Monday, March 20, 2006

10 PRINSIP 'ISLAM HADHARI'......



1) Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi


2) Kerajaan adil dan beramanah
BESARKAN

3) Rakyat berjiwa merdeka


4) Penguasaan ilmu pengetahuan


5) Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif;
6) kehidupan berkualiti



7) Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita


8) Keutuhan budaya dan moral


9) Pemeliharaan alam semula jadi



10) Kekuatan pertahanan


Cyberluncai: Biarkan...biarkan....biarkan.....

7 comments:

Anonymous said...

idup islam hadhari...

Anonymous said...

yang salahnyer bukan inti islam hadhari....
yang tak betulnyer...lanjutan penghayatan dan bentuk pengamalan masing2 terhadap inti islam hadhari tue....

10 prinsip islam hahdari tue selewengker dari tuntutan al-quran dan hadis??? kalo begitu...
hambo nak tanya sahabat2 dalam pas...
apa citer dengan dokumen negara islam ler nie???
naper senyap sekarang?? bukanker bagus kalo pas teruskan dan rancakkan lagi program penerangan dni di seluruh negara seperti sebelum pru 2004 yang lalu???
saper bley jawab???

bukan aper...ramai kawan hambo yang bukan islam..dulu memang sokong pas bukan main hebat...sokong dni nie lebih daripada kita...sampaikan cakap2 politik kawan2 depa dalam mca negeri konon dni nie 'gimik politik pas' sajer...depa tolak mentah2 kerana yakin dengan keikhlasan pimpinan yab menteri besar tuan guru pada masa tue.
takdirnyer..kita kalah jugak pasal taktik kotor idris dengan spr.

at least..apa yang terjadi...mungkin pimpinan pas nampak dni nie makan diri...langsung tak berjalan dni hari nie...hambo rasa..tak patutler!!!
abis kawan2 hambo yang sokong pas nie kecewa dengan pimpinan...

kito kena jaga hati depa nie..pasal depa tak pernah tukar undi dari pru 1999 ke pru 2004...tetap dengan pas!!

kembalikan semula program dni....baiki mana yang perlu dan rancakkan semula...

dalam dok bising2 islam hahdari...dokumen negara islam kita kemana pergi??? dalam bakul tong sampahker???

Anonymous said...

inilah bahana bila kita tidak tahu membezakan antara kerja jemaah, pimpinan atau penyokong pas....

Lalu kita lebih gemar menyindir rakan-rakan kita dalam usaha untuk melemahkan pihak lawan...barangkali kita telah kabur yang mana lawan atau kawan, disebabkan kehidupan kita yang 'menyendiri', yang jauh dari jemaaah...

Usaha untuk menyemarakkan 'dokumen Negara Islam' telah dan sedang dijalankan bermula dari peringkat pimpinan dan seterusnya ahli jemaah itu sendiri.

Mereka yang faham akan kandungan dokumen negara islam, akan terus memberi keterangan yang sepadan dan sesungguhnya ia termasuklah keadilan sosial yang diperjuangan oleh semua. Jangan kita nampak bahawa negara Islam itu hanyalah hudud semata-mata....

Ini bukan masalah gimik atau 'barang yang boleh mengecewa'kan ahli....Ini sebenarnya adalah unsur-unsur semangat yang boleh menjadi panduan untuk semua, selain ia adalah manifesto kita untuk menjadikan Malaysia ini lebih adil dan berlandaskan ajaran Qur'an dan Sunnah.

Orang yang lemah dan kecewa akan berterusan di dalam jemaah, jika mereka sendiri tidak dekat dan bersama dengan jemaah.

Ingat, pengaruh luar yang melemahkan selalu 'meracuni' orang Pas yang lebih gemar bersendirian dalam berjuang....Atas alasan mereka lebih 'hebat' dari pimpinan, tidak lain kerja mereka mencela dan memberi komen yang sinis kepada pimpinan, walhal mereka menerima berita atau cerita dari 'musuh' tanpa merujuk kepada pimpinan.....

Sekian, dulu..nak komen lagi tapi biar dulu laaa..

Karl Hiunzm said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada tips usaha jadi kaya. Peluang dan tips usaha jadi kaya di sini.

Lawatilah bila ada masa lapang :-)

sherrina said...

ouch....pedih hingga ke ulu hati..kata Pak Lah
:p

Anonymous said...

[b]Ya..benar, congakkan hang tu silap.....dan tersangat silap....

penyelarasan pemikiran antara yang lama dan yang baru selalu diutamakan, terutama dalam mesyuarat kerja parti....hanya pihak lawan sahaja tak nampak, dan selalu memperbesarkan sesuatu 'kekhilafan' pendapat dalam parti yang seolah-olah parti islam, pas sedang berada dalam pergolakan yang besar...

Kesilapan kedua hang, menyamakan islam hadhari (IH) dgn DNI....Islam hadhari adlah slogan semata-mata yang penuh dengan penipuan dan omong kosong sahaja..tetapi perlaksaannya adalah sebalikya, itulah barangkali rakan kita 'menyindir' dalam weblog beliau....

Benar, tiada satu pun dalam IH menyalahi hukum (Qur'an atau Hadith), tapi pengisiannya tidak dilaksanakan oleh kerajaan A. Badawi....Setakat slogan, kalau kita suruh budak-budak sekolah pun mereka boleh merangka bermacam-macam prinsip, cuma ianya mestilah bertepatan dengan akhlak malaysia....Begitu juga dengan rukun negara, siapa berani kata rukun negara itu bercanggah dengan Islam..? Akan tetapi dasar atau pokok utama pembentukan adalah dasarnya Qur'an dan Assunah....

Memang DNI setakat ini sekadar retorik (anggapan bagi orang yang kecewa?) kerana kita belum memegang tampuk pemerintahan, walaupun Pas berjaya dalam satu negeri, dan sebelum ini Terengganu, namun pimpinan dan semua ahli jemaah yang komited tetap melaksakan sekadar yang boleh, mengikut bidang kuasa termampu....

Ingat, pelancaran DNI yang dibuat di bulan ramadhan, setepat dengan hari nuzul Qur'an, melambangkan bahwa kita sungguh-sungguh melaksanakan dan menjunjung perintah Allah, bukan sekar polemik semata-mata..dan ini adalah prinsip perjuangan PAs sejak lebih 50 tahun lalu...rangkaannya seolah-olah menggambarkan manifesto parti kita...

Secara peribadi, aku lihat ramai ahli kita yang takut mendekati pimpinan dan bersama dengan jemaah, atas pelbagai alasan yang bukan-bukan...tetapi bila memberi pendapat atau mengkritik parti macam seperti orang yang tidak pernah atau tidak mengenali jemaaah langsung....

Sebenarnya, pimpinan kita sedang dan terus bekerja untuk jemaah atau parti, cuma bagi pihak kita yang hidup senang, dan tidak pernah susah inilah yang selalu mengkritik parti...

Awas....jangan jadi tali barut musuh....kerana semuanya akan menghancurkan jemaah kita yang sangat disayangi.....

Kalau ade ape-ape boleh PM aku....

Wassalam....[/b]

Anonymous said...

Ekeke...
Kadang2 aku rs yg ni betul..
Alih2 bila yg ni aku dah yakin...
Tgk2.. kutuk pulak yang tu..
Guna bahasa kesat... Guna ayat terlampau.. Kata perjuang Islam..
Tapi...

Eheh...
Meh aku sokong yg sana plak..
dah aku rs betul.. Alih2.. aku tgk semacam gak.. Tapi konsep perjuang Malaysia.. Amat aku kagumi.. Jadi.. Entah la.. Yang dikatakan ISLAM.. Perjuang ISLAM.. Tapi.. Xada plak unsur2 Keislamannya.. Hanya sekadar Bersolat.. Berpuasa.. Alih2 Berpolitik.. keluar semua jenis bahasa..

Eheh..
Dari segi sumbangan terhadap pembangunan insan serta rakyat.. Tempat yang dikuasai.. Semacam jer..ada gak kes Rogol.. Samun.. Rumah2 plak.. nak kata rumah tu.. dari segi bahasa.. Yup.. Tapi dari segi pandangan.. Tgk dua kali.. RUMAH ke tu..??
Dah la satu je negeri yg dipegang.. Kenapa xdibuktikan konsep pentadbiran.. Pegangan Perjuangan Politik.. Pegangan terhadap Agama ISLAM yang suci..

Tolonglah..
Setiap pemimpin.. pegangi kata2.. Tunjukkan kaliber.. Rasulullah S.A.W memerintah Negara luar.. dengan ISLAM dijunjung.. Sikap yang terpuji.. tak pernah Mengeluarkan kata2 terlampau.. tak pernah mengaibkan musuh2nya yang terdiri daripada kafir.. xpernah membuka aib sesiapa pun.. ALHAMDULILLAH.. dapat menguasai sedunia.. :-)

Mengapa hanya satu negeri..?? yang memperjuangkan ISLAM.>??? dilihat... semakin.. semakin.. kecil negerinya..

Cermin diri dulu sebelum kita mencerminkan org lain.. Perbaiki diri sendiri sebelum kita perbaiki org lain.. ingatlah..

Hanya ALLAH S.W.T yang layak menghakimi manusia.. Wallahualam..

Hanya nukilan.. ;-)