Thursday, January 05, 2006

Kuasa Bomoh di Terengganu Darul 'Wang Ehsan'

Ladang dot net

Sehingga awal tahun 2000, Negeri Terengganu memperolehi sebanyak RM800 juta hingga RM900 juta Royalti dalam setahun. Wang tersebut adalah hasil dari bayaran royalti sebanyak 5% hasil dari pengeluaran minyak dan gas dari negeri tersebut. Terengganu menyumbangkan separuh dari kekayaan petroleum di Malaysia; separuh lagi datang dari Malaysia Timur.


Di bawah Akta Pembangunan Petroleum yang diluluskan oleh parlimen hampir 30 tahun yang lalu, melalui coretan pena, kesemua negeri-negeri di Malaysia telah kehilangan hak mereka ke atas sumber minyak dan gas mereka -- yang mana sepatutnya keseluruhannya adalah milik negeri di bawah term Persekutuan dalam tahun 1957. Kita boleh katakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah merompak kesemua 100% hak pendapatan daripada hasil minyak dan gas milik kerajaan negeri dan mereka hanya diberi saham sebanyak 5%, yang kemudiannya dinamakan 'Royalti' sebagaimana yang tercatat di dalam Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Tetapi dalam tahun 2000, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah menafikan kewujudan perjanjian tersebut yang mengatakan bahawa kerajaan negeri berhak memiliki royalti sebanyak 5% sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian tersebut dan dalam Akta Pembangunan Petroleum. Hakikatnya akta tersebut telah melanggar Perjanjian Persekutuan. Kini, perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dicampur dengan akta parlimen telah dinafikan.

Dr Mahathir kemudian menarik kembali Royalti 5% yang sepatutnya diperolehi oleh Terengganu. Tetapi hanya Terengganu, negeri yang jatuh ke tangan embangkang dalam pilihanraya umum 1999, mengalami nasib tersebut. Negeri-negeri lain masih lagi berterusan menikmati Royalti 5% mereka. Dalam menjustifikasikan tindakannya, Dr Mahathir menafikan wujudnya perjanjian tersebut dan negeri-negeri tidak berhak untuk menikmati Royalti 5%. Apa yang pernah dinikmati oleh Terengganu selama ini bermula dari pertengahan tahun 1970 sehingga awal tahun 2000 hanyalah merupakan sedekah Kerajaan Persekutuan atau dikenali sebagai Wang Ehsan, bukannya Royalti, kata Dr Mahathir.

Hatta parlimen berada di bawah Dr Mahathir dan perjanjian yang ditandatangani secara sah tidak perlu diihormati, walaupun perjanjian tersebut ditandatangani di antara kerajaan.

Kemudian, dalam tahun 2004, Barisan Nasional kembali memenangi negeri Terengganu. Tetapi Dr Mahathir telah sekian lama menafikan kewujudan perjanjian tersebut. Kerajaan negeri tidak berhak untuk mendapat 5% Royalti dari sumber minyak dan gas dan apa yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan selama 25 tahun yang lalu hanyalah sedekah atau Wang Ehsan. Oleh itu, bagaimanakah caranya untuk menyerahkan kembali Royalti tersebut?

Kemudian mereka telah mendapat satu akal yang bergeliga dalam bagaiman caranya untuk menyerahkan kembali Royalti 5% kepada Terengganu, malah tidak dapat dinafikan bahawa mereka telah melakukannya -- dan pada masa yang sama mereka memastikan bahawa wang tersebut mengalir kepada individu tertentu dan bukannya kepada perbendaharaan negeri.

Dan cara yang mereka lakukan hanya boleh berlaku di Malaysia sahaja.

Kerajaan Persekutuan tidak akan membayar kepada negeri Terengganu jumlah tetap sebanyak 5%. Sebaliknya, mereka akan membiayai projek-projek tertentu yang dicadangkan oleh kerajaan negeri dan pastinya mendapat restu daripada Jabatan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, projek tersebut bukanlah projek negeri tetapi projek yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Idris Jusoh. Malahan, Idris Jusoh telah mengurusi Royalti petroleum ini yang dikenali sebagai wang ehsan sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan PAS. Mereka bertindak sebagai kerajaan bayangan, sambil menafikan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Perlu dikatakan di sini bahawa sesiapa yang berjaya mengurus kewangan sebanyak RM800 juta hingga RM900 juta setahun pasti menjadi kaya raya sepanjang empat tahun itu kerana wang tersebut disalurkan tidak melalui perbendaharaan negeri tetapi terus kepada tangan-tangan tertentu. Pernahkah kita terfikir kenapa epidemik JE melanda negeri Terengganu sebagaimana jenaka rakyat negeri Terengganu selalu sebutkan? Maksudnya ialah Jusoh Enterprise, syarikat peribadi yang dimiliki oleh keluarga Idris Jusoh dan ia dapat mengaut apa sahaja yang dapat mereka fikirkan.

Baru-baru ini, mereka seolah-olah buntu dalam memikirkan bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak wang. Tahun 2005 telah hampir ke penhujungnya dan mereka perlu mendapatkan wang tersebut sebelum akaunnya ditutup untuk tahun itu. Lalu mereka mendapat satu rancangan yang baik.

Pada 26 Jun 2005, mereka telah menubuhkan sebuah syarikat events management yang diberi nama Premium Project Management Sdn Bhd (nombor pendaftaran syarikat 692728-M). Kemudian, pada 9 September 2005, nama tersebut telah ditukarkan kepada T-Best Events Sdn Bhd. Modal berbayar syarikat tersebut hanyalah sebanyak RM2.00.

Syarikat tersebut sepatutnya menjadi sebuah syarikat yang berpusat di Terengganu tetapi alamat pendaftarannya ialah di no. 23A, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Dua orang pemegang saham syarikat tersebut yang memegang saham sebanyak RM1.00 seorang adalah Saharuddin bin Abdullah dan Suhami binti Kiman. Pengarahnya adalah Wan Hisham bin Wan Salleh (Terengganu), Mohamed bin Awang Tera (Terengganu), Chew Kok Foo (Petaling Jaya), Peter William Gilmour (Australia), Chua Hooi Sian (Petaling Jaya) dan Lim Poh Tiang (Petaling Jaya).

Nama yang perlu kita perhatikan di sini ialah Wan Hisham bin Wan Salleh, anggota (EXCO) Kerajaan negeri Terengganu, dan dalang dibelakang keseluruhan operasi tersebut. Adik Wan Hisham, Wan Mohd Farid, yang merupakan setiausaha politik kepada Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi, yang secara kebetulannya merupakan Perdana Menteri Malaysia. Tetapi Wan Hisham diletakkan disana hanya untuk mengimbangi politik syarikat. Orang yang menjalankan syarikat tersebut adalah Patrick Lim. Dan tugas Patrick Lim hanyalah untuk mengelabui acara tersebut agar boleh ditumpangi oleh negeri -- dan pastinya memerlukan beberapa ratus juta Ringgit untuk membiayainya.

Satu projek yang amat bijak yang dapat mereka reka iaitu dengan menganjurkan perlumbaan perahu layar bermula dari 29 November sehingga 4 Disember 2005 yang dinamakan Monsoon Cup. Selain dari melarikan diri ke bukit-bukit kerana takutkan Tsunami yang melanda negara ini di sekitar perayaan Krisma 2004, kali ini orang ramai akan datang berduyung-duyung ke tepi pantai untuk menyaksikan perlumbaan perahu layar yang ditiup oleh angin monsun di musim tenkujuh.

Dan Monsoon Cup telah diberi bajet sebanyak RM250 juta, lebih daripada cukup untuk dibazirkan. Hanya di Malaysia sahaja sebuah syarikat RM2, beroperasi dalam masa hanya beberapa bulan, boleh mendapat wang kerajaan sebanyak RM250 juta.

Rancangannya ialah untuk menjemput juara perahu layar dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian alam perlumbaan tersebut. Ini akan memberikan kredibiliti dan prestij kepada Monsoon Cup setanding dengan perlumbaan powerboat di Langkawi. Tetapi juara dunia yang akan datang perlu diberi tempat penginapan yang sesuai dengan taraf mereka dan satu-satunya hotel lima bintang di Terengganu pastinya tidak sesuai untuk mereka.

Lalu mereka membina 50 buah rumah baru di Pulau Duyung. Setiap rumah berharga RM1 juta, oleh itu RM50 juta diperlukan untuk membina rumah-rumah tersebut. Tentunya, bagi kita, kita hanya perlukan sebanyak RM250,000 sahaja untuk membina rumah yang sama. Tetapi itu bukanlah isunya. Isunya ialah, pelawat asing perlu diyakinkan bahawa mereka sebenarnya menginap di rumah yang berharga RM1 juta (walaupun hanya untuk beberapa hari sahaja). Meletakkan harga rumah empat kali lebih tinggi daripada harga sebenar bukanlah bertujuan untuk mengelapkan wang. (kalau anda percaya ini, maka anda akan percaya bahawa khinzir boleh terbang).




Segala-galanya telah siap -- hanya menunggu hari dan waktunya sahaja. Kemudian, apabila tiba hari perlumbaan, tiba-tiba angin monsun seolah-olah telah mati dan perahu layar tersebut berakhir dengan mati di air yang tenang.

Sheesh! Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir yang diadakan di negeri jiran, Kelantan pada masa yang sama seolah-olah telah diugut oleh ribut monsun. Mereka juga amat bimbang jikalau banjir akan menghalang para pengundi daripada keluar mengundi. Oleh itu seseorang telah menggunakan perkhidmatan sepasukan bomoh agar dapat menjauhkan monsun. Tetapi mereka terlupa untuk memberitahu bomoh agar hanya menjauhkan monsun dari negeri Kelantan dan tidak di Terengganu di mana mereka memerlukan monsun di sana.

Inilah bentuk monsun yang melanda negeri Terengganu Bestari Islam Hadhari sempena monsoon cup baru-baru ini. Gambar ini boleh dilihat melalui laman web Kerajaan Negeri Terengganu

Malangnya mereka terpaksa mengadakan juga monsoon cup yang bernilai RM250 juta tanpa monsun dan semua kembali dalam keadaan hampa. Selepas itu, barulah monsun melanda negeri Terengganu. Kini Terengganu sedang menghadapi ancaman banjir.

Bagi membantu negeri dari kemusnahan yang teruk, Jabatan Agama Terengganu telah mengeluarkan risalah ke seluruh masjid-masjid di negeri Terengganu agar melakukan solat hajat dan sembahyang tolak bala. Tidak syak lagi bahawa mereka memerlukan monsun untuk menjayakan monsoon cup dan bomoh diperlukan untuk mendatangkan monsun. Tetapi monsun telah datang agak lewat dan sekarang mereka tidak lagi memerlukan monsun. Tambahan pula, jampi yang dibaca oleh para bomoh begitu berkesan dan monsun telah menegelami banyak kawasan di negeri tersebut. (Kita tidak boleh menyalahkan bomoh. Mereka hanya pandai menjauhkan hujan, dan ini merupakan tugas pertama mereka untuk mendatangkan monsun).

Tetapi, tak kisahlah samada para bomoh tersebut berjaya atau gagal dan samada monsoon cup membawa malapetaka, tetapi objektif untuk mencairkan keluar sebanyak RM250 juta telah selamat dijalankan dan itulah yang paling penting


Ingin disentuh sedikit mengenai bomoh untuk makluman kepada mereka yang tidak tahu keupayaan bomoh di Malaysia. Rakyat Malaysia yang terdesak pada kebiasaannya menggunakan perkhidmatan bomoh untuk jampi serapahjika mereka mahu menghalang hujan daripada melanda, membuat lelaki atau perempuan menyintainya, memusnahkan perniagaan lawan, untuk meruntuhkan rumah tangga seseorang, untuk memastikan pasukan anda menang dalam pertandingan bola sepak, untuk memenangi pilihanraya atau pemilihan parti dan seterusnya. Jika anda berhajat untuk menjadi kaya, maka bomoh boleh menilik nombor loteri atau ekor untuk anda -- tetapi para bomoh sendiri tidak pernah kaya dan ada yang hidup merana walaupun mereka boleh melihat nombor yang akan menang.

Walau bagaimanapun, berbalik kepada cerita Terengganu. Monsoon Cup ternyata membawa malapetaka. Tanpa monsun, bagaimana monsoon cup boleh diadakan? Lalu Terengganu, dalam keadaan panik, juga menggunakan khidmat sekumpulan bomoh untuk mengembalikan monsun ke negeri Terengganu. Tetapi malangnya, jampi parabomoh tersebut memerlukan masa seminggu untuk berkesa. Apabila jampi dibaca, ia tidak memberi kesan pada masa tersebut. Ia memerlukan masa lebih kurang seminggu untuk melihat hasilnya -- lebih kurang sama dengan menunaikan cek luar.



Inilah bentuk monsun yang melanda negeri Terengganu Bestari Islam Hadhari sempena monsoon cup baru-baru ini. Gambar ini boleh dilihat melalui laman web Kerajaan Negeri Terengganu.

Malangnya mereka terpaksa mengadakan juga monsoon cup yang bernilai RM250 juta tanpa monsun dan semua kembali dalam keadaan hampa. Selepas itu, barulah monsun melanda negeri Terengganu. Kini Terengganu sedang menghadapi ancaman banjir.

Bagi membantu negeri dari kemusnahan yang teruk, Jabatan Agama Terengganu telah mengeluarkan risalah ke seluruh masjid-masjid di negeri Terengganu agar melakukan solat hajat dan sembahyang tolak bala. Tidak syak lagi bahawa mereka memerlukan monsun untuk menjayakan monsoon cup dan bomoh diperlukan untuk mendatangkan monsun. Tetapi monsun telah datang agak lewat dan sekarang mereka tidak lagi memerlukan monsun. Tambahan pula, jampi yang dibaca oleh para bomoh begitu berkesan dan monsun telah menegelami banyak kawasan di negeri tersebut. (Kita tidak boleh menyalahkan bomoh. Mereka hanya pandai menjauhkan hujan, dan ini merupakan tugas pertama mereka untuk mendatangkan monsun).

Tetapi, tak kisahlah samada para bomoh tersebut berjaya atau gagal dan samada monsoon cup membawa malapetaka, tetapi objektif untuk mencairkan keluar sebanyak RM250 juta telah selamat dijalankan dan itulah yang paling penting.

Cyberluncai: Ohh....Terengganu Kita...

No comments: