Saturday, November 11, 2006

TALQIN UNTUK NAJIB...

Oleh Mohd Rashidi Hassan

Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, 46, memang sangat terkenal rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Bukan sahaja rapat, malah beliau adalah antara penasihat dan think-tank utama hala tuju politik Najib.

Apabila nama Razak Baginda dikaitkan dengan kes jenayah berat Isnin lepas, ramai kalangan ahli-ahli Parlimen BN dan pembangkang yang sedang menghadiri sidang Dewan Rakyat gempar. Mereka seolah-olahnya tidak percaya dan terpinga-pinga.

Bukan mereka tidak percaya betapa kejamnya pembunuhan dibuat sehingga tubuh mangsa berkecai diletupkan untuk menghilangkan bukti, tetapi mereka terpinga-pinga kerana Razak adalah kroni Najib!



Kes yang membabitkan beliau dengan pembunuhan kejam, Aminah bt Abdullah @ Altantuya Shaariibuu, 28, model warga Mongolia, sedang disiasat dan dirujuk ke mahkamah, biarlah undang-undang menentukan sama ada beliau bersalah atau tidak.

Malah, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi minta polis jalankan siasatan rapi kes pembunuhan kejam Altantuya dan meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyiasat kes itu dengan betul.

"Tiada siapa yang bebas daripada undang-undang. Ini mesti menjadi pegangan," kata PM ketika diminta mengulas kes berprofil tinggi itu melibatkan penganalisis politik VIP, Abdul Razak Baginda.

Kini orang-orang Umno sudah mula bercakap sesama sendiri. Bukan soal fakta kes yang dibicarakan. Bukan juga soal masa depan Razak Baginda. Tetapi persoalan yang berkaitan masa depan politik parti dan pertembungan yang semakin tajam, barangkali sudah tidak dapat dielakkan.

Polemik yang mereka hadapi waktu kini, sebenarnya bukan setakat membabitkan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Abdullah Ahmad Badawi sahaja, malah ia dijangka menjangkau pembabitan yang menentukan masa depan Najib Tun Razak.

Motif serangan Mahathir terhadap Abdullah

Dr Mahathir mempunyai motif yang sangat jelas, apabila konsisten membuat serangan terhadap Abdullah. Beliau mahu, sama ada PM mengubah cara mentadbir negara dengan mengikut nasihat beliau atau pun meletakkan jawatan. There is no other choice.

Jika Abdullah meletakkan jawatan, sudah tentu Mahathir mahukan Najib sebagai pengganti PM!.

28 Julai lalu, ketika berucap di majlis anjuran alumni bekas wakil rakyat BN di Hotel Perdana Kota Bharu, Mahathir sudah menjelaskan segala-galanya. Baginya perlantikan Abdullah sebagai PM sebagai suatu kesilapan, sehingga Mahathir mengatakan penggantinya kelihatan begitu baik semasa menjadi timbalan beliau, tetapi selepas menjadi PM segala-galanya sudah berubah.

Tiga tahun lalu semasa Mahathir menyerahkan jawatan PM kepada Abdullah, beliau memberikan perlantikan bersyarat iaitu, Abdullah mesti melantik Najib sebagai TPM bagi memastikan peralihan pucuk kepimpinan negara dan parti berjalan lancar.

Namun, Abdullah tidak menyegerakan perlantikan tersebut. Beliau membiarkan jawatan TPM kosong beberapa bulan. Setelah Mahathir membuat teguran dan Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz membuat kenyataan terbuka menyokong Najib sebagai TPM, serta beberapa campur tangan pihak lain, barulah Najib dilantik.

Tidak dapat dipastikan mengapa Abdullah melenggahkan perlantikan TPM ketika itu. Apakah Abdullah sendiri yang enggan melantik Najib atau barangkali ada nasihat lain dari pihak yang berada di tingkat 4 JPM, atau barangkali Khairy sendiri yang tidak berapa gemar dengan Najib.

Apabila polemik Mahathir - Abdullah tercetus, Najib mengambil sikap untuk bersama dengan Abdullah. Apa pilihan yang dia ada ketika ini? Beliau terpaksa menunjukkan kesepakatan dengan Abdullah sebagai TPM dan Timbalan Presiden Umno dan menunjukkan Umno bersatu di belakang Abdullah.

Namun kesepakatan orang politik tiada jaminannya. Persoalan yang harus dicatur Najib bukan masa depan Mahathir, tetapi masa depannya sebagai orang nombor dua dan bakal pengganti PM.

Masa depan politik Najib yang kabur

Bagi kawan-kawan dalam Umno, jika Najib hendak mencatur masa depan politiknya, orang yang harus diperhatikan adalah menantu PM, the most popular figure Khairy Jamaluddin, yang juga Naib Ketua Pemuda Umno.

Khairy adalah think-tank Abdullah, sama seperti peranan yang dimainkan oleh Razak Baginda untuk Najib.

Khairy tidak akan menunggu lama. Kerusi Ketua Pemuda sudah ada dalam genggamannya.Malah sekarang ini pun pada orang-orang Umno beliau yang memimpin pemuda bukan Dato' Seri Hishammuddin Hussein.

Khairy tahu, bukan sahaja Mahathir yang menghadapi masalah kesihatan berkaitan jantung, bapa mertuanya juga mengalami keadaan yang sama dan pernah menjalani pembedahan jantung beberapa tahun lalu. Jika dia lambat bertindak, segala perancangan akan tergendala. Peluangnya untuk naik akan terjejas.

Khairy menyedari serangan Mahathir terhadap bapa mertuanya begitu kuat dan hebat. Khairy juga tahu sokongan padu yang diperolehi Abdullah (yang dikatakan dari akar umbi Umno) tidak boleh dijadikan pegangan untuk menunjukkan Abdullah terlalu gagah masa kini.

Beliau tahu dan menilai sendiri, nasib insan segagah Mahathir yang bertakhta selama 22 tahun, juga, kini dihina dan ditempelak oleh orang-orang Umno sendiri.

Namun, Khairy juga amat sedar pengaruh Najib terlalu besar dalam Umno, malah sebelum bapa mertuanya dilantik menjadi PM, Najib dan orang-orangnya begitu dominan dalam parti.

Cara yang paling baik ialah menangguhkan pemilihan parti Umno. Umum berpandangan bahawa penangguhan tersebut dibuat kerana Umno hendak membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang, tetapi Abdullah menafikannya.

Jika penangguhan dibuat bukan kerana hendak menghadapi pilihan raya, ianya ditangguhkan untuk tujuan apa?

Persoalan inilah yang membayangi minda orang-orang Umno sekarang.

Peluang Khairy untuk menyusun orangnya dalam Umno

Bagi orang-orang Umno, keputusan MT menerima penangguhan pucuk pimpinan parti ada risikonya. Risikonya besar dan boleh mengubah kepimpinan pada masa akan datang.

Mereka sudah mencongak mulai sekarang, siapa yang akan menjadi calon Umno/ BN dalam pilihan raya akan datang. Calon ini jika menang akan menjadi wakil rakyat, wakil rakyat ada kuasa dan pengaruh di peringkat bahagian masing-masing.

Jika Khairy dituduh ramai orang Umno, sebagai campur tangan dalam urusan perlantikan Kabinet, mengapa tidak beliau campur terus sahaja pemilihan calon-calon dari Umno untuk pilihan raya umum akan datang?

Sebagaimana Khairy menyusun orang-orangnya di peringkat pemuda bahagian, inilah kesempatan terbaik untuk dia menyusun orang pro Abdullah untuk menjadi calon dan mengetepikan orang Najib.Tambahan pula kuasa memilih calon Umno ditentukan oleh Presiden sendiri, ini lebih memudahkan Khairy membuat penyusunan.

Dengan cara itu bila pemilihan Umno diadakan selepas pilihan raya, maka orang-orang Khairy sudah bersedia untuk menguasai bahagian.

Inilah risiko yang dihadapi Najib. Bagaimana jika orang yang pro kepadanya diganti atau 'berpaling tadah' untuk kekal sebagai calon? Najib berhadapan dengan situasi yang agak sukar, pentas politik Umno bila-bila masa boleh berubah.

Tambahan pula, penasihat politiknya sedang menghadapi dakwaan yang dikaitkan dengan jenayah berat.

Reputasi dan nama baik Razak Baginda sedang dipersoalkan media dan rakyat.

Kebimbangan boleh jadi kenyataan.

Yang paling dibimbangkan oleh orang-orang politik ialah wujudnya 'character assassination' ditujukan kepada orang tertentu untuk membunuh karier politik mereka. Barangkali tidak terus direct kepada individu, tetapi ditujukan kepada kroni atau juak terdekat dengan pemimpin politik berkenaan.

Razak Baginda adalah suatu kes yang amat klasik. Bukan soal dia buat jenayah atau tidak.

Rakyat kini sedang bertanya betulkah Razak membayar RM1 juta kepada pihak tertentu untuk menghapuskan bukti pembabitannya dengan model warga Mongolia?

Betulkah beliau mengkreditkan beratus ribu RM ke akaun si mati? Betulkah beliau menghabiskan banyak wang untuk membiayai wanita tersebut?

Persoalannya sekarang, di mana dan bagaimana Razak Baginda mendapat wang yang sebegitu banyak?

Beberapa tahun lalu, pembangkang membangkitkan tentang hubungan Najib dengan Razak Baginda, kononnya Najib mendapat hasil melalui Razak, dengan mengaut keuntungan lebih beratus juta sebagai orang tengah penjualan pesawat pejuang dan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan.

Pembangkang juga mendakwa semua kontrak itu ditandatangi oleh Najib tanpa tender, tetapi isu diketepikan dan didiamkan begitu sahaja.

Jika dapat dibuktikan bahawa wang berjuta ringgit memang milik Razak Baginda, satu laporan BPR harus dibuat ke atas beliau untuk dicari kesahihan dari mana sumber kewangannya, sama ada dari hasil kerjayanya sebagai penganalisis politik, sebagai ahli perniagaan atau rasuah sebagaimana yang didakwa pembangkang sebelum ini.

Jika Razak Baginda dapat dikaitkan, sekaligus nasib Najib Tun Razak juga akan terjejas.

Barangkali masih terlalu awal untuk pihak tertentu dalam Umno untuk membacakan 'Talqin Untuk Najib'. The real battle will begin soon.

Walaupun media dan Umno cuba memberi gambaran bahawa parti itu semakin utuh, hakikatnya ia semakin goyah seumpama kapal yang menanti waktu hendak karam.

Pertembungan terbuka luar jangka Mahathir - Abdullah sudah menjalar dan menjadi barah yang kronik dalam parti.

Menjelang Perhimpunan Agung Umno minggu depan, walaupun kelihatannya gagah parti itu sudah tidak mampu menyembunyikan pekungnya.

Cyberluncai: Jawatan adalah peluang....

2 comments:

Anonymous said...

Pada pendapat saya,akhir-akhir ini khabar angin banyak mengaitkan Malaysia dengan rasuah.Secara logiknya,mengapakah isu ini akan dibicara??Tentulah perkara ini memang wujud..cuma ada pihak-pihak tertentu yang cuba mencegah perkara ini daripada diketahui ramai..
Mari saya bangkit beberapa isu,
mengapakah MALAYSIA perlu memberi bumiputra tempat khas atau perkhidmatan yang lebih baik daripada kaum CINA atau INDIA??
Tengoklah contoh-contoh dari Australia,America ataupun Singapura..Sebagai sebuah negara yang maju,mereka tidak meninmbulkan isu perkauman ataupun isu yang berkaitan dengan ketidakseimbangan dari segi kuasa atau perkhidmatan atau sebagainya..
Saya rasa,bumiputra di Malaysia mungkin berasa terancam dari segi kuasa..Adakah bumiputra berasa sendiri tidak dapat berjuang dengan kaum lain??Mereka perlu perkhidmatan khas dari kerajaan??Dan alasan yang dapat mereka beri ialah MEREKA IALAH BUMIPUTRA..
Adakah demikian??
Ok..patutlah Rasuah berleluasa di Malaysia...
Projek-projek Besar Terbiar..
Duit duit kerajaan dihabis oleh pihak yang tidak diketahui...
MALAYSia Airline hampir BAngkrupt..
Menurut khabar angin Mahathir rasuah..
Bendahari Malaysia katakan duit hampir kering digunakan...
Semua syarikat besar perlu mempunyai 30% bumiputra dalamnya..
Tak Malukah??
Saya tidak ingin komen lagi..
Nanti bumiputra-bumiputra ini akan membangkitkan isu untuk saya meminta-maaf seperti beberapa kes orang cina yang kena..
MEreka turut mengatakan realiti..
CUma sesetengah orang cina yang cuba mendiamkan diri!~!!!..
Tengok..bekas perdana menteri Singapura yang bernama Lee Kuan Yew cuma mengatakan realiti...dan ketidakpuashati dia..maka orang melayu di Malaysia dan Indonesia meminta beliau memohon maaf depan khalayak ramai..'MEREKA TURUT MENGATAKAN ORANG MELAYU DI SINGAPURA TURUT DIKETEPIKAN' cuba anda perhatikan..adakah orang yang mengatakan ayat di atas perlu meminta maaf juga??
mengapakah orang cina di Singapura tidak memohon MALAYsia Dan Indonesia Minta Maaf??
Kerana mereka fikir adalah betapa bodohnya untuk bertengkar dengan Malaysia dan Indonesia..
Nanti keluar pula apa Al-Qaeda atau perkara JIHAD..untuk membunuh diri sendiri..letup Diri sendiri..
BETAPA Bodohnya...di tempat awam..
TENGOKLAH..
BACALAH!!
FIKIR!!
SAYA BERI ANDA SEMUA ISI TERSuRAT..
ANDA PERLu SENDIRI MENGHURaikannya MENJADI ISI TERSIRAT..
ketahuilah betapa lemahnya sesetengah 'ORANG'...

ITU SAJAlah

Anonymous said...

perlukah kaum bumiputra diberi tempat khas dalam segala-gala. mengapakah mereka ini tidak berdaya untuk bersaing? pendapat saya, kaum bumiputra lebih selesa jika kerajaan membantu. yang jelas dilihat dari sudut adalah setengah bumiputra yang cerdik mengambil kesempatan kononnya perlu ada tempat khas. mengapa mereka buat demikian? fikirlah...untuk menjamin kedudukan mereka dalam politik. dari politiklah mereka dapat mengaut keuntungan dari bumiputra dan kaum yg lain. kita ni bodoh...tak guna otak...otak udang memilih pemimpin yang bermaharajalela sampai membolos duit rakyat sehingga mencecah berjuta-juta ringgit dan akhirnya rakyat malaysia yang miskin jika dibandingkan dgn negara singapura, australia, amerika syarikat dll. bodoh betul rakyat kita! ketahuilah sendiri.