Tuesday, October 21, 2008

"Puteri Han Li Po tidak wujud" -Prof Khoo Kay Kim

Oleh Lotus123

Semalam saya sempat menghadiri satu majlis ceramah umum yang disampaikan oleh Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim, yang bertajuk 'Muhibbah Menuju Kemajuan'.

Beberapa isu dan sejarah telah diutarakan oleh Prof. Khoo termasuklah tentang kontrak sosial.

Prof. Khoo yang berkhidmat dengan Universiti Malaya lebih daripada 44 tahun, adalah diantara penyelidik yang terlibat dalam pembentukan Rukun Negara. "Idea asal Rukun Negara adalah daripada Tan Sri Ghazali Shafie, yang meniru konsep Pancasila Indonesia," tambah beliau.

Dalam ceramah tersebut, beliau banyak berkisar tentang asal-usul orang Cina, India dan Melayu yang sebenarnya telah membentuk keharmonian negara Malaysia ini.

Apa yang menarik adalah tentang beberapa isu yang dimainkan oleh orang luar yang lebih cenderung untuk memecah-belahkan sesama kaum dan memesongkan beberapa fakta supaya ia menjadi lebih bersifat sentimen yang salah. Saya kurang pasti samada beberapa isu tersebut telah dilontarkan sebelum ini atau sebaliknya, tetapi ia masih menarik minat pendengar untuk berdiskusi dengan beliau.

1. Hang Tuah bersahabat berasal dari China?

Ramai yang terkeliru bila menyatakan isu ini, yang mana kata nama 'hang' sebenarnya berasal daripada perkataan 'Han' seperti mana Han Li Po. Tapi, Prof Khoo menyatakan bahawa sebenarnya tidak pernah wujud pun nama 'Han Li Po' dalam sejarah! Malah bila kajian mendalam dibuat, ia hanyalah dongengan semata-mata!

Kalaulah, Hang Tuah dikaitkan dengan 'Han Tu Ah', Hang Jebat = "Han Jie Batt", Hang Lekir = "Han Lee Ki", Hang Lekiu = "Hang Lee Kiu", tetapi bagaimana boleh wujud Hang Kasturi??? Tak ke 'Kasturi' adalah sebenarnya satu nama hindu atau India? Biasanya dieja "Kashtoori".

Maka, tidak timbul sebenarnya yang mereka ini berasal dari China. Itu hanyalah rekaan semata-mata.

2. Kuala Lumpur dibuka oleh Yap Ah Loy?

Ini adalah mitos kedua yang sering digembar-gemburkan untuk menarik isu perkauman. Prof Khoo menyatakan, bagaimana mungkin Yap Ah Loy menjadi pengasas Kuala Lumpur sedangkan dia hanyalah Kapitan Cina yang ke-3, bukan yang pertama. Ini adalah satu penyelewengan fakta sejarah.

3. Kedudukan Melayu, Cina dan India sebelum merdeka?

Prof Khoo berpendapat, British tidak pernah berniat untuk 'pecah' dan 'perintah' (pada kajian beliaulah), tetapi penduduk Melayu, Cina dan India sebenarnya gemar memencil diri dan ingin mengamalkan perpecahan masing-masing (tidak bersatu). Akan tetapi, sebenarnya British lebih mengiktiraf Melayu sebagai warga asal Malaya. Kalaulah Cina atau India membuat salah, mereka akan dihantar pulang oleh British ke Negara China atau India, tetapi bila Melayu bersalah mereka hanya dibuang daerah, bukan dihantar ke Indon...

4. Melayu dianggap tuan di negara ini.

Ini adalah sebenarnya telah termaktub didalam perlembagaan. Sebab itu majlis Raja-raja terdiri hanya daripada orang-orang Melayu. Maka, Kaum Melayu sebenarnya telah 'dipertuan'kan oleh semua bangsa didalam Malaysia ini (seperti dalam kes Yang Dipertuan Agong). Maka, hak-hak istemewa Melayu tidak wajar disangsikan.

5. 'Kontrak sosial' bertentangan dengan konsep Bangsa Malaysia?

Ini sebenarnya adalah soalan 'panas' dari peserta ceramah tersebut. Prof Khoo hanya mengambil sikap diplomatik untuk menjawab soalan ini. Beliau menyatakan bahawa kontrak sosial wujud sebelum kemerdekaan sewaktu dalam merangka perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu. Ia berdasarkan Akta 153, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang mana antaranya menghormati dan mengiktiraf bahawa Islam dan Bahasa Melayu adalah Agama dan Bahasa Rasmi Negara. Tentang bangsa Malaysia, beliau hanya menyatakan bahawa ia hanyalah sebuah perkataan yang bermaksud 'Nation' bukan 'Race'. Maka, yang dimaksudkan bangsa Malaysia, ia adalah sama dengan Negara Malaysia.

Article 153


1. It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.


2. Notwithstanding anything in this Constitution, but subject to the provisions of Article 40 and of this Article, the Yang di-Pertuan Agong shall exercise his functions under this Constitution and federal law in such manner as may be necessary to safeguard the special provision of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and to ensure the reservation for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service (other than the public service of a State) and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government and, when any permit or licence for the operation of any trade or business is required by federal law, then, subject to the provisions of that law and this Article, of such permits and licences.


3. The Yang di-Pertuan Agong may, in order to ensure in accordance with Clause (2) the reservation to Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of positions in the public service and of scholarships, exhibitions and other educational or training privileges or special facilities, give such general directions as may be required for that purpose to any Commission to which Part X applies or to any authority charged with responsibility for the grant of such scholarships, exhibitions or other educational or training privileges or special facilities; and the Commission or authority shall duly comply with the directions.


4. In exercising his functions under this Constitution and federal law in accordance with Clauses (1) to (3) the Yang di-Pertuan Agong shall not deprive any person of any public office held by him or of the continuance of any scholarship, exhibition or other educational or training privileges or special facilities enjoyed by him.


5. This Article does not derogate from the provisions of Article 136.


6. Where by existing federal law a permit or licence is required for the operation of any trade or business the Yang di-Pertuan Agong may exercise his functions under that law in such manner, or give such general directions to any authority charged under that law with the grant of such permits or licences, as may be required to ensure the reservation of such proportion of such permits or licences for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak as the Yang di-Pertuan Agong may deem reasonable, and the authority shall duly comply with the directions.


7. Nothing in this Article shall operate to deprive or authorise the deprivation of any person of any right, privilege, permit or licence accrued to or enjoyed or held by him or to authorised a refusal to renew to any person any such permit or licence or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of a person any permit or licence when the renewal or grant might reasonably be expected in the ordinary course of events.


8. Notwithstanding anything in this Constitution, where by any federal law any permit or licence is required for the operation of any trade or business, that law may provide for the reservation of a proportion of such permits or licences for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak; but no such law shall for the purpose of ensuring such a reservation-


* (a) deprive or authorise the deprivation of any person of any right, privilege, permit or licence accrued to or enjoyed or held by him;


* (b) authorise a refusal to renew to any person any such permit or licence or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of any person any permit or licence when the renewal or grant might in accordance with he other provisions of the law reasonably be expected in the ordinary course of events, or prevent any person from transferring together with his business any transferable licence to operate that business; or


* (c) where no permit or licence was previously required for the operation of the trade or business, authorise a refusal to grant a permit or licence to any person for the operation of any trade or business which immediately before the coming into force of the law he had been bona fide carrying on, or authorise a refusal subsequently to renew to any such person any permit or licence, or a refusal to grant to the heirs, successors or assigns of any such person any such permit or licence when the renewal or grant might in accordance with the other provisions of that law reasonably be expected in the ordinary course of events.


1. (8A) Notwithstanding anything in this Constitution, where in any University, College and other educational institution providing education after Malaysian Certificate of Education or its equivalent, the number of places offered by the authority responsible for the management of the University, College or such educational institution to candidates for any course of study is less than the number of candidates qualified for such places, it shall be lawful for the Yang di-Pertuan Agong by virtue of this Article to give such directions to the authority as may be required to ensure the reservation of such proportion of such places for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak as the Yank di-Pertuan Agong may deem reasonable, and the authority shall duly comply with the directions.


9. (9) Noting in this Article shall empower Parliament to restrict business or trade solely for the purpose of reservations for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak.


1. (9A) In this Article the expression "natives" in relation to the State of Sabah or Sarawak shall have the meaning assigned to it in Article 161A.


10. The Constitution of the State of any Ruler may make provision corresponding (with the necessary modifications) to the provisions of this Article




6. Apakah PLKN gagal memupuk perpaduan?


Prof Khoo tidak suka konsep perpaduan dibuat secara paksa, ia mesti dididik. Anak-anak Malaysia mesti didedahkan 'Sejarah Malaysia' daripada kecil lagi, biar mereka tahu asal-usul. Bukan hanya dengan Program-program atau kursus-kursus yang boleh dipolitikkan.

7. Maka, apakah subjek "Sejarah Malaysia' adalah wajar diperingkat sekolah rendah?

Yaa, satu cadangan yang baik, akan tetapi biarlah ia diajar secara supaya pelajar-pelajar tadi berfikir. Beliau tidak suka subjek sejarah hanya diajar secara 'lepas batuk ditangga' dan untuk peperiksaan semat-mata. Malah bila periksa, maka hanya perlu jawab samada A, B, C atau D. Kata beliau, "Kalau kita ajar kucing menulis pun, silap-silap kucing tu pun boleh dapat A dalam subjek sejarah..".

Satu perkara lagi, silibus sejarah itu biarlah orang yang berkelayakan membuatnya, bukannya orang politik atau lebih teruk lagi mereka yang tidak faham sejarah. Kita mempunyai ramai ahli sejarah yang terbilang, biarlah mereka ini yang menggubal sejarah Malaysia kita, bukannya mereka yang mempunyai agenda politik dan sejarah menjadi bahan propaganda...

Ada satu artikel yang diceduk, menarik untuk dibahaskan....(mungkin agak keras):

In response to Tan’s RACIST remarks: Make ‘Malaysian History’ a compulsory subject

The Sun, Thursday, October 16, 2008: PM wants Wanita Gerakan chief to clarify statement. Tan disputed the status of the Malays as the original inhabitants of this country. Throughout history, this country is known as Malaya in a Malay Archipelago . When the British were here, there were such Federated Malay States and Non-federated Malay States, later known as Persekutuan Tanah Melayu, before Malaysia (even about to be Malayan Union). With these names without doubt, it is associated with the Malays, as a race and indigenous people of the country.

Professor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim as a well-known historian has umpteen times clarified this issue off and on. Yet still be disputed by Datuk Tan Lian Hoe. Public feel disgusted and some may demand her Datukship should be withdrawn and Deputy Information Minister’s post relinquished.

The Chinese as a race are all over the world. They commonly have three names compared to the mainland Chinese whose names are only two. Tan by her surname could trace back her ancestors from Mainland of China.

The leaders in China have asked all overseas Chinese to domicile peacefully, to respect local customs and inhabitants, as Mainland Chinese are reluctant to have them back in China . Chinese in Malaysia became citizens via Jus Solai by August 31, 1957 which not many countries in the world have practiced this.

Therefore, “make ‘Malaysian History’ a compulsory subject in Primary Schools”, stressed Prime Minister.


Cyberluncai: Anda digalakan memberi komen pada artikel di atas. Terima kasih!

3 comments:

Demang Lebar Daun said...

Salam,
Saya sering bersetuju dgn Prof KKK. Cuma saya fikir perkara berikut boleh kita 'fikirkan sedikit lagi':

"3. Kedudukan Melayu, Cina dan India sebelum merdeka?

Prof Khoo berpendapat, British tidak pernah berniat untuk 'pecah' dan 'perintah' (pada kajian beliaulah), tetapi penduduk Melayu, Cina dan India sebenarnya gemar memencil diri dan ingin mengamalkan perpecahan masing-masing (tidak bersatu)."

Saya boleh bersetuju bahawa "British tidak pernah berniat untuk 'pecah' dan 'perintah'" namun keadaan yg begitu sememangnya menguntungkan British. Mereka tidak merancang cuma mereka menggalakkannya berterusan.

Apabila revolusi industri meledak di Eropah dan permintaan ke atas getah & bijih timah memuncak, sebagai kapitalis sudah pasti British akan melipatgandakan pengeluaran. Namun, jika org Melayu dilibatkan dlm industri ini, siapakah yg akan menjadi petani?

Ini adalah faktor asas kemasukan org India dan Cina ke Tanah Melayu.

Selepas itu berlakulah urbanisasi yg tidak menyebelahi org Melayu dan berkesinambungan hingga kita merdeka.

Saya telah menulis tentang ini dalam blog saya dgn agak rinci di http://waadat.blogspot.com . Insya-Allah sy akan cuba dptkan pautan yg lebih khusus.

Isu kedua:
"Akan tetapi, sebenarnya British lebih mengiktiraf Melayu sebagai warga asal Malaya. Kalaulah Cina atau India membuat salah, mereka akan dihantar pulang oleh British ke Negara China atau India, tetapi bila Melayu bersalah mereka hanya dibuang daerah, bukan dihantar ke Indon..."
Isu ini juga pernah saya sentuh beberapa kali tetapi bukan dlm tajuk yg khusus. Jika sudah ada permintaan, insya Allah kita akan bincangkan lagi.

Wallahu'alam.

is150 said...

terima kasih di atas kupasan isu yang menarik.... saya terlepas seminar berkenaan isu ini semasa di buat di UKM tempohari.. daripada apa yang di ceritakan oleh kawan-kawan, demikianlah yang di sampaikan...

Anonymous said...

порно онлайн со студенточками http://free-3x.com/ малолетки лижут free-3x.com/ фото голых 18 летних девушек [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]