Wednesday, October 11, 2006

RAKYAT MENENTANG USAHA BN TERENGGANU!!!!

Tak semena-mena kerajaan 'bengong' Derih Jusoh anjur pertandingan TUKAR BENDERA TERENGGANU DARUL IMAN (tarikh tutup 31 Oktober 2006). Penyakit 'angau' sebelum ini menyerang MB Pahang yang menyarankan supaya bendera Umno diubah, mungkin ilham dari Dato' Adnan Yaakob itu, kini MB Terengganu setuju untuk menganjurkan pertandingan tukar bendera Terengganu pula.



Alangkah 'bertuahnya' rakyat Terengganu mempunyai pemimpin BN yang agak kurang cerdik dan kurang teliti dengan sejarah BENDERA atau PANJI KERAJAAN TERENGGANU DARUL IMAN itu. Kerajaan Derih Jusoh & Co. sepatutnya menaikkan ranking tahap kemiskinan rakyat kepada yang lebih baik dahulu baru bercakap pasal kecemerlangan slogan basi 'ISLAM HADHARI, TERENGGANU BESTARI'.

Mana mungkin rakyat boleh setuju, kalau pemimpin BN yang banyak berjanji dahulu sekarang nampaknya mengaut keuntungan peribadi dan keluarga sendiri, tetapi membiarkan kemiskinanan rakyat semakin teruk. Malah masih ada yang hanya berbuka dengan kicap dan ikan masin!


PANJI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN YANG BAKAL DITUKAR OLEH BN TRG!

Usaha tukar bendera/panji TERENGGANU DARUL IMAN mesti ditentang! Kerajaan BN Derih Jusoh sudah melampau. Mereka 'mengganyang' dan membuat negeri yang bertuah ini sesuka hati mereka! Inilah akibat kalau amanah dianggap 'peluang' untuk mengenyangkan perut yang telah lama lapar, bukannya satu 'beban' untuk memajukan rakyat jelata. Ingat, Negeri Terengganu bukan hak milik 'mak-bapak' mereka!

Hentikan peraduan yang tidak bermaruah dan memalukan rakyat itu!

Hantarkan komen anda di bawah ini, sebagai tanda bantahan....


Tukar bendera 'malang' ini dahulu, baru bercakap pasal bendera lain

Cyberluncai: BENDERA UMNO SEPATUTNYA DITUKAR, BUKAN BENDERA TERENGGANU!

BANTAHAN 1

October 09, 2006 12:47 PM

Cadangan Tukar Bendera Terengganu Dibantah

KUALA TERENGGANU, 9 Okt (Bernama) -- Persatuan Sejarah Malaysia kawasan Dungun tidak bersetuju dengan hasrat kerajaan Terengganu untuk menukar reka bentuk bendera negeri itu.

Pengerusinya Abdul Wahab Yunus berkata, berdasarkan fakta sejarah, bendera negeri yang sekian lama berwajah hitam putih yang menjadi lambang kemegahan penduduk Terengganu, telah diisytiharkan dan diwartakan sejak 8 Okt 1953 lagi.

Bendera rasmi negeri berwarna hitam melambangkan rakyat manakala di sekelilingnya yang berwarna putih pula bermaksud Sultan yang memberi perlindungan kepada rakyat, katanya dalam satu kenyataan Isnin.

Abdul Wahab berkata anak bulan dan bintang yang terdapat pada bendera itu pula adalah lambang Islam, iaitu agama rasmi negeri.

Katanya bendera mempunyai erti yang sangat besar kepada penduduk Terengganu dan dipertahankan oleh pemerintah sejak dahulu sebagai lambang kepatuhan atau idola terhadap empayar kerajaan Khalifah Othmaniah.

Abdul Wahab berkata adalah tidak wajar warna dan reka bentuk bendera negeri itu berubah wajah dan menjadi mangsa arus pemodenan.

Beliau menggesa kerajaan negeri Terengganu agar mengekalkan warisan dan reka bentuk asal bendera Terengganu kerana ianya mempunyai maksud tersendiri serta menjadi identiti bumi Terengganu Darul Iman sejak berzaman.

Minggu lepas, Setiausaha Kerajaan Terengganu Datuk Muhatar Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa negeri Terengganu bakal mempunyai reka bentuk bendera baru yang lebih ceria dan bertemakan konsep Islam Hadhari Terengganu Bestari.

Bagi tujuan itu, satu pertandingan mencipta bendera baru negeri Terengganu akan diadakan dengan menwarkan hadiah utama berjumlah RM10,000 serta lima hadiah khas berjumlah RM1,000 setiap satu.

-- BERNAMA

No comments: