Friday, December 30, 2005

'BESTARI' dah jadi 'BESUT-MARI'

• Slogan ‘Terengganu Bestari’ telah ditukar oleh orang-orang Umno Terengganu sendiri sebagai ‘Terengganu Besutmari’.

• Mereka dikatakan tidak berpuashati dengan agenda pemerintahan yang lebih banyak menjurus kepada kepentingan pemimpin utama negeri yang berasal dari daerah Besut.

• Setakat ini, beberapa projek utama kerajaan negeri dan Pusat telah diputuskan dibuat di Besut. Antara yang paling gempar ialah penubuhan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang dikatakan kampus utamanya akan dibina di Besut.

• Sebelum ini, pembinaan Masjid Hadhari, satu-satunya masjid seumpamanya di negeri ini (malah di Malaysia!), telah pun dimulakan kerja-kerjanya di Jerteh, Besut.

• Bandar yang sama pernah menjadi tapak Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri beberapa bulan lalu.

• Di Besut juga dikatakan dikenalpasti untuk dibina sebuah litar permotoran bagi kepentingan golongan belia, dan akademi pemanduan serba moden.

• Di zaman pemerintahan BN penggal dulu, beberapa projek utama jelas tertumpu ke Kemaman, daerah yang diwakili Menteri Besar ketika itu. Berbeza dengan zaman pemerintahan PAS, walau pun MB berasal dari daerah Marang, pembangunan negeri adalah seimbang di ketujuh-tujuh daerah.

DERIH 'KOREK' TABUNG ZAKAT JADI WANG EHSAN..?

KUALA TERENGGANU,: Sebelum hari raya hari itu, rakyat Terengganu yang dikurniakan wang ehsan begitu bergembira sekali. Mereka yang menerima wang ehsan tersebut bukan sahaja orang-orang miskin, tetapi ramai juga di kalangan orang-orang kaya yang kadang-kadang ada yang punya dua tiga buah kereta, terutamanya saudara-mara JKKK.

Dalam pada itu, timbul cerita yang mengatakan wang ehsan yang diberikan itu adalah bersumber dari wang zakat di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). Khabarnya sebanyak RM43 juta telah dikeluarkan untuk tujuan tersebut.

Sebelum pilihan raya dahulu, antara isu yang dimainkan oleh PAS ialah bahawa wang ehsan tidak akan dibahagi lagi bila Barisan Nasional (BN) kembali memerintah di negeri ini. Tetapi pemimpin-pemimpin BN tetap mempertahankan bahawa wang ehsan akan tetap diberi walaupun BN memerintah.

Apa yang dapat difahamkan bahawa peruntukan dari wang ehsan itu telah digunakan oleh kerajaan untuk pembangunan di negeri ini. Maka lojiknya wang ehsan untuk dibahagi langsung kepada rakyat sebagaimana semasa PAS memerintah dahulu sudah tidak ada lagi.

Oleh itu mungkin munasabah orang mengatakan kerajaan negeri terpaksa meminta wang zakat dari Maidam untuk tujuan itu. Lalu mereka mendabik dada berbangga dengan mengatakan walaupun BN memerintah, tetapi rakyat terus dapat wang ehsan!

Kita harap pihak Maidam atau kerajaan negeri sendiri memberi penjelasan terhadap perkara ini supaya rakyat yang telah menerima wang ehsan itu (terutamanya mereka yang tidak berhak) tidak ragu-ragu dan terus menanggung dosa atas perkara tersebut. Begitu juga dengan mereka yang mengeluarkan zakat kepada kerajaan negeri ini.

Cyberluncai: Hidup BN!! Hidup Wang Ehsan....

PROJEK KERAJAAN PUSAT DI'SAMBAR' KRONI....?

KUALA TERENGGANU: Penyelewengan dan salah guna kuasa terus dikesan berlaku dalam pengagihan projek-projek kerajaan. Kalau sebelum ini isu utama ialah pembolotan projek oleh beberapa syarikat kontraktor tertentu, kini isu pemberian kontrak kepada syarikat tidak berdaftar pula timbul.

* Projek Bekalan Air Hulu Terengganu Peringkat 1 adalah di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Ia telah diberikan kepada kontraktor bernama 'Konsortium Projek Air Hulu Terengganu' untuk dilaksanakan.

* Carian di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM) tidak mendapati sebarang pendaftaran atas nama konsortium berkenaan. Bermakna, ia bukan sebuah syarikat berdaftar. Bagaimana mungkin projek kementerian 'terlepas' ke tangan syarikat yang diragui kewujudannya, apatah lagi kewibawaannya?

* Isu pemberian kontrak pembinaan Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak kepada bukan pembida tertinggi kontrak berkenaan juga timbul sekarang. Syarikat yang mendapat kontrak berkenaan dikatakan berada pada kedudukan ke-13 dalam senarai pembida projek tersebut. Apakah perkiraan yang diterima pakai kerajaan dalam anugerah projek itu?

* Isu peruntukan tambahan berganda untuk pembangunan prasarana acara lumba kapal layar di Pulau Duyung juga menjadi perbualan kini. Dikatakan peruntukan asal projek berkenaan hanya sekitar RM120 juta. Kini, peruntukan untuk menyiapkannya menjelang akhir November ini telah dinaikkan melebihi RM200 juta. Sebuah rumah penginapan dikatakan menelan belanja hampir RM1 juta.

Cyberluncai: Kalau tak sambar, nanti terlepas peluang jadi 'jutawan'....

KITAR SEMULA IDEA KERAJAAN PAS....



Kuala Terengganu: Pusat perubatan swasta di Kuala Terengganu adalah lanjutan penubuhan Darul Iman Islamic Medical Center (DIIMC) yang dipelopori kerajaan PAS, melalui pembiayaan anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad. Operasinya bagaimanapun dihentikan sejurus selepas BN berkuasa. Kini, Kuala Terengganu Medical Center (KTMC) bakal ditubuhkan semula oleh pihak swasta. Manakala TDM Berhad juga akan menubuhkan kembali pusat perubatan pakarnya.

Cadangan beberapa anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) BN agar kawasan parlimen Kuala Nerus dijadikan sebuah daerah baru adalah idea yang sudah berkumandang sebelum ini. ADUN Tepuh, Muhammad Ramli Nuh dan ADUN Bukit Tunggal, Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri menggesa kerajaan negeri mewujudkan sebuah majlis daerah berasingan bagi kawasan berkenaan daripada pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) sedia ada.

Cyberluncai: Kerajaan Derih Jusoh tahu ape...Tipu orang kampung nombor satu..

Thursday, December 29, 2005

PESTA MAKSIAT SELEPAS MONSOON CUP..?

Demi nak menunjukkan dia mengamalkan Islam Hadhari Dato' Idris Jusoh Menteri Besar Terengganu telah mengarahkan majlis tari menari yang diadakan, dibuat secara tertutup dan tidak seorang pun dibenarkan untuk menghebohkannya. Itulah lakonan Islam Hadhari Deris Josoh.

Majlis tersebut diadakan semasa makam malam bersama peserta Moonsun Cup 2005 yang diadakan di Kuala Terengganu pada 29 Nov - 4 Disember baru-baru ini.



Majlis tari menari sehingga terjelir pusat telah diadakan di Khemah tertutup di perkampungan Moonsun di Pulau Duyong Kuala Terengganu.

Majlis ini diadakan secara tertutup dan hanya insan yang terpilih sahaja yang layak menghadirinya. Kita tidak tahu di mana Pemimpin Kerajaan negeri yang kononnya berlatar belakangkan pengajian seperti Wan Ahmad (Exco Hadari), Ramli Noh (Adun Tepoh) dan Khazan (Adun Bt Rakit)-spt gambar di bawah, semasa majlis ini diadakan. Apakah ini juga adalah agenda Islam Hadhari Umno???????






Cyberluncai: Hidup Islam Hadhari...!!!

Wednesday, December 28, 2005

YB dah jadi OKB (Orang Kaya Baru)...?

Kuala Terengganu: Perbelanjaan besar. Dakwaan melebihi RM220 juta untuk pembinaan prasarana seperti marina bay, chalet mewah, tebusguna tanah, bangsal dan hangar. Kerajaan negeri dakwa berbelanja hanya RM1 juta, dengan belanja keseluruhan tidak sampai RM5 juta. Selebihnya ditanggung pihak swasta dan penganjur.

Kesan kepada ekonomi rakyat sepanjang tempoh kejohanan (29 November hingga 4 Disember 2005): Berapa banyak penambahan pendapatan para peniaga di sekitar kawasan kejohanan (seperti Pasar Besar Kedai Payang, Pulau Duyung, Losong dan lain-lain).

Betulkah hotel dan chalet fully-booked? Sejauh manakah kejohanan mampu menarik kunjungan pelancong domestik?

Antara program sampingan yang diadakan bagi memeriahkan Piala Monsun ialah Cabaran Terengganu Rainforest, Festival Silat dan Kesenian Terengganu, pameran kereta eksotik, konsert artis (termasuk nasyid dan Mawi) dan permainan futsal.

Berbaloikah perbelanjaan berjuta untuk raikan warga asing?


Cyberluncai: mungkin YB baru dan kroni yang untung kut..?

Tuesday, December 27, 2005

In person: TG Nik Aziz Nik Mat

Interview with Nik Aziz Full transcript of The Star journalist Nick Leong's interview with Kelantan Mentri Besar and PAS spiritual adviser Datuk Nik Aziz Nik Mat. This exclusive interview was conducted in Bahasa Malaysia


Nick Leong : Tok Guru pandai berbahasa Inggeris?
Nik Aziz: Saya lompat-lompat sahaja, broken English. Dulu, sewaktu saya di Kaherah, saya boleh baca Egyptian Gazzette tapi sekarang ini, tak boleh, rugi betullah.

Q: Saya diberitahu Tok Guru fasih dalam berjenis-jenis bahasa.
Nik Aziz: Saya fasih Bahasa Arab, Bahasa Urdu. Dulu Inggeris pun tahu, boleh cakap, tapi tak ada praktis, hilang. Bahasa Parsi sikit-sikit.


Q: Boleh beritahu sedikit latar belakang Tuan Guru?
Nik Aziz: Rumah saya sekarang adalah tanah tumpah darah saya, Kampung Pulau Melaka, Kota Baru.
Keluarga saya adalah keluarga guru agama dan juga puak tani, suka menanam pokok-pokok, buat kebun sendiri dan orang tua, bapa saya ini yang beri semangat, jangan bergantung rezeki pada orang lain.
Orang tua saya sendiri tanam kebun getah, ada kebun rambutan, kebun durian. Dia cukup marah kalau hanya bergantung pada sedekah. Sedekah tahutak? Derma. Dia cukup marah.
Dia tidak minat dengan berniaga. Dia minat dengan berkebun. Sampai sekarang pun, saya dekat dengan tani, petang-petang saya tanam pokok dulu.
Sekarang ini, pokok durian saya tanam, pokok kelapa saya tanam, pokok pisang saya tanam, semua boleh berbuah semua boleh makan. Tapi sekarang tidah sihat, tak boleh cangkul. Sekarang tembak tupai dan tebas rumput-rumput untuk berpeluh sahaja. Tebas rumput dan pokok yang ganggu durian.

Q: Bagaimana dengan keluarga Tuan Guru?
Nik Aziz: Adik-beradik saya 17 atau 18. Orang tua saya kahwin empat, jadi adik-beradik saya ramai.
Semasa remaja habiskan masa saya untuk belajar. Orang tua saya ini, disamping dia pergi berkebun, dia bawa saya pergi sama, pagi-pagi belajar buku dulu, belajar kitab dulu. Malam dia kejut saya sembahyang subuh, baca Quran, terjemah Quran. Kemana pergi pun dia bawa saya bukan untuk buat kerja tapi untuk mengaji dengan dia.
Kerja sikit-sikit tapi belajar banyak, dia suruh saya hafal syiar-syiar dari Bahasa Arab bagi perkukuhkan Bahasa Arab dan saya ini sekarang sedang menikmati kesan yang ditinggalkan oleh orang tua saya iaitu dalam kepala saya banyak ingat ayat-ayat Quran yang menyebabkan dalam ucapan-ucapan saya selalu selit dengan pantun-pantun Bahasa Arab, ayat-ayat Quran dan hadith-hadith.

Q: Tuan Guru rasa tunjuk-ajar sedemikian tidak lagi dilakukan oleh ibu-bapa?
Nik Aziz: Betul. Ibu-bapa dulu mementingkan akhlak anak-anak. Cukup jaga akhlak anak-anak. Ibu-bapa sekarang umumnya turut arus.
Kalau kerajaan suruh belajar, belajar. Kalau kerajaan suruh tinggi akademik, tinggi akademik. Akhlak hampir tidak dipedulikan langsung. Ini sungguh mendukacitakan.
Hasilnya, sekarang ini kita dapat lihat, anak-anak, belia-belia yang 20 tahun dahulu tidak dipedulikan akhlak dalam sukatan pelajaran dan 20 tahun orang Melayu sudah mengenepikan tulisan Jawi, sekarang kita sudah boleh tengok, anak-anak sudah tidak boleh baca kitab agama, tidak boleh baca Quran.
Dan sekarang ini sudah menjadi bebanan keatas kerajaan membelanjakan wang begitu banyak untuk jaga belia-belia yang sudah (ketagih) dadah dan sebagainya kerana agama mengajarkita bahawa semua gerak geri kita di muka dunia ini, kesannya dapat dilihat pada hari akhirat nanti, the last day. Tekanan dari pelajaran ini dulu kuat. Sekarang tekanan itu sudah tidak ada.

Q: Apakah yang mendorong Tok Guru untuk berkecimpung dalam politik?
Nik Aziz: Puncanya begini. Bila saya balik daripada luar negeri pada tahun 1962, saya menjadi guru.
Tahun 1962 ini, keganasan Parti Perikatan terhadap ahli ulamak begitu menduk acitakan, selalu tangkap ulamak, tangkap tok guru kampung, tangkap tok guru pondok.
Kerja ini bercanggah sekali-kali dengan Islam. Ia tidak pernah berunding dengan orang ini, tidak pernah ajak muzakarah. Tangkap dan sumbat, ISA terus.
Banyak ahli ulamak Kelantan kena ISA di Batu Gajah. Saya perhati ini perbuatan tak betul. Saya tak kata apa, cuma ucapan-ucapan saya pada tiap-tiap malam, cara Islam.
Masyarakat bila dia dengar, anggap saya ini orang PAS kerana ucapan saya, kata mereka, mirip dengan PAS. Saya tidak menjadi orang PAS tapi penonton dengardan kata "Dia ni orang PAS." Bila berlaku kematian seorang wakil rakyat, wakil parlimen Kelantan Hilir, sekarang ini ditukar menjadi Pengkalan Chepa, namanya Haji Ahmad Prai.
Haji Ahmad ini orang Seberang Prai. Dia menjadi wakil rakyat parlimen Kelantan Hilir. Bila mati hamba Allah ini, tahu-tahu saya dipilih menjadi calun.
Saya tengah mengajar di Maahad Muhammadi datang wakil rakyat Panchor, Pak Nik Lah Arshad, dia kata "Ustaz, Datuk Asri minta ustaz pergi kerumah dia sekarang."
Saya kata "Pasal apa?" "Entahlah" kata dia, "Orang ramai tengah tunggu ustaz."
Saya pun berhenti daripada mengajar , terus pergi kerumah Datuk Asri, tahu-tahu, ahli jawatankuasa agung PAS datang mesyuarat sini, memilih calun baru untuk mengganti Allahyarham Haji Ahmad Prai.
Jadi Datuk Asri kata, "Ustaz, kami buat keputusan supaya ustaz menjadi calun." Terus dia bagi kepada saya wang RM500 bayar gaji sebulan.
Saya terus pergi ke Majlis Agama, kerana ketika itu Maahad Muhammadi dibawah Majlis Agama, jumpa Tengku Seri Utama sebagai pengerusi Majlis Agama Islam Kelantan beritahu saya terpaksa berhenti kerana saya telah diminta oleh parti PAS untuk menjadi calun. "Ini duit RM500."
Bila saya beri, terlebih tiga ringgit. Saya ambil duit RM3 dan beri balik pada Datuk Asri. Saya kata "Ini duit lebih." Dia pun terima.
Mulai daripada situlah, saya menjadi orang PAS. Jadi ahli PAS tiga hari sebelum daripada menjadi calun, tahun 1967. Kalau tak silap saya bulan sepuluh (Oktober). Mulai dari situlah saya menjadi orang PAS dan berkempen menjadi calun dan saya menang.
Mulai dari situlah sampai hari ini saya tak berhenti-henti jadi wakil rakyat, apa boleh buat, nasib saya. Itu cerita saya, bukan saya masuk PAS tapi dimasukkan saya dalam PAS dan saya setuju.


Q: Sebab?
Nik Aziz: Saya setuju sebab PAS memperjuangkan Islam. Islam ini menjadi agama yang dibawa oleh nabi-nabi. Sejak daripada Nabi Muhammad naik ke Nabi Isa, naik ke Nabi Musa terus. Semua nabi-nabi bawa Islam.
Kita sebagai orang Islam, Melayu baik Cina baik India baik mana-manapun, mesti jaga Islam. Melayu tak payah dijaga kerana Melayu ini, jaga pun Melayu, tak jaga pun Melayu.
Bangsa Melayu serupa juga bangsa Cina, orang jaga bangsa ini tak betul. Kita jaga benda yang boleh jadi hilang, barulah kita perlu jaga.
Bangsa Melayu, dia tidak akan hilang. Bangsa Cina pun dia tidak akan hilang. Bangsa eskimo, bangsa asli pun dia tidak akan hilang. Perlu apa kita jaga?
Yang jaga ini ialah benda yang boleh jadi hilang. Islam ini boleh jadi hilang. (agama) Kristian boleh jadi hilang, (agama) Yahudi boleh jadi hilang. Hak ini yang kita kena jaga.
Bila jaga Islam, Melayu juga terjaga sama, Cina juga terjaga sama, India juga terjaga sama kerana Islam mengajar bahawa Melayu, Cina, India, seluruh manusia dunia ini hanya daripada seorang bapa. Bapa orang Melayu Adam, bapa orang Cina juga Adam, bapa orang Inggeris juga Adam. Jadi ia (Islam) satu ajaran yang cukup baik, ajaran yang penuh dengan perpaduan.
Bila bapa kita satu, ibu kita pun satu, ertinya kita ini adik-beradik. Cumanya dua pupu, seribu pupu, sepuluh ribu pupu tapi darah manusia semuanya satu dari Adam waalaisalam.
Satu ajaran yang cukup penuh dengan keamanan, dan kesaudaraan. Melayu walaubagaimana miskinpun Melayu, bagaimana kuruspun Melayu. Cina juga, kurus pun Cina, gemuk pun Cina, kecil pun Cina, tua pun Cina, tak perlu dijaga. Bangsa tak perlu dijaga.

Q: Apakah pengaruh politik Tok Guru?
Nik Aziz: Ilham politik ini pertama dari ajaran, didikan, kedua daripada Quran, yang ketiga daripada guru-guru yang saya terima di India, terima di Pakistan, terima di Mesir. Guru-guru dan bacaan-bacaan serta alam sekitar yang berlaku, semuanya memberi ilham pada saya untuk memperjuangkan Islam.

Q: Apakah peristiwa yang meninggalkan kesan paling dalam pada Tok Guru?
Nik Aziz: Sebelum saya dilantik menjadi wakil rakyat, saya juga sebagai wakil rakyat kerana saya selalu berceramah.
Orang tua saya, dia suruh saya, tiap-tiap hari Jumaat, dia tidak beri saya sembahyang di satu tempat. Dia suruh saya pergi merata-rata.
Saya guna motosikal Honda 70cc, semasa saya jadi guru, saya guna inilah kemana-manapun.
Oleh kerana saya menjadi guru, ramai murid-murid saya bertaburan diseluruh Kelantan. Kemana saya pergi, umumnya ada anak murid. Anak murid itu beritahu bapanya, "Ini guru kita pak" atau "Ini guru kita mak."
Jadi akhir sekali tiap-tiap hari Jumaat, saya pergi sembahyang Jumaat ada orang kenal saya kerana kampung itu juga ada satu dua anak murid, kampung ini juga ada satu dua murid. Ini menyebabkan saya semakin popular.
Saya tak cadang langsung jadi wakil rakyat, tapi sebagai orang Islam, menjadi kewajipannya sebar ilmu. Dimana saya pergi, imam masjid minta saya berkhutbah. Bila orang tahu saya belajar di India, Mesir dan Pakistan, dia suka dengar ucapan saya, sampai sekarang pun alhamdulilah. Mungkin kerana sambutan ini, ilham saya sebagai pemimpin semakin mendalam.
Lebih-lebih lagi, Parti Perikatan zaman dulu nampak sangat kesilapannya.
Kesilapannya pertama, guna kekerasan. Selalu guna polis ugut orang kampung, sedangkan polis ini anggota kerajaan. Perikatan ini parti. Bagaimana mereka mempergunakan alat kerajaan untuk menegakkan parti. Ini saya belajar di universiti. Ini salah.
Masa pilihanraya juga mereka mempergunakan jentera kerajaan, kereta-kereta kerajaan, radio, TV. Ini harta kerajaan, bukan harta parti mereka guna sedangkan apa yang kita belajar di universiti lain. Sekarang ini, semakin ramai pelajar keluar dari universiti tiap-tiap tahun, beribu-ribu. Makin orang lagi orang marah pada Umno yang mempergunakan harta kerajaan.
Saya tertarik dengan ucapan Datuk Shahrir (Samad), ketua Umno Johor Bahru, dalam sebulan lepas. Dia marah kepada Umno kerana Umno sudah tidak tahu beza antara kerajaan dengan parti. Dia mempergunakan harta kerajaan untuk parti.
Sebarang masaalah dalam Umno, dia kata, gunakan kekerasan, gunakan undang-undang. Sedangkan kebijaksaan parti perlu dipergunakan, bukan dengan undang-undang. Dia semakin parah sekarang penyakit dalam Umno.
Bila kita terang benda itu pada masyarakat, masyarakat terima. Sebab itu masyarakat makin menyingkirkan Umno kerana Umno membawa jalan yang salah, dari segi demokrasi pun tak betul, dari segi Islam pun tak betul. Sebab itu, NGO semakin ramai pada alternatif.
Sekarang ini di Taiwan, kerajaan yang memerintah 54 tahun tumbang dan sebelum itu Suharto juga tumbang, itu menambahkan semangat masyarakat disini dan Umno tidak boleh sekat benda ini kerana tv, internet semua sekali sebut.

Q: Ada yang berkata Tok Guru mempunyai pandangan serong terhadap wanita.
Nik Aziz: Perkataan serong ini diguna oleh Umno pada saya bagi menyingkirkan saya dari masyarakat.
Macamana saya nak memandang serong kerana ibu saya ini wanita, isteri saya pun wanita, anak-anak saya pun ramai yang wanita, dan Nabi Muhammad pesan kepada orang ramai supaya belajar sebahagian daripada agama daripada isterinya sendiri.
Oleh yang demikian, tak timbul masaalah pandang serong pada wanita. Apa yang ada ialah saya nak baiki, saya nak baiki kerosakan masyarakat memperalatkan wanita untuk tujuan seks yang semakin berkembang sekarang dan untuk tujuan melariskan kommoditi mereka dalam iklan-iklan.
Ini saya kata tak betul, mempergunakan wanita, gambar-gambar wanita dalam iklan kommoditi perniagaan, ini tak betul. Ini memperlekehkan wanita, meletakkan wanita sebagai satu barangan untuk perniagaan. Banyak lagi cara lain untuk tarik pelanggan membeli baranga kita. Ini semua propaganda Umno.
Umno tak ada modal selain daripada berbohong. Berbohong ini, kalau ada tekniknya, memang orang percaya tetapi tidak semua masa, tidak semua tempat, tidak semua orang, not everyone, not every place, not every time.

Q: Kenapakah Tok Guru selalu dibayangi kontroversi? Contohnya isu Raja-raja dan komen Tok Guru mengenai orang Cina.
Nik Aziz: Cakapan saya diakui benar. Kalau orang Cina terima Islam, maka dengan sendiri orang Cina tidak akan buat benda benda seperti arak, sebagai tauke arak. Orang Cina yang berugama Buddha, berugama Kristian, semua tahu. (Ugama) Buddha tak mahu bagi orang mabuk, Kristian pun tak mahu bagi orang mabuk, ugama manapun tak mahu bagi orang mabuk. Jadi percakapan saya itu betulkah salah?
Kalau cakap saya salah, apa boleh buat, tarik balik, tak apa. Tapi kalau cakap saya betul, nak marah juga, itu tak betul.
Yang keduanya, boleh jadi orang Cina tersentuh hatinya kerana saya kata kalau orang Cina masuk Islam. Boleh jadi tersentuh kerana Islam ini di momok-momokkan, diperlekehkan oleh golongan orientalis, diperlekehkan pula oleh orang Umno. Umno selalu sebut, "Islam ni melampau, Islam ni extremis."
Maka boleh jadi sebahagian orang Cina ini terpengaruh dengan cakap-cakap Islam ini melampau. Jadi bila saya kata, "Kalau orang Cina masuk Islam," (orang Cina berfikir)"Apa itu Tok Guru suruh saya jadi orang extremekah?" Boleh jadi begitu agaknya.
Sebab itu ada orang Cina rasa tak sedap dengan cakap saya tetapi sekali-sekala saya kena sebut benda baru. Saya sebagai pemimpin mesti ada idea. Takkan saya nak sebut benda yang sama puluh-puluh tahun. Mesti ada satu, lepas satu, satu, lepas satu. Itu kewajipan saya sebagai pemimpin.
Soalnya betul atau tidak percakapan saya bahawa kalau orang Cina terima Islam, banyak benda benda yang macam mabuk, macam arak, orang Cina bila masuk Islam, mesti tidak minum arak.
Dalam Kristianpun, orang Kristian tidak minum arak, kalau orang Kristian benar-benar, bukan? Begitu juga masaalah disko, perempuan. Kebanyakan kedai-kedai disko, tari-menari, nightclub dipunyai oleh orang Cina. Kalau orang Cina itu juga, tauke Cina, masuk Islam, adakah dia nak terus dengan disko atau pob (pub). Masaalahnya, benda yang saya cakap itu salahkah betul.
Sampai sekarangpun saya tak nampak percakapan saya salah, cuma boleh jadi pendedahan, cara saya dedah itu boleh jadi kasar sikit. Kalau hak itu, saya minta maaflah. Pendedahan kasar itu apa boleh buat. Sekali-sekala takkanlah saya tak mahu dedah benda-benda yang baru-baru. Barulah ucapan saya itu menambahkan ilmu pengetahuan kepada pendengar-pendengar.

Q: Ada yang berpendapat pandangan simplistic Tok Guru tidak realistic kerana masaalahnya rumit. Memasuki Islam sahaja tidak akan dapat menghapuskan segala dosa-dosa didunia. Terdapat juga orang yang berugama Islam yang melakukan dosa-dosa. Kalau bukan dengan arak atau berjudi, dengan melakukan dosa-dosa lain.
Nik Aziz: Baik, soalnya adakah ucapan saya 100% simplistic begini. Jarang-jarang sekali saya sebut. Tidak tiap-tiap kali saya guna syurga dan neraka.
Saya, kalau tuan check balik ucapan saya, hampir 80% saya tidak guna sistem itu tetapi sekali-sekala saya kena sebut bagi membolehkan masyarakat, khasnya masyarakat Melayu didunia ini ingat akan akhirat.
Misalnya begini, saya kata, "Jangan berniaga dadah, jangan hisap dadah," nanti kamu kena gantung sampai mati. Adakah salah ucapan saya begitu? Tak salah.
Polis pun sebut, mahkamah pun sebut, wartawan pun sebut. Jadi kalau saya guna simplistic mengenai dengan dadah orang tak marah pada saya tapi kenapa kalau saya guna simplistic dengan akhirat, dengan syurga, orang marah kerana apa? Ini kerana kita tipis semangat beragama.
Kristian juga tipis, orang Islam juga tipis, orang Buddha juga tipis. Adakah saya akan biarkan tipis semangat berugama ini berterusan? Ataupun saya mesti tebalkan? Orang Kristian juga mengaku neraka ada, orang Buddha juga mengaku neraka ada. Jadi bagaimana hendak mengejutkan masyarakat neraka itu ada kalau saya tidak sekali-sekala mengaku neraka itu ada.
Saya tidak sebut tiap-tiap hari, tiap-tiap ucapan saya tidak sebut. Sekali-sekala saya kena sebut tali gantung atas dunia ini, saya sebut rotan, "Kamu buat begini, kamu kena rotan 40 kali." Adakah saya salah dari segi undang-undang?
Semua hakim setuju, semua polis setuju. Jadi kenapa ini setuju, itu tak setuju? Ini menunjukkan mereka marah kepada saya (kerana) menebalkan semangat agama. Agama Buddha pun setuju, Kristian pun setuju.
Oleh kerana penceramah-penceramah politik banyak menggunakan isu semata-mata, tidak sebut masaalah akhirat, saya mesti ada panduan saya sendiri. Tak boleh saya turut orang lain.
Kesimpulannya, saya mahu tebalkan semangat agama. Semua agama tahu neraka dan syurga ada, tapi orang tak mahu cakap.
Pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur tak sebut sebut dan neraka. Adakah saya juga tak akan sebut begitu sedangkan benda itu ada? Soalan ini bagus. Saya berpuas hati jawab.

Q: Masaalah-masaalah politik yang dihadapi oleh negara kita sekarang. Adakah ia semakin rumit atau sama sahaja dengan 50 tahun lalu?
Nik Aziz: Sebagai seorang (dari) parti pembangkang, yang mahu sebarkan Islam melalui parti politik, bagi saya sekarang semakin mudah jalan ke politik kerana usaha menyebarkan Islam melalui ilmu, bukan melalui kekerasan, bukan melalui ugutan, bukan melalui ilmiah.
Dan saya nampak, tiap kali kemana saya pergi pun pendengarnya ramai berbanding dengan penceramah Umno. Orangnya tak ramai dan orang kampung nak jual air batu pun tak ada. Tak ada satu gerai yang dibuka ditepi jalan untuk jual makanan ringan atau air, tempat ceramah Umno tak ada.
Tapi orang PAS, petang-petang lagi orang datang ramai-ramai untuk menjual barang kerana orang tahu ramai. Bukannya kerana kena kerah, dia datang sendiri. Orang tua, orang muda bawa anak. Soalnya, kenapa orang suka dengar ceramah PAS, khasnya saya sendiri?
Semakin suratakhbar pro-Umno ini tuduh saya, semakin orang benci dan semakin banyak kerusi-kerusi Umno kalah, kerana orang tahu ini membohong. Saya kalau orang Umno marah, tulis dalam suratkhabar Umno tulis berat-berat, saya kata "Bagus, ini menimbulkan kemarahan orang." Sebab itu saya tak jawab, saya tak marah.
Baru-baru ini, Berita Minggu, seorang bernama Said, tulis teruk-teruk pada saya. Saya senyap, saya kata "Ini menambahkan populariti aku. Orang akan benci dia, orang akan benci Umno automatik."
Macam dalam demonstrasi di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tak pasal-pasal suratkhabar besar-besarkan. Akhir sekali, publisiti Keadilan (Parti Keadilan Nasional) bertambah. Seminggu sebelum (demonstrasi) dia sudah bagi dah, warning sana warning sini. Orang tak tahu pun sudah tahu. Ini publisiti free pada Keadilan. Padahal kalau dia buat senyap-senyap begitu, kalau orang buat demonstrasi, dia pergi suruh balik, sselesai masaalah. Tapi dua minggu sebelum, dia sudah besar-besarkan.

Q: Mengapa ramai orang beranggapan PAS adalah seperti Taliban di Afghanistan, negara mundur, tiada pembangunan, tiada hak untuk wanita. Apakah komen Tok Guru tentang persepsi ini?
Nik Aziz: Kita tahu mengenai Taliban melalui suratkhabar. Tak ada orang Malaysia pergi sendiri ke Afghanistan.
Usahkan kita nak dengar Taliban melalui suratkhabar, hak mengenai PAS diKelantan pun orang tak boleh percaya. Hak yang berlaku diKelantan pun tak serupa.
Hak lepas pilihanraya baru-baru ini, orang Cina dari luar negeri yang datang ke Kelantan, dia kata "Hak yang kami lihat tak serupa dari hak yang kita baca." Jadi apa yang berlaku beribu-ribu kilometerkan? Di Kelantan yang dua jengkal pun dia boleh berbohong. Dia Kata kami tolak pembangunan, kami buat huru-hara, barang-barang disini mahal, banyak yang kena potong tangan. Itu bohong.
Sewaktu komunis berperang dengan Amerika, kita dengar semua masjid-masjid di negeri Cina diroboh, ahli ulama semua kena bunuh, Al-Quran semua kena bakar. Ini yang kita baca dari suratkhabar Amerika, propaganda.
Tapi yang saya pergi sendiri, negeri Cina, ke Beijing, ke Chengkiang, tiga tempat saya pergi, masjid-masjid masih ada, tok imam masih ada. Ini propaganda Amerika memburukkan komunis kerana dia berperang dengan komunis. Ini kenyataan.
Jadi suratkhabar kini sudah tidak bebas. Suratkhabar sekarang sudah begitu dikongkong, rakyat terpaksa baca satu jenis suratkhabar sahaja. Bagi kami orang PAS nak jawab balik melalui suratkhabar, tak boleh. Kalau dua kali seminggu, sekarang dua kali sebulan.
Banyak isu-isu yang perlu diperjelaskan dah jadi basi. Jadi kita hidang benda basi. Umno nak sangat PAS hidang benda basi, sampai orang tak boleh terima. Cuba beri peluang untuk suratkhabar ini bebas.
Orang parti pembangkang ini juga ada suratkhabar, orang parti kerajaan juga ada suratkhabar. Ketika itu rakyat nak terpengaruh lagikah PAS itu Taliban atau rakyat berpandangan second opinion.
Sekarang ini rakyat terima PAS macam Taliban kerana kami nak jawab tak boleh. Bukan kerana kami macam Taliban tapi kerana apa yang disebut mengenai PAS, kami tak boleh jawab. Nak ceramah dua tiga kali bolehlah cermah tapi kami pun sakit-sakit demam juga.
Kesimpulannya, PAS tidak macam Taliban dan PAS tidak macam Saudi, PAS juga tidak macam Iran. PAS ialah seperti yang tuan-tuan lihat sekarang. Kami ada pegawai wanita, pejabat saya pun pegawai wanita. Kami lantik wanita menjadi senator, lantik wanita menjadi wakil perbandaran, lantik wanita menjadi guru-guru, jadi professor. Adakah ini macam Taliban?
Kami tidak minta wanita pakai tudung muka, apa yang kita minta ialah tutup aurat. Dia nak pakai macam India pun tak apa, nak pakai macam Melayu pun tak apa, nak pakai macam Pakistan pun tak apa, asalkan aurat ditutup, sudah.
Cukup lemah-lembut, dan cukup simple dan sederhana. Beri peluang kepada kami juga untuk kebebasan. Kami menuntut hak kebebasan untuk bersuara yang Umno sekarang tutup kami dan kalau perlu kami akan angkat kes ini ke PBB. Kami boleh sebut bahawa Barisan Nasional ialah sebuah kerajaan yang begitu kuku besi, menyekat kebebasan rakyat bersuara.

Q: Bolehkah dasar-dasar PAS dipraktikkan diseluruh negara?
Nik Aziz: Dulu dalam tahun 1951, waktu PAS di wujud dulu, PAS di perlekeh. Tapi saudara tengok sekarang ini banding dengan tahun 1951 dulu, perbezaan terlalu banyak.
Kalau pertama, ketika itu orang tak faham Islam selain daripada sembahyang-puasa, itulah suasana yang dibentuk oleh penjajah bagi mengenepikan Islam daripada masyarakat.
Penjajah Inggeris tafsirkan Islam ini sebagai religion, tidak sebagai addin, way of life.
Religion pun orang Melayu panggil ugama, addin pun orang panggil ugama. Tapi tafsiran lain-lain. Sekarang PAS mahu mendedahkan Islam kepada masyarakat dalam bentuk addin, tidak dalam bentuk religion.
Dan ini memang dimarahi oleh Umno kerana Umno ni kepala dia bahawa Islam ini religion, bukan addin, sedangkan Nabi Muhammad sebagai orang pertama mentafsirkan Islam, Dia mentafsir Islam ini dalam bentuk addin, dalam ibadat juga Islam, dalam aqidah juga Islam, dalam ekonomi juga ada Islam, dalam rumahtangga ada Islam, dalam budaya ada Islam, dalam sosial ada Islam, dalam sukan juga ada Islam, semua sekali terlibat dengan Islam.
Itu yang kami hendak, itu yang kami tengah dedah dan itu yang menimbulkan kemarahan Umno, yang menjadi penganut setia bagi penjajah Eropah, penganut setia bagi religion bukan addin.

Q: Apakah wawasan PAS untuk Kelantan dan Malaysia khasnya?
Nik Aziz: Wawasanini terletak diatas keaadaan. Saya tidak boleh sebut benda hak akan datang sekarang ini. Yang saudara lihat sekarang mula dari saya pegang dulu berbanding dengan sekarang ini, baru 10 tahun telah banyak benda yang kami buat, sedikit demi sedikit.
Yang pentingnya, saya berusaha bersungguh-sungguh nak memperkenalkan Islam kepada masyarakat, baik Melayu, baik Cina, baik India, "Ini dia Islam, bukan sebagaimana yang disebut oleh Umno."
Islam yang saya bawa sekarang ini Islam sebagai addin yang menyebabkan NGO pun terima PAS, DAP pun terima PAS, PRM pun boleh terima PAS, Keadilan juga terima PAS, Abim juga sekarang jadi calun PAS, JIM pun jadi calun PAS. Ini sekarang baru ujud tapi 50 tahun dulu, mana kita boleh fikir DAP boleh terima sekali dengan PAS.
Sekarang DAP tengok dengan dia mata sendiri, dengar dengan telinga dia sendiri bahawa Islam yang dibawa sekarang tak serupa dengan fahaman masyarakat. Ini yang memarahkan Umno.
Umno sendiri tengok orang Melayu 70% pergi kepada alternatif, Cina juga mari kepada alternatif, India juga, Siam juga mari kepada alternatif. Ini benda yang menimbulkan kemarahan bukan kerana pepecahan, kerana orang tak sokong Umno.
Saya tertarik dengan tulisan Azizi Abdullah dalam Harakah. Dia marah pada (Datuk Dr) Rais Yatim, sibuk nak buat undang-undang baru asingkan ugama dengan politik sedangkan tak ada lebih lagi pada orang Islam suka pada Umno, dia suka pada PAS. Kenapa nak marah?
Kerana rakyat sendiri dulu pun tak suka pada Umno, masuk Barisan Nasional. Dia (Rais) bakar jambatan, kemudian juga tukar, masuk Umno balik. Jadi kalau Rais Yatim boleh tukar parti begitu-begini, kenapa dia marah orang lain tukar dari Umno kepada alternatif.
Saya harap orang Cina tidak dikongkong oleh Barisan Nasional. Orang Cina, saya selalu sebut, lebih cerdik dari orang Melayu. Kesihatan orang Cina lebih tinggi dari orang Melayu, kekayaan orang Cina lebih dari orang Melayu. Orang yang begini kalau boleh bimbing Islam, saya kata, "Lebih Baik."
Biar orang Cina memimpin Islam diMalaysia ini, biar orang Melayu turut. Bagi saya tak apa. Bagi saya orang Cina, orang Melayu, adik-beradik semua, anak (Nabi) Adam semua. Tak ada dalam kepala saya Cina, Melayu, tak ada. Saya jalan tengok Islam, masyarakat Cina, Melayu . . . Cina yang mempunyai pengalaman lebih banyak dari orang Melayu, kesihatan yang lebih baik, kekayaan dia lebih tinggi, pengalaman dia lebih luas, orang yang macam inilah memimpin Islam.

Q: Apakah pendapat Tok Guru bahawa orang bukan Islam menjadi ahli PAS?
Nik Aziz: Benda ini telah timbul dalam zaman Allahyarham Ustaz Zulkifli Mohamed. Semasa dia masih hidup, sudah timbul persoalan bolehkah tidak orang bukan Islam menjadi anggota bersekutu. Tapi kerana masa itu terlalu kehadapan soalan begini, maka soalan itu tidak dibahas, bimbang Umno akan serang, Umno akan kata macam-macam perkara.
Tapi sekarang ini, kalau timbul balik juga, boleh jadi boleh dibahas. Sekarang ini, kalau orang bukan Islam tidak masuk PAS pun dia sudah ada parti alternatif. Tak timbul masaalah dah, boleh atau tidak orang bukan Islam masuk PAS.
Peringkat sekarang ini, dengan (Barisan) Alternatif, dia beri sokongan pada Keadilan, DAP atau PRM. Serupa saja, sama-sama kita halau fahaman karut-marut yang dibawa oleh Barisan Nasional.

Q: Apakah pendapat Tok Guru tentang pemimpin Umno sekarang?
Nik Aziz: Saya sebut bahawa Dr Mahathir orang yang cerdik, orang yang pintar. Tapi dukacitanya, dia gunakan kecerdikan dia untuk memperjuangkan sekular.
Saya nak ulang jawapan saya yang lepas-lepas. Kalau dia ni, ubah dasar parti dia, daripada sekular kepada Quran (dan) Hadith, dan ubah dasar negara daripada sekular kepada Islam, saya dah kata dalam stadium (dalam satu ceramah) saya boleh terima dia sebagai Perdana Menteri, saya boleh sokong dia terus-menerus dan saya pun tak payah jadi Mentri Besar Kelantan.
Kalau dia kata Quran (dan) Hadith ini tak boleh diterima oleh orang Cina, kita bincang. Kita panggil orang Cina yang tak setuju Quran ini, tak kena dimana. Itu cara Islam dan sekarang ini tak payah bincang dah, orang Cina sendiri pun boleh terima PAS melalui (Barisan) Alternatif.
Orang Cina di bandar Kota Baru sekarang pun undi Haji Anuar Tan (Abdullah) bukan kerana (Barisan) Alternatif tapi kerana PAS. Dia tengok sendiri dengan mata dia, 10 tahun saya memerintah Kelantan, saya tidak pernah bezakan Melayu dengan Cina.
Semua duit-duit kerajaan saya bagi, kepada sekolah-sekolah Cina milik tanah kepada Sekolah Chung Hwakan? Saya beri milik tanah dalam tanah rizab Melayu ditukar kepada sekolah Cina.
Saya tengok rakyat Kelantan ni, Cina baik, Melayu baik, orang yang berpelajaran. Bila orang berpelajaran, dia tidak mengarut. Orang lain nak tipu dia pun susah, dia pun tak kacau orang.

Q: Apakah pada pandangan Tok Guru, akan keadaan masyarakat dan negara pada tahun 2020?
Nik Aziz: Saya tak mahu jadi Pak Nujum tetapi saya harap rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah yang dibuat oleh Barisan Nasional melalui menyekat kebebasan bersuara, suratkhabar baik, radio baik, TV baik, mereka pajak sebagai hak bapa mereka sendiri.
Kalau sistem ini jalan terus, akan timbul bermacam-macam masaalah. Saya bawa satu contoh. Dalam 30 tahun dahulu, berlaku pembunuhan ahli ulama di selatan Thailand. Haji Sulung kena bunuh.
Kelmarin saya pergi ke selatan Thai dan saya tengok rakyat Thai begitu sekali seronok hidup dengan kerajaan sekarang. Orang Islam sendiri seronok hidup kerana kerajaan Thai memberi kebebasan kepada rakyat Thai untuk memilih siapa-siapa dan speaker parlimen dia pun orang Islam, menteri luar pun Islam. Benda ini tak berlaku 30 atau 40 tahun lalu.
Orang sana pun sebut, kalau Haji Sulung kemuka dia punya cadangan untuk mencari keadilan sekarang ini, tetap kerajaan terima dan tidak bunuh. Tapi zaman itu, zaman diktator.
Kerajaan zaman itu diperintah oleh diktator, maka tak boleh cakap. Siapa cakap akan dibunuh. Jadi benda ini sama, nak berlaku di Malaysia. Semua pembangkang buat tak betul semua, sedangkan saya, peribadi saya sebagai mentri besar dan sebagai anggota jawatankuasa PAS pusat dan mursyidul aam, sewaktu krisis ekonomi negara, CNN memberi gembar-gembur kepada dunia supaya Dr Mahathir berhenti, kalau tidak hancur ekonomi.
Bila wartawan datang pada saya, saya beritahu, "Saya tak setuju. Kalau nak suruh Dr Mahathir berhenti, serah pada kami. Jangan kamu orang luar ganggu." Ini menunjukkan politik saya bukan politik hentam buta, politik saya ada panduan.
Saya parti pembangkang, nak suruh Dr Mahathir berhenti, beri pada saya, beri pada PAS. Orang lain jangan ganggu, Amerika jangan ganggu, CNN jangan ganggu, George Soros janggan ganggu. Dan Dr Mahathir semacam beri hormat pada saya walaupun tidak sebut nama saya, sebut, "Ada pembangkang yang menyokong saya."
Dalam masaalah raja-raja, bila dia ubah perlembagaan, mahu tarik balik immuniti raja-raja, saya sokong, sedangkan saya seorang mentri besar, dibawah seorang raja di Kelantan.
Tapi kerana benda dia buat itu betul, saya sokong tetapi dia memalukan raja, ini saya tak sokong. Boleh baca balik suratkhabar pada bulan September 1993. Banyak perkara-perkara yang memalukan raja, ini saya tak sokong tapi tarik immuniti daripada raja, saya sokong. Pada saya, manusia tiada yang kebal, kalau yang kebal yang ujud di muka dunia ini, tiada raja yang lain selain daripada "Raja Muhammad."
Kalau Nabi Muhammad juga tidak kebal, bagaimana Raja-Raja Melayu boleh kebal? Memang pahit tapi saya telan tapi memalukan raja-raja, saya tak sokong. Usahkan memalukan raja, memalukan orang kampung pun tak boleh. Inilah sebabnya orang Cina pun mula tertarik pada PAS.
Tokoh-tokoh Umno Kelantan sendiri, Haji Abdul Hamid yang menjadi ketua penerangan 40 tahun dalam Umno sekarang masuk PAS seumur hidup, bayar wang RM100. Jangan semua ucapan kami dipandang lekeh, itu tak betul. Itu bukan politik, itu gangster.
Saya masih ingat ucapan guru saya dalam kuliah undang-undang di Al-Azhar University. Dia kata "Mu kena faham, gangster dan kerajaan serupa sahaja. Gangster pun ada sistem dia, peraturan dia, ketua dia. Baki lagi, haram atau tidak, sah atau tidah sah. Gangster tidak sah, kerajaan sah.
Kalau kita selalu ketepikan nasihat orang, apakah jaminan kita ini boleh betul? Sedangkan kita bukan malaikat. Nabi pun, Allah taalah ajar supaya minta nasihat sedangkan Dia ada Jibrail Allaisalam. Ini tak boleh kritik sikit, demonstrasi sikit pun tak boleh sedangkan demonstrasi ini hak kebebasan manusia. PBB pun boleh terima. Tahun lepas di Seattle, pun ada demonstrasi. Yang tak boleh pukul sini, bakar sana. Ini bukan demonstrasi, ini jahat.

Tuesday, December 20, 2005

"PAS PILIHAN SAYA" -SH Al-Atas

KENAPA PAS PILIHAN SAYA KALI INI


Dalam hidup hari ini macam-macam boleh jadi walaupun siapa boleh sangka, memang tak terduga, saya boleh hadir di malam ‘Pelancaran Kelab Belia PAS’ di Pasir Mas pukul 9.30 malam. Hujan renyai-renyai di ‘musim winter’ di Kelantan. Saya bersama YB Husam Musa, Exco Kerajaan Kelantan tiba di luar bangunan yang penuh sesak dengan kereta, kira-kira 500 orang penyokong belia PAS sudah berada didalam dewan yang penuh sesak.

Di atas pentas ada orang yang berucap. Saya duduk di sebelah Haji Husam. Terasa benar tumpuan mata seperti lembing dan anak panah tersasar terhadap saya terutama bila saya terserempak juru kamera dari UMNO dan mereka yang datang untuk mendokumentasi kehadiran saya di atas pentas PAS.
“Saya peduli apa lagi pun saya bukan buat dosa”.
Sementara menunggu giliran saya berucap, ‘macam-macam’ benda bermain didalam kepala, “Allah Tuhan saya, Islam agama saya, Muhammad SAW Nabi saya, apa bezanya dengan mereka yang ada bersama saya malam ini? Mati nanti macam ini agaknya, nak jawab apa depan Tuhan bila ditanya marabbuka? Man Nabi yuka? Siapa Tuhan kamu? Siapa Nabi kamu?Siapa saudara kamu? Hendak berada di kalangan saudara Islam sendri pun takut? Rasa berdosa tentu belum merdeka jiwa.
Saya ini tentu banyak dosa, maklumlah ‘pengkritik’, tak ramai orang yang suka, dosa yang sengaja dan tak sengaja. Hendak masuk neraka takut, teringin hendak masuk syurga, kena kumpul banyak pahala. Saya serah ajelah diri bulat-bulat, buatlah apa mereka nak buat, suka hati merekalah. Sekurang-kurangnya saya ‘berani’.

Mudah-mudahan ‘dosa’ terampun oleh Tuhan bila mereka boleh maafkan saya. Baru rasa lapang, rasa lega bila ingat Tuhan. Kalau Tuhan kawan kita, musuh tak boleh buat apa-apa. Inilah susahnya manusia yang lebih takut apa orang lain kata dari takut menderhaka pada Tuhan.
Bayangkan anda di tempat saya, apakah tak berdebar bila terpaksa berdepan dengan mereka seorang diri? Kalau lemah jantung boleh rebah, apa lagi nak berucap, kalau mereka ludah aje ‘bachen muka’. Kalau semangat tak cukup kuat, mesti mulut tak boleh terbuka, yang boleh ternganga. Aduh seksanya, sabar ajelah. La illa haill lallah..... la illa haill lallah Muhammadar Rasulullah.
Untung saya ini selalu tengok wayang bila ada cerita yang boleh menguji minda. Tengok wayang itu ‘membaca’. Saya takut tak ‘membaca’, membaca itu perintah Tuhan. Tak membaca macam mana mengaku ‘ahlil kitab, ahlul sunnah wal jamaah’? Berkat ‘membaca’ cerita dari filem ‘TROY’ tergambar dalam ingatan.
Boy : The thessolonian you are fighting, he’s the biggest man I ve ever seen, I wouldnt wana fight him.
Achilles : That’s why no one will remember your name


Seandainya saya tak beranikan diri naik atas pentas PAS, siapapun tak akan ingat saya. Mahathir jadi hebat kerana berani lawan orang besar. Hidup Melayu yang bersemangat Jebat.Sokong PAS pun takut, mati katak ajelah, bisik hati kecil saya.
Bagaimana mahu membawa perubahan, mahu menimbulkan ‘kejutan minda’, mahu berkongsi pengalaman dengan pembaca kalau saya seorang yang ‘penakut’? Kita hidup dalam negara demokrasi. Manusia ‘penakut’ ibarat kambing. ‘Ribuan kambing disembelih setiap hari siapa pun tak peduli, seekor harimau ditembak mati berita tersebar ke seluruh negeri.’ Inilah kata-kata yang membakar semangat saya untuk memberanikan diri.


Pemerintahan
Dr. Mahathir mencetus idea untuk pusat pemerintahan kerajaan di Putrajaya sebagai kediaman rasmi Perdana Menteri untuk semua bakal Perdana Menteri Malaysia, bukan untuk dia seorang saja. Apa bezanya Tok Guru mencetuskan Bandaraya Islam? Apakah untuk orang Islam di Kelantan saja ke? Macam orang tua yang menanam pohon durian.
Syukur saya kepada Allah kerana telah memberikan saya keberanian untuk keluar dari kepompong UMNO di mana saya telah mengurungkan diri saya begitu lama. 22 tahun dengan Tun Mahathir, 2 tahun dengan Pak Lah ‘letih’, cukuplah. Masakan sekali naik atas pentas PAS, orang UMNO hendak marah-marah?

Anwar Ibrahim mantan Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri naik atas pentas PAS, pentas Keadilan, dua-dua dia main sambil main mata dengan UMNO. Marah itu musuh utama manusia yang tersembunyi didalam dirinya sendiri. Nabi Muhammad SAW berpesan “jangan sekali-kali marah”
Sampai bila saya mahu jadi ulat didalam kepompong UMNO? Apa salahnya sekali-sekali saya jadi kupu-kupu. Masyarakat dapat tengok saya terbang, biarlah masyarakat yang menilai, biar zaman yang menjadi hakim. Kalau tak berani menggugat masakan kita tahu nilai diri kita? Kalau ada yang ‘benci’ tentu ada yang ‘sayang’. Alhamdulillah.
Pasti ada orang yang akan menyamakan saya seperti Datuk Ibrahim Ali, Putra Katak. Sekurang-kurangnya Putra Katak ada ‘maruah’. Selagi hidup selagi melawan. Sampai bila kita mahu jadi ‘anak budu’, ikan tidak, katak pun tidak, jadi budu pun tak apa, ‘budu sedap’.
Katak pun bukan sebarang katak,
Katak datang dari hutan,
Bijak bukan sebarang bijak,
Bijaksana laduni dari Tuhan.

Malaysia adalah sebuah negara Islam, apa salahnya saya bantu Nik Aziz mendirikan Bandaraya Islam? Tok Guru ada ‘mission’ dan ‘vision’, dia tak cakap seperti orang lain yang cakapnya tak serupa bikin. Rancangan jangka panjangnya sudah dimulakan, dia bina sekolah agama di Pulau Melaka dan rata-rata rakyat negeri Kelantan ‘berniaga’. Orang berniaga selalunya ‘cerdik’. Mereka tahu apa erti ‘untung’ ‘rugi’. Orang ada didikan agama tahu dunia, tahu akhriat.

Visi Tok Guru Nik Aziz bukan angan-angan Mat Jenin yang ‘retorik’. Bukan saya kata Nik Aziz bina Islam. Setakat ini Kelantan saja di bawah kepimpinan Tok Guru yang juga Mursyidul Am PAS yang ‘berani’ buat Bandaraya Islam. Ini zaman kebangkitan Islam, sama ada kita bantu atau tidak, siapa pun tak boleh halang jadual Allah. Islam seperti bunga yang sudah berputik tunggu masa untuk kembang.

Bandaraya
Mudah-mudahan nama saya akan tercatit didalam sejarah, saya pernah bersama Tok Guru semasa dia membangunkan Bandaraya Islam. Jadi batu ‘kerikil’ dibawah kayu yang menjadi penyangkut ‘rel’ pun jadilah. Bukan semua orang boleh jadi ‘kepala keretapi’, ada yang jadi gerabak, jadi roda, jadi satu ‘skru’ pun ada juga sumbangan untuk Islam. Seorang perempuan ‘sundal’ masuk syurga kerana adanya perasaan belas kasihan, kasih sayang kepada seekor anjing. Inikan pula kasih sayang dan pengorbanan kita terhadap Tok Guru yang mahukan sebuah Bandaraya Islam.
Saya tak mahu jadi Abu Lahab, Abu Jahal, mereka keluarga Rasulullah dari kaum ‘Quraish’, bapa saudara Nabi yang menentang Nabi Muhammad SAW semasa baginda mahu membangunkan Islam, mahu membina bandaraya Islam yang pertama ‘Madinatul Munawwarah’. Saya dari Bani Hashim mesti sanggup berkorban nyawa sekali pun untuk bersama mereka yang mahu membangunkan semula Islam. ‘Islam’ bukan milik PAS, bukan milik UMNO, bukan hak milik orang Arab. Siapa saja yang sudah mengucap “La illa ha ill lallah Muhammadar Rasulullah” wajib menyumbangkan sesuatu untuk Islam.
Islam akan hidup subur seperti dizaman silam bila ada kasih sayang, ada sifat pemurah, berani membela, berani berkata benar, berani menegakkan keadilan, cintakan Allah dan Rasul, seperti di antara ‘muhajirin’ dan ‘ansar’.
Nik Aziz memang memperjuangkan Islam bukan setakat jadi Menteri Besar, dia menulis, dia mengajar, dia ada sekolahnya sendiri. Dia disegani, ramai yang sudah tengok ‘karamah’ yang ada padanya seperti karismatik, aura karamah ini bukan ada pada semua pemimpin.

Saya mula kenal hati budinya dari sifatnya yang sederhana, sebaik-baik perkara adalah yang ditengah-tengah (sederhana) – Hadis.

Mangsa
Saya berdiri atas pentas PAS cuma hendak mengingatkan pemimpin tindakan ‘membunuh’ semangat penulis yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat, mahu membunuh demokrasi kerana penulis adalah ‘pembela’ biarpun mereka bukan pemimpin. Bukan pasal tak boleh jual buku atau tak dapat layanan VIP saya sokong parti lain atau mahu mencari ‘recognition’ yang setimpal.

Kita orang Islam buat kerja harus ‘Lillahhi Taala’ bukan kerana mengejar pangkat, layanan istimewa atas untuk mendapatkan penghormatan orang.

Saya bimbang kita akan jadi seperti Singapura, tidak ada kebebasan akhbar. Singapura di kuasai oleh ‘nyonya’ isteri Gen Lee Shen Leong anak Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura.Apakah tak mustahil Negeri Cik Siti Wan Kembang, akan dijajah oleh Nyonya Singapura, wanita terkaya dan paling berkuasa di Asia.


Merungut
Rata-rata ke mana kita pergi orang ramai merungut terutama para kontraktor Melayu ‘gulung tikar’ lingkup. Susah nak jumpa yang senang.

Mereka mahu rakyat kenang budi kerajaan, kepimpinan melalui teladan. Penulis seperti arwah Khalid Jefri mati, tak seorang pun pemimpin UMNO yang pergi.Manusia yang tak pandai berterima kasih pada manusia sama seperti tak bersyukur pada Tuhan. Bersyukur dengan yang sikit Tuhan tambah, jika tak tahu syukur dilaknat. Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang mahu kamu dustakan?
Buku politik tidak dibenarkan dijual di dalam PWTC, dalam kedai buku pun tak boleh, menunjukkan pemimpin UMNO tak tahu kenang budi. Melayu adalah bangsa yang pandai mengenang budi, tahu berterima kasih.
Manusia boleh berubah, sekali air bah sekali pantai berubah. Kenapa di umur ‘subsidi’ ketika ada pemimpin PAS masuk UMNO, saya tinggalkan BN yang memerintah Malaysia ikut Tok Guru yang sekadar Menteri Besar Kelantan aje? Tak untung di dunia, untung di akhirat. Hidup jangan ingat duit aje, mati dalam kubur seorang diri, dunia sudah hampir kiamat. Tsunami di Acheh dan Pakistan baru bunga-bunga aje.
Kita mesti berubah ke arah yang lebih baik. Sebaik-baik manusia adalah yang boleh memberi manafaat kepada sebanyak-banyak manusia - hadith.

Saya merasa diri bersalah, banyak dosa dan perlu ‘bertaubat’, sampai bila hendak cari salah pembangkang aje? Satu jari menunjuk ke arah orang, 3 jari menunjuk ke diri sendiri, saya muhasabah diri.
Memang ramai pemimpin UMNO yang masih tidak mahu berubah dari dahulu sehingga sekarang. Yang ketara berubah, di Pengkalan Pasir Datuk Najib Tun Abdul Razak, tidak hilang bisa ular yang menyusur diakar. Najib menunjukkan sikap rendah diri, menegur, menyapa semua orang, bagi orang UMNO yang rapat dengannya sentiasa ada ruang bertemu dan bertukar-tukar pandangan, akhirnya beliau mendapat sokongan padu dari atas hingga ke akar umbi.
Pengundi di Pengkalan Pasir dan Kelantan memberikan isyarat bahawa mereka tidak senang dengan pemimpin UMNO yang belagak sombong, tamak dan bakhil, mereka tidak mahu perubahan di Kelantan, mereka mahu sikap pemimpin UMNO berubah. Jauh di sudut hati mereka, ‘hati’ yang diberikan keutamaan, mereka bukan tidak mahu kemajuan tetapi bila melihat gelagat sebilangan pemimpin UMNO, mereka naik benci dan akhirnya naik marah kepada UMNO.
Dulu saya sokong Mahathir membuat Jambatan Pulau Pinang, Proton Saga, Pandang Ke Timur kemudian Putrajaya, masakan saya tak boleh tolong Nik Aziz membangunkan Bandaraya Islam di Pantai Timur? Kenapa masih ramai orang sayangkan PAS kerana perjuangan PAS untuk Islam.
Saya beritahu orang PAS, masalah mereka bukan barangan, bukan ‘product’. PAS mempunyai barangan yang terbaik, ‘Islam’. Masalahnya PAS tidak mempunyai jurujual yang ada ‘kelas’, tak hebat dan ‘packaging’ yang tak menarik, kurang iklan.

Hari ini politik Malaysia sudah macam politik Amerika, sudah canggih ‘airtime’, media masa, kecergasan orang yang akan memimpin PAS seperti kita mahukan satu pesawat udara, pertama kita kena fikir apakah kita sudah mempunyai kaptain udara bukan kaptain bahtera lama, bagaimana dengan enginnya?
Pentas
Mudah-mudahan penghijrahan saya ke atas pentas PAS biarpun sementara ia dapat membuka ‘minda’ pemimpin di kedua-dua pihak untuk memikirkan bahawa ‘politik Melayu’ sudah ke peringkat ‘bottle neck’.

Islam suruh kita berhijrah sebab itu ramai rakyat Kelantan suka berhijrah. Dengan berhijrah kita akan ingat dan sayang kampong halaman dan tanah air kita sendiri. Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah. Orang kita hendak hijrah pemikiran pun takut.
Saya tak gunakan pentas PAS untuk menghentam pemimpin UMNO. Saya tahu di Pengkalan Pasir yang bergaduh adalah antara para pemimpin UMNO dengan pemimpin UMNO, bukan dengan PAS.
Bayangkan Tan Sri Hussein Serama, 15 tahun jadi Ketua Penerangan UMNO, mereka ‘tak peduli’. Rasa ‘tak peduli’ inilah yang menimbulkan kemarahan rakyat terhadap pemimpin. Orang Kelantan marah terhadap Annuar Musa bukan UMNO.
Saya naik atas pentas PAS kerana ikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir. Tun dulu pun pernah duduk atas pentas PAS, ‘berkat’ pentas PAS, dia kekal 22 tahun. Macam-macam dilakukan oleh pemimpin UMNO dan pembangkang untuk menjatuhkan Tun. Tun tetap unggul. Lagipun kawan saya Dinsman sudah jadi orang Tok Guru.
Saya bukan macam Mat Sabu dan lain-lain penceramah PAS yang pandai berpidato, menulis lain, menulis sudah jadi kerja saya berpuluh tahun. Saya sudah menulis mengenai Tok Guru Nik Aziz 13 tahun yang lalu. Cuba baca ‘Memo Kepada Perdana Menteri’ 1992. Tapi tidak berdepan dengan orang ramai di pilihanraya yang nampaknya saja ‘kecil’ tapi ibarat tsunami politik yang belum muncul.

Rezeki
Kalau tak jual buku tulis pasal pemimpin UMNO pun saya ‘tak lapar’. Tuhan yang beri rezeki bukan UMNO atau sesiapa pun, saya belajar dari kitab Imam Habib Abdullah bin Alwee Al-Hadad yang mengajar kita supaya ‘takut’ hanya pada Allah dan jangan menaruh harapan pada sesiapa selain dari Allah.
Sebenarnya soal ‘merajuk’ atau ‘marah’ kerana tak dapat sesuatu bukan dijadikan alasan untuk membantu Tok Guru. Bila hati sudah kasih, bila sudah timbul rasa kasihan mendengar penderitaan Tok Guru mengenai anaknya Nik Adli yang menjadi mangsa ISA, tak dapat tanduk, telinga di pulas, saya tak ada pilihan. Nasi lemak buah bidara, sayang Tok Guru aku turutkan buang Pak Lah tinggalkan kawan kerana Tok Guru aku lakukan.
Bagi mereka yang telah membaca kesemua 47 buah buku-buku politik yang telah saya tulis, mereka tentu menyedari betapa ramai pemimpin politik yang pernah disokong dalam buku sebelumnya, kritik dalam buku yang terkemudian dan juga sebaliknya. Saya memang tidak pernah mahu dilabelkan sebagai penulis yang menjadi alat individu atau orang perseorangan seperti ‘orang Musa’, ‘orang Ku Li’, ‘orang Pak Lah’, ‘orang Najib’. Saya mahu jadi orang suruhan Tuhan yang taat.
Inilah susahnya manusia ‘materialistik’ yang sudah bertuhankan duit, takut berkata ‘benar’. Takut dengan pemimpin, takut denganbini, dengan orang ramai, takut hantu tapi tak takut dengan Tuhan. Takut dengan Allah bukan lari dari Allah tapi makin medekatkan diri dan hanya berharap pada Allah. Itu sebab saya tak takut berkata benar atau kekal menyokong orang tertentu. Orang hendak kata, hendak kutuk pun katalah, yang penting saya tak jadi katak bawah tempurung atau katak bawah kaca tapi katak yang berani berhijrah.

Ketaksuban
Buku politik adalah menyamai dunia politik dan manusia politik. Dalam erti kata yang sebenarnya, tidak ada ketaksuban dalam politik. Tidak ada musuh atau sahabat yang kekal dalam perkampungan politik. Yang ada cuma kebenaran yang berkekalan. Apabila kita menyuarakan suara ‘kebenaran’, kita menyuarakan suara Tuhan. Inilah paradigma dan sandaran kepada semua tulisan saya, baik dalam buku mahupun dalam rencana-rencana saya. Rasulullah SAW suruh kita berkata benar biarpun kebenaran itu pahit.
Ambil saja contoh ketika Dr. Mahathir masih menjadi Perdana Menteri, saya memberikan pujian kepada Mahathir bermula dengan buku Siapa Selepas Musa (1981). Lima buku selepas Pemuda Di Zaman Mahathir (1982), Tuah Nasib Pemimpin Melaysia (1983), Perdana Menteri Yang ke-5 (1984) terus memberikan sokongan kepada mantan Perdana Menteri ketika itu.

Pada tahun 1985, saya menerbitkan buku Hantu Bukit Cina yang mengkritik hebat Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang merupakan tokoh muda yang disayangi dan dipersiapkan oleh Dr. Mahathir. Justeru umum merasakan sokongan terhadap kepimpinan mula mengendur.
Pada tahun berikutnya dalam buku Musa Derhaka, saya terus mempertahankan Dr. Mahathir. hingga ke tahun 1987, ketika krisis kepimpinan Dr. Mahathir berada di kemuncaknya. Saya tetap mempertahankan Dr. Mahathir dan setiap mereka yang mengganggotai Team A berlawan dengan Team B. Dalam buku Challenger Siapa Lawan Siapa, buku yang turut menjadi faktor kepada kemenangan Team A itu akhirnya menyebabkan saya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Nasib saya ketika itu tak banyak beza dengan arwah Khalid Jeffry, waktu itu saya tak nampak seorang pun pemimpin UMNO dari Team A yang sudi menjenguk apatah lagi memberi sokongan moral atau wang apabila Mahkamah memerintahkan saya membayar sekian banyak wang kepada Musa Hitam. Semuanya sudah jadi sejarah.

Pendirian
Saya sentiasa mengingatkan pembaca tentang pendirian saya ketika zaman Mahathir “UMNO tak penting, Dr. Mahathir tak penting, saya tak penting. yang penting hanyalah kebenaran”. Benar itu baik, Allah cintakan kebenaran. Tidak dapat dinafikan betapa ‘kebenaran’ adalah penting di dalam semua hal. Namun kebenaran dalam politik adalah sesuatu yang subjektif. Dalam politik tidak ada ‘kebenaran’ yang hakiki seperti juga dasar UMNO yang pragmatik.

Oleh kerana dasar parti yang memerintah boleh berubah, seperti juga kebenaran dalam politik dan pendirian ahli-ahli politik maka apa yang nak dihairankan jika saya mengubah pendirian terhadap parti mana yang nak disokong?

Politik adalah seni serba mungkin. Di tangan penulis politik kemungkinannya cukup besar untuk berubah bila pemimpin tidak lagi menghormati dasar tempat pengikut bersandar. Apalagi bila pemimpin sudah tidak berprinsip dan hilang moral.
Bagi sesetengah pembaca (terutamanya yang tak pernah membaca buku saya atau membaca sekadar satu dua buah buku, atau mungkin juga satu dua bab, atau cuma mendengar gawat-gawat perihal saya) perubahan sokongan dalam pilihanraya kecil ini memberikan ‘kejutan besar’ bagi mereka. Ada yang ‘terperanjat beruk’ dengan perubahan sokongan yang diisytiharkan oleh saya secara terbuka.

‘Terperanjat beruk’ inilah yang telah menjurus kepada beberapa komen yang bersifat keberukan, dengan ‘bahasa’ yang mungkin hanya ‘beruk’ yang diajar bercakap saja tahu menggunakannya dan dengan daya ‘keintelektualan’ seekor beruk yang melatah bila kena geletek atau terkejut. Berucap mesti pandai buat kejutan minda antaranya adalah bila saya katakan saya sendiri pun ‘terkejut’ tapi bukan ‘terkejut beruk’.
Pergerakan membebaskan Al-Aqsa dimulakan dengan sebelum Salahuddin berjaya menyiapkan tenteranya untuk menembusi benteng orang Kristian, Al-Ghazali telah mendirikan sekolah-sekolah untuk membangkitkan kesedaran dikalangan umat Islam membina sekolah.

Sebelum berhijrah ke Madinah, Muhajir telah berada di bawah madrasah Rasul SAW selama 13 tahun. Ini yang dilakukan oleh Tok Guru selaku ulama pewaris Nabi membuat sekolah dulu sebelum membangunkan Bandaraya Islam.

Kalau saya kecewa atau marah pada UMNO, itu hak saya. Saya manusia biasa, sekurang-kurangnya saya telah cipta sejarah 22 tahun dengan Tun dan dua tahun dengan Pak Lah, tak cukup ke? Kenapa tamak sangat? Kalau saya nak sokong PAS sekarang, itu pun hak saya.

Tanya penulis buku di Malaysia mana ada yang jadi kaya kerana tulis buku. Pemimpin UMNO yang kaya raya, pandainya minta buku percuma. Kalau puji hendak beli satu pun susah. Tuhan suruh membaca. Kita ada dua mata, dua telinga, kiri dan kanan, tengok kiri, tengok kanan. Jangan hidup pakai sebelah mata saja.

Friday, December 16, 2005

ISLAM HADHARI IKTIRAF ISRAEL

STAR OF DAVID berkibar megah di bumi ISLAM HADHARI. Umat Islam di negara lain bakar bendera ini kerana protes pada kezaliman regim zionis Israel terhadap rakyat Palestin, Umno pula dengan megah mengibarkannya di Ibupejabatnya!



Cyberluncai: atau sebab Isrel dah lama iktiraf Islam Hadhari...?

Saturday, December 10, 2005

WAKIL POS, BUKAN WAKIL RAKYAT....

Berkatalah pemimpin UMNO "Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir merupakan isyarat bahawa rakyat Kelantan mahukan perubahan." Nak tergelak aku mendengar dan membaca kata-kata ini.

Cubalah engkau orang uMNo guna akal sedikit dalam bercakap. Ambil masa berfikir sedikit mengenai pilihan raya ini.

Aku bukan nak mempertikaikan keputusan, itu semua ketentuan Tuhan. hidup, mati kita kan semuanya ketentuan Tuhan. Kita hanya mampu berusaha dan berserah.

tapi yang sedap mulut bercakap tu tak ada akal, tak ada mata melihat, tak otak untuk merenung pilihan raya kecil penuh dengan rasuah dan politik wang. Berita berat sebelah adil ke?

Tak tahulah engkau orang memang 'tak ada hati perut' untuk ini semua.

Saya tegaskan rakyat Kelantan tak mahu uMNO/BN, walaupun macam-macam janji ditaburkan, wang ringgit macam hujan.

Monday, November 28, 2005

Hanifa, Hanafi atau Brahim?



Oleh M FAQIH
HANIFA, Hanafi sekali sebut, hampir sama bunyinya. Sama-sama berpangkal kepada Ha dan suku kata kedua Ni dan seorang lagi Na. Bagi suku kata ketiga, satu Fa dan satu lagi Fi. Betul-betul hampir sama. Kalau disebut cepat sangat, tersasul lidah jadinya. Namun, perkataan Ibrahim agak jauh dan berada di luar linkungan persamaan sebutan.

Gambaran awal ini secara tidak langsung dikaitkan dengan persaingan sengit di antara dua calon tersebut. Ini kerana mereka mewakili dua parti Melayu yang besar di negara ini.

Bagaimanapun Ibrahim tidak kurang hebatnya. Beliau dikatakan mampu menarik sekurang-kurang 1,000 penyokong Umno untuk terus kekal bersama perjuangannya.


“Saya bertanding kerana desakan penyokong supaya berbuat demikian. Saya bukan calon Bebas namun sebagai calon rakyat,” katanya sebelum ini. Dan apabila turut sama bertaruh di gelanggang 6 Disember ini, maka situasi yang bakal berlaku menjelaskan Umno pastinya akan berada dalam suasana agak gelisah.

Ibrahim biar pun bukan lagi berada di bawah bumbung Umno, namun Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang diperjuangkan sudah dikenali di seluruh negara.

Mesej perpaduan Melayu dan hak-hak keistimewaan Bumiputera menjadi hala tuju perjuangan organisasi itu. Di bawah MTRK, Ibrahim berjaya menarik minat bekas-bekas pemimpin Umno yang tidak kurang pengaruhnya.

Siapa tidak kenal Dato’ Ariffin Hamid, Dato’ Ahmad Rusli Ibrahim, Dato’ Hassan Ismail, Dato’ Mustapa Yaakub dan ramai lagi. Mereka bukan calang-calang orang dalam percaturan politik Umno Kelantan.

Ibrahim berjaya menarik mereka berada di bawah kepemimpinannya. Di atas nama MTRK juga, bekas Adun Kota Lama, Leong Sue Siang menjadi akrab dengan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas tersebut.

Itu belum lagi diambil kira jumlah undi yang diraih Ibrahim sebagai calon Bebas di Pengkalan Pasir tahun lalu. Beliau berjaya mengumpulkan sebanyak 1,500 undi atau 11 peratus di DUN Pengkalan Pasir.

Disebabkan faktur tersebut juga pemimpin Umno terutamanya Dato’ Annuar Musa cuba memperlihatkan keegolannya dengan mengeluarkan kenyataan seperti kebudak-budakan. Apa tidaknya, isu yang dibangkit hanya berkisar bubar dewan, cabar letak jawatan dan tawaran bagi Adun PAS yang melompat.

“Jelas sekarang nampak seperti orang yang bankrap idea,” kata Ketua Penerangan Umno Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud. Sikap ‘over confident’ dipamerkan Umno dalam banyak kenyataan mereka benar-benar memperlihatkan pemimpin parti itu gelisah.

Misalnya ‘Kekalahan bukti PAS tidak relevan’ – Ketua Penerangan Umno Terengganu, Ahmad Shaberry Chik, ‘Guna pengalaman pastikan BN menang’ – Menteri Besar Terengganu dan ‘Bubar jika kalah – Najib’.

Itu belum lagi diambil kira bekas seorang menteri yang dikaitkan dengan keruntuhan rumah tangga sepasang suami isteri di Kampung Jias, Pasir Mas suatu ketika dahulu. Begitu juga isu tabal raja di Ketereh pada April 1993 dan kehilangan wang pelaburan PPRT. Banyak pihak terluka dengan peristiwa itu.

Lagi menggelirukan apabila Hishammuddin tanpa berfikir panjang mendesak guru yang menyokong pembangkang diminta mencari kerja lain. Tidakkah itu menggambarkan ‘conflict’ dalaman berlaku di kalangan pemimpin Umno sekarang.

Umno juga cuba menggambarkan kempen mesra bagi ‘memujuk hati yang duka’. Bermula daripada kenyataan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, kononnya mahu mempamerkan kempen mesra dan tidak mudah melatah.

Benarkah ia berlaku sedemikian di peringkat bawah. Atau sekadar mesra di dada akhbar sahaja. Namun sebenarnya ada banyak kisah berlaku di sebalik kempen mesra yang diuar-uarkan itu. Ada anak angkat PAS diugut oleh pasukan khas.

Wartawan media harian ditegah buat liputan calon rakyat, Dato’ Paduka Ibrahim Ali dan jentera kempen muslimat diganggu. Selain itu, penyokong Umno berlakon sertai Umno dan banyak lagi. Adakah ini dinamakan sebagai mesra rakyat, atau sekadar seronok buat kenyataan di media massa.



Di akar umbi lain pula yang berlaku. Itu belum lagi diambil kira pengalaman pilihan raya umum lalu, apabila petugas media alternatif disekat daripada mendapat pas untuk membuat liputan di pusat penamaan calon dan tempat penjumlahan undi.

Di mana suara demokrasi yang dijunjung selama ini, sekiranya itulah yang mampu disuarakan. Inikah dipanggil orang sebagai kempen mesra rakyat. Kebimbangan lebih dirasakan sekiranya orang yang terlibat dengan banyak kes kontroversi dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan suatu ketika nanti.

Sepatutnya ketika melangkah ke era Kelantan maju dan Pasir Mas Baru, pemimpin seperti itu lebih elok diletak ‘di bangku simpanan’. Atau adakah ia secara tidak langsung menggambarkan Umno Kelantan benar-benar ketandusan seorang pemimpin yang mampu mempertahankan Kelantan sebagai Serambi Mekah.

Namun apa yang dapat diperhati dengan perkembangan sekarang, elemen-elemen untuk ‘merobohkan’ benteng Serambi Mekah mulai kelihatan. Apa tidaknya apabila ada pemimpin yang belum ‘insaf’ terus dinobatkan.

Rakyat Kelantan jangan dibiarkan bersubahat dengan agenda pemimpin yang sudah dikenali sebagai ‘panas baran’. Lihatlah apa yang berlaku di setiap kali persidangan DUN Kelantan berlangsung. Bagaimana lagaknya.

Lebih mencuit hati lagi apabila rakan-rakan media menceritakan, akhbar mereka akan dibuang ke lantai sekiranya berita yang dimuat tidak serasi dengan ‘nafsunya politik’.

Dunia era sekarang ada pemimpin yang tidak segan mengugut wartawan untuk ditukar sekiranya menyiarkan berita menguntungkan PAS dan kerajaan negeri.

Inikah dikatakan sebagai pendekatan ‘mesra’ yang cuba diperjuangkan pemimpin Umno Kelantan sekarang. Bagaimanapun pula dengan ‘upah’ sebanyak RM50 dimasuk dalam agenda mesyuarat pihak penganjur untuk dibagi kepada penyokong Umno dari tempat lain yang datang ke tempat kempen menteri di Pengkalan Pasir sekarang.

Itu juga belum diambil kira ‘merajutnya’ Naib Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa selepas tidak dicalonkan. Biar apa pun biarlah 18,411 pemilih di Pengkalan Pasir membuat percaturan mereka tanpa meminggirkan maklumat yang dibekalkan.

Daripada jumlah tersebut terdapat seramai 454 pengundi yang menggunakan kad pengenalan negara jiran dan 5,800 pemilih tinggal di luar Kelantan.



Manakala mengikut komposisi kaum, pengundi Melayu seramai 17,469 orang atau 94.88 peratus, Cina – 863 orang (4.69 peratus), India – 55 orang (0.30 peratus), Bumiputera Sarawak – 5 orang (0.03 peratus), Orang Asli – seorang (0.01 peratus) dan lain-lain – 18 orang (0.10 peratus).

Pada pilihan raya umum lalu, jumlah pengundi seramai 18,646 orang. Ini bermakna jumlah pemilih kali ini susut sebanyak 235 orang.

Sebahagian besar ‘disingkir’ kerana meninggal dunia. Undi yang diraih Wan Abdul Aziz Wan Jaffar pada pilihan raya lalu sebanyak 7,168, manakala calon BN, Hanafi Mamat (7,113), dengan majoriti sebanyak 56 undi. Peratusan keluar mengundi pula sebanyak 77.6 peratus.

Bagaimanapun bagi penganalisis politik, Wan Nik Wan Yusof kebimbangan dirasakan apabila jumlah keluar mengundi kali ini lebih 85 peratus. “Dikhuatiri sekiranya peratusan menghampiri angka itu, kemunculan pengundi hantu tidak dapat ditolak. Ini akan menjejaskan ramalan awal yang dibuat,” katanya.

Berdasarkan situasi kempen yang berlaku sekarang, Umno tidak segan silu lagi menjadikan Sekolah Kebangsaan Mekasar sebagai medan untuk mencari pengaruh. Tiap-tiap hari boleh dikatakan program Umno dianjurkan di sekolah berkenaan.

Malah, Timbalan Presiden Umno sudah turun berkempen di sekolah berkenaan. Pada program penyampaian sumbangan sara hidup dan hari raya bekas-bekas tentera yang diadakan pada 18 November lalu, mungkin tidak salah kalau dikatakan Najib dimalukan dengan jumlah kehadirannya.

Monday, November 14, 2005

KEMBALIKAN SEMANGAT TOK JANGGUT DI KELANTAN....

fuadsyazwan

Orang Melayu sebenarnya tertipu dengan lembut lidah pemimpin yang berkepentingan dan tidak patriotik. Kenanglah siapakah dahulu berarak dari utara, selatan, timur dan barat menuju ke KL untuk menentang Malayan Union? Adakah orang-orang itu sekarang menjadi pemimpin? Bahkan mereka yang patriotik atas agama menentang British kafir telah dicap sebagai penderhaka seperti Tok Janggut dan Datuk Bahaman.

Pemimpin yang terkemudian pula ditangkap dan dipanjarakan seperti Pak Sako dan Ahmad Boestaman. Lihatlah di manakah pemimpin negara sekarang berada ketika menentang British. British cukup bijak menolak ulamak dan melantik orang-orang yang mendapat pendidikan baratuntuk memimpin negara supaya Islam tidak ditegakkan sepenuhnya di bumi Malaysia tercinta. Sepatutnya dengan gambar ini orang-orang melayu Islam sedar bahawa pembangunan sahaja tidak akan sampai ke mana kerana ia adalah perhiasan dunia semata.

Sepatutnya hiasi diri dahulu dengan akhlak Islam seperti Tok Janggut barulah lahir insan yang membangun rohani dan jasmani dan negara dengan sendiri akan maju. Walaupun kita rasa kita sudah maju, sebenarnya kita hanyalah maju sebagai pengguna teknologi barat bukan pembina teknologi baru. Nak buat kereta mainan pun tak mampu, kebanyakannya diimpot dari China dan Hongkong. Orang dulu lawan british kafir buat peletup sendiri dan pedang sendiri. Selain daripada itu kita patut sedar British boleh menguasai Tanah Melayu pun kerana kerjasama orang Melayu sendiri mungkin seperti soldadu dalam gambar Tok Janggut digantung. Dan yang lebih jauh Portugis dapat tawan Melakapun atas angkara orang Melaka sendiri.

Maka perlulah kita sedar dan insaf untuk menjadikan negara kita sejahtera, aman, membangun dalam acuan kita sendiri dan tidak jadi seperti Bosnia dahulu di mana rakyatnya Islam tetapi tidak kenal Islam kerana dibuai oleh budaya barat kafir, kita mesti kekalkan ulamak sebagai pemerintah yang boleh membimbing kita ke arah jalan yang lurus yang telah dirintis oleh Rasulullah s.a.w. Jangan jadi seperti rakyat Iraq yang sokong amerika kafir hingga negara tergadai dan Hukum Islam terbuang. Jangan jadi seperti musarraf yang sokong amerika kafir untuk serang sahabat seagama di Afghanistan.

Sokonglah perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam sepenuhnya (bukan Islam untuk pembangunan sahaja tetapi rakyat Islam lupa ajaran Islam sebenar) bagi meneruskan semangat jihad Tok Janggut khususnya bagi orang Kelantan. Sekarang peluang sudah ada tunjukkanlah. Jangan kita kejar bermati-matian rezeki yang Allah telah tetapkan tetapi kejarlah masa depan di akhirat yang belum tentu lagi ke syurga atau ke neraka. Kita tidak tolak pembangunan tetapi pembangunan datang selepas kita betul-betul Islam insyaAllah.

Jangan takut papa kerana rezeki di tangan Allah. Hidupkan semangat Tok Janggut untuk menumbangkan fahaman yang amalkan Islam separuh-separuh tetapi menegakkan fahaman yang amalkan Islam sepenuhnya. Allahuakbar!

Sunday, November 13, 2005

EXCO TRG TAK FAHAM BAHASA......?

TKO

Sebelum ini kita telah mendengar bagaimana Ketua Pembangkang, YB Tuan Guru Hj Abd Hadi tidak dibenarkan berucap di sidang DUN Terengganu oleh speaker yang disifatkan oleh Tuan Guru paling 'teruk' (buruk) sepanjang beliau menjadi YB selama 20 tahun lebih.

Kebodohan speaker DUN Terengganu, Dato' Hj Che Mat Jusoh makin terselah lagi apabila beliau mengarah anak buahnya menampal banner menyambut Hari Raya untuk dirinya di tempat larangan Majlis Daerah Kuala Terengganu.


Klik gambar untuk gambar yang lebih besar dan jelas

Pihak Majlis satu hal pula, bila di buat report pun tak ambil cakna. Kalau pihak BN buat salah semuanya memandang satu mata, tetapi kalau pihak PAS buat salah, habis mata memandang, hingga terkeluar bijinya sekali.

Cyberluncai: Peluang nak isi perut dengan menggunakan duit kerajaan....

Saturday, November 12, 2005

UMNO: PARTI 'PONDAN' DAN NASIB BAIK.........

Sri Bunian

Assalamu’alaikum wm.wrt

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa UMNO bukanlah merupakan sebuah parti yang gagah dan perkasa. UMNO parti yang lemah dan pondan. Kita nampak gagah dan perkasa kerana UMNO adalah parti yang memerintah yang mempunyai kuasa eksekutif dalam pelbagai perkara. Dengan kuasa itulah ia memperguna dan memperalatkankan pelbagai institusi dan media yang wujud dalam Negara ini bagi membantu, menyokong dan menungkatnya supaya dapat ia memperhiaskan diri agar rakyat nampak gagah dan perkasa setiap waktu.


Setiap kali pilihan raya diadakan sama ada umum atau kecil, termasuk yang akan diadakan di DUN Permatang Pasir, Pasir Mas, Kelantan, UMNO pasti kelihatan amat gagah dan perkasa kerana UMNO wajib baginya mempergunakan kuasa yang ia miliki bertindak sebagai sebuah kerajaan pusat [yang memiliki pelbagai kekuatan] masuk bertanding bukan atas sifatnya sebagai sebuah parti politik untuk menentang PAS sebuah parti politik yang mempunyai serba-serbi kekurangan dan kelemahan.

Begitu juga dalam aspek menyalahgunaan kuasa, menyeleweng, pecah amanah, menipu rakyat, rasuah dan pelbagai perkara busuk-busuk yang dilakukan leh para pemimpinnya ang rendah akhlak dan moralnya dengan mudah dapat disembunyikan daripada pengetahuan awam kerana ia dilindungi oleh institusi-institusi yang berkuasa di dalam Negara ini termasuk seluruh media massa [cetak dan elektronik] yang dikawal sepenuh olehnya. Sampah sarap yang dibuatnya itu disembunyikan di bawah karpet dan sesiapa yang berpeluang menyelak karpet itu, maka terserlahlah kehudohan perangai bangsat UMNO.

Saya berkesempatan membaca dua rencana, satu darinya disiarkan oleh MalaysiaToday.net pada 14.10.2005 yang ditulis oleh Rustam A.Sani bertajuk “Si Jahil Sejarah dan Keangkuhannya” dan satu lagi disiarkan oleh Laman Marhaen yang diterjemahkan dari tulisan MGG Pillai pada 1.11.2005 bertajuk “Parti Komponen Barisan Nasional Bukan Diwujudkan Untuk Perjuangkan Kemerdekaan[National Front parties were not formed to fight for Malaysian independence].

Dari dua buah rencana tersebut, saya dapat membuat satu kesimpulan bahawa betapa senangnya UMNO mendapat kuasa tanpa reality sebenar berjuang menuntut kemerdekaan dari tangan penjajah Inggris. Dalam kata lain ‘nasibnya baik’ menerima kemerdekaan dan kuasa memerintah daripada penjajah Inggeris dengan cara mudah tanpa melalui liku-liku perjuangan yang memedihkan berbanding dengan lain-lain persatuan, pertubuhan dan parti-parti politik yang tidak bernasib baik kerana mereka enggan menyerah kalah, tunduk, melutut dan memenuhi apa sahaja kehendak Inggeris.

Dalam tulisan ini saya hendak berkongsi pengetahuan dengan para pembaca semua bahawa UMNO mendapat kuasa untuk memerintah semenjak dari Negara mencapai merdeka pada tahun 1957 sehingga kini bukanlah di atas perjuangannya yang tulen dan sejati, tetapi kerana ‘nasibnya baik’ dan secara kebetulan bukan melalui perjuangan yang berliku-liku yang terpaksa berkorban menumpahkan air mata, darah dan keringgat sepertimana yang telah dilakukan oleh orang-orang terdahulu di dalam pelbagai pertubuhan dan persatuan lain sebelum UMNO wujud di muka bumi Malaysia ini. UMNO merima kemerdekaan dalam bentuk ‘tinta emas’ berjuang kemerdekaan dalam bilik berhawa dingin dengan penuh keselesaan dan keenakan. Sekurang-kurangnya terdapat 4 keadaan yang UMNO ‘bernasib baik’ yang dapat terus memerintah Malaysia sehingga ke hari ini.

UMNO bukan merupakan sebuah parti tunggal yang memperjuangkan kemerekaan Tanah Melayu. Malah perjuangan kemerdekaan telah lama wujud selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 lagi. Ianya dipergiatkan dalam dekad-dekad 1900an, 20an dan 30an apabila pemimpin-pemimpin muda dalam pelbagai pertubuhan dan persatuan yang mendapat ilham daripada kembangan sekitar Negara-negara jiran yang berjuang menuntut kemerdekaan, melalui suratkhabar dan majalah [dalam dan luar negeri] yang meniupkan semangat perjuangan menuntut kemerdekaan dan juga pengaruh gerakan Islam di Timur Tengah yang dibawa balik oleh pelajar-pelajar khususnya pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir dan dikembangkan di Tanah Melayu ketika itu.

Sebelum UMNO ditubuhkan, sudah wujud pelbagai persatuan, pertubuhan dan parti-parti politik khususnya untuk menghalau penjajahan Inggeris meningalkan Tanah Melayu dan mendapat kemerdekaan secara total. Secara total disini bermaksud, kemerdekaan yang akan dicapai itu akan memberi kebebasan 100% dan tidak terikat atau terpengaruh dengan system pentadbiran British yang menjajah Tanah Melayu hampir 500 tahun. Kebebasan membentuk system pentadbiran mengikut cita rasa dan budaya berpaksikan Melayu-Islam, berupaya berdiri di atas kaki sendiri bukan meniru system dan gaya pentadbiran Inggeris sepertimana yang telah dilakukan oleh UMNO.

Hasrat ini ditentang oleh penjajah Inggeris habis-habisan. Banyak persatuan, pertubuhanan parti-parti politik yang ditubuhan menentang Inggeris diharamkan dan pemimpin-pemimpinya ditangkap dan dipenjarakan. Dalam perkara ini tidak seorang pun pemimpin-pemimpin UMNO yang ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak penjajah Inggeris, malah pihak Inggeris memberi sokongan dan dokongan bagaimana hendak menguruskan Negara ini selepas Inggeris meninggakannya.

‘Nasib baik’ pertama UMNO, penubuhan UMNO memang dinanti-nantikan oleh pihak penjajah Inggeris [kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu ialah pegawai-pegawai Melayu yang disenangi oleh pihak Inggeris] kerana pada waktu itu, semua Negara-negara yang dijajah oleh kuasa-kuasa besar barat [Inggeris, Belanda, Sepanyol, Portugis dan Amerika] mula melepaskan satu demi satu Tanah Jajahannya. Sudah menjadi trend ketika itu, semua Negara yang dijajah, rakyat di Negara-negara tersebut bangkit menuntut kemerdekaan dan penjajah tidak ada alasan yang kukuh untuk mempertahankan atau meneruskan menjajah di Negara-negara berkenaan untuk selama-lamanya. Kemerdekaan Tanah Melayu ini dilambat-lambatkan kerana Inggeris mendapati tidak ada sebuah pun persatuan, pertubuhan atau pun parti-parti politik yang wujud ketika itu yang serasi dengan system nilai yang dipegang oleh penjajah Inggeris untuk diwariskannya.

Dengan tertubuhnya UMNO, maka impian Inggeris untuk menyerahkan kuasa kepada anak negeri sendiri untuk memerintah telah tercapai. Formalitinya adalah sedikit sebanyak ketegangan dalam rundingan kemerdekaan sebagai untuk menunjuk kepada rakyat bahawa itulah ‘perjuangan’ UMNO.

Hakikat sebenarnya ialah penjajah Inggeris memang ingin benar menyerahkan kuasa kepada UMNO kerana UMNO sanggup mewarisi segala apa yang Inggeris telah lakukan di Tanah Melayu termasuk tidak menjadikan Islam sebagai dasar pemerntahan Negara dan mengekalkan system budaya dan system pemerintahan Negara ini di bawah system secular, Islam hanya dibenarkan diamalkan sebagai ‘ritual’ semata-mata seperti mana Inggeris lakukan sepanjang Inggeris menjajah Tanah Melayu.

Penjajah Inggeris tidak pernah menggangu amalan yang terdapat dalam ajaran Islam, adat istiadat Melayu dan Raja-raja Melayu. Sama juga dengan UMNO, tetapi UMNO ada menganggu system beraja dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993. Sampai sekarang, UMNO masih lagi mengamalkan warisan Inggeris dalam system pemerintahan, masih lagi system pemerintahan secular, dalam system ekonomi, masih lagi system ekonomi kapitalis dan undang-undang masih lagi terikat dengan undang-undang Inggeris, temasuk Perlembagaan Negara yang masih menjadi rujukan adalah hasil gubahan Lord Reid dan amalan dalam ajaran dan hukum Islam masih lagi bersifat individu bukan negara.

‘Nasib Baik’ UMNO kedua, pada pilihan raya umum tahun 1969, Perikatan ketika itu mengalami kekalahan yang paling teruk selepas kemerdekaan. Dua buah negeri, Pulau Pinang dan Kelantan jatuh ke tangan pembangkang. Pulau Pinang jatuh ke tangan parti Gerakan dan Kelantan jatuh ke tangan parti PAS. Walaupun pada ketika itu, SPR menyatakan bahawa Perikatan telah berjaya mempertahankan semua kerajaan negeri [kecuali P.Pinang dan Kelantan], namun pada hakikatnya Perikatan mengalami kekalahan di Perak dan di Selanggor. Perikatan hanya menang 19 kerusi daripada jumlah 40 kerusi di DUN Perak, manakala PPP, DAP, Gerakan dan PAS memenangi 21 kerusi. Jadi, berdasarkan hukum demokrasi, Perikatan tidak boleh dikira sebagai pemenang, sekiranya PPP, DAP, Gerakan dan PAS bergabung, maka merekalah [yang mempunyai majority 21 kerusi] yang berhak membentuk kerajaan negeri bukan Perikatan. Sekiranya ini berlaku, tidak sulit untuk mencari siapa yang akan dilantik sebagai MB kerana dalam pakatan tersebut mereka mempunyai 3 orang pemimpin Melayu iaitu Shamsudin Harun dari PPP, Ibrahim Singgeh dari DAP dan Mahmod Zainal Abidin dari PAS.

Apa yang berlaku di Selangor lebih menarik lagi di mana Perikatan memenangi kerusi sama banyak dengan kerusi yang dimenangi oleh pembangkang. Perikatan menang 14 kerusi dan parti-parti pembangkang DAP [9], Gerakan [4] dan Bebas [1]. Ini amat menyulitkan perikatan untuk menubuhkan kerajaan negeri yang menyebabkan para penyokong UMNO mengadakan perhimpunan di kediaman rasmi MB di Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur pada petang 13 Mei kerana kedudukan Harun Idris sebagai MB amat tergugat dan pada sebelah malamnya pula berlaku perarakan yang besar oleh pembangkang yang hendak merayakan kemenangan mereka. Perarakan ini mendapat tindak balas dari para penyokong UMNO, maka berlakulah pertembongan yang mencetuskan keadaan kucar-kacir dan haru-hara yang memaksa kerajaan mengistiharkan darurat yang kemudiannya membawa kepada pemerintahan MAGERAN.

Pemerintahan oleh MAGERAN adalah untuk memulihkan keadaan supaya kembali stabil, disamping UMNO melalui Tun Razak Hussein [yang mengambilalih pemerintahan dari Tengku Abdul Rahman Putra sebagai PM ke dua] menyusun semula strategi politiknya dengan menubuhkan gabungan parti-parti politik yang diberi nama Barisan Nasional [BN]. Semua parti politik bergabung di bawah BN termasuk PAS di bawah pimpinan Dato’ Mohd.Asri Hj. Muda [akhirnya mati dalam UMNO] kecuali DAP yang enggan bergabung dengan BN. UMNO masih lagi bernasib baik kerana ia berkuasa membentuk MAGERAN yang menjaga survivalnya. Ini ditunjukkan dalam pilihan raya tahun 1974, semua kawasan yang ditandinginya menang muda tanpa pencabar,BN menang besar. Tahun 1978, PAS ditendang keluar dari BN. UMNO kembali teguh.

‘Nasib Baik’ UMNO ketiga ialah pada pilihan raya umum pada tahun 1990. Tengku Razaleingh Hamzah yang memimpin parti SM46 ketika itu menentang UMNO bersama-sama dengan Rais Yatim dan pemimpim-pemimpin bekas parti SM46 yang kini ramai yang menganggotai karbinet Abdullah Ahmad Badawi. Pada pilihan raya itu, pada mula orang Melayu sangat marah terhadap Mahathir Mohamad kerana menubuhkan UMNO baru [UMNO Mahathir] dan enggan menggunakan kuasa yang ada padanya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk menghidupkan kembali UMNO yang diharamkan oleh mahkamah.

UMNO baru berbeza daripada UMNO asal yang benar-benar memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan kedaulatan Raja-raja melayu. UMNO baru yang konsepnya lebih liberal yang lebih merugikan bangsa Melayu dan konsep tidak mesra terhadap Raja-raja. Dasar UMNO baru lebih pro kepada golongan peniaga dan industri berat untuk mencapai status Negara maju dengan cepat. Dasar ini secara tidak langsung meminggirkan industri pertanian yang kebanyakkanya diceburi oleh orang Melayu.

Kempen parti SM46 yang bergabung dengan PAS yang dinamakan sebagai Angkatan Perpaduan Ummah dan dengan DAP serta PBS dikenali sebagai Gagasan Rakyat berjaya menarik ramai orang Melayu menyokong Ku Li. Keghairahan Ku Li berkempen tersilap langkah apabila beliau bersama dengan Joseph Pairin Katingan dikalongkan [memakai] tengkolok bersimbol ‘salib Kristian’.

Gambar ini digunakan sepenuhnya oleh media massa milik UMNO menjelang hari pengundi. Ia disebarkan, dihebahkan dan dipertontonkan ke seluruh Negara melalui akhbar, radio dan TV. Ramai orang Melayu terpengaruh dengan sebaran gambar Ku Li dan menjejas imej Ku Li sebagai pemimpin Melayu yang sanggup memakai tengkolok berlambang salib Kristian dan mengadaikan prinsip Melayu-Islamnya demi mengejar kedudukan dan kuasa. Serangan balas dari pihak ku Li menyebarkan gambar Mahathir juga dikatakan mengandungi lambing salib Kristian sedang menari bersama-sama dengan Pairin Katingan tidak berkesan kerana tidak mempunyai media seperimana yang UMNO miliki. Sokongan orang Melayu kembali kepada UMNO. Sekali lagi UMNO bernasib baik, kembali menubuhkan kerajaan terus memerintah Malaysia.

‘Nasib Baik’ UMNO keempat ialah ketika pilihan raya umum ke 10 pada tahun 1999. Ketika itu seluruh orang Melayu sangat marah terhadap cara UMNO menguruskan kes Anwar Ibrahim. Krisis Anwar-Mahathir membawa satu arus perubahan yang dashat terhadap landskap politik orang Melayu. Mereka bangun beramai-ramai membantah tindakan pemecatan Anwar dari kerajaan dan UMNO seterusnya Anwar dihumban ke dalam penjara Kajang.

Kezaliman UMNO terhadap Anwar membentuk satu kefahaman politik yang tidak pernah berlaku sebelum itu, di mana PAS, Keadilan, DAP dan PRM membentuk satu gabungan diberi nama Barisan Alternatif. Hasilnya, UMNO terpukul teruk, majority pengundi Melayu menolak UMNO. BA[gabungan parti-parti pembangkang] mencatat sejarah apabila mereka menang besar dalam pilihan raya tersebut. Inilah merupakan pilihan raya yang terbaik prestasinya bagi parti-parti pembangkang yang hampir-hampir dapat menumbangkan UMNO/BN dan pilihan raya ini merupakan yang terburuk buat UMNO.

Walau pun begitu, nasib baik UMNO masih terus menyebelahinya sungguh pun pengundi-pengundi Melayu menolaknya, tetapi bagi di Semenanjung khususnya di Lembah Kelang, Selangor, Perak, Kedah dan Pahang 90% pengundi-pengundi Cina dan India berpihak dan mengundi UMNO/BN dan UMNO kembali berkuasa semula. Jadi, politik perkauman akan berterusan selama-lamanya selagi UMNO memerintah kerana ianya membawa kepentingan politik yang besar dengan dasarnya “pecah dan perintah” untuk terus berkuasa.

Kesimpulannya, UMNO bukan merupakan sebuah parti yang kuat, gagah dan perkasa. Ia hanya sekadar “Nasibnya Baik”. Oleh kerana itu, apabila ia hendak kembalikan sokongan orang Melayu kepadanya seperti yang ditunjukan dalam pilhan raya ke 11 pada tahun 2004 lalu, maka UMNO terpaksa menggunakan apa sahaja institusi yang wujud dalam Negara ini tanpa mengambil kira halal atau haram serta mengawal media untuk mengawal fikiran, tingkah laku dan saikologi orang Melayu supaya kembali menyokong UMNO sepertimana yang UMNO lakukan terhadap pilihan raya kampus baru-baru ini. Kesannya, pilihan raya umum ke 11 itu merupakan pilihan raya paling kotor dan terburuk dalam sejarah pilihan di Malaysia yang mana pelbagai penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penipuan, pembohongan dan rasuah bermaharajalela serta hilangnya kredibiliti SPR dalam mengendalian pilihan raya tersebut. Sekali lagi UMNO akan diuji tentang nasib baiknya itu dalam pilhan raya kecil di DUN Permatang Pasir, Kelantan pada 6 Disember ini.

Sekian. SELAMAT BERJUANG MENUMPASKAN UMNO DI PERMATANG PASIR. Allahuakbar!
Terima kasih.Wassalam.

Cyberluncai: UNDILAH PAS UNTUK KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN GENERASI AKAN DATANG.....

Friday, November 11, 2005

NAJIB TIPU ORANG KAMPUNG.....

Roslan SMS

Pas boleh kata kemajuan mereka yang buat tetapi siapa yang lulus peruntukan untuk melaksanakan projek pembangunan termasuklah projek bekalan air, siapa yang curah wang dengan memberi pinjaman RM600 juta kepada kerajaan Kelantan, sudah tentulah Kerajaan Pusat. Semua ini Kerajaan Pusat lakukan kerana tidak rela melihat rakyat Kelantan berada dalam kesusahan, kita bantu supaya ada pembangunan.

Demikianlah petikan ucapan Timbalan Presiden Umno Najib Tun Razak yang juga TPM semalam ketika berada di Pasir Mas, Kelantan sebagaimana yang disiarkan oleh UTUSAN hari ini.



Kenyataan Najib itu seolah-olah membayangkan bahawa Kelantan adalah sebuah negeri asing, negeri dhaif dan terbiar yang hanya boleh hidup dan bergerak apabila ada ikhsan dari kerajaan Persekutuan yang kebetulan dikuasai oleh Umno/BN.

Betapa hina dan bangsat sekali rupanya rakyat Kelantan sebagaimana yang mahu digambarkan oleh Najib itu!

Tetapi tidakkah Kelantan sebagaimana 12 buah negeri lain dari Perlis sehinggalah ke Sabah dan Sarawak bersama-sama bernaung dan membentuk Persekutuan Malaysia? Persekutuan Malaysia itu sendiri merupakan ikatan perkongsian dengan syarat dan tanggungjawab yang dipegang bersama oleh semua negeri-negeri sejak dari Merdeka lagi.

Najib barangkali terlupa atau tidak tahu atau perlu diberitahu tentang semangat Persekutuan Malaysia agar beliau tidak terus membohongi dan memperdayakan rakyat khususnya dalam Pilihanraya Kecil DUN Pengakalan Pasir ini.

Allahyarham Tun Mohamaed Suffian Hashim, bekas Ketua Hakim Negara di dalam bukunya An Introduction to the Constitution of Malaysia (1976) menulis:

In a federation states are necessary parties. Needless to say, a federation is like a partnership, and like all other partnerships, its success and smooth working depend on goodwill on the part of all its partners and a willingness to make it work.

Di dalam persekutuan semua negeri-negeri adalah ahli yang wajib. Tidak perlu dinyatakan bahawa sesungguhnya sebuah persekutuan itu sebenarnya adalah laksana sebuah perkongsian, kejayaan dan kelancarannya tertakluk kepada budibicara semua pihak yang membentuk perkongsian tadi yang masing-masing berusaha menjayakannya.

Menurut Tun Suffian lagi oleh kerana bukan semua hasil mahsul dari percukaian yang dipungut dalam negeri diperolehi oleh negeri, contohnya cukai pendapatan, cukai ke atas petrol dan lain-lain. Cukai-cukai ini kebanyakkannya pergi terus ke kerajaan Persekutuan. Oleh itu padanlah maka kerajaan Persekutuan terpaksa memikul sebahagian besar perbelanjaan yang melibatkan semua negeri-negeri termasuklah umpamanya perbelanjaan untuk pertahanan, keselamatan dalam negeri, pendidikan, hospital dan lain-lain.

Dalam hal ini Najib perlu sedar oleh kerana Kelantan berada dalam Persekutuan Malaysia, walaupun parti yang memerintah diperingkat Persektuan dan negeri berbeza, namun tanggungjawab pihak berkuasa Persekutuan dan negeri iaitu untuk membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat adalah sedia maklum.

Ini bermakna wang RM600 juta yang Najib ungkit itu kalau mahu dihalusi sebenarnya bukanlah milik Umno ataupun BN tetapi wang perolehan Kerajaan Persekutuan yang dipungut hasilnya dari negeri-negeri termasuklah Kelantan.

Oleh itu janganlah menghina dan merendah-rendahkan rakyat Kelantan sedangkan mereka juga masing-masing sebagaimana rakyat di negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia adalah penyumbang kepada hasil kerajaan Persekutuan yang kebetulan Najib merupakan orang nombor duanya.

Hairan kerajaan dunia lain yang mengamalkan sistem persekutuan ini tidak pula sebongkak TPM kita apabila membicarakan hubungan antara persekutuan dan negeri. Nigeria, India dan Pakistan juga mengamalkan sistem sebagaimana kita, namun segalanya berjalan lancar dan sempurna.

Di pentas dunia kita berkokok menuntut keadilan untuk dunia ketiga tetapi di dalam negara kita sendiri, kita mengamalkan apartheid, menganak-tirikan sesama ahli dalam persekutuan semata-mata kerana berlainan parti (walaupun sesama bangsa dan agama).

Beginikah TPM negara dunia pertama?

Monday, October 31, 2005

SALAM EIDUL FITRI 1426H



Cyberluncai: Kami mengucapkan Salam Eidul Fitri buat semua muslimin dan muslimat, semoga segala amalan kita sewaktu Ramadhan dan seterusnya diterima Allah hendaknya. Maaf Zahir dan Batin.

Sunday, October 30, 2005

APA SUDAH JADI DENGAN UNIVERSITI TERTUA?

Ini adalah ranking terbaru 2005 yang disiarkan dalam the Times Higher Education Supplement (THES) World University Rankings for the top 200 universities:

Beijing University (China) - 15
Tokyo University (Japan) - 16
National University of Singapore - 22
Kyoto University (Japan) - 31
Hong Kong University - 41
Hong Kong University Sci & Technol - 43
Nanyang Tech University (Spore) - 48
Indian Institutes of Technology - 50
Chinese University of Hong Kong - 51
Tsing Hua University (China) - 62
Indian Institutes of Management - 84
China University of Sci & Tech - 93
Seoul National University - 93
Tokyo Institute of Technology - 99
Osaka University - 105
National Taiwan University - 114
Chulalongkorn University (Thailand) - 121
Nagoya University (Japan) - 129
Tohoku University (Japan) - 136
Korea Adv. Inst of Sci and Tech - 143
Hiroshima University (Japan) - 147
Nanjing University (China) - 150
Hokkaido University (Japan) - 157
Shanghai Jiao Tong University (China) 169
Malaya University - 169
City University of Hong Kong - 178
Korea University - 184
Jawaharlal Nehru University - 192
Showa University (Japan) - 198

Di mana pula kedudukan UKM, USM dan universiti-universiti tempatan yang lain..? Dato'-Dato' NC kena buat sesuatu, jangan sibuk berpolitik, 'bersilat' atau 'bersajak' sahaja.....


Senarai penuh boleh lihat di sini klik

Saturday, October 22, 2005

TUNAI JANJI DULU BARU BERMIMPI......

Hasrat Umno untuk menawan Kelantan hanyalah mimpi semata-mata kerana rakyat Kelantan sendiri merungut terhadap adun-adun Umno dengan pelbagai isu yang berlaku tanpa sebarang penyelesaian.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Husam Musa berkata, rungutan rakyat berlaku kerana apa yang dijanjikan mereka dulu tidak tercapai.

"Apa yang berlaku di peringkat perkhidmatan Adun-adun Umno di Kelantan dan juga isu-isu yang berlaku di peringkat pusat tidak membantu Umno untuk berjaya menawan Kelantan, " katanya semasa diminta mengulas persediaan Umno untuk menawan Kelantan.

Akhbar Siasah terbitan 14 - 27 Oktober melaporkan bahawa Umno Kelantan kini sedang membuat persiapan untuk merampas Kelantan.

Husam yang juga Naib Presiden PAS ditemui semasa menziarahi Tun Ghafar Baba di Pusat Perubatan Pantai semalam, bagaimanapun berkata, perlu diingat umpamanya dalam isu kenaikan harga minyak menaikkan kemarahan rakyat jelata, kemudian diekori kenaikan harga barang-barang.

"Slogan cermerlang, gemilang dan terbilang dulu nampaknya tidak ada satu pun yang berjaya.

"Misalannya dalam kes mahkamah banyak kes-kes besar mahkamah yang dituduh terlepas begitu saja, ini menampakkan bahawa sistem perundangan negara kita tidak kemas," katanya.



Masalah kenaikan harga barang juga tegasnya menambah beban kepada rakyat dan ini sekaligus menggambarkan ketidaktegasan kerajaan.

"Isu AP (permit import) sampai berbulan-bulan menimbulkan pergaduhan sesama pemimpin Umno - Barisan Nasional dan segala yang sedang berlaku ini adalah khayalan Umno untuk menawan Umno adalah satu imian saja,” katanya lagi.

Kerana itu katanya, Umno sampai ke hari ini iaitu sudah dua tahun persidangan Dewan Negeri berlangsung mereka tidak pernah dedahkan apa-apa yang disebutkan sebelum ini.

“Peliknya setiap kali persidangan mereka kata ada benda yang hendak dedahkan tapi tak ada pun,” katanya sembil berkata kerajaan PAS yakin bahawa pengurusan di negerinya berjalan dengan baik dan telus dan rakyat tidak perlu risau.