Wednesday, May 02, 2007

SINDROM ANAK MUDA: "CAKAP TAK SERUPA BIKIN"

Pelbagai reaksi di dalam laman web yang membuka forum didengari dari isu sekecil-kecilnya hinggalah ketahap menukar Presiden parti. PAS, tidak sedikit pun menghalang atau mencegah mereka ini daripada memberi pandangan atau idea yang bernas tentang strategi dan halatuju perjuangan, baik yang ahli mahupun bukan ahli.

Bagi ahli, mereka kebanyakannya lebih berlapik atau tahu adab dalam mengkritik jemaah, kerana mereka ditarbiyyah untuk menyalurkan pandangan atau kritikan mengikut tatacara yang digariskan oleh parti. Syabas! buat ahli yang mampu lagi menjaga adab berjemaah dan yang pasti mereka ini terus mempertahankan segala apa 'tohmahan' dan celaan terhadap jemaah, jika berlaku. Harus diingat, mereka bukannya taksub, atau dilabelkan 'pengikut membabi-buta', akan tetapi mereka lebih tahu saluran yang betul dalam menyampaikan pandangan atau kritikan kepada jemaah.

Untuk yang bukan ahli pula, yang mana majoriti terdiri kalangan anak muda yang intelek?, telah juga memberi pandangan-pandangan atau kritikan pedas terhadap jemaah. Itu hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang 'bebas bersuara'. Kita mengalu-alukan segalanya, akan tetapi biarlah ianya tidak melanggari batas-batas keceluparan dan adab Islam itu sendiri. Umum mengetahui, kekalahan kita (PAS) bukan sekadar 1 atau 2 kerusi malah kita pernah 'hilang' kerajaan negeri! Kita amat juga mengalu-alukan sebarang nasihat (jika ada) dan kita sekali-kali tidak mensia-siakan nasihat mereka ini. Namun, satu perkara perlu dilihat adalah, setiap keputusan yang berbentuk strategi MESTI dibincang diperingkat Jemaah Pimpinan Parti, agar:

1. Apakah apa yang dibuat melanggari Syariat Islam atau sebaliknya.

2. Jika ia berat, sejauh manakah ia tidak melanggari maslahat ummat.

3. Seboleh mungkin ia tidak melibatkan titisan darah, jika pelu. Akan tetapi, bukan bermakna kita takut untuk 'mati'. Tidak perlulah disebut sejarah 'syahid'nya ahli PAS dalam hal ini, kerana semua sudah maklum.

Adapun percanggahan sedikit sebanyak yang berbentuk pendapat peribadi adalah biasa didalam PAS. Dan keputusan akhir masih bergantung kepada semangat musyawarah dalam Jemaah.

Kita masih lagi dalam menawan orang bukan ahli, bukan sahaja mampu memberi pendapat akan tetapi turut sama menyokong dan turun padang membantu kita dalm apa jua bentuk program atau aktiviti semasa. Seruan demi seruan dibuat, akan tetapi kehadiran mereka di 'dunia realiti' masih kurang. Kalaulah mereka yang tadi, yang giat mengkritik PAS di 'alam cyber' turun sama menyemarakkan apa jua aktiviti semasa PAS, sudah parti kerajaan sekarang juga agak gerun dengan kita.

Kita berasa sedih bukan kerana kekalahan di dalam pilihanraya. Akan tetapi, kita berasa sedih bila ramainya pengkritik-pengkritik 'bebas' bercambah bila kekalahan berlaku. Kita pun kurang pasti sejauh mana penglibatan pengkritik ini terhadap gerak-kerja pilihanraya, namun dari pandangan dan hujah mereka terkadang kita sudah nampak bahawa mereka ini sebenarnya adalh seorang yang suka berteori tapi tidak pernah bersama 'meraikan' pilihanraya tersebut. Kita yang setengahnya, pernah dipenjara, pernah dipukul dengan cota, pernah luka sana sini, disimbah asid 'air longkang' dan paling kurang hilang suara kerana menyokong parti Islam. Pun begitu masih tetap bersama berjuang dan terus lagi turun padang. Dan sebaliknya berlaku kepada pengkritik ini, jangan kan luka, serak suara atau melecet kulit pun belum pernah, habis-habis 'tekan keyboard' dan tidur. Lepas tu tunggu keputusan pilihanraya.

Ini adalah satu sindrom yang amat tidak sihat kepada proses memulihkan demokrasi negara! Kita bukan sahaja perlukan pandangan, akan tetapi kita juga perlukan sumbangan tenaga dari mereka semua!

Kita sebenarnya sudah bosan dengan pelbagai alasan spt. 'mata pena lebih tajam dari mata pedang' atau 'berkarya juga bekerja untuk Islam'.

Sesungguhnya demokrasi memerlukan benar-benar 'kuasa rakyat' (demo-rakyat, krasi-kuasa)!! Oleh itu, semua pengkritik diseru turun padang bagi meramaikan 'suara rakyat' dan kita bukan hanya mahu semata-mata suara, akan tapi 'batang tubuh' anda semua!!

Siapa berani??? Kalau masih takut, atau masih mahu berselindung dibalik komputer atau keyboard, dan tidur nyenyak. Maka tidak mustahil BN akan memerintah Malaysia sampai kiamat!

1 comment:

Anonymous said...

Dunia Melayu..
Janganlah engkau lupa bagaimana asal kita menyatukan orang melayu.
Dari pandangan ini kelompok melayu kerdil yang sentiasa bimbang akan nasib melayu sentiasa merebut-rebut tentang kedudukan. Malaysia kini beragama islam tidak ada yg harus diperjuangan tentang islam. Kerana islam Malaysia sudah terjamin jadi tak harus dilaungan untuk diperjuangkan apa yang kita harus buat laksanakan dan perbaiki demi masa mengikut sejajar perubahan dunia. Bukan kita untuk mengubah agama tetapi islam yang telah complete ini tidal perlu ditambah dan dikurangkan.

Sedarlah wahai melayu, bangunlah wahai melayu. Dalam kita sibuk menentukan siapa yang harus jadi pemimpin sedangkan fomula baru yang dicipta oleh orang lain sedang rancak diatur manakala kita asyik memikir benda yang sama saja.

Hentilah wahai Melayu...Melayu tak perlu jadi PAS, Melayu Tak perlu Jadi PKR Dan Melayu tak perlu jadi lain Melayu tetap Melayu kerana yang berjuang demi Melayu adalah Umno. Bukan memihak kepada Umno tetapi kelompok inilah yang memperjuangkan habis-habisan bagi mengeluarkan anasir dan kelompok inilah yang menentukan perjalanan asal perjuangan melayu. Mengapa harus kita persiakan pejuang terdahulu. Umpama membina rumah yang hampir siap kita robohkan dan membuat rumah baru disebelahnya.

Bukalah mata sebesar dunia wahai melayu..Pemimpin dan pengikut sedarkanlah diri yang kita melayu ini sedang diperhati oleh anasir liar. Kita tak seharusnya melebelkan mejadi melayu satu,melayu dua dan melayu tiga.Kita rujuk tentang perjuangan orang melayu bukan perjuangan melayu islam atau melayu baru tetapi kita adalah melayu yang berjuang demi bangsa melayu. Tentang islam melayu mengapa gusar tentang islam Malaysia. Dari awal hingga 2008 tidak ada yang membiarkan dari mana-mana islam Malaysia untuk dihianati. Induvidu memang susah kawal apa yg. kita katakan perjuangan islam tidak ditindas oleh mana-mana melayu jadi perjuangan islam melayu tidak perlu wujud kerana hingga hari inipun tugasan mengawal islam Malaysia dan melayu tetap dijaga oleh Umno.

INGAT...kita masih dalam tidur yang sedap mimpi tentang kedudukan bukan berdiri sebagai pejuang bangsa.
INGAT...Kita masih mentah untuk menilai perjuangan orang melayu kerana hari ini ada yg. mentafsir bukan melayu lebih sempurna mentadbir Melayu.

Cerita ini bukan perkauman tetapi dalam kelompok melayu tak harus jadi bergini.

Kepada pemimpin mana-mana kelompok cuba tanya diri sendiri perjuangan apakah yang harus diperjuangkan..

Di Malaysia..
< AGAMA ISLAM - tidak di tinggalkan atau diperlekehkan cuma ada penekanan yang harus dipantau dan seharusnya tidak dipecahkan orang melayu menjadi pecahan bilangan.
< MELIHAT PERJUANGAN - Perjuangan awal orang Melayu siapa. Antara mengkafirkan semasa sendiri tentang kefahaman masing2 ini perkara berat. Jika Melayu duduk di Umno kafir adalah wajib mengali kubur mereka yg mati dan mengeluarkan kerana kafir tidak perlu dikubur ditanah perkuburan islam. Wajib bagi mereka melihat kafir yang disimpan di dalam ini. Bagaimana caranya...


Sudahlah melayu pandanglah kita kearah kebaikan bukan perpecahan kita sama dalam melayu. Islam tetap dijaga bersama bukan dikategerikan sebagaimana oleh sesetengah pihak...
Berdamailah melayu wujudkan kelompok islam melayu didalam kelompok melayu yang terawal yang memperjuangkan orang2 melayu. Sedih simati peningalanya yg. diharap dapat berdiri teguh demi bangsa setelah itu diperlihatkan aksi Melayu Islam bergini. Apakah kita ini berasal dari golongan yang tamak, jawapanya tidak Melayu itu dapat sinar islam sejati. Melayu itu lembut dan indanya islam yang di ikuti.

SEDARLAH WAHAI MELAYU
SEDARLAH WAHAI BANGSA KU

Ya ALLAH..kau bukakan lah hati2 mereka ini agar mencapai pakatan baru dalam membentuk melayu sejati.
Ya..ALLAH..Kau lindungilah dan berikanlah masa usia yang panjang bagi mereka untuk mencapai pakatan dalam membentuk Melayu islam sejati.
Ya..ALLAH..janganlah engkau tarik mereka selagi mereka belum selesai mengurus demi masa bangsa.
Dan YA..ALLAH..muliakanlah mereka2 ini sebagai pemimpin terbilang bagi kemurnian Agama, Bangsa dan Negara...AMIN YA ROBBAL ALAMIN..