Sunday, August 21, 2005

UMNO DIKELILINGI PENYAMUN......

"Justeru saya ajak ahli Umno, mari kita keluar"


"Saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat perubahan dalam Umno tetapi tak larat kerana dikelilingi penyamun tarbus," kata Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Justeru itu Anwar meminta ahli-ahli Umno yang ikhlas agar meninggalkan Umno dan membuat perubahan bagi kebaikan masa depan rakyat dan negara.

“Saya nak bercakap dengan ahli-ahli Umno cukuplah. Aku ni dah jadi Pemangku Perdana Menteri, tak larat nak ubah. Sebab apa, yang keliling ni penyamun tarbus. Saya tahu, saya jadi Menteri lama, Menteri Kewangan pula tu,” kata Anwar.

Anwar yang juga Penasihat Parti KeAdilan Rakyat (PKR) membuat seruan demikian pada ceramahnya di Suntana Resort, dekat sini, baru-baru ini,

Menurut Anwar, beliau tidak marah kepada ahli-ahli Umno malahan berterima kasih kerana mereka kuat menyokong beliau agar membuat perubahan dalam Umno.

“Saya tak marah Umno. Saya tak marah ahli-ahli Umno. Pasal apa nak marah sebab mereka banyak memberikan sokongan kepada saya untuk membuat perubahan,” katanya.

Tambahnya perjuangan untuk melakukan perubahan bukan didorong oleh perasaan dengki kepada Menteri tetapi untuk menjaga wang rakyat daripada dirampas serta mencegah berlakunya rasuah.

“Saya tak tegur Rafidah dapat AP kerana saya tak dapat AP. Saya tegur kerana wang rakyat (AP) , wang rakyat dirampas. Saya dalam Umno dulu inilah yang saya cakap. Berhentilah rasuah, malu kita kepada rakyat. Ada beberapa kerat pemimpin yang cakap pasal orang Melayu paling kaya di kalangan orang Melayu,’ katanya.

Kesal Matematik dan Sains dalam BI

Selain itu, Anwar melahirkan rasa kesal kerana pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris menyebabkan ramai pelajar Melayu gagal dalam pelajaran.

“Apa yang dia ajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Anak-anak Melayu di kampung gagal dalam mata pelajaran. Saya ada dapat maklumat anak-anak Melayu gagal dalam mata pelajaran.

“Kita menolak apa-apa yang menyekat bahasa Melayu dan Mandarin di sekolah. Kita bukan anti Inggeris tapi kalau pun nak 'promote' jangan sampai bahasa kita tergugat,”katanya.

Cyberluncai: UMNO -Tradisi Menyamun Duit Rakyat

1 comment:

Anonymous said...

Time Running Out on Hendrix Boyhood Home
Time is running short for a group hoping to make the boyhood home of Jimi Hendrix the centerpiece ... Bradford Kogut said in court Thursday that officials in suburban Renton, where Hendrix is buried, have agreed to allow the home to be moved to property there, adding that formal approval is likely around Aug.
That is some good stuff I will definitely bookmark you!

I have a garage yard sale site that pretty much covers garage yard sale related stuff.

They offer FREE WEBSITE for garage yard sale . You do not have to pay for garage yard sale anymore!

I would appreciate if you stopped by to check garage yard sale out, when you get the time :-)