Sunday, August 21, 2005

MERDEKA 48: DENGAN UMNO, MELAYU MAKIN LAYU...

Oleh : naj1888

Assalamualaikum Para Pembaca: Sebelum kita terus membaca, fahamilah dahulu maksud lagu ini kerana sesungguhnya ia bukan hanya sekadar lagu. Ia adalah gambaran sebenar yang akan terjadi MALAYSIA ini.



WARISAN (ANAK KECIL MAIN API) - lagu

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kini cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Ulang Chorus
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, aku masih disini, Melayu kekal begini. Salah siapa? Walaupun DEB kerap berganti, Pemimpin datang dan pergi, oohh… tidak lain, kerana UMNO masih berkuasa. Sehingga bangsaku dan seagamaku merana.

Kalau dulu Tunku Abdul Rahman, dikatakan oleh Mahathir nyanyuk, kini tiba masanya beliau menerima tuduhan yang sama. Ketahuilah wahai rakyat sekelian yang ada, pemimpin UMNO akan terus keluar untuk di caci. Tun Razak adalah menteri akhir yang dipuji. Selepas itu tiada lagi. Adakah PAK LAH tidak sedar lagi? Sejak Mahathir memerintah dia sering memperbodohkan Melayu dan Pemimpin terdahulu. Menjadi musuh melayu sejak mula hingga kini. Tunku Abdul Rahman kita gelar sebagai BAPA KEMERDEKAAN, masih sanggup di perbodohkan. Setiap 31 Ogos, wajahnya yang terus terbayang tetapi sanggup di persendakan. Apatah lagi rakyat seperti kita yang bernilai hanya sekeping undian.

Mahathir ini sering dijulang dan dipuji. Akibatnya terasa diri itu tinggi dan tak mau jatuh lagi. Itu sebab kita tak di galakkan memuji serta taksub, maka yang berkuasa akan menjadi Tuhan, yang beragama akan menjadi sesat dan pemimpin akan menjadi jahat. Bukti sudah ada, Ayah PIN yang terasa dirinya tuhan seantero langit, kesemuanya adalah nyata, tetapi rakyat terus mencuba, akhirnya mata menjadi buta kerana bukti sudah tidak kelihatan nyata.

Mahathir terus menurutkan egoan yang membara, Undur diri terpaksa dilaksana, demi untuk menjaga maruah yang ada. Selain dari itu undur diri kerana semua akta sudah diubah, keselematan diri terjamin sudah. Tapi kini punca telagah, Rafidah tiada kehormatan sudah, Sanggup melawan ayah. Cerita SAZALI berulang kembali, benarlah cerita P. RAMLEE, tauladan yang sering berulang. Kita yang hidup terus terpandang, dan akhirnya generasi MELAYU terusan malang.

Mahathir memerintah banyak kontraversi, dasar luar yang dipuji, dasar dalam negerinya terus kerap dikeji. Rakyat menjadi mangsa lagi. Bertopeng MELAYU dan hidup didalam 2 alam. Macam katak Astora Jabat. Jahat tetapi baik kononnya. Rasuah adalah amalannya. Tiada rasuah tiada maruah. Rasuah terus menjadikannya Pemimpin. Merosak jiwa dan minda, budi pekerti sudah tiada.

Erti pembangunan MAHATHIR ialah kekayaan. Erti pejuangannya ialah wang. Erti bersatunya menjadi sekadar laungan. Erti kawannya ialah lawan. Tradisi yang dibawa oleh Mahathir yang mengaku MELAYU tetapi sikapmu lagak HINDU, Islam yang dilaungkan, padanya sekadar hiburan. Anaknya tidak terdidik sehinggakan hukum ISLAM kini diherdik. Marina mahathir yang satu-satu anak perempuan, yang kini menjadi perjuang Sister in Islam dan melaungkan kebebasan. Menjanjikan kekufuran. Apakah ini yang MELAYU mahu? Sedikit demi sedikit Islam digadaikan melalui kepimpinan UMNO sejak umur bawahan. Melayu sudah semakin hilang, Keris bukan lagi halangan. Bangsa asing terus kuat dan kita kelak dan kini merempat.

Apa bezanya PAKLAH, Islam hadhari kesana kemari, lagak ISLAM tapi tak bererti, harapkan rakyat, tapi anak isteri tak ikut lagi, lihat saja Nori, lihat saja Khairi. Jangan ingat rakyat sekadar patung, melihat keluargamu langsung TAK PAKAI TUDUNG.

Kalau ingin menjadi contoh jangan lah rakyat hendak diperbodoh. BIAR UMNO terus bodoh kerana sesungguhnya mereka SETAN yang HODOH. Lupa bangsa, lupa Negara, lupa Agama.

Akhirnya MELAYU mati beragan. Kemerdekaan disambut dengan JALUR GEMILANGAN. Maksud sebenar semakin hilang. MELAYU kini terbuang. Anak MELAYU lupa daratan, Dimanakah sebenar erti kemerdekaan? Dimanakah erti perjuangan? MENANG menjulang, hakikatnya KALAH dan tidak berWANG.

Anak perempuan kita menggadai maruah, anak lelaki kita menjadi sampah. Ekonomi bangsa Cina semakin bertambah, pemimpin UMNO masih tidak berubah. MELAYU terus menadah dari ehsan pemerintah. KAMI memang pelupa, tetapi kami tidak leka, sesungguhnya kami tidak pernah terima. MELAYUku tidak menggadai tanah, kecuali tabungan kering sudah. Melayumu menggadai tanah, walaupun duit semakin bertambah. Lihat saja YB-YB yang ada. Miskin menjadi kaya, kaya bertambah kaya, sehingga lupa susah sengsara. Tapi yang nyata, hanya untuk keluarga. Walaupun duit semakin gampang, tiada sesama bangsa yang boleh menumpang. CINA masih terus diberi, ekonomi menjadi-menjadi, yang pasti undi mereka hanya untuk bangsa mereka, pemimpin kita semakin leka, Parlimen sudah mampu dijejaki, begitu mudah pemimpin UMNO dibeli. Inikah UMNO yang disanjungi?

Apa yang MELAYU dapat? LEBUHRAYA adalah untuk semua, SEKOLAH adalah untuk semua, KEMAJUAN adalah untuk semua. Akhirnya ANAK AYAM dan KAIN BATIK hanya yang ada. Anak ayam buat berjimat berbelanja dan KAIN BATIK untuk tutup mayat akhirnya. MELAYU mati satu persatu, harapan hanya tinggal harapan, kejayaan dan ekonomi semakin sukar di julang, anak bangsa tidak lagi dipandang.

Lagu ANAK KECIL BERMAIN API, sudah tidak kedengaran lagi. Sekiranya UMNO terus di undi, MELAYU pasti tiada lagi, orang tua akan menjadi kuli, orang muda terus berjoli, hilang harta hilang harga diri. Andainya terus begini, Tanah Melayu sudah tiada lagi, MALAYSIA akan lenyap pergi. Pemimpin MELAYU yang lupa diri akan juga menjadi lenyap kerana harta semakin berkurang, agama semakin hilang dan berjuang sendiri ditemani baying-bayang. Kelak, Bangsa asing tunjuk taring, suara MELAYU sudah tidak lagi nyaring. Hang Tuah sudah lama pergi, keris dijulang sudah tiada lagi, Semangat MELAYU sudah tidak berdiri. Kini sudah ada yang terbukti. Ku salahkan UMNO kerana ini. Jangan biarkan MALAYSIA hancur kerana UMNO, kerana pasti, ketika itu TIADA lagi yang mengaku UMNO. Ku mohon tiada kesilapan lagi. Kerana, “KESILAPAN BUKAN UNTUK DIULANG TETAPI UNTUK BAIKI.” Wahai MELAYU, kamu sedang berhadapan dengan SETAN UMNO yang akan dan terus merosakkan kamu kerana, sudah menjadi janji mereka akan terus menghancur golongan ADAM hingga ke akhir zaman.

Akhirnya BANGSAKU, TANAH AIRKU……..bukan lagi MILIKKU.

Nasihatku, renungkan dan tanya diri atas kehancuran yang sudah kamu sudah lakukan?

Cyberluncai: BERTERUSAN DENGAN UMNO - MELAYU SEMAKIN MEREMPAT....

1 comment:

Anonymous said...

saya pernah nyayikan lagu itu
sewaktu aktif dgn parti ditahun2 80an
sekarang tiada lagi..
sudah tiada siapa peduli jika bumi milik diambil orang

zumosa@gmail.com
pendang