Wednesday, July 12, 2006

BANGANGKAH MELAYU...?

oleh Aduka Teruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.


Kenapalah Bangang Sangat Melayu Ni.

1. Mula-mula buat isu seludup minyak. Fokuskan kat Kelantan. Endingnya minyak naik harga. Salahkan kerajaan Kelantan tidak membendung rakyatnya dari seludup. Islam konon katanya.

2. Kemudian buat isu Kelantan diabetis. Kencing manis. Suka gula. Seterusnya buat isu seludup gula. Kat Kelantan lagi. Akhirnya gula naik harga. Terus selesai isu. Orang Kelantan dan kerajaan negeri juga dipandang serong.

3. Seterusnya isu tarif elektrik naik. Tetiba jer ada isu kawin misyar. Pungut pendapat sana, pungut suara sini. Selesai.

4. La ni Pak Lah dengan Mahathir pula bergumpal. Tapi ada senjata untuk Melayu. Cerita Siti. Siti kawin Datuk K. Baru-baru ni pucuk dicita ulam mendatang. Cerita Mawi putus tunang. Alahai Melayu, asyik kena tipu jer. Dari Kerajaan Hindu lama, Siam, Portugal, Belanda, British, Jepun, Komunis, Bintang 3 asyik kena tipu jer. Jika tidak kerana British sudah lama Melayu diperintah oleh Cina.


Hamba nak cakap pun salah, tak cakap lagilah salah. Kita cakap apa pun, tapi Melayu tetap Melayu. Kita ni sebenarnya amat hina. Macamana kita memandang rendah pada kaum peribumi, begitulah bangsa-bangsa utama dunia memandang kita. Malah lebih teruk lagi.

Kita lihat orang asli itu kuno, tak boleh harap, buat itu, buat ini pun tak boleh, dhaif, jumud dan sebagainya. Tapi begitulah bangsa ini terutama bangsa Cina memandang kita. Janji Melayu, pemalas, penagih, pemabuk, berfoya-foya, biar papa asal bergaya. Sebab itu di Malaysia, pertumbuhan Islam agak lambat dari negara-negara maju. Sebab mereka ingat Islam itu Melayu!

Melayu. Kita mana ada bahasa. Penyelidikan telah di buat. Hanya 2 patah perkataan berasal dari kepulauan Melayu. Yang lain dipinjamkan. Kita mana ada tulisan. Malah tulisan Jawi yang dipupuskan UMNO itu pun, adalah evolusi dari tulisan Arab. Sekarang ini kita meminjam tulisan rumi. Rome. Hamba taip ni pun keyboard rumi.

Pengiraan. Matematik. Bangsa lain mempunyai satu suku kata untuk satu nombor. One untuk 1 (english). E untuk 1 (cina). SA-TU untuk 1. Kita guna 2 suku kata. Itu belum masuk SEM-BI-LAN untuk 9. Membazir, satu penciptaan sebutan nombor matematik yang BANGANG oleh Melayu. Bahasa Arab hanya guna 2 suku kata.

Cabang Ilmu. Mana ada Melayu yang mencipta teknologi atau cabang ilmu. Macam Ibnu Sinar, Ibnu Kaldun, Al-Khawarizmi. Semua Parsi dan Arab. Orang Putih dan China. (termasuk Jepun dan Korea)

Bila ALLAH takdirkan Melayu beragama Islam bernama Mokhtar (peguam yang amat genius) mengubah sistem nombor Melayu dengan sistem Mokhdar. Maka Melayu menentang atas alasan warisan bangsa. Sedang Jawi yang warisan bangsa itu dipupuskan. Jika kita mengambil Islam, benda yang bermanfaat, ilmu yang bermanfaat wajib diamalkan, disampaikan. Tapi bila kita ambil Melayu ......... Erm.... BANGANG lagi......

Kemudian, ALLAH takdirkan seorang Islam berbangsa Melayu. Budak lagi. Tapi genius tahap profesor matematik universiti. Menyalaklah pemimpin-pemimpin Melayu ini, ada yang kata ia perlu ikut silibus yang ada, ada yang kata perlu ubah silibus, ada yang tumpang semangkuk. Diusung budak kecil itu ke seluruh negara. Sudah macam pertunjukkan bangsawan pula. Tapi cuba budak yang bijak tadi mengkritik pemerintahan Melayu kerana kegeniusannya. Mesti budak tadi dikecam, dihina. Maka kisah budak yang dibunuh oleh Sultan Melayu kerana genius mencadangkan batang pisang bagi menghalang Temasik dilanggar todak pun bermula semula ....... BANGANGNYA Melayu ....... Hamba pon sama ....... Bilalah nak ambil Islam sepenuhnya .......

Murtad. Satu isu yang amat menusuk jiwa mukmin. Malaysia adalah negara sekular. Pemerintahnya, Melayu. Ia tidak menghalang orang Islam menukar agama mereka. Undang-undang digubal di Parlimen. Untuk menggubal satu-satu undang-undang, parlimen memerlukan majoriti setuju.

Contoh. Parlimen ada 9 kerusi. YB Ayam mahu undang-undang buang sampah dikenakan denda kerja-kerja amal. YB Itik pula membangkang. Itu hak asasi individu la nak buang sampah merata-rata. (kata YB Itik). Kemudian YB Itik dan YB Ayam berhujah di parlimen.

Dipendekkan cerita YB Itik menang. Parlimen dengan majoriti 5/9 kerusi menyokong hujah YB Itik.

Tukar isu. Sampah kepada murtad. Pembangkang mahu undang-undang murtad diwartakan. Itu dahulu jika tidak mahu undang-undang ALLAH. Hudud. Macam cerita tadi. Orang Melayu yang hamba sebutkan BANGANG (hamba termasuk sekali) telah menghantar satu parti secara 2/3 majoriti parlimen. Maknanya tiadalah keseimbangan. Check & Balance. Mereka gubal la undang-undang sesuka hati. Sure diluluskan. Sebab majoriti mereka pegang. Antara yang diluluskan.....

Murtad, mencabar mahkamah syariah, ISA, AUKU, Akta Mesin Cetak, menukar Polis di bawah Jabatan Perdana Menteri (bukan di bawah Yang Dipertuan Agong), BPR di bawah Jabatan Perdana Menteri (bukan di bawah parlimen), mengundi masih guna pensil, tidak menjelup jari ke dalam dakwat sesudah mengundi (so boleh mengundi lebih dari sekali), tidak memberi pembangkang media walaupun saluran berbayar, membenarkan pendaratan kapal pembunuh umat Islam (kapal perang Dajjal USA) mendarat di negara ketua OIC, menaikkan harga barang-barang, uih penat jari nak taip. Tapi Bangsa Melayu tetap BANGANG.

Perdana Menteri pula haruslah di undi oleh setiap umat Islam. Mana ada negara macam Malaysia. PM nya diundi oleh perwakilan. Perwakilan sekular kebangsaan pula tu. Jika perwakilannya berjumlah 300. USA dan Israel membeli satu perwakilan hanya RM1 juta setiap satu, maka hanya dengan RM151 juta sudah memadai untuk membeli PM Malaysia sekaligus membeli Malaysia. Tukar pula RM dalam Dolar, brapa sen sangat.

Tapi mengapa ianya tidak berlaku? Sebab sebenarnya kita (MELAYU) sudah pun tunduk tanpa perlu dibeli. Lebih hina dari dibeli. Tunduk sendiri. Sekali lagi BANGANGNYA MELAYU. Uih kenyang orang Melayu dengan BANGANG ini. Cuba lawat web di bawah ini.



Berdesingkah telinga kita mendengar perkataan seumpama begini? Bila ada isu ini, selalu penulisnya akan dimaki. Habis penulis itu apa, kalau bukan Melayu. Meludah ke langit la, cermin diri sendiri la. Tapi itulah hakikatnya. Sudah banyak kali kita mendengar Melayu otak beku, malas, bohdoh, zalim dan seumpamanya. Mari kita tinjau apa yang berlaku sebenarnya.

"MELAYU. Inilah nama kepada bangsa kita. Kenapa? Siapa yang memberi nama? Tidaklah penulis ketahui. Setelah penciptaan Adam, dunia terus berkembang dengan berbagai jenis bangsa. Ada bangsa yang dimusnahkan ALLAH dan digantikan dengan baru, ada yang wujud sehingga kini. ALLAH mengatakan bangsa-bangsa ini perlu saling kenal-mengenali.

Dalam sejarah manusia, terdapat beberapa jenis bangsa yang dicatatkan oleh ISLAM. Yahudi, Rom, Afrika, Cina (termasuk Jepun dan korea) dan Parsi. Melayu? Bangsa penulis ini, kita tinggalkan dahulu.

Yahudi, dicatatkan sebagai bangsa yang mempunyai banyak nabi. MUNGKIN kerana bangsa ini amat degil. Yahudi amat pintar. Mereka dikatakan mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat kuat. Bangsa juga ini amat berbangga kerana pernah menikmati makanan dari syurga! Hebat. Jika bangsa ini berbangga dengan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa YAHUDI, mereka mempunyai satu ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Rom, juga bangsa yang hebat. Malah ada yang berpendapat Dajjal itu adalah satu bangsa. Jika Yakjuj dan Makjuj dikatakan bangsa Rusia, Dajjal pula adalah bangsa Rom. Sekarang ini, bangsa ini ada di seluruh dunia berpaksi di USA dan Britain. Pendapat ini diasaskan dengan firman ALLAH yang mengatakan sunnah ALLAH (rentetan peristiwa atau peraturan) itu sesekali tidak akan berubah. Dalam sejarah Islam dan manusia, sejak Nabi Adam, manusia yang menegak agama ALLAH itu sentiasa mempunyai musuh di kalangan manusia juga. Jadi Dajjal dan Yakjuj Makjuj itu juga adalah manusia. Berbalik kepada bangsa Rom ini, jika mereka memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa Rom, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Seterusnya Cina. Bangsa ini juga mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat tinggi. Mudah kata, campak mana-mana pun boleh hidup. Malah bukan boleh hidup sahaja, tapi boleh kaya dan berjaya. Di mana-mana ketika ini dunia mempunyai China Town nya sendiri. Jika diukur dengan sukan (pertarungan fizikal manusia), kita ambil Olimpik sebagai contoh, hanya bangsa-bangsa ini yang mengunggulinya. China, Negro dan Orang Putih. Bangsa-bangsa ini amat hebat. Dan sekali lagi, jika Cina bermatian mempertahankan dasar KEBANGSAAN mereka, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan di dunia ini.

Bagaimana Parsi? Kepada adik-adik, bayangkan Parsi itu rakyat Iran dan bekas jajahan Rusia yang lain. Bangsa ini juga hebat. Iran menjatuhkan boneka USA hanya dengan mahasiswa mereka. Agaknya mampu tak mahasiswa kita (Melayu) menjatuhkan boneka USA BN di Malaysia? Jadi jika mereka mengambil KEBANGSAAN mereka sebagai perjuangan, mereka juga ada ASAS yang hebat.

Sebelum kita menghurai MELAYU secara ringkas, kita pergi ke sudut saintifik. Mengapa bangsa-bangsa ini amat pintar. Kepintaran dikatakan mempunyai kaitan dengan saiz otak. Otak anjing lebih besar dari otak kucing, jadi mereka lebih cerdik dan boleh dilatih dengan bermacam-macam latihan. Otak manusia dikira dalam cm padu. Bangsa-bangsa utama ini mempunyai otak lebih kurang 1500 cm padu. Tapi bangsa-bangsa kepulauan MELAYU dan orang asli di seluruh dunia hanya sekitar 1400 cm padu. Itu dalam bab pintar. Bagaimana pula dengan "kesinambungan hidup" atau survive. Bab ini termasuklah ketabahan, tak mudah putus asa, sukakan cabaran dan tahan lasak. Menurut kajian, bangsa-bangsa yang mempunyai Kesinambungan Hidup yang tinggi ini, berkait rapat dengan iklim. Jadi bangsa yang hidup dalam 4 musim, perubahan musim yang ketara (ada sejuk melampau dan ada panas melampau) dan bencana alam dalam keadaan yang amat lama (beratus-ratus tahun) mengalami evolusi terhadap perubahan tersebut. Maknanya generasi yang mereka hasilkan semakin berdaya tahan dengan masalah yang sama.

Kayu pengukur mudah untuk mengukur bangsa yang hebat di zaman ini adalah senjata Neuklear. Hanya bangsa-bangsa ini yang mempunyai kemampuan (samaada berani atau daya penghasilan) untuk memilikinya.

Jadi jika bangsa-bangsa ini bermegah, berjuang dan bermati-matian memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bagaimana dengan dunia? Sejarah telah membuktikannya. Perang dunia pertama, kedua, peristiwa holocoust, pembunuhan etnik Yahuni oleh Jerman, pembunuhan demi pembunuhan, peperangan demi peperangan. Sebab itu ALLAH menurunkan pesuruhnya supaya manusia memegang tali yang satu, tali yang benar, tali yang selamat dunia akhirat. Tidak kira Melayu, India, Cina, Yahudi, Arab, Rom, Parsi atau orang Asli sekali pun, yang paling tinggi adalah ketakwaan. Nik Aziz kata kalau Cina nak jadi PM Malaysia yang kita cintai pun boleh, asal bertakwa.

Sekarang kita masuk MELAYU. LAYU? LEMAU? Di saat ini, di saat kita diperintah oleh dasar KEBANGSAAN MELAYU, mari kita tepuk dada, hebatkah pencapaian kita dalam 50 tahun ini. Ekonomi? Perfileman? Akhlak? Politik? Saban hari isu Melayu lemah, malas, lembab dilontarkan. Bukan orang lain, kita sendiri. Kita sendiri yang melontarkan. Hari ini, saat ini, giliran penulis yang melontarkan isu ini. Sama seperti manusia melontarkan batu di musim haji. Tapi MELAYU TETAP BOHDOH SOMBONG. Tetap menggigit tali KEBANGSAAN MELAYU dengan gigi geraham mereka. Walaupun diberitahu, dibuktikan, dijeritkan bawaha tali itu beracun. Lihatlah tubuhmu wahai MELAYU! sudah hina. Sopak! Kurus! Patah! Jangan gigit lagi tali itu! Ambilah tali Islam, Peluk tali Islam wahai MELAYU!...........

Tapi....... Sukmum, Bukmum, Umyum. Pekak, Tuli, Bisu. BOHDOH SOMBONG. (termasuk penulis) Semua bangsa mempunyai sejarah empayar yang gilang gemilang. Melayu? Zaman kegemilangan? Melayu Melaka? Sejauh mana kegemilangannya? Sejauh mana kepintaran dan ketahannya terhadap musuh-musuh yang ingn menaklukinya? Malah sejauh mana kebenarannya?

Orang lain Empayarnya luas. Melayu hanya semenanjung, tapi rajanya bercakaran sesama sendiri. Sejarah membuktikan Semenanjung Melayu dijajah tanpa peperangan secara total. hanya pecah dan perintah. Sultan A dihasut lawan sultan B. Gua tolong lu, Sultan A. Kalau menang, Lu kene lantik Gua jadi penasihat. Lu sain ini perjanjian. Bohdoh, Bangang, Angguk-angguk, geleng-geleng. Itulah wajah sultan MELAYU. Dari negeri-negeri selat, hinggalah keseluruh Tanah Melayu. Tergadai. Singapura? Hanya dapat dipandang sahaja oleh generasi hari ini. Bagaimana pahlawan Melayu? Dol Said? Sedih jika mempertahan tanah air atas akidah MELAYU, bukan ISLAM. Setelah ditangkap dan diberi pencen. Terus tak melawan lagi. MaTt Kilau? Melarikan diri? Apa hukum mereka yang melarikan diri dalam fisabilillah dalam Islam? Berbeza dengan pahlawan dari pantai timur yang menyahut seruan JIHAD dari Empayar Uthmaniah, beliau dibunuh, dan jasadnya digantung. Alfatihah untuk pejuang Islam.

Hari ini kita terus saksikan negara boneka kita di perintah oleh Melayu. Tidak perlu diberitahu wajah sebenar pencapaian kita. Sukan? Hampir semua cabang sukan diperintah oleh sultan MELAYU. Tak pun oleh sekular Melayu. Hasilnya? Layu..... Alhamdulillah, masih ada yang berjaya seperti Nicol David. Eh! bukan Melayula. Tidak mengapa, kita tidak berjuang atas akidah MELAYU!

Tetapi bangsa itu bermula dari bawah. Ianya semakin bijak dan maju. Tetapi mengapa bangsa Melayu menongkah arus. Semakin ke belakang? Ini mempunyai kaitan dengan "Penjana Pemikiran" sesuatu bangsa. Apakah itu penjana pemikiran. Terlalu banyak. Kita ambil contoh yang paling mudah. Akhbar. Akhbar adalah salah satu penjana pemikiran pada zaman ini. Tetapi bebas dan merdekakah akhbar kita? Akhbar bangsa kita diperkudakan bagi kepentingan kekuasaan Nasionalis MELAYU. Akibatnya? Maruah kita tidak terbela. Hak kita tidak terbela. Buktinya? Ambil contoh yang paling terbaru. Sebelum ini berapa ramai banduan kita (wanita dan lelaki) yang teraniaya? Ada yang mati dalam tahanan reman (belum terbukti bersalah) Ada yang dibogelkan. Didera. Dikambing hitamkan demi menutup kes. Pelbagai lagi sepak terajang politik bangsa Melayu. Tetapi beranikah akhbar selaku penjana pemikiran bangsa melayu ini bersuara? Sebaliknya mereka sendiri bekerjasama dengan pengkhianat Islam. Menutup isu. Mengalihkan isu. Akibatnya bangsa yang sedia ada bohdoh ini terus bohdoh bertingkat-tingkat.

Kita lihat akhbar Cina. Walaupun diugut bunuh, dipecat. Tapi mereka bangga kerana namanya tercatat dalam sejarah sebagai pembela bangsa mereka sendiri.

Kita pergi ke bukti kedua. Seorang GodFather Johor (ketua kongsi gelap) di tahan tanpa bicara di simpang renggam. Akhbar mereka menyuarakan kes ini. Akhirnya pengkhianat melayu tunduk membebaskannya. Bagaimana dengan akhbar Melayu berkenaan dengan kes ISA? Ayah kepada beberapa anak dipenjarakan bertahun-tahun tanpa peluang dibucarakan. Suami kepada seorang isteri yang tabah menghadapi ujian dunia? Bukannya seorang tetapi beribu-ribu orang Islam sejak nasionalis Melayu memerintah. Pedih untuk dihuraikan.

Sebenarnya kita boleh menghentikan ini semua. Bagaimana? Dengan menolak atau mengurangkan majoriti BN di parlimen. Tidaklah dia menggubal undang2 sesuka hati. Jika dah totok UMNO, tidak boleh terima hidayah sekali pun, memadailah dengan menolaknya (UMNO) sekali bagi meningkatkan CHEK & BALANCE. Tetapi walau apa pun, MELAYU ITU TETAP BOHDOH. Dijerit, dibuktikan dituamkan di depan mereka sekali pun, cukup Melayu memperolehnya dari bapak-bapak mereka, sedangkan bapak-bapak mereka tidak diberi petunjuk sedikitpun.

Inilah Pemikiran Semulajadi Bohdoh Bangsa Melayu. Lawan UMNO = Lawan Malaysia?

Setiap pilihanraya UMNO menggunakan....

1. Setiap inci Agensi kerajaan. (Jabatan Pendidikan, Kebajikan, etc)

2. Setiap ruang media. (cetak, elektronik)

3. Polis. (Polis kini di bawah Jabatan Perdana Menteri, bukan di bawah Yang Dipertuan Agong. Ish, bodohnya bangsa Melayu)

4. BPR. (BPR kini di bawah Jabatan Perdana Menteri, bukan di bawah Parlimen. Ish, bodohnya bangsa Melayu. Buat tak tahu atau memang tak tahu atau tak mahu tahu?)

5. FRU.

6. SPR. (sepatutnya menjadi pengadil, kini, menjadi pemain untuk UMNO. Alahai Melayu)

7. Peruntukan kerajaan. Isu pembangunan. (itu dah jadi tanggungjawab mana-mana pemerintah la. Lagi pun rakyat bayar, bukan percuma. Takkan BN memerintah, FELDA pula nak bagi api air, atau Pekida pula sediakan jalan raya, atau PAS pula sediakan jambatan. Dewan Bahasa Dan Pustaka perlu mencipta istilah yang sesuai bagi menggambar tahap kebodohan Melayu ini. Amat teramat)

8. Menggugut. (menganaktirikan rakyat / kawasan yang memilih pembangkang. Padahal, kerajaan adalah kerajaan, parti adalah parti. Bila parti sudah membentuk kerajaan, maka, setiap rakyat perlu diadili dengan adil. Ish. Tolonglah DBP. Ciptalah satu istilah.)

9. Memenjara mereka yang mengatakan benar. (ISA, AUKU, OSA, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan)

10. Pecat.

Alahai Melayu. Bangsa lain lebih cerdik dari kamu. Kamu memerlukan Islam dalam setiap inci kehidupan kamu, supaya kebodohan kamu dipelihara / dilindungi ALLAH.

Bohdoh boleh membuatkan kita menolak ALLAH. Cerdik boleh membuatkan kita menolak ALLAH.

Jika Yahudi menolak ALLAH kerana kecerdikannya, Melayu menolak ALLAH kerana terlalu-lalu bohdoh.

Melayu tidak pernah terbabit dalam mana-mana empayar dunia. Tidak pernah terbabit dalam penciptaan teknologi atau cabang ilmu seperti Ibnu Sinar, Khawarizmi. Melayu dijajah berkali kali oleh Kerajaan Hindu Lama, Siam, Belanda, Portugis, Inggeris, Syarikat Hindia Timur (syarikat pon boleh jajah gak, hinanya) Brtish, Jepun, Komunis, Bintang Tiga, Dan British kembali.

Jika tidak kerana British Melayu sudah diperintah oleh Cina melalui gerakan komunis mereka.

Ah... Melayu. Bila lah nak peluk Islam sepenuhnya.

Jadi.... Penulis tanya pada diri penulis. Penulis tanya kepada bangsa penulis. Bilakah lagi? Bilakah lagi kita ingin menukar tali. Tali MELAYU kepada tali ISLAM yang hakiki. Dunia dan akhirat. Ah......! Peduli apa aku......! Hidup Melayu! Melayu yang bagi kita merdeka! Walau tak berapa merdeka pon tak mengapa! Hidup Melayu! Takkan Melayu hilang di dunia. Walaupun Hang Tuah tergamak membelakangkan dosa membunuh. Bunuh kawan sendiri. Tapi demi MELAYU, kita persetankan Islam. Melayu dulu baru Islam. Akhirnya..... Melayu itu tetap layu. Tunggulah kehancuran....nya wahai Melayu. Ianya semakin menampakkan dirinya......"

Ahhh... BANGANGNYA BANGSA MELAYU.

Mengapa Harus Berjuang Demi ALLAH.


Dalam Negara.

1. Juara penagih dadah. (Pulau Pinang)
2. Juara menghasilkan anak haram. (Johor)
3. Juara jenayah. (Selangor)
4. Juara muflis oleh juruaudit negara. (Perlis, Johor)
5. Juara Perjudian. (Pahang)
6. Corot Ekonomi. DEB yang gagal.
7. Corot Hak milik tanah.
8. Corot Sukan.
9. Singapura terlepas semasa pemerintahan Melayu, digadai oleh Sultan Melayu.
10. Pulau Batu Putih terlepas ke Singapura semasa Melayu sibuk mengahabi-bahagikan kekayaan negara sesama mereka.

Berikut adalah apa yang dilakukan oleh pemimpin akhir zaman. Tetapi dibela oleh Melayu yang mempunyai sejarah yang amat hina.

1. Pemerintah Melayu menolak hukum ALLAH sejak merdeka.

2. Memenjarakan ribuan ulama yang menegur kemungkaran Pemerintah Melayu dan mendedahkan kebenaran di bawah ISA. Tanpa bicara, tanpa bukti di mahkamah.

3. Memecat Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom kerana mengharamkan Ratu Cantik.

4. Pengerusi OIC berkata tidak perlu memulaukan barangan Dernmark. Apantah lagi berani menutup kilang arak Dernmark, Carlsberg, terbesar di Shah Alam.

5. Pemerintah Melayu menolak undang-undang keluarga Islam dan menuduhnya menindas wanita.

6. 50 pemimpin Melayu menyokong IFC.

7. Ketua Wanita UMNO dan Timbalan Presiden UMNO menyokong pindaan kuasa mahkamah syariah.

8. Merobohkan Masjid di Terengganu dan surau di Bangi.

9. Membenarkan kapal Dajjal pembunuh Umat Islam mendarat di negara ketua negara Islam OIC baru-baru ini. Kemudian, meraikannya.

10. 12 kes berprofil tinggi yang sehingga kini disenyapkannya.

11. Menukar Polis Diraja Malaysia dari bawah Yang Dipertuan Agong kepada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

12. Menukar BPR dari bawah Parlimen ke bawah Jabatan Perdana Menteri.

13. Pemimpin UMNO menghina Nabi dengan mengaitkan Nabi bersama pisau cukur Gilet. Mengatakan Kamal Attartuk adalah pejuang Islam.

14. Pemimpin Melayu Tertinggi menghina ALLAH. Mengatakan undang-undang ALLAH primitif dan disambut oleh Samy Vellu dengan kenyataan Al-Quran mana ada ajar orang buat highway.

15. Orang yang sama menghina ALLAH sekali lagi dengan mengatakan jika mahu makan sup kaki dan tangan sila datang ke Kelantan.

16. Pengerusi OIC bacul mempertahankan Iran dalam kes Nuklear sedangkan nuklear adalah fardu kifayah.

17. Menentang ulama dengan membenarkan konsert, hiburan melampau, disko, pelacuran atas nama sapa dan urut.

18. Memberhentikan bantuan kepada SAR setelah tidak berjaya mengharamkannya kerana SAR di bawah Sultan Negeri.

19. Memperbodohkan rakyat dengan meletakkan indeks demokrasi Malaysia no 3 tercorot dunia apabila (tidak memberi pembangkang saluran media walaupun berbayar, SPR yang dikritik hebat di pentas antarabangsa, masih memangkah guna pensel, tidak menjelupkan jari ke dalam inai setelah mengundi, so boleh undi banyak kali, meluluskan undang-undang survival politik pemerintah dengan majoriti 2/3, ISA, AUKU, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan)

Kemudian kita lihat pencapaian MALAYSIA di pentas antarabangsa. (tidak disiarkan / disembunyikan oleh media pemerintah)

Negara terkaya
Malaysia Ke 81 daripada 80 negara
(Tidak termasuk negara kaya kerana masih tidak mempunyai simpanannya sendiri. )

Negara paling byk pembunuhan(2000)
Malaysia Ke 24 daripada 62 negara

Jenayah rogol(2000)
Malaysia Ke 26 daripada 65 negara

Paling banyak penduduk(populasi)
Malaysia Ke 46 daripada 274 negara

Perbelanjaan Ketenteraan
Malaysia Ke 41 daripada 170 negara

Kutipan Cukai Terbanyak (Taxes)
Malaysia Ke 105 daripada 226 negara

Kemiskinan (1998 est.)
Malaysia Ke 111 daripada 117 negara

Jangka Hayat paling panjang
Malaysia Ke 104 daripada 224 negara
Jangka hayat penduduk Malaysia adalah71.67 years
jangka hayat penduduk dunia adalah 67.47 years


Paling terpelajar (educated)(1999/2000)
Malaysia Ke 56 daripada 110 negara

Negara terbesar
Malaysia(328,550 sq km) Ke 65 daripada 258 negara

Negara paling korup (rasuah / karenah birokrasi)
Malaysia Ke 94 daripada 130 negara

Bola sepak (FIFA RANKING)(May 2003)
Malaysia Ke 106 daripada 194 negara

Kelahiran(2003 est.)
Malaysia Ke 88 daripada 224 negara

Simpanan Minyak
Malaysia Ke 22 daripada 52 negara

Harga Minyak(1998-2000 MRYA)
Malaysia Ke 128 daripada 141 negara

Bohdoh / bangang / jahil / zalim / fasik asalnya adalah satu istilah dalam bahasa, bukan perbuatan. Ianya bermaksud tidak cerdik / tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya / ingkar.

Tetapi Melayu menganggapnya sesuatu perbuatan. Perbuatan yang biadap. Jika meyampaikan perkataan bohdoh dianggap biadap, bagaimanakah status bagi menyampaikan kalam ALLAH ni?

Mari kita lihat yang disensorkan.

(Al-Baqarah : 13) Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman." Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang [**** sensor] itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang [**** sensor]; tetapi mereka tidak tahu.

(Al-A'raf : 199) Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang [**** sensor].

(Yusuf : 33) Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang [**** sensor]."

(Al-Ahzab : 72) Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat [**** sensor].

(Al-Ahqaaf : 23) Ia berkata: "Sesungguhnya pengetahuan (tentang itu) hanya pada sisi Allah dan aku (hanya) menyampaikan kepadamu apa yang aku diutus dengan membawanya tetapi aku lihat kamu adalah kaum yang [**** sensor].

Cuma Melayu Adalah Bangsa Yang Bohdoh. Tidak Tahu Beza ANTARA Adat Melayu Dan Agama Islam.

Pertama sekali hamba meminta maaf kepada setiap yang terasa akan artikel hamba. Dan hamba mengumumkan hamba Melayu tulen. Tiada darah campuran.

Tetapi hamba tidak memperjuangkan bangsa. Bangsa adalah anugerah ALLAH yang berkekalan. Sama seperti jantina. Walupun direndam di dalam neraka, bangsa tetap Melayu, jantina tetap tidak beubah. Walaupun di anugerahkan syurga, bangsa tetap Melayu. Walaupun bertukar agama, bangsa tetap tidak berubah.

Mana ada perjuangan Melayu atau perjuangan Arab. Ini adalah ciptaan manusia. Sesat dan terkeluar dari agama.

Adapun bangsa Arab terlebih bangang dari bangsa Melayu. Ianya di namakan Arab Jahiliyah. Jika sebangang-bangang bangsa Melayu, masih ada yang berselera untuk menjajah, tetapi bangangnya bangsa Arab tidak ada yang mahu menjajah. Walau dihimpit oleh 2 tamadun yang amat hebat. Rome dan Parsi.

Apabila datangnya Islam, kita lihat Arab yang bangang tadi menjadi ummah yang lebih universal dan menguasai 2/3 dunia. Islam milik semua, bukan Melayu sahaja. Tetapi Arab, Cina, India, Iban, Orang Asli, Orang Putih, jin, malaikat dan setiap makhluk ALLAH.

Tetapi Melayu tetap bangang. Apabila Melayu dinyatakan bangsa yang bohdoh, mereka melenting. Apabila Islam dicabar dan hina, segelintir yang mempertahankannya.

Melayu bangsa yang bangang. Melayu tidak memekan babi bukan kerana ALLAH, tetapi kerana jijik. Sebab itu seluruh Melayu tidak memakan babi, tetapi setengah Melayu meminum arak.

Melayu bukan bererti Islam, Islam itu bukan Melayu. Islam dan Melayu adalah 2 benda yang berbeza.

Melayu tetap bangang dulu, kini dan selama selagi tidak mengambil Islam sepenuhnya.

Wallahualam.

3 comments:

Rockerz said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Jeego said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)