Sunday, August 20, 2006

20 SEBAB KITA MASIH BELUM MERDEKA....!!!

Salam Reformasi Buat Rakan Seperjuangan,

1. Tiada jaminan harga petrol dikekalkan harganya pada tahun hadapan. Sedangkan pada zaman kerajaan dulu, sekalipun Perang Teluk telah berlaku tetapi Kerajaan Persekutuan masih mampu menahan kenaikan harga minyak secara mendadak. Baru 3 tahun memerintah dah menyusahkan rakyat. Hilang mood saya nak kibar bendera.

2. Umno kutuk keganasan Israel di Lubnan dan Palestin sebab mereka menzalimi orang Islam di sana. Tapi Umno pun tumpang sekaki ke atas kezaliman ke atas pejuang reformasi yang majoritinya seagama sebangsa, mana lagi ZALIM? Dengan mengarahkan Polis untuk membelasah dan mendera mereka yang cintakan demokrasi ¡V Umno bergelak ketawa melihat penentang-penentangnya terseksa. Disebabkan rakan-rakan seperjuangan saya dibelasah sampai berdarah dalam ¡¥Bloody Sunday¡¦, maka sebagai tanda protes saya tak nak kibar bendera.

3. Umno dayus tidak pernah berusaha mewujudkan pilihanraya yang adil dan saksama. Demokrasi konon, setakat kuasai Media Prima lepas tu hentam pembangkang habis-habisan tanpa memberi peluang untuk kami membela diri, demokrasikah itu? Umno Democrazy! Umno ¡V BN memerintah kuku besi laksana komunis!

4. Pak Lah tipu rakyat. Pak Lah kata nak buat Islam Hadhari sebagai satu pendekatan mudah memahami Islam, tapi sejak Pak Lah jadi Perdana Menteri makin bercambah-cambah program realiti tv yang majoritinya merosakkan moral rakyat. Untuk pengetahuan Pak Lah, remaja sekolah sekarang lebih bermotivasi untuk masuk Akademi Fantasia (Insya Allah akan naik taraf jadi Kolej Universiti Fantasia) berbanding mendaftar untuk program pengajian di IPT. Ini kerana graduan AF lebih disanjung dari graduan ijazah sarjana muda IPTA walaupun kursus AF tak sampai 6 bulan pun tempohnya.

5. Pak Lah kata Islam Hadhari mampu memajukan Malaysia. Sedangkan kini inflasi makin naik, rakyat makin terdesak kerana kereta kancil, rumah dan motosikal yang mereka miliki dibeli secara hutang. Rakyat Malaysia adalah antara rakyat yang paling banyak berhutang berbanding negara lain. Hakikatnya rakyat pokai takde duit.

6. Pak Lah dah berzaman jadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, mengapa Pak Lah mahu menyeksa tahanan ISA tanpa dibicarakan. Saya yakin Pak Lah seorang yang amat sayang pada rakyat, justeru itu besarlah harapan agar mereka dibicara di mahkamah atau dibebaskan tanpa sebarang syarat.
7. Saya tidak nampak beza Islam Hadhari dengan Pemerintahan Mahadewa Mahathir. Sama saja, disko banyak pub banyak kedai jual arak pun banyak. Pak Lah cong saya ker?

8. Umno kata nak bina universiti di Kelantan dan Terengganu, apa ni isu kebajikan rakyat pun nak politik ker? Umno tak sedar diri tu duit kitorang yang punya. Perasan dewa la Umno ni!

9. Adapun buat apa nak buat universiti tapi kerja takde, 30 000 kekosongan konon! Universiti yang sedia ada ni pun dah lebih dari cukup. Apa cerita kerja kosong 30 000 tu? Takkan nak tipu kami lagi kot?

10. Zaman Pak Lah, saya masih tertunggu-tunggu program J-Qaf yang kononnya mahu memartabatkan tulisan jawi. Sejauh mana berkesannya program ini dalam memastikan remaja tidak buta Al-Quran? Atau sekadar retorik sahaja? Selagi tiada penekanan serius dalam usaha memartabatkan bahasa melayu / tulisan jawi, saya taknak kibar bendera.

11. Pak Lah kata Islam Hadhari bukan agama baru, tapi pendekatan baru Islam. Mengapa Pak Lah simpan menteri kabinet yang berstatus tokey judi, pengampu, perosak ekonomi, tukang korup dan pelbagai lagi jenis malaun-malaun yang sewajarnya dijadikan beruk peliharaan En. Khairy Jamaluddin sahaja. Sebab tu la saya merajuk tak nak kibar bendera Malaysia tahun ni.

12. Pak Lah kata Pak Lah orang Penang, tapi kenapa di Penang berlaku ketidak seimbangan ekonomi antara kaum. Saya nampak Penang dah macam Singapura Kedua. Mungkinkah 10 tahun lagi kita terpaksa memerdekakan Penang sebagai sebuah republik?

13. Zaman Pak Lah, saya makin keliru dengan Islam. Saya tahu Pak Lah seorang yang alim dan tahu memetik ayat-ayat Quran dengan lancar, habis tu bolehkah Pak Lah cari dalam ayat Quran yang mengatakan ada judi halal, arak halal, rumah urut halal, disko halal dan macam-macam lagi benda yang haram tapi dihalalkan kerana berlesen. Sebab tu la zaman Pak Lah ada istilah pusat judi haram, pusat hiburan haram dan pusat pemprosesan arak haram (kerana tiada lesen).

14. Pak Lah kata anak Pak Lah tak meniaga dalam negara, habis tu kenapa Scomi dapat tender pembekalan koc monorel walau apa pun yang terjadi (contoh kalau MRCB tak dapat tender)? Sampai hati Pak Lah cong saya, mentang-mentanglah saya tak kaya, tak hensem macam Khairy dan tak elit macam menteri kabinet, sampai hati Pak Lah kotak-katikkan saya, kelirukan saya. Saya sedih Pak Lah, sedih! Bagi menonjolkan rasa frust di hati, maka saya taknak kibar bendera sempena merdeka ini.

15. Pak Lah dah diberi mandat besar dalam pilihanraya lalu, macam-macam janji Pak Lah, Umno ¡V BN tabur pada rakyat. Tapi saya tengok rakyat makin takde duit sampai sanggup pecah mesin ATM.

16. Di bawah pimpinan Pak Lah, saya amat berharap Pak Lah mansuhkan AUKU. Alhamdulillah Pak Lah dah mansuhkan AUKU. Yang sedihnya AUKU dimansuh / dikecualikan kepada mahasiswa pro aspirasi saja. Mereka yang bukan pro-aspirasi diminta diam. Dewa betul Umno ni.

17. Saya tak nampak pun orang kurang upaya diberi kenaikan elaun yang tinggi disebabkan harga minyak naik. Mereka masih merempat seperti biasa. Sudahlah dipandang sepi masyarakat, diabaikan pula oleh kerajaan. Dari membazirkan wang rakyat buat universiti banyak banyak baik buat Kolej Universiti khas untuk orang kurang upaya. Pak Lah kalau nak bukti boleh tonton Bersamamu.

18. Zaman Pak Lah, rasuah sama saja susah dibendung. Maklumlah Umno parti materialistik. Saya percaya kalau dijalankan Dasar Ekonomi Baru dengan telus, semua rakyat di Malaysia akan hidup aman. Apa yang jadi, hanya mereka yang ada kabel dengan Umno saja diberi peruntukan. Tak adil. Kata parti melayu berjuang untuk melayu tapi negeri malay belt Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah masih kekal miskin. Terbaru MPK nak kena lelong. Apa ni? Dasar Keris Khianat!!!

19. Zaman Pak Lah Petronas makin kaya tapi rakyat makin miskin. Semua benda naik, gaji jer susah naik. Cukuplah dengan omongan kosongmu itu wahai Pak Lah. Sebab harga barang mahal ibu bapa terpaksa bekerja lebih masa, anak ¡V anak tidak sempat diberi perhatian lalu lahirlah gejala sosial. Apa yang disemai itulah yang dituai. Saya kecewa Pak Lah! Dengarlah lontaran rasa hati di sudut sanubari saya ini!

20. Saya sudah merajuk apabila kerajaan Pak Lah hanya indah di mata, di hati tidak. Saya hanya patriotik pada kerajaan yang adil dan berkhidmat untuk rakyat. Walaupun saya setia pada Yang Dipertuan Agong dan Kerajaan Persekutuan Malaysia, tetapi tindakan AAB Inc. menyebabkan saya rasa seperti kesetiaan saya selama ini dipandang enteng dan dibalas pula dengan khidmat sambil lewa anda selaku ahli Parlimen dan wakil kepada semua rakyat selaku pembayar cukai.

Saya bersedia untuk menimbang semula hasrat tidak mengibarkan bendera Jalur Gemilang jika Pak Lah kurangkan balik harga minyak, tingkatkan peruntukan untuk rakyat termiskin dan pastikan peruntukan itu tidak disalurkan pada kroni Umno macam seorang gedebe PPRT itu. Saya juga akan berjanji untuk mengibarkan bendera hanya apabila tahanan ISA dibebaskan / dibicarakan di Mahkamah yang adil dan hak istimewa rakyat untuk bebas berhimpun dan memberi pendapat dibenarkan semula.

Sekiranya Pak Lah bersetuju menimbangkan permintaan saya / kami maka Insya Allah kami akan berasa bangga mengibarkan jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan nanti. Akhirul kalam, jika Pak Lah hanya memikir Umno-BN sahaja sebagai golongan yang layak diberikan prioriti, maka bolehlah Pak Lah memberi opsyen kepada anggota KeADILan, PAS, DAP dan pembangkang lain supaya diberi pengecualian cukai (tax exemption).

Pak Lah perlu sedar bahawa saya tidak pula mengusulkan Pak Lah untuk meletakkan jawatan. Saya ingin Pak Lah bertanggungjawab hinggalah pilihanraya akan datang. Selepas itu, terpulanglah kepada rakyat sama ada memilih untuk memecat semua menteri kabinet Keris Khianat United dan kaptennya Dato¡¦ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kalau pun Pak Lah letak jawatan sekarang siapa lagi yang nak dengar rintihan kami? Bukan ada impak pun kalau jawatan PM diberi pada Rosmah ooops¡K Dato¡¦ Najib! Pak Lah adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Sila tolong kami kerana kami juga rakyat yang ada hak untuk mendapat keistimewaan di bawah pemerintahan Pak Lah. Sekian Terima Kasih.


Sekian, Terima Kasih

BERKHIDMAT UNTUK REFORMASI FASA KEDUA

Youth Sighyoung (Belia Sayang)
0019 streetreformist captain
MESEJ KHAS: SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!!
http://streetreformist.blogspot.com

2 comments:

smarties said...

Msia ni lahiriah je aman, tapi batinnya rakyat macam kena torture, tertekan oleh kerajaan.
http://smartmove2006.blogspot.com

Anonymous said...

awak nie teruk sgt!!!! x pernah ke nak bsyukur? cuba kalo awak yg memerintah?! hah,sapa nak jawab?