apa yang telah dirakam. Perakaman yang tepat bukan dengan mendengar surah dan labon tetapi dengan membaca dan mengkaji.

Ilmu pengetahuan yang telah dikaji dan dibaca akan disimpan dalam template dan program otak. Jika program itu tidak wujud, berapa ratus kali pun diklik, yang muncul hanya angka 404. Inilah dunia ilmiah – yang berasaskan ilmu pengetahuan yang dikumpul melalui kajian, ujikaji di bilik makmal dan penulisan pengalaman terkumpul.

Ilmu pengetahuan yang ilmiah ini bukan datang daripada mimpi atau angan-angan.

Hari ini musuh utama rakyat satu Malaysia ialah gerombolan United Malays National Organisation. Musuh sampingan rakyat satu Malaysia ialah Barisan Nasional. Malah dalam gerombolan itu sendiri tidak semuanya perlu dianggap musuh utama.

Begitu juga Barisan Nasional - bukan semua mereka musuh utama kita, banyak juga sering tidak sebulu dengan gerombolan United Malays National Organistion – ini kerana ada kontradiksi antara sesama mereka.

Contohnya, rakyat Sabah dan Sarawak ingin bebas daripada cengakaman United Malays National Organisation. Parti Gerakan ingin menjadi lebih demokratik. MCA ingin lebih banyak mendapat projek. Semua ini kontradiksi di kalangan Barisan Nasional sendiri yang wajib kita eksploit untuk menguntungkan orang ramai.

Sekarang mari kita fahami siapa pula musuh utama rakyat dunia. Jawapnya tidak lain dan tidak bukan ialah kaum imperialis
Anglo-Amerika. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika inilah yang sedang mengancam rakyat dunia. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika sedang
mendominasi ekonomi negara-negara dalam dunia ini. Inilah kontradiksi induk. Inilah punca segala masalah yang sedang menghuru-harakan dunia.

Satu ketika nanti jika gerombolan United Malays National Organistion bangun menentang kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika kerana kepentingan ekonomi mereka terdesak, maka kita patut bersama menyokong. Musuh kita yang menjadi musuh kepada musuh utama kita adalah kawan sampingan.

Semua ini adalah asas taktik dan strategi politik yang paling minimum.

Inilah pentingnya memahami kontradiksi. Inilah pentingnya membaca dan mengkaji, bukan hanya mendengar surah dan labon. Justeru apabila Thunderbirds tim tentera tentera udara Amerika datang membuat pertunjukan mereka di Kuala Lumpur – tim ini wajib dicap sebagai musuh utama.

Air Force America adalah pendukung utama kuasa Anglo-Amerika. Manakala Beyonce seorang penyanyi adalah manifestasi budaya dari sistem ekonomi kapitalis Anglo-Amerika, bukan pendukung utama. Dalam politik, yang wajib kita tentang dan lawan bukan manifestasinya tetapi punca yang melahirkan manifestasi itu.

Sistem eknomi kapitalis melahirkan banyak manifestasi budaya. Adalah bangang untuk melawan manifestasinya. Kita juga akan dilihat sepuluh kali bangang dan bodoh politik jika berjuang menuntut agar kedai toto di Jalan Yap Kwang Teng ditutup.

Ini kerana perjudian adalah manifestasi utama daripada sistem ekonomi kapitalis. Malah bursa saham itu sendiri adalah sarang perjudian utama. Justeru apa yang harus digodam bukan manifestasi kapitalis tapi sistem kapitalis itu sendiri.

Salah satu daripada kejayaan manifestasi budaya kapitalis ini ialah melahirkan warga yang tumpul akal dan bonsai fikrah hinggakan tidak dapat mengenal yang mana kontradiksi utama dan yang mana kontradiksi sampingan - tidak berupaya untuk mengenal apa manifestasi dan apa yang melahirkan manifestasi itu.

Akhirnya muncul perjuangan menuntut pengharaman penjualan burger kerana terdengar cerita adanya gelatin tidak halal dalam burger. Tetapi tidak berjuang untuk melupuskan MacDonald dan Burger King. Inilah tanda awal bahawa fikrah yang bonsai tidak kesampaian untuk berfikir.

Cyberluncai: Hanya mampu tersenyum.....

Saturday, November 14, 2009

Sekadar dipinggiran

oleh: GB

Terlepas dari hasrat untuk merendahkan kewibawaan Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang, namun jawapan Presiden PAS di atas saling tak tumpah jawapan yang diberikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika sewakti diminta oleh ahli UMNO untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO, apatah lagi waktu itu Abdullah berbeza pandangan dengan mantan PM, Tun Dr. Mahathir.

TG Abd Hadi sepatutnya memperbaiki kelemahan apabila menerima kritikan. Abd Hadi sepatutnya peka dan perihatin bahawa di zaman ini, tidak ada ruang untuk pemimpin yang lemah dan tidak energetik. Tidak ada ruang untuk pemimpin yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu melaksanakan tugas pengurusan parti untuk membawa kecemerlangan kepada organisasi yang dipimpin.

Seorang pemimpin utama parti yang mulia perlu mendengar dan berterima kasih di atas segala teguran. Malah seorang pemimpin yang mulia perlu berani mengakui kelemahan dan bersedia untuk berundur jika tampak jelas dia gagal melaksanakan amanah dan menyerahkan kepada ahli untuk melantik pemimpin baru yang lebih berwibawa dan bertenaga. Seorang pemimpin yang mulia tidak perlu mendakwa masih menerima sokongan akar-umbi jika ia hanya sebagai satu agakan rambang semata-mata kerana belum ada yang mengemukakan usul undi tidak percaya.

Seorang pemimpin parti perlu bersiap seperti Umar Al-Khattab yang berterima kasih kepada pengkritiknya yang sudi menegur sekalipun dengan mata pedangnya.

Abd Hadi perlu proaktif, kreatif dan innovatif di dalam merangka program-program parti. Tidak sepatutnya terhad kepada isu kontemporari dan hal-hal picisan. Era berceramah, berpidato dan berretorika sudah berlalu. Kini era berlumba-lumba untuk bekerja. Era berlumba-lumba untuk kecemerlangan, dunia dan akhirat.

Lajnah-lajnah PAS sepatutnya digerakkan sama seperti kementerian-kementerian yang mengutamakan budaya kecemerlangan dengan Islam sebagai dasar bagi melonjakkan parti jika benar ingin menjadikan parti sebagai "kerajaan yang dinanti".

Kita juga tak suka nanti ada yang memegang sepanduk meminta Presiden parti kita TURUN seperti yang pernah dilakukan oleh rakyat terhadap Abdullah. Namun jika kritikan dan pandangan para ahli diabaikan, apa yang berlaku kepada Abdullah tidak mustahil akan berlaku kepada Abd, Hadi juga. Bukan untuk mengajar Abd Hadi (kerana siapa GB untuk melakukan demikian), tetapi itu sunnatullah dan sunnatullah tidak pernah berubah, mafhum Al-Quran.


___________________________________________



Salam,

Saya teruja untuk memberi komen yang agak berbeza dari penulis. Bukan menyokong mana-mana pihak, namun setiap komentar pada saya mestilah tidak begitu nampak bias (berat sebelah) atau ada sesuatu yang tersimpan dalam jiwa yang tidak tenang ini (prejudis).

1. Buka balik krisis besar yang pernah melanda Umno dizaman Tun Abdullah (TAB) dahulu, di mana impak kuat yang mahukan dia meletak jawatan datang dari bukan sahaja grass-root yang besar, malah dari bekas Presiden Parti, Tun Mahathir (TDM). Berbeza dengan PAS atau lebih tepat lagi, TGHH yang mana beliau bukan sahaja mendapat tempat dihati perwakilan, malah menang tanpa bertanding...Bukan atas desakan sesiapa, atau dilantik khas oleh sesiapa pun. Berlainan dengan Pak Lah, dia dilaktik oleh TDM dan ahli diarah untuk menyokongnya tanpa banyak soal...dan rupa-rupanya 'sokong membawa rebah'.

2. Komen secara secara spontan di depan media (PC) kadang-kadang memerlukan jawapan yang berhati-hati dan 'play save' answer, supaya isu tertentu tidak lagi disensasikan. Itu proses biasa dalam mana-mana PC oleh pimpinan baik PAS, PKR, DAP mahupun BN....no issues. Cuma, sesetengah orang yang masih prejudis dan tidak 'tenang' jiwanya masih ragu-ragu dengan keadaan.

3. Kerja parti adalah tugas semua, cuma kekuatan jentera boleh juga bergantung kepada pimpinan tertinggi di peringkat pusat, mahupun kawasan...Gerakan yang lebih sistematik memerlukan pemahaman yang luas bukan sehaja diperingkat nasional akan tetapi diperingkat lokal. Sememangnya gerakkerja diKelanatan berbeza dengan Terengganu, begitu juga di Selangor, apatah lagi Sabah dan Sarawak. Kita di Selangor tidak boleh kata PAS Kelantan salah strategi, juga di Kelantan tidak boleh Selangor salah atau sebaliknya. Masing-masing ada local impact yang berbeza. Kalau isu setempat dicampur baur isu nasional maka saya rasa di Malaysia ia agak kurang praktikal, kerana rakyat Malaysia secara keseluruhannya masih diperingkat yang 'lok-lak' bak kata orang Kedah...iaitu masih mencari-cari kepastian dan sedang mengenal konsep politik sebenar. Pas sedang dan telah menyediakan satu platform yang luas untuk semua rakyat bagi mewujudkan satu pemerintahan yang lebih menyokong dan membela rakyat marhaen.

4. Pak Lah dilihat amat mementingkan kroni, bermula dari adik beradik, anak pinak dan yang paling prominant adalah kelibat insan yang bernama Khairy Jamaluddin, iaitu menatu Pak Lah yang 'lebih sudu dari kuah'. Ini yang menyebabkan rakyat cukup marah dan mendesak Pak Lah agar turun dari jawatan PM. TDM sewaktu itu pula hampir setiap waktu menghentam Pak Lah, tidak kira di mana-mana pentas, hatta dipentas pembangkang pun dia sanggup asalkan Pak Lah ditentang. Kredibili Pak Lah untuk memimpin dan berucap pada waktu itu tidak diambil pusing, tetapi dia di'hentam' kerana dikatakan dipengaruhi oleh 'budak tingkat 4'. Ini nampak terlalu jauh berbeza dengan TGHH, dan nampak sangat sebenarnya tiada isu besar yang sedang dicanangkan, tetapi tidak lain semata-mata ingin PAS berbecah-belah...atau ada agenda yang lebih dari itu??? (Wallahu a'alam..Allah sahaja yang Maha Mengetahui)

5. Komen-komen yang menghentam dan menrendah-rendahkan pimpinan pada asasnya bukan ciri-ciri seorang Islam yang patuh dan akur dengan adab berkhilaf di dalam jemaah. Kalaulah mereka ini seorang ahli parti atau jemaah yang tulen dan tulus ikhlas, perbezaan pandangan atau sebarang pandangan yang berlainan dengan jemaah, disorok jauh-jauh dari pengetahuan 'orang ramai', kerana mereka tahu di dalam 'orang awam' itu terselit 'syaitan-syaitan' yang sedang menunggu bagi menimbulkan sebarang sifat-sifat mazmumah (tercela) yang boleh merosakkan iman seseorang. Saya cukup respect dan 'salute' dengan Sdr Khalid Samad dan Akhi Sa'ari Sungib, biarpun mereka dikatakan kununya 'dipecat' dari jawatan, tetapi masih boleh rilex dan bersangka baik dengan Pesuruhjaya sendiri. Tetapi yang mengada-ngada, mereka yang tidak ada kaitan dengan kes-kes yang disebutkan tadi....mereka ini yang lebih-lebih, tetapi pimpinan 'cool' sahaja...

6. "Seorang pemimpin parti perlu bersiap seperti Umar Al-Khattab yang berterima kasih kepada pengkritiknya yang sudi menegur sekalipun dengan mata pedangnya." Akan tetapi, seorang ahli juga hendaklah jadi seperti Syaidina Ali Abi Talib, yang lebih suka patuh kepada pimpinan Usman 'Affan, walaupun pernah dikritik sebagai lembab...dan selamamana Khalifah 'Usman tidak melakukan maksiat kepada Allah...

Fiqar

Thursday, November 12, 2009

PATUH KEPADA KEPUTUSAN: itulah yang terbaik...

Berikut wawancara wartawan Harakah, INTAN ABDULLAH bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkatakan beberapa isu kontroversi sebelum ini hingga terlaksananya Seminar Memperkasakan PAS 7 Nov lalu, bagi menggantikan cadangan asal beliau Muktamar Khas (EGM).



HARAKAH: Bagaimana Tok Guru lihat perbezaan pendapat diuruskan dalam PAS?

Perbezaan pendapat tidak dapat tidak pasti akan berlaku. Tiada manusia yang tinggal di bumi ini menjadi pak turut selama-lamanya. Yang tidak boleh berbeza pendapat ialah Rasulullah kerana kata-katanya bukanlah daripada pendapat sendiri, tetapi ianya diwahyukan Allah.
Bagaimana kita hendak melawannya? Wahyu Allah tiada satu pun yang bercanggah dengan fitrah manusia. Allah mengharamkan benda yang keji kerana tiada manusia yang sukakan kejahatan dan keburukan.
Pergilah ke mana sekalipun, Allah mengharamkan perbuatan keji. Begitu juga dengan perkara wajib kerana ia merupakan hak manusia seperti taat kepada ibubapa, tolong-menolong, dan sebagainya.
Jadi tiada sebab hendak melawan Rasulullah kerana apa sahaja yang dituturkan baginda bukan datang daripada dirinya sendiri. Ianya datang daripada wahyu Allah. Dan wahyu Allah bukan untuk baginda seorang sahaja sebaliknya seluruh manusia termasuk semua Nabi terdahulu.



Kenapa wujudnya perbezaan ini?


Kita tidak boleh bersatu kerana Allah membuat tubuh badan manusia ini dengan adanya nafsu, dan setiap manusia tidak mempunyai nafsu yang sama. Maka hal inilah yang menimbulkan balah.
Apabila berlaku balah, ia mesti mempunyai rujukan. Ia perlu merujuk kepada yang tidak mempunyai nafsu iaitu Allah kerana Dia tidak mempunyai nafsu. Satu daripada perintah Allah ialah menerusi nasihat, sama ada nasihat ini disampaikan oleh ketua keluarga, ketua kampung ataupun ketua kerajaan, sama ada nasihat peribadi, atau nasihat secara keputusan berkumpulan yakni keputusan parti, atau kerajaan.
Keputusan ini mesti selaras dengan kehendak Allah. Kalau tidak selaras bermakna kita telah mengambil alih peranan Allah. Allah tidak ada kepentingan ke atas manusia sedangkan manusia mempunyai kepentingan.
Oleh kerana itu, manusia hendaklah menolak sebarang kepentingan diri dalam membuat keputusan dan kembali kepada Allah. Saya bernasib baik kerana orang PAS mempunyai pandangan mereka sendiri. Mereka boleh bercakap apa yang dikehendaki tetapi mesti menerima keputusan umum.
Contohnya dalam isu Kerajaan Perpaduan, kita buat dua kali keputusan di dua muktamar iaitu di Ipoh dan Shah Alam untuk menolak idea tersebut. Tetapi terdapat juga tindakan-tindakan yang mencurigakan yang bertujuan ke arah itu.
Ini 'mengganggu' perlaksanaan keputusan itu sehingga menyebabkan masalah ini tidak selesai. Apabila parti telah membuat keputusan walau apa sekalipun maka kita hendaklah mematuhinya. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah wujudnya orang yang berasa dirinya tidak terikat dengan keputusan parti. Hal ini tidak kena.



Kenapa Tok Guru kritik?


Saya buat begitu kerana terlalu sayang kepada PAS. Kerana itu, saya komen kalau nampak sesuatu yang boleh mencalarkan nama baik PAS. Bukan hanya komen semata-mata hendak mencari salah kerana bagi saya PAS ini bekal bagi akhirat.
Bekal di akhirat ini amat mustahak kerana kita manusia ini tidak mati rohnya tetapi jasadnya sahaja yang hancur. Roh kita tidak mati, sebab itu ada nikmat kubur dan azab kubur.



Mengapa sekarang Tok Guru bangkitkan lagi isu ini?


Saya bangkitkan hal ini selepas membaca artikel tulisan Prof Aziz Bari yang merupakan seorang professor, ilmu banyak, pengalaman luas dan Kelantan juga pernah menjemputnya datang berkongsi ilmu dengan rakyat negeri ini.
Jadi, saya merasakan tulisan beliau ini bukanlah sekadar berbentuk tuduhan melainkan ianya mengandungi fakta. Ia tidak boleh dibiarkan. Saya sebagai orang tua yang telah duduk lama di dalam parti ini merasakan perkara ini perlu diambil tindakan.
Dan sekarang saya bersyukur hasrat saya untuk menyedarkan ahli dan pimpinan PAS bahawa ada 'sesuatu' telah masuk ke dalam rumah kita ini telahpun berhasil. Saya perlu menggerakkan anak buah saya untuk menyiasat 'benda apa yang masuk', sama ada ianya manusia atau binatang.



Ada yang menyatakan Tok Guru tidak menggunakan saluran yang betul dalam menyalurkan pendapat dan kritikan. Kenapa paparkan dalam blog yang boleh undang kontroversi?


Saya telah mengadakan pertemuan dengan beberapa orang pimpinan mengenai isu ini sejak ia dibangkitkan dan mengutus surat kepada Presiden PAS menyebutkan perkara itu.
Saya menggunakan blog kerana mengetahui kadar capaiannya yang lebih luas kepada pembaca. Saya yakin dengan keberkesanannya dalam menyampaikan sesuatu. Justeru saya mengambil tindakan sedemikian setelah membuat tindakan-tindakan sebelum itu.



Adakah perlu pertahankan pandangan kita apabila ditegur dan dikritik?


Kalau orang komen kita, kita kena bincang dengan mereka dan meneliti terdapat kemungkinan ada benarnya, sama ada di sebelah kita ataupun dia. Bila dia salah, kita tegur dia dan kalau kita salah, kita terima. Tetapi asasnya mesti selari dengan agama Allah.
Hendak tegur saya boleh, tetapi adakah apa yang saya buat ini menyalahi syariat Allah? Agama itu mesti dijadikan sebagai titik pertemuan. PAS mesti mempertahankan dasar-dasar Islam yang ada padanya, bukan dasar sekular.



Bagaimana nak uruskan perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat?


Kita kena kemukakan Islam terlebih dahulu. Biar orang bukan Islam tengok. Sepertimana yang kita lakukan di Kelantan. Arak tidak dibenarkan kecuali orang bukan Islam. Kita berikan mereka lesen.
Tetapi ianya haram bagi orang Islam. Judi tidak dibenarkan kepada semua orang di Kelantan, kerana judi ini dapat duit tidak menggunakan otak dan hanya bergantung kepada nasib.



Apakah hasil yang Tok Guru diharapkan daripada seminar khas Sabtu lalu?

Supaya PAS tahu apakah 'binatang' yang memasuki rumah kita. Kalau tetamu kita layan dan hormati, dan kalau ianya musuh kita lawan dia. Tujuan kita mengambil tindakan sedemikian untuk memastikan segala tindak-tanduk kita di atas muka bumi ini termasuklah berpolitik dibuat kerana Allah, berniaga malah memangkah undi juga kerana Allah.
Dengan itu, barulah kita boleh menuju kepada akhirat. Ini kerana apabila berada di sana kita tidak dapat melakukan apa sahaja seperti mana kita masih berada di dunia sekarang ini, ianya di luar kawalan kita.
Semua manusia tidak mengira sama ada Melayu, Cina, India, PAS, Umno mesti mati dan akan dihidupkan semula. Mereka ini akan dibawa di hadapan Allah. Ini merupakan ketentuanNya.
Oleh itu, manusia pasti ada yang berbeza pendapat dan kita kena terima keadaan ini. Keputusan yang hendak dibuat juga perlu selaras dengan kehendak Allah.



Berdasarkan kajian Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, ramai yang ingin PAS sekadar bersekutu dengan Pakatan Rakyat. Apa pandangan Tok Guru?

Apa jua namanya bersekutu atau bersatu, apa yang saya sangat inginkan ialah rakyat Malaysia ini bersama dengan PAS kerana PAS sahaja yang mengemukakan Islam. Islam ini bukan pandai-pandai dibuat oleh PAS melainkan ianya adalah wahyu daripada Allah kepada RasulNya.
Jadi barangsiapa yang merasakan Islam ini cacat dan tidak boleh diterima, seperti ada yang melaksanakan dasar kebangsaan dan menolak Islam bererti dia menganggap Islam dan Allah ini cacat.
Mana boleh Allah cacat? Mereka tidak sedar akan implikasinya. Apakah kategori manusia yang hendak kita sebutkan itu?
Bagaimana dia hidup di atas bumi Allah, tetapi menganggap Allah cacat? Minum air Allah, dan sebagainya. Ini merupakan kebodohan orang Islam yang mengambil kebangsaan sebagai dasar.
Salah satu tindakan Umno yang dikatakan sekular ini adalah dia seorang sahaja yang mempunyai radio, televisyen, suratkhabar, seolah-olah ingin menunjukkan bahawa hanya dia sahaja yang cerdik dan semua orang lain bodoh. Umno kata mengamalkan demokrasi, tetapi tidak. Ini semua adalah nafsu semata-mata.
Jika ke Eropah, kita lihat demokrasi mereka. Dibenarkan pembangkang mendapat hak untuk mempunyai radio, dan sebagainya. Malah ada yang memberikan wang peruntukan kepada parti pembangkang. Itu baru demokrasi. Ini tidak, semua duit dibolot Umno. Petroleum Kelantan (royalti) tidak mahu diberikan. Ini menambahkan mual rakyat kepada Umno dan sekutunya.



Pesanan Tok Guru kepada perwakilan dan pimpinan PAS...

Perwakilan perlu patuh kepada keputusan seminar. Ini kerana mereka telah diberi peluang untuk bercakap dan berbahas. Semua pihak termasuk pimpinan perlu mematuhi keputusan itu. Ini kerana pimpinan pun tidak maksum (terpelihara daripada melakukan sebarang dosa dan kelemahan).
Jika Dr Aziz Bari sebut 'kapten' dalam artikelnya, saya pun 'kapten' juga. Bukan ketua kawasan atau cawangan. Jadi saya pun 'kapten' juga. Saya pun termasuk orang yang ditegur oleh Dr Aziz Bari, dan saya kena laksanakan dan terima teguran itu.
Cuma saya telah tua sekarang ini dan hanya boleh membaca kepala angin yang boleh membaca sama ada ribut atau hujan akan turun berdasarkan pengalaman saya.
Saya boleh baca contohnya jika air berombak, saya akan menyatakan mungkin ada tunggul di bawahnya. Tapi jika saya hendak mengangkat sauh sendiri sekarang ini saya sudah tidak berdaya melakukannya. Begitu juga hendak mengangkat dayung atau turun mencampakkan sauh pun saya tidak mampu. Orang lain lah yang perlu melakukannya.
Jadi, saya hanya boleh baca kepala angin. Ini kerana terdapat angin yang bawa ribut atau hujan berdasarkan pengalaman saya yang ada.




Maknanya Tok Guru akan pertahan pandangan sebelum ini?


Apa sahaja keputusan, saya akan terima. Jika keputusan seminar meminta saya menarik balik tulisan di blog saya sebelum ini, maka saya akan ikut. Sebab itu dalam artikel tersebut saya mulakan dengan tiga kisah yang Allah tegur Rasulullah.
Pertama, Rasulullah ditegur kerana tidak pedulikan orang buta. Orang buta itu datang ke rumah baginda yang kebetulan tengah bercakap dengan Ketua Kaum Quraisy. Baginda tidak mempedulikannya kerana dia orang buta. Sehingga Allah menurunkan surah 'Abasa sebagai tanda kemarahan Allah kepada Rasulullah.
Kenapa tidak pedulikan orang buta itu sedangkan ia datang untuk belajar? Kalau Rasulullah ditegur, maka apa yang pelik jika saya sebagai Mursyidul Am ditegur? Saya terima Lillahi Taala dan saya anggap itu sebagai periuk nasi saya kelak.
Hidup saya ini adalah untuk mencari makanan, untuk makan di akhirat kelak. Sekarang ini periuk saya di dunia, makan gaji, orang berniaga. Di akhirat kelak semua perkara tidak laku, sebaliknya hanya pahala yang diambil kira.
Apa sahaja yang dilakukan di dunia kalau tidak betul maka akan diberikan dosa dan kalau betul diberikan pahala. Bukan senang duduk di atas dunia ini kecuali buat bumi sendiri. Tapi kalau tidak boleh buat bumi sendiri janganlah bercakap besar.

Cyberluncai: Maka selepas ini, kita kenal siapa 'kawan' atau 'lawan'

'PAS REFORM': Kerja sia-sia? I

Beberapa blogger sedang bergiat aktif untuk melakukan 'reformasi' didalam parti PAS. Persoalan yang masih terbeku dan belum boleh dirungkai secara logik oleh penulis adalah....BAGAIMANA?



Ok, mari kita buka beberapa isu yang kununya ingin di'reform'kan oleh mereka;
1. Presiden PAS tidak menepati arus kontemporari
2. Sesetengah pimpinan tinggi PAS ingin bersama dengan Umno
3. Pemimpin PAS kurang faham dengan situasi semasa
4. Pelbagai lagi alasan yang bersifat suasana tempatan terutamanya di Selangor
5. Kepimpinan ulama' tidak relevan dengan dunia moden
6. Mungkin ada lagi yang tidak disenaraikan...



Ayuh, mari sama-sama kita fikirkan....

Bagaimana Presiden PAS dipilih...?

-Pemilihan TG Presiden berlaku sewaktu adanya muktamar-muktamar pemilihan. Dan ia dilakukan oleh perwakilan-perwakilan yang disetiap pelusuk negeri dengan cara mencadangkan nama atau calun-calun yang dirasakan perlu bertanding di peringkat nasional atau pusat. Kalaulah misi 'PAS Reform' ini ingin menukar atau memecat Presiden PAS yang sedia ada, maka bagaimana??? Mungkin dengan cara melobi dan menanamkan sifat 'benci' kepada seseorang, malah kalaulah mereka ada calun yang sesuai boleh dicadangan diperingkat kawasan masing-masing. Itupun kalaulah mereka ahli PAS, kalau tidak, macamana "Orang DAP boleh cadang atau beri nama untuk presiden MIC"???? Lawak bukan...???

Bolehkah dia dipecat...?
-Boleh, akan tetapi ia hendaklah mengikut prosedur parti yang sudah termaktub, dimana pihak tertentu didalam Jawatankuasa atau secara suara perwakilan menghantar undi tidak percaya, dan ini sebaris dan selaras untuk semua pertubuhan yang berdaftar dengan ROS, macam yang berlaku kepada MCA tempoh hari...Dan itupun, ia mestilah mengikut kehendak perwakilan yang juga adalah sememangnya ahli PAS....Logiknya, walhal merekalah yang memilih, tetapi tidak sampai setahun, nak tukar orang lain pulak...

Maka, pemecatan atau penukaran Presiden PAS yang sedia ada sebenarnya agak sukar dibuat, malah agak kurang logik ianya berlaku paling kurang sehingga muktamar pemilihan akan datang...

Jadi, apakah kerja-kerja kearah pemecatan atau penukaran Presiden ini sia-sia?

-Mungkin bukan sekarang, tetapi belum tentu untuk akan datang...

Oleh, itu apakah tumpuan kita sekarang?
-Sebab itu, penulis lebih rasa ianya satu 'kerja' yang amat sia-sia kalau segala tenaga, masa dan wang ringgit ditumpukan sepenuhnya kepada kearah proses ini sekarang. Mengapa tidak ditumpukan ke arah menumbangkan kerajaan BN yang sedia ada sekarang?

Bersambung....

Akan datang;
1. Mengapa blogger PR lebih hebat dari blogger BN?
2. Siapa dibalik tabir selama ini?
3. Kearah menanam persepsi positif kepada pimpinan PR
4. Reformasi kepimpinan atau Realiti keupayaan?


"Ada Berani...?????"

Wednesday, November 11, 2009

Dialog antara dua bloggers: Ust Misbah vs Bagan Utama

JAWABAN TERHADAP respon kepada tulisan Misbahul Munir
Fitnah: Ust. Abu Bakar Chik (ABC) mencela TG Nik Aziz (TGNA)


Oleh Ust Misbahul Munir



Ramai yang minta saya jawab respon Baganutama walaupun tidak berminat nak jawab, tetapi bila ada desakan supaya segala fitnah akan terhapus, maka saya jawab respon Baganutama.

Salam satu Malaysia. Terima Kasih kepada semua yang sudi melawat kami di Baganutama. Rupanya artikel mengenai Abu Bakar Cik di sini menjadi persoalan sesetengah pihak.

Apa yang didakwa oleh penulis-penulis blog terhadap Ust Abu Bakar Chik dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat adalah bohong dan tidak benar. Kononnya Ust Abu Bakar Chik menyergah dan mengherdik Tok Guru dengan biadab, mengatakan Tok Guru nyanyuk, orang tua dan perlu letak jawatan sebagai Mursyidul Am.
1] Penulis tidak pernah guna perkataan herdik walaupun maksud dia lebih kurang dengan word sergah. Nampaknya Misbahul Munir ada buat sedikit penambahan dari artikel penulis. Bohong ?? Terpulang pada perawi cerita. Mari kita teruskan point by point.


Misbah : Sergah ke herdik ke, yang penting maksudnya sama, anda membohongi semua orang kononnya Ust ABC sergah Tok Guru, ternyata Ust ABC tidak menyergah Tok Guru. Saya dapat buktikan dengan menghubungi beberapa AJK PAS Pusat yang lain. Saya akan sebut nama AJK PAS yang saya hubungi, kalau anda sebut nama AJK PAS yang kata Ust ABC sergah Tok Guru.

Saya sangat kenal dengan semua AJK PAS Pusat berbanding dengan penulis-penulis blog. Saya boleh telepon semua AJK untuk mengetahui cerita yang sebenar,...
2] Ini bukan hujah. Penulis pun kenal dengan semua AJK.


Misbah : Ya, saya memang mengenali mereka dan mereka juga mengenali saya, anda kenal mereka tetapi belum tentu mereka mengenali anda. Sila dedahkan identiti anda untuk saya tanya AJK PAS pusat adakah mereka mengenali anda yang beselindung atas nama Baganutama.

Saya mengenali mereka kerana mereka adalah pemimpin yang kita pilih dalam muktamar, saya hormat dan patuh kepada keputusan mereka sebagai pemimpin. Kalau pemimpin buat silap, saya akan tegur mengikut saluran yang betul bukan menerusi blog.

Saya tahu anda juga mengenali mereka tetapi bukan sebagai pemimpin yang dihormati, anda kenali untuk membolehkan anda mengutuk,mengecam, mencaci dan memaki mereka.

Saya tidak bermaksud mendabik dada kerana kenal mereka, tetapi saya nak beritahu semua orang yang terpengaruh dengan tulisan anda, kalau saya memang ingin tahu apa yang berlaku dalam mesyuarat, saya boleh call semua AJK untuk mengetahui apa yang berlaku, tetapi saya tidak sebodoh itu untuk bertanya dengan semua orang, apa hak saya nak tahu perjalanan mesyuarat. Cukuplah saya tahu apa keputusan mesyuarat khas tersebut, sebagai ahli PAS saya patuh dengan keputusan tersebut. Walau bagaimanapun sebab ahli PAS di Perak rujuk saya mengenai tulisan dalam blog, jadi sebagai Setiausaha Perhubungan Negeri saya terpaksa mencari sumber yang sebenar.

Saya hubungi beberapa orang Jawatankuasa Harian dan AJK PAS Pusat yang sangat rapat dengan saya untuk mengetahui kebenaran dakwaan dalam blog tersebut. Ternyata semua dakwaan dalam blog tidak betul,anda menulis dengan niat dan maksud yang sangat jahat. Ust Abu Bakar Chik tidak pernah mengeluarkan kata-kata seumpama itu, tidak keluar ucapan Tok Guru Nyanyuk, orang tua, letak jawatan dan sebagainya sebagaimana yang didakwa oleh blog.

3] Orait. Betul ke Abu Bakar Cik tidak pernah mengeluarkan kata-kata seumpama itu ?? Kenapa tidak Abu Bakar Cik yang sendiri tampil mengeluarkan statement penafian terhadap artikel penulis ?? Kenapa perlu Misbah yang pertahankan Abu Bakar Cik ?? Bukankah Abu Bakar Cik seorang pemberani mempertahankan TG Hadi semasa mengkritik secara bersopan-santun dan berhikmah terhadap Prof. Aziz Bari semalam ?? Jika dengan Aziz Bari yang dijemput semalam sebagai tetamu dalam seminar khas pun boleh ABC berkata demikian, inikan pula dengan Tok Guru yang puluh tahun dia selalu berjumpa.

Misbah : Ust Abu Bakar Chik tidak perlu menafikan dakwaan karut anda, anda yang menuduh, andalah sepatutnya membuktikan dakwaan tersebut. Dalam mahkamah mana sekalipun, pendakwa mesti membuktikan dakwaannya. Saya pertahankan kerana Ust ABC difitnah, andalah yang berbohong dan menabur fitnah.
Ust Abu Bakar Chik memang bersuara tinggi dalam seminar tempoh hari, tidak perlu dinafikan semua yang hadir dalam seminar tahu. Yang ini saya tidak mempertahankannya kerana memang dia cakap begitu, mengapa beliau bercakap demikian, dia tentu ada jawaban sendiri.
Saya cabar anda kalau memang anda anak jantan, saya pertemukan anda dengan Ust ABC, anda bermubahalah dengan Ust ABC mengenai dakwaan anda sekiranya benar. Seminggu dari sekarang sila dedahkan diri anda untuk saya aturkan mubahalah tersebut.


Ust Abu Bakar Chik sama macam AJK yang lain bersuara menyatakan pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan, beliau ada menegur Tok Guru supaya tidak menulis dalam blog bagi menyatakan pandangannya terhadap masalah dalaman parti, dan Tok Guru menerima terguran tersebut dengan hati terbuka.

4] Point ini dinantikan oleh semua. Bagaimana cara teguran Abu Bakar Cik terhadap Tok Guru ?? Bukan setakat blog sahaja. Banyak perkara yang telah diperkatakan oleh dia. Abu Bakar Cik memang desak Tok Guru letak jawatan. Seperti gesaan penulis dalam artikel yang lalu, sila Abu Bakar Cik nafikan sendiri. Tok Guru menerima teguran dengan terbuka ?? Kenapa Tok Guru secara tiba-tiba tinggalkan mesyuarat ?? Walhal mesyuarat itu diadakan khas untuk beliau. Beliau pencetus kepada mesyuarat itu. Tidak relevan lagi mengadakan mesyuarat tanpa kehadiran Tok Guru.

Misbah : Anda jangan berbohong la, kalau memang anda tahu sangat butiran yang Ust ABC cakap dalam mesyuarat sila detailkan satu persatu, kalau ada rakaman sila kemukakan rakaman tersebut. Kalaupun Ust ABC minta Tok Guru letak jawatan, itu pandangan dia sebagai ahli mesyuarat, salah ke dia bagi pandangan supaya Tok Guru letak jawatan?, Menyalahi perlembagaan ke kalau dia bercakap demikian ? Sebut fasal berapa dalam Perlembagaan PAS. Yang nyata Ust ABC tidak bercakap sedemikian, dia hanya menegur Tok Guru supaya Tok Guru tidak menulis dalam blog mengenai masalah dalaman parti, Tok Guru pula menerima dengan hati yang cukup terbuka. Inilah contoh pemimpin kita.
Tok Guru tinggalkan mesyuarat kerana faktor kesihatan. Di mana-mana majlis sekalipun Tok Guru jarang tunggu sehingga program tamat, di Perak Tok Guru datang ceramah baru-baru ini tak sampai 30 minit, lepas ceramah dia pulang awal kerana faktor kesihatan, apatah lagi Tok Guru tidak boleh tahan di bilik mesyuarat yang berhawa dingin. Semua orang tahu tahap kesihatan tok guru.
Saya hubungi saudara Anuar Bakri (Setpol Tok Guru), beliau ada di Pejabat Agung ketika mesyuarat dijalankan, saya bertanya benarkah tok Guru masuk IJN selepas balek awal dalam mesyuarat, Anuar Bakri kata Tok Guru balek ke Rumah Kelantan, Tok Guru tak masuk IJN, Tok Guru tak berapa sihat, tak tahan dengan aircond. Subuh esok solat berjamaah dengan semua ahli rombongan, jam 9 pagi naik fligt balek ke Kota Bharu dan terus mengikuti program di Kelantan.
Tok Guru masuk IJN semasa menghadiri mesyuarat raja-raja tiga empat hari selepas itu. Sekali lagi anda berbohong.


Keesokan hari Tok Guru ditanya oleh wartawan di Bachok, Kelantan tentang mesyurat khas yang diadakan, Tok Guru menyatakan kepada wartawan beliau sangat puas hati dengan perjalanan mesyuarat, Tok Guru menjawab ringkas "biasalah dalam mesyuarat, ada tegur menegur, saya ditegur, Presiden PAS juga saya tegur, Hasan Ali juga ditegur". Beliau sangat puas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas tersebut dan bersetuju dengan keputusan mesyuarat untuk mengadakan Seminar Memperkasakan Parti bagi menggantikan EGM yang dicadangkan.

5] Ini cuma statement politik dari Tok Guru yang licik. Tidak mungkinlah dia nak beritahu isi dan intipati mesyuarat kepada wartawan arus perdana secara terus. " Ambo didesak letak jawatan malam tadi," takkan lah Tok Guru nak cakap macam tu. Tun Mahathir pun didesak letak jawatan jugak semasa jadi PM dulu. Tapi dia cerdik dengan tidak berterus-terang. Tok Guru pun cerdik sama.

Misbah : Anda sendiri mengakui Tok Guru esok harinya sihat tidak masuk IJN, buktinya dia boleh hadir program dan menjawab soalan wartawan. Sah anda berbohong dan menfitnah Tok Guru, dalam blog anda kata Tok Guru masuk IJN, kalau masuk IJN dah tentu sakit tok Guru serius, malam masuk IJN pagi esok boleh imami solat Subuh di kediaman Rumah Kelantan, pukul 9 boleh naik fligt balek Kota Bharu, kemudian boleh hadir program di Bachok. Lu fikir la sendiri, nak buat cerita bohong pun, janganlah sampai nampak anda ni tak cerdik nak berbohong.

Kepada penulis blog yang mengaku ahli dan penyokong PAS, tulislah dengan jujur, jangan tulis hanya sekadar untuk mendapat hit yang tinggi setiap hari,

6] Penulis adalah penyokong Pakatan Rakyat. Ahli PAS ?? Ha Ha Ha. Den raso nak muntah jap. Tulis sekadar dapat hit yang tinggi setiap hari ?? Untuk apa ?? Laman ini tidak punya apa-apa iklan pun samada iklan ubat tenaga batin atau iklan perniagaan yang lain. Bukan jadi kaya pun den menulis kek sini. Ringkas cerita blog ini tidak punya kepentingan apa-apa pun.

Misbah : Kami tak perlu penyokong Pakatan Rakyat macam anda, pembohong, penghasut dan penfitnah. Memang anda tidak dapat apa-apa dari hasil iklan, tapi saya percaya anda dapat habuan hasil kejayaan tulisan anda memporak peranda PAS. UMNO sangat gembira dengan anda, boleh jadi anda dapat habuan dari UMNO BN.

7] Oklah. Penulis dan Misbah sama-sama mengaku tidak berada dalam dalam mesyuarat. Masing-masing mengaku mendapat sumber dari orang yang berada dalam mesyuarat itu. Dan publik tidak tahu samada penulis atau Misbah yang berkata benar. Tetapi publik boleh mengkaji qorinah-qorinah ini.

Misbah : Ya, saya tidak hadir tetapi dapat sumber yang sebenar dari AJK Pusat yang saya percaya. Anda tidak hadir mesyuarat tetapi mereka cipta fitnah untuk tujuan memecah belahkan PAS dan ahli-ahli. Hasilnya ramai penulis blog yang lain termasuk yang mengaku PAS muatkan tulisan anda dalam blog mereka. Saya percaya anda sengaja tidak mahu mendapat maklumat yang sebenar, anda sengaja mereka cipta untuk anda berseronok dengan tulisan anda bila ahli-ahli PAS berbalah sesama sendiri kerana tulisan anda, anda seronok bila blogger-blogger PAS berbalah sesama sendiri.

>Apa sebab Tok Guru tinggalkan mesyuarat pada malam itu dengan begitu sahaja ?? Wartawan langsung tidak tahu menahu. Kenapa dalam sidang media, semua orang tutup mulut tentang ketidakhadiran Tok Guru dalam Press Confrence ?? Padahal mesyuarat itu khas untuk Tok Guru. TG Hadi sikit pun tak menyatakan ketidakhadiran Tok Guru pada wartawan. Muka semua AJK(yang interframe bersama Presiden) dalam sidang akhbar tersebut adalah sengal dan tidak ceria. Tiada satu pun senyuman ikhlas dari mereka. Senyuman hanya dibuat-buat.

Misbah : Saya dah jawab sebab Tok Guru tinggalkan mesyuarat mesyuarat malam itu. Apa perlunya wartawan nak tahu mengapa tok Guru tidak hadir dalam mesyuarat, kalau wartawan fikir Tok Guru perlu hadir dalam press conference , wartawan boleh tanya Presiden mana perginya Tok Guru, tidak ada siapa pun tanya Presiden mengapa Tok Guru tidak ada, ini bermakna wartawan cerdik bukan macam anda, wartawan cuma nak tahu apa keputusan mesyuarat, apa berlaku dalam mesyuarat pun wartawan tak tanya. Kalau anda ada dalam PC malam itu, mengapa anda tak tanya soalan pada presiden mana perginya Tok Guru. Saya tengok dalam tv muka mereka semua senyum dan ceria. Anda ni malaikat yang ke 11 ke, tahu pulak senyum tu ikhlas atau buat-buat.

>Intipati mesyuarat tidak diketahui ramai. Kenapa tidak dedahkan minit mesyuarat kepada pengundi iaitu kami rakyat Malaysia ?? Di mana ketelusan yang dilaung-laungkan selama ini.

Misbah : Sebab tu saya berani kata anda ini tidak cerdik, bahasa kasarnya bodoh, tak masuk sekolah ke, tak pernah jadi AJK atau ahli mana-mana persatuan ke? Sebut pada saya mana ada persatuan yang bagi minit mesyuarat pada semua orang. Budak tak sekolah pun tahu, minit mesyuarat bukan edaran untuk semua orang. Anda pernah terima ke minit mesyuarat AJK UMNO cawangan dari setiausaha cawangan selepas mereka mesyuarat.
Nak tunjuk telus bukan dengan cara dedah minit mesyuarat la bang oi, banyak cara lain, buat seminar secara terbuka macam itu, panggil penganalisi kritik tentang PAS, panggil wartawan buat liputan, tak telus lagi ke PAS ?

>Untuk berlaku adil, semasa mesyuarat memang ada ketika lebih dari seorang yang akan bercakap. Jadi untuk mendapatkan perhatian dari ahli mesyuarat dalam bilik itu, seseorang akan meninggikan suara untuk bercakap. Dalam kes ini ABC telah meninggikan suaranya dalam menyatakan pendapat sebab nak dapatkan perhatian yang lain. Bila bersuara tinggi dalam meeting, ia boleh juga didefinasikan sebagai sergah. Ini terpulang pada penafsiran masing-masing. Tetapi apa perlu meninggikan suara dihadapan Tok Guru ??

Misbah : Kalaupun bersuara tinggi bukan bermakna ia sergah, jangan buat andaian karut. Ust ABC dari dulu kalau mesyuart memang begitulah cara bercakap. Tinggi suara bukan bermakna sergah. Dalam mesyuarat PAS, semua orang boleh bercakap tanpa sekatan. Tak perlu sergah-sergah, dalam mesyuarat PAS semua bebas bercakap, nak tegur, nak komen, nak kritik. Kalau tinggi sekalipun suara Ust ABC, tetapi tidak keluar ungkapan nyanyuk, dah tua, letak jawatan dan macam-macam lagi sebagaimana yang anda dakwa. Dia bercakap bukan dihadapan Tok Guru seorang, bercakap untuk didengari oleh semua orang.

>Untuk sekian kalinya seperti artikel yang lalu, ABC perlu nafikan ini semua. Benarkah anda mendesak Tok Guru meletak jawatan ??

Misbah :Ust ABC tidak perlu nafi, anda yang buat tuduhan, andalah yang wajib buktikan dakwaan tersebut. Sekali saya cabar, bermubahalah dengan Ust ABC untuk membuktikan kebenaran dakwaan anda.


Cyberluncai: Siri fitnah akan disiarkan blog ini dari masa ke semasa....

UTUSAN: "Meracuni Fikiran Rakyat"

Utusan telah 'menganjurkan' satu pertandingan mencari perbezaan di dalam gambar. Namun, ia cepat dan mudah dihidu oleh pengujung berita portal tersebut dan dibandingkan dengan gambar berita dari portal yang lain....

Lihatlah perbezaannya;



Dari harian lain;



Hehehehe....fikir-fikirkan....

Cyberluncai: Hebat-hebat.....ingatkan muka pakcik itu sahaja yang kena 'photoshop', tapi payung pun kena.....

BLOGGERS! Bersatulah untuk kebaikan rakyat!



Rakyat sebenarnya semakin menyampah dan mual dengan tindakan beberapa bloggers yang dahulunya hebat membantu dan berjuang untuk mengembalikan kehendak rakyat kearah kemakmuran dan kebaikan Malaysia yang dimiliki bersama ini.

Akhir-akhir ini, bloggers lebih gemar mensensasikan isu yang dilihat lebih merugikan perjuangan dalam membantu rakyat marhaen yang semakin hari semakin kecewa dan ditekan oleh Kerajaan Najib.

Bloggers banyak melakukan kerja sia-sia dan melaga-lagakan sesama sendiri walaupun sesetengah perkara itu telah diputuskan dan telah diberi kenyataan rasmi oleh pimpinan. Kerja-kerja ini amat merugikan rakyat.

Tumpuan pimpinan kearah membantu rakyat marhaen juga terganggu. Ini kerana dahulunya, pimpinan hanya perlu menjawab 'gossip' di media arus perdana tetapi sekarang, media arus alternatif juga menjadi 'beban' baru kepada pimpinan. Kalua tidak dilayan, dikatakan benar...tetapi bila dilayan, diputar belit cara lain pula.

Hentikanlah, marilah kita bersatu....Buang yang keruh, ambil yang jernih...Jom kita menulis untuk kepentingan dan wawasan rakyat yang dahagakan kebajikan dan pembelaan. Kurangkan 'beban' pimpinan, biarlah mereka menumpukan penuh perhatian terhadap pembangunan rakyat marhaen...

Banyak isu yang masih belum selesai....isu BERSIH, isu ISA, tiada bonus....pejuang kakitangan dituduh tidak bermoral...isu pita Lingam.....arrrrggghhh!

Cyberluncai: Hidup..hidup Rakyat! Hancur..hancur blogger curang!

PRESIDEN PAS MENGHARGAI BLOGGERS, TAPI JANGAN JADI PENYEBAR FITNAH


TGHH (Tok Guru Haji Hadi) sangat menghargai sumbangan bloggers mahupun mereka yang terlibat secara aktif di dalam media baru (alternatif), namun biarlah mereka ini bertanggung jawab dan tidak mendahului fitnah atau mensensasikan berita semata-mata tujuan untuk menaikkan hit laman blog.

Banyak bloggers yang sengaja atau memutarbelitkan berita yang hanya dipetik dari sumber yang sudah sememangnya diketahui sebagai salah satu 'spinner' politik yang semata-mata ingin mensensasikan sesuatu yang dikeluarkan mengikut kehendak semasa.

Tanpa membaca teks asal TGHH, maka beberapa bloggers 'dangkal' (tanpa usul periksa) mengeluarkan artikel atau entri yang sengaja ingin memberi gambaran buruk terhadap TGHH, antara yang berjaya dipetik;

1. "TG Presiden tidak menghargai blogger"

2. "TG angkuh mengatakan data Dr. Abu Hassan tidak lengkap"


3. dan beberapa lagi yang sengaja diputarbelitkan....

(p/s: malas nak link kan, pandai-pandailah pembaca cari sendiri ye...)

Di sini, diperturukan teks asal TGHH sewaktu merasmikan makan malam sempena 10 tahun JICT PAS, supaya ditelitikan bersama;

"Firman Allah SWT, “Dan siapakah lagi yang lebih indah cakapnya termasuklah lisannya daripada orang yang menyeru kepada agama Allah juga beramal dengan amalan yang soleh seraya menegaskan sesungguhnya saya termasuk dikalangan orang-orang menyedari Islam adalah sebenarnya.”

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah bersempena dengan ulangtahun ke 10, penubuhan Jabatan IT PAS Pusat.

Satu bahagian penting diwujudkan selaras dengan perkembangan semasa dan kemajuan teknologi moden yang wajib dimanfaatkan oleh PAS khususnya bagi menunaikan tanggungjawab menyampaikan mesej risalah Islam yang diamanahkan kepada kita sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Ia bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat tetapi untuk mengajak manusia disemua peringkat kepada Islam.

Dalam erti kata yang lain, mengislamkan manusia masyarakat dan negara khususnya dalam cara demokrasi barat yang memerlukan Islam mendapat sokongan yang ramai.

Oleh itu, maklumat tentang Islam memang sangat penting untuk menyampaikan hidayah itu ke dalam hati manusia.

Sebenarnya, menyampaikan maklumat sehingga orang itu mendapat hidayah adalah agenda besar daripada pokok amal yang termasuk dalam jihad menghapuskan musuh sehingga meninggal dunia.

Islam memilih pendekatan damai lebih dulu daripada peperangan. Islam melaksanakan peperangan apabila dipaksa selagi ada muwajahah silmiyyah. Kita memilih cara damai.

Oleh sebab itu, semua gerakan Islam yang ditubuhkan atas konsep islah dan tajdid mengambil saluran demokrasi, menyampaikan dakwah, mengajak manusia kepada Islam.

Penyampaian dakwah mestilah dengan maklumat, malah kita disuruh mengambil ruang maklumat untuk dimanfaatkan termasuklah dalam bidang IT.

Ia salah satu percapaian ilmu manusia yang terkini. Namun ia laksana senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri atau digunakan sebagai senjata untuk melakukan kejahatan di muka bumi Allah SWT.

Dalam hal ini, PAS sebagai parti Islam wajib mengarahkan seluruh jenteranya, beramal dengan akhlaq dan adab-adab Islam.

Sekiranya kita melaksanakan tugas dengan akhlaq dan adab-adab Islam, maka sangat besar pahalanya dikurnia oleh Allah SWT. Sekiranya kita memilih dari yang lain, iaitu untuk membawa fasad sesama manusia, maka celaka dan balanya pun besar.

Marilah kita menghayati apa yang disabdakan oleh Allah SWT, “Jihad yang paling afdhal adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim” Jadikan ICT ini senjata untuk jihad menulis dan menerang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

Sangat besar fadhilatnya sekiranya kita berjaya menarik seseorang kepada perkara yang baik dengan ilmu dan tenaga yang ada pada kita.

Sabda Rasulullah SAW, “Demi sesungguhnya kejayaanmu menyampaikan hidayah kepada seseorang sehingga ia menerima petunjuk kepada Islam lebih baik jika dibandingkan dengan kenderaan yang paling mahal harganya”.

Dan sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang menunjukkan satu jalan yang baik lalu orang mengikut jalan itu, dia akan mendapat pahala kerana menjalankan tugasnya dan dia mendapat pahala selagi ada orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Dan barangsiapa yang menunjukkan jalan yang buruk,maka dia berdosa kerana melakukan kerja itu dan menerima tanggungjawab dosa yang sama dengan orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.

Terutamanya, teknologi maklumat menjadikan dunia yang lebih luas ini seolah perkampungan yang sempit.

Maklumat disebarkan dengan mudah, dicapai dengan mudah, maka kita juga menjadi sasaran.

Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerang, tapi kita juga diserang. Disini, kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.

Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.

Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum orang itu.

Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar. Sila buka kitab Riyaadus Solihin. Terjemahannya ada dalam bahasa kita.

Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.

Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain.

Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas.

Peranan dalam ICT sangat besar. Kita melihat sendiri perubahan politik dalam negara kita.

Kita mencapai kejayaan di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar. Mencapai kejayaan dalam kalangan mereka yang terpelajar tapi kita gagal mempengaruhi mereka yang jahil dan lalai.

Kejayaan itu kerana kita menganggap mereka yang menggunakan teknologi maklumat dan membawa kepada perubahan pemikiran.

Kita tidak cukup dengan itu sahaja. Kita perlu menambah kadar pengaruh kita dan memikirkan bagaimana maklumat kita dapat disampaikan kepada seluruh rakyat .

Dengan sebab itu, kajian-kajian yang dibuat dalam masyarakat kita, tidak boleh samakan dengan masyarakat di barat. Iaitu masyarakat yang bermaklumat, berilmu dan mempunyai ilmu pengetahuan.

Kita hanya mengambil maklumat sekadar mereka yang mempunyai internet dan handphone. Itu hanyalah segelintir.

Sedangkan satu bahagian yang lebih besar, dikawasan-dikawasan pendalaman, di rumah-rumah setinggan, pekerja petani dan nelayan, merekalah yang menentukan perubahan politik dalam negara.


Muda-mudi pula dihantui dengan hiburan yang melekakan, kerana itu kita perlu selamatkan dan tanggungjawab kita dalam hal ini sangat besar.

Dan terpenting, bukan sahaja kita bekerja dalam bidang teknologi maklumat tetapi kita mesti berusaha untuk menyampaikan maklumat itu ke bawah dengan seluas-luasnya.

Alhamdulillah, PAS sudah mencapai kemajuan dan mendahului parti-parti yang lain termasuk parti BN yg memerintah.

Mereka memang bergantung dengan jentera-jentera kerajaan. Tetapi, kita bergantung dengan jentera dan tenaga kta sendiri yang tidak seberapa.

Tetapi, sering kali Allah menjadikan kemenangan Islam itu dalam keadaan yang tidak seimbang.

Musuh yang lebih kaya, lawan yang lebih canggih alat yang lebih, kebendaan yang lebih banyak dan tenaga yang lebih ramai sehingga empat kali ganda.

Tetapi Allah SWT menyatakan, “Dan bersedialah kamu dengan sekadar kemampuan kamu daripada kekuatan”.

Sering kali kekuatan itu ditafsirkan dengan alat senjata untuk berperang termasuklah kekuatan itu adalah alat untuk menyampaikan maklumat dan menyediakan kekuatan sekadar kemampuan yang ada pada kita.

Mereka yang mempunyai kelebihan mestilah menyumbang dengan ikhlas dan jangan menyembunyikan apa yang ada pada dirinya kerana kemampuan kita diketahui oleh Allah SWT.

Mereka laksanakan tugas dengan ikhlas, semua keikhlasan itu lahir dalam hati sanubari. Kita tidak boleh mengubah hati dan pemikiran manusia melainkan keikhlasan yang ada dalam hati sanubari kita.

Disinilah rahsia kemenangan Islam. Kita melihat sendiri nikmat yang ada dalam PAS. Kita mencapai kejayaan yang besar lebih daripada jangkaan dan kekuatan yang sebenar.

Mengapa? Kerana disana ada pertolongan dari Allah SWT. Walaupun dalam perhitungan pilihanraya ada pasang surut. Ada musim kita menang dan kalah.

Pilihanraya kecil, ada kawasan yang kita menang dan kita kalah. “Itulah hari yang silih berganti dikalangan manusia”
Namun kita perlu menyedari sebenarnya kemajuan kita berterusan.

Tiada berkurangan. Pilihanraya tidak boleh menjadi ukuran dan sukatan. Ukuran kefahaman masyarakat terhadap kita lebih penting.

Sebenarnya kita mendapat kemenangan moral dan besar di Bagan Pinang kerana BN terpaksa meletakkan calon yang tidak bermoral untuk mendapat kemenangan.

Walaupun kita merasakan natijahnya yang zahir namun disana terdapat kemenangan yang tersirat kurnia daripada Allah SWT.

Perubahan boleh berlaku sekiranya maklumat dapat disampaikan kepada rakyat. Maka peranan ICT sangat penting dalam menyampaikan maklumat ini.

Tidak cukup dengan majlis ceramah dan usrah sahaja kerana kita tidak boleh masuk ke dalam semua rumah. Tetapi ICT boleh menyalurkan maklumat dengan pelbagai cara dan lebih luas dan moden.

Disini, pihak ICT perlu membuat muhasabah, kajian dan perhitungan. Kita tidak boleh melihat yang lama sahaja.

Kita mesti mengejar kemajuan yang dicapai dalam bidang ini dan bersama dengan kemajuan itu. Kalau boleh kita mendahului lawan dalam perkara ini.

Alhamdulillah, Jabatan IT PAS Pusat sudah mencapai 10 tahun, satu usia yang sangat bermakna kepada kita.

Sudah tentu keadaannya lebih baik daripada mula ia ditubuhkan. Tidak cukup dengan keadaan yang ada bahkan mesti berusaha untuk mencapai yang lebh baik dan maju lagi.


Mudah-mudahan majlis ini diberkati oleh Allah SWT dan segala amal diterima olehNYA.

Sabda Nabi Muhammad SAW, “Teruskan perjalanan dengan mendapat keberkatan daripada Allah”. Kita rasmikan majlis ini.

Wabillahi Taufiiq Wal Hidayah, Assalamu’alaikum wrt wbt

(Teks ucapan penuh Ucapan Tuan Guru Presiden PAS sempena Majlis Makan Malam 10 tahun JICT PAS)

RESOLUSI SEMINAR PAS



Resolusi Seminar Politik Memperkasakan Parti
7 NOV. 2009
KUALA LUMPUR

Seminar Politik Memperkasakan Parti menyedari dan memahami bahawa:

1. PAS dan Pakatan telah melepasi ujian setahun setengah mengurus pemerintahan empat buah negeri dalam penggal parlimen ke-12 ini. Baik-buruk, kejayaan-kegagalan negeri-negeri Pakatan ini telah mula mendapat perhatian umum. Pengiktirafan kejayaan telah pun diktiraf seperti Laporan Ketua Audit Negara 2008.

2. PAS dan Pakatan mutakhir ini terperangkap dalam kemelut-kemelut yang merosakkan imej dan tanggapan umum terhadap kredibiliti dan kesepaduan Muafakat Politik ini. Benar media BN jahat memainkan isu-isu ini, tetapi PAS/Pakatan wajar menginsafi bahawa punca-sumber laporan-laporan tidak wajar kita salahkan pihak lain sebab kita juga bertanggungjawab.

3. PAS dan Pakatan sangat-sangat berhajatkan untuk terus memperbaikki "Persepsi" rakyat dan pengundi bahawa Muafakat Politik Pakatan adalah mantap dan matang, bersedia memikul tugasan menjadi Pemerintahan di peringkat Persekutuan bagi membawa Negara ini ke garis prestasi yang lebih berdayasaing, makmur dan sejahtera. Keutuhan dan kemantapan ukhuwwah dalam saff yang menjadi asset dan anasir kekuatan utama dalam jamaah dan parti telah sedikit terjejas dalam pergolakan mutakhir ini.

Seminar Politik Memperkasa Parti dengan ini merakamkan bahawa:

1. Peri-pentingnya PAS menyerlahkan keupayaan satu kepimpinan parti yang bijak, kompeten dan matang dalam mengurus perbedaan dalam parti semangat musyawwarah melalui mekanisme parti secara berkesan.

2. Pimpinan tertinggi parti wajar melaksanakan tugasan utama pimpinan sebagai 'ta alluf al-quluub' yakni mempertautkan ahli-ahli dalam saff yang kukuh.

3. PAS wajar mengingatkan kepada kepimpinan negeri yang memerintah kerajaan negeri, ahli-ahli EXCOnya yang menganggotai kerajaan negeri-negeri Pakatan yang lain supaya senantiasa memelihara semangat muafakat politik Pakatan dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh dipersepsi sebagai menjejaskan dan memudharatkan keutuhan kerajaan negeri.

4. PAS wajar segera mempertegaskan kepada semua peringkat keahlian dari kepimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi bahawa telah dikunci (dengan ketat) segala pintu-pintu perbincangan dalam parti tentang agenda "Kerajaan Perpaduan".

Seminar Politik Memperkasakan Parti mengesyorkan pimpinan tertinggi parti untuk:

1. Terus memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan untuk mengahadapi PRU ke-13 dengan sentiasa proaktif dalam memudahkan Pakatan melaksanakan serta menguruskan urusan kerajaan-kerajaan Pakatan dengan penuh keikhlasaan serta semangat setiakawan yang tinggi.

2. Kepimpinan Kawasan yang memiliki penduduk-pengundi bukan-Islam yang ramai supaya bertindak dengan lebih agresif untuk mengaktifkan Kelab-kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.

3. Memantapkan rumusan pendirian-pendirian parti berdasarkan maklumat dan penyelidikan (informasi), kemudian menurunkan dan menyalurkan kesemua ini dalam pengarahan yang jelas dan berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti di semua kawasan dan cawangan di seluruh negara.

4. Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan Nisa’ dengan KPIsnya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit terjejas terhadap PAS mutakhir ini, dikembalikan keyakinan dan sokongan mereka kepada PAS. Juga dipertegaskan pentingnya untuk memugarkan kegiatan Unit ‘Amal dengan mempraktikkan modul yang telah sedia ada.

5. Membuat satu "Pelan Tindakan" bagi menghadapi PRU ke-13, bagi memperkukuhkan sokongan yang sedia ada di kalangan orang Islam-Melayu dan memuatkan satu ‘Roadshow Nasional’ bagi menerangkan tema “Pas For All” atau PAS untuk Semua” bagi melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum dan budaya.

Resolusi Seminar Politik Memperkasakan Parti

7 November 2009,
bersamaan 19 Zulkaedah 1430H.


Cyberluncai: Jika lepas ini ada lagi 'bunyi-bunyi' atau suara sumbang, terutama tukang 'spin'.....kita tengoklah nanti, tahulah kita siapa mereka sebenarnya...

Tuesday, November 10, 2009

Salam Perjuangan!

Salam untuk semua!

Kita telah banyak ketinggalan isu setelah jatuhnya beberapa negeri kepada Pakatan. Banyak isu yang ingin diulas...tetapi, Insya-Allah saya akan kembali sepenuhnya...

Nantikan...