Sunday, March 19, 2006

JANGAN TERTIPU DENGAN 'MUSLIHAT' MAHATHIR.....

Cyberluncai

Pada aku, Mahathir sebenarnya masih ber'main' dengan politik Malaysia walaupun secara rasminya dia bersara....

Banyak kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan Pak Lah (Ayah Lah..?) telah dikeluarkan secara 'press statement' yg amat memalukan kerajaan Ayah Lah...Lalu, pencacai-pancacai bongok dalam KMU pun berkokok sama menyokong mahathir dan mengecam Ayah Lah seburuk-buruknya.... Sekarang Mahathir dianggap macam 'patung yang disembah' (idol) oleh mereka dengan pelbagai puji-pujian yang melambung seolah-olah mahathirlah segala-galanya....Ayah Lah is nothing..!!!


Mahathir mengecam Pak Lah setelah dilihat bahwa penasihat akrab yang merangkap sebagai menantu yang disayangi, telah mempelgunakan peluang yang ada untuk mengumpul harta (termasuklah anak-beranak serta saudara terdekat) bagi tujuan mencantas sebanyak-mungkin tunas-tunas atau mereka yang ada kaitan dengan 'team mahathir' (Team M bukan MyTeam...). Najib, orang kuat dan harapan Team M, sekarang terpaksa menjadi 'pelakun' serba boleh dan sangat menikus dalam sesuatu kenyataan yang dikeluarkan supaya perasaan Ayah Lah tidak terguris...Kerana padah akibatnya kalau melukakan hati Ayah Lah....Lalu 'Tok Det' digunakan sebagai pencurah dan pelepas perasaan terhadap Ayah Lah, supaya rakyat tidak berapa senang dengan kerajaan sekarang...

Mereka boleh bermain-main dalam keadaan sekarang, kerana mereka sangat selesa dan ditambah pula dengan kedudukan pembakang yang agak tidak menentu dan tidak bersatu.....dan mereka tahu kalau Ayah Lah jatuh, ingat, Najib selaku orang kuat Mahathir, akan menjadi PM....dan hidup mahathir akan bertambah selesa sampai akhir hayat....

Ayah Lah terpaksa tidak memperdulikan luahan rakyat apabila keputusan kenaikan minyak dibuat, kerana 'Team'nya memerlukan banyak duit sebelum pemilihan agung Umno akan datang....Peluang menjadi PM, Menteri Kewangan dan Menteri dalam Negeri, sudah cukup selesa baginya melebarkan jajahan penaklukan harta rakyat untuk kepentingan teamnya, demi survival politik dalam Umno, kalau tak, dia sendiri pun kena cantas...

Politik cantas-mencantas ini nampaknya sudah mencapai tahap kritikal, bila rakyat sendiri telah terbabit untuk dibebani masalah negara....dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin negara boleh bergembira dan menikmati pelbagai subsidi-subsidi (elaun-elauan) termasuk subsidi minyak....

Apakah yang menyebabkan rakyat berjaya diperbodohkan..? Setelah ruang demokrasi telah di'rogol', diperkosa dan di'liwat', adakah tiba masanya revolusi menjadi pilihan semasa..? Tepuk dada tanya iman....

Diharap kita jangan melayan sebarang kenyataan Mahathir, kerana dia tidak ade kena mengena dengan perjuangan ini. Akan tetapi, anggaplah kenyataan-kenyataan mereka itu sebagai masalah dalaman parti mereka dalam perebutan kuasa politik Umno, yang mana tak lain semata-mata untuk kepentingan peribadi dan 'urat-perut' sendiri...

Marilah kita bersatu, mantapkan strategi semasa, hidupkan kerja jemaah dan ramaikan ahli serta sedarkan rakyat semua....kerana itu tugas kita semua, bukan tugas pimpinan semata-mata.

Maka, LAWAN TETAP LAWAN......

No comments: