Wednesday, July 05, 2006

RAKYAT TIDAH PERNAH MAAFKAN MAHATHIR DAN TETAP BENCI PAKLAH...

'Ayam Tua' yang berkokok mengharapkan belas kasihan rakyat marhaen semua, tanpa segan silu....Dia sendiri tahu kokokan itu bukannya menjejaskan apa-apa dasar kerajaan Pak Lah yang terus menerus meluaskan penguasaan kroni sendiri di masa yang sama, rakyat terus terhempit dan tersempit....

Rakyat tidak akan lupa akan ke'gasar'an kerajaan dahulu. Pegang tampuk kerajaan selama 22 tahun bagai seekor singa lapar dan ganas. Sesiapa sahaja yang tidak bersamanya terus di'penggal' kepala, baik daripada sultan-sultan mahupun rakyat-rakyat marhaen...Selama 22 tahun itu, rakyat tidak akan lupa akan pembunuhan Memali, Lubuk Merbau, tahanan tanpa bicara, pemecatan hakim negara, penarikan hak royalti rakyat Terengganu, memalukan Timbalan sendiri dengan tuduhan seks luar tabii, menggunakan keseluruhan duit rakyat untuk menampung kerugian syarikat anak-anak dan kawan-kawan dan pelbagai lagi 'kezaliman' yang ditinggalkan oleh sang singa yang sekarang ini sudah tak bertaring lagi.....

Pelakun 'hero tua' ini sendiri tahu bahawa, sejarahnya amat penuh dengan calitan hitam yang memungkinkan dia akan dikenang sebagai 'petualang' negara. Maka, inilah peluang keemasan baginya yang kununnya dengan 'aksi-aksi' berani mati ini, dia boleh membersihkan palitan itu dengan cara 'jilatan lunak' dari rakyat marhaen.

Akan tetapi agakannya salah dan sesungguhnya sangat salah. Rakyat tak akan lupa atas kejahatan serta kezaliman si 'ayam tua' ini. Dan Rakyat TIDAK AKAN MEMAAFKANNYA!!!!!

Kritikan warga tua ini hanyalah berkisar dengan projek-projek yang telah disekat atau dihentikan oleh kerajaan Pak Lah, yang mana semua orang tahu ianya tidak akan menjejaskan keadaan rakyat marhaen yang semakin hari semakin tertekan ini.

Pak Lah yang lemah dan kurang tegas, tetapi keras, sebenarnya telah banyak meneruskan prinsip 'kejahatan' dan 'kezaliman' Mahathir. Bila rakyat tidak bersetuju, maka mereka akan dipukul, dihentak dan ISA tetap jadi pilihan.

Walaupun diri sendiri mengaku tidak suka atau benci kepada rasuah, tetapi anak-beranak tetap menjadi jutawan segera dari pelbagai projek-projek pilihan sendiri. Cakap berdegar-degar, benci itu-ini, tetapi dibelakang rakyat, satu pun tak buat. Bukit digondol, air dicemar dan pelbagai lagi masalah negara, bila ditanya wartawan maka terus keluar kenyataan yang bukan-bukan malah ada yang 'mengerikan', ingatkan menteri terbabit akan dipecat....Tetapi rupa-rupanya hanya 'buat gempak' sahaja, menteri tetap selesa bersama kerusi empuk dan rakyat tetap derita dengan cerita lapuk!

Konflik 'ayam tua' sebenarnya lebih daripada siri-siri lakunan dan 'kejahatan' Umno yang terus-menerus menipu rakyat. Dan ia menunjukan satu tanda bahawa rakyat marhaen perlu bersiap sedia yang pilihanraya sudah dekat.

Ingat, hanya kita semua sahajalah mampu memberhentikan drama bersiri yang penuh dengan penipuan dan kezaliman ini! Maka bekerjalah untuk kemenangan dan jatuhkan Kerajaan Umno yang penuh dengan tipu daya ini!!! LAWAN TETAP LAWAN!!!

2 comments:

Jeego said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Anonymous said...

mmg xpatut btol ar pak lah ni...
sepatutnya dia berpegang pada hukum² ALLAH..tp kalo pemimpin skng pn da terpengaruh dgn corak perintah barat..
ni kn nk tnjuk diri konon pembela bangsa yg konon nya nk selamat kn rakyat dari dijajah konon..
pe ar..
cmner ar rakyat nk aman selagi kepala rakyat dipijak dan jiwa rakyat depergunakan..
kalo aku budak alQaeda..
aku serang pemimpin m'sia dlu...