Tuesday, March 07, 2006

PETROL NAIK: APAKAH ANDA YANG 'BODOH'...?



SOALAN 1: Harga minyak adalah antara yang terendah di ASEAN, kecuali Brunei?

a. Negara-negara ASEAN tidak boleh dijadikan kayu pengukur kerana kesemua negara tersebut adalah PENGIMPORT minyak (termasuk Indonesia semenjak 2004)

b. Malaysia adalah pengeksport minyak dan sepatutnya mendapat laba yang lebih dari kenaikan ini.

c. Di negara lain, walaupun harga minyak mahal tetapi kos untuk berkenderaan adalah murah. Misalnya, harga Toyota Avanza di Indonesia adalah RM 41,000 berbanding RM 63,000 di Malaysia. Di Thailand, boleh dikatakan kesemua jalanraya di sana tidak bertol. Di Singapura, sistem kenderaan awam nya adalah yang terbaik dala ASEAN menyebabkan rakyat tidak perlu berkenderaan tidak seperti di Malaysia.

SOALAN 2: Kerajaan mendakwa harga minyak di Indonesia lebih mahal dari Malaysia

a. Itu tidak benar. Di Indonesia, harga satu liter petrol adalah 4,500 rupiah seliter. Yakni bersamaan dengan RM1.80 seliter. Harga minyak di Malaysia 12 sen seliter lebih mahal dari Indonesia.

b. Di samping itu Indonesia mampu memberikan bayaran terus kepada 15 juta keluarga miskin di Indonesia, manakala Malaysia tidak ada program seperti itu.

SOALAN 3: Walaupun Malaysia adalah pengeskport minyak, tetapi bilangan eksport kita semakin mengecil ditakuti kita akan menjadi negara pengimport minyak pada 2010.

a. Hakikatnya, eksport kita yang semakin mengecil kerana pembaziran kerajaan ke atas projek-projek mega seperti Menara Berkembar, F1 beserta “bail-out” melampau oleh Petronas.

b. Pembaziran menyebabkan Petronas hanya mampu membina hanya 3 loji penapis minyak dalam masa lebih 25 tahun Petronas beroperasi.

c. Sekiranya kita menambah bilangan loji penapis minyak, kita akan mampu untuk mengeksport lebih banyak lagi minyak. Tidak timbul Malaysia menjadi negara pengimport minyak.

SOALAN 4: Subsidi minyak adalah satu pembaziran mengikut pakar ekonomi antarabangsa.

a. Pakar-pakar ekonomi antarabangsa juga tidak menyarankan penghapusan subsidi minyak secara buta tuli seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia sekarang ini.

a. Kerajaan Malaysia mengurangkan subsidi minyak tanpa menggantikannya dengan program-program. Seterusnya menghimpit golongan miskin dan kesempitan.

b. Indonesia sendiri memberikan pembayaran terus kepada 15juta keluarga miskin sewaktu mereka mengurangkan subsidi minyak pada tahun 2005.

SOALAN 5: Kerajaan Malaysia tiada jalan lain lagi bagi menanggung kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa

a. Sepatutnya kerajaan berusaha dahulu di dalam membasmi korupsi, salahguna kuasa, kronisma dan nepotisma. Kos pentadbiran dan pembangunan dapat dikurangkan dengan begitu besar hasil daripada tindakan ini.

b. Penjimatan kos tersebut dapat menanggung beban kerajaan dalam menghadapi kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa.

SOALAN 6: Kerajaan memberi “Fleet Card” kepada pemilik kenderaan pengangkutan barangan bagi mendapat diskaun ke atas diesel.

a. Hakikatnya, pemegang lit card ini masih dihimpit kenaikan harga diesel walaupun kenaikan itu tidak setinggi pengguna runcit.

b. Kenaikan ini akan menyebabkan harga barangan juga akan naik.

SOALAN 7: Rakyat Malaysia dinasihatkan menggunakan kenderaan awam dengan lebih kerap lagi

a. Sistem kenderaan awam di Bandar-bandar besar khasnya Kuala Lumpur adalah antara yang paling tidak efisyen.

b. b.Menteri pengangkutan pernah dicabar untuk menaiki kenderaan awam khasnya sewaktu “rush hour”.

c. c.Hakikatnya, kenderaan awam di Kuala Lumpur masih tidak mencukupi

Kesemua ini setelah kerajaan membelanjakan berlebihan wang rakyat dalam infrastruktur pengangkutan awam

SOALAN 8: Apakah kesan kenaikan harga minyak ini kepada saya dan keluarga saya?

a. Saudara akan menghadapi kenaikan kos kehidupan dari segi harga:
i. kos pengangkutan harian

ii. Kos barangan keperluan
dan perbelanjaan harian
iii. Kenaikan tarif utiliti seperti elektrik dan air

iv. iv.Kenaikan jumlah bayaran pinjaman perumahan kerana kenaikan kadar faedah

b. Dianggarkan kos kehidupan saudara akan naik sekurang-kurangnya 20%. Dengan kata lain, untuk taraf kehidupan saudara sebelum 02/03/2006, kos terhadap saudara naik 20%.

SOALAN 9:Saya adalah mahasiswa yang baru tamat belajar, apakah kesan kenaikan harga minyak kepada saya?

a. Kenaikan harga minyak akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara menjadi perlahan

b. Hasilnya, peluang pekerjaan semakin berkurang dan saudara mungkin akan menjadi penganggur.

SOALAN 10:Saya adalah seorang ibu-bapa yang tinggal di kampung dan mempunyai anak dan cucu yang bekerja di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Penang dan Johor Baharu.

a. Anak-anak akan kurang pulang ke kampung
b. Wang yang dihantar ke kampung akan semakin berkurang dari dulu

SOALAN 11: Saya adalah seorang peniaga runcit/peniaga kecilan. Apakah kesannya kepada perniagaan saya

a. Kos perniagaan saudara akan naik iaitu harga barangan dari pengedar dsbnya.

b. Pelanggan saudara akan semakin berkurang atau kemampuan dan kuasa belian oleh pelanggan akan berkurang

c. Ia akan menyebabkan keuntungan saudara berkurang ataupun menyebabkan perniagaan saudara kerugian.

d. Saudara terpaksa bekerja lebih keras dari dahulu hanya untuk mencapai keuntungan yang saudara dapat sebelum kenaikan harga minyak.

SOALAN 12:Apa yang boleh saya lakukan?

a. Menulis surat atau berjumpa wakil-wakil rakyat saudara/ri bagi menyatakan bantahan saudara/ri.

b. Menyertai perarakan, perhimpunan serta majlis-majlis membantah kenaikan harga minyak yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

c. Memberi maklumat kepada rakan/jiran/ahli keluarga terdekat berkenaan mengapa kenaikan harga minyak di Malaysia tidak sepatutnya berlaku.

SOALAN 13: Apakah langkah berjimat cermat yang boleh saya lakukan

a. Menaiki kenderaan awam

b. “Car-pooling”

c. Merancang perjalanan

d. Menggunakan sumber bahan api alternative iaitu NGV dsbnya

5 comments:

Jeego said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda tips cara mudah jadi kaya. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. RM200,000 dalam masa 35 hari dengan modal hanya RM10! Ini baru REAL!. Peluang dan tips cara mudah jadi kaya di sini.

Anonymous said...

mmmmmm.....

Anonymous said...

hmm (pun sama) acuan sendiri adakah bkesan. tetyapi setakat ini kerajaan masih mampu mengekalkan keamanan dan hidup bukan kemewahan semata2.

Karl Hiunzm said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Jeego said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)