Tuesday, August 12, 2008

TAHALLUF SIASI: MENJAWAB 'ORANG YANG BANGANG'KAN ORANG

TAHALLUF SIASI

MAKNA / MAKSUD

= Kerja sama politik / diplomasi

= Satu bentuk perjanjian utk saling mengambil manfaat melalui persepakatan yg dipersetujui.

- Jadi… perlakuan di atas melibatkan dua pihak atau lebih…..dua kumpulan atau lebih
- dlm konteks tajuk ini / Siasah Syariyyah ..ia hanya melibatkan kerjasama Parti Islam dgn Parti org kafir atau org2 kafir…atau parti toghut
- Kerjasama parti islam dgn parti2 islam lain atau dgn org2 islam tidak
termasuk dlm tajuk ini…bahkan ia bukan suatu yg perlu dipertikai atau diperdebatkan kewajarannya.


ISLAM MEMBENARKAN TAHALLUF SIASI….APA DALILNYA

= Kalimah tahalluf berasal dr kata akar ( ha la fa ) yg bermaksud perjanjian…
- Rasul Allah SAW sering menggunakan lafaz ini utk membuat perjanjian dgn qabilah2 qurais / yahudi ketika di Mekah atau Madinah..

= Islam membenarkan Tahalluf Siasi kerana ia mendatangkan manfaat
umun dan menolak mudharat besar.
Hannya pimpinan sahaja yg mampu menganalisi secara menyeluruh
apakah manfaat tadi dan apakah mudharat tadi krn mereka terlibat
secara langsung. Keputusan perlaksanaanpun ditangan mereka.

DALILNYA

1) Zaman sebelum Kenabian

a = Perjanjian Fudhul :

Sebelum Baginda Saw menjadi Rasul Utusan Allah secara rasmi , Qabilah2 Qurais telah membuat perjanjian yg diberi nama “Perjanjian Fudhul ”….isi kandunag perjanjian ini secara umumnya utk memelihara kedamaian masyarakat Makkah. Membuang kezaliman-kezaliman yg ada di Makkah perjanjian ini telah disaksikan oleh Baginda Saw…ketika Baginda SAW dibangkitkan menjadi Rasul Utusan Allah …Baginda Saw telah memperakui dan memberi kesaksian sekali lagi akan manfaat perjanjian itu…( rujuk kitab sirah Ar Rahiq Al Makhtum )


2) Zaman Selepas Kenabian /Makkiah / di awal2 perkembangan Islam / di awal2 penubuhan Daulah Islam

a = Kerjasama Baginda dan datuknya yg dikasihi Abu Talib.

Ketika ini datuknya yg tidak beriman adalah pelindung Baginda drpd ancaman2 qurais.Sehinggalah suatu hari dtg pembesr2 Qurais memberi amaran agar Abdul Muttalib menegah cucunya meneruskan usaha2 dakwahnya…Abdul Muttalib mengkhabarkan kpd Baginda Saw apa yg berlaku…Lalu dgn penuh sopan baginda berkata “ wahai datuk…sekiranya matahari diletakka ditangan kananku dan bulan di tangan kiriku ….aku tidak akan menghentikan usaha dakwah ini …” …bila datuknya mendengar kejujuran dan keindahan budi pekerti perjuangan baginda lanta datuknya berkata “ …wahai cucu ku yg ku kasihi…lakukalah apa yg engkau sukai…demi Allah aku tidak akan mengizinkan mereka menyentuh sedikitpun kerja2 dakwah engkau buat selamnya..” …( inilah yg sewajarnya menyentuh perasaan kita…sebahagian yg muslim ini sudahlah tidak meenyokong …bahkan melawan kerja2 perjuanangan islam…jenis manusia apa ni…!! )

b) = Hubungan diplomatic baginda dgn Kerajaan Habsah

Selepas 4 tahun kenabian baginda…ketika Islam di himpit dgn ujian yg maha hebat…sahabat2 diseksa dgn kejam …Baginda yg sangat jujur diherdik dgn tuduhan gila…dilempar dgn batu…diejek oleh kanak2 Taif…maka turunlah perintah agar baginda berhijrah ke Habsyah meminta kerjasama perlindungan sekaligus melebar dakwah ke luar Makkah…di sana ada kerajaan yg adil…dlm usaha perjuangan islam yg penuh dgn kekangan…pertolongan Allah di saat2 genting tiba…tersebarlah khabar penuh gembira buat pejuang islam…bahawasanya Umar Al Khattab ( moga diredhai Allah ) telah memeluk islam krn sebab dan cara yg sangat mudah / simple…bermulalah keberanian muslim bergerak secara terang2 utk beribadat dan berdakwah…( inilah firah perjuang,,,kita mesti berkerja terus…bergerak dlm semua aspek…soal bila menang pilihan raya ?...tolonglah….jgn bersikap angkoh.bongkak,biadap dan seumpamanya dlm menganalisis usaha2 pejuang islam silam ….dlm masa yg sama kita masih merangkak dan bertatih….pejuang silam juga yg menghulur tangan membantu dan membimbing… )


C = Peristiwa “ Perjanjian Aqabah “ pertama dan kedua..

Ketika awal2 penubuhan Daulah Islam di Madinah…usaha itu telah berlaku di Makkah lagi…Slps Baginda pulang dr berdakwah di Taif…iaitu slps 10 tahun kenabian Kenabian Baginda...Baginda terus melebarkan hubungan diplomasinya …setibanya di Makkah…yg kebetulan Semua Qabilah Makkah dan luar Makkah khususnya Madinah ramai berkumpul di Makkah utk menunaikan haji cara mereka…Baginda telah menghampir satu Qabilah dan bersembang2 tentang keindahan islam secara simple…baginda juga ada menyatakan mesej kebenaran sebahagian Yahudi yg Ahlul Kitab…kebenaran yg ada di kitab mereka bahawa Nabi akhir zaman akan muncul sebagai Rahmatan Lil Alamin…baginda membaca beberapa potong ayat Al Quran yg memang penuh dgn keindahan bahasa…

slps itu sekaligus Qabilah tadi merasai kebenaran yg dibawa Baginda…dan kabilah tadi terus bertanya kpd Syeikh2 mereka apa yg telah mereka terima…maka syeikh2 mereka membenarkan segala apa yg telah disampaikan kpdnya…bermulalah org2 luar Makkah memahami keindahan dan kebenaran islam sekaligus beriman…antara org2 madinah yg terpikat dgn kebenaran diplomasi Baginda ketika itu adalah : Abu Zar Al Ghifari …beliau telah mengkhabarkan kebenaran dan keindahan dakwah baginda kpd teman2 di Madinah…sekaligus temannya tadi beriman…

Pada tahun ke sebelas slps kenabian Baginda Saw…pada waktu yg sama..iaitu musim haji….Baginda meneruskan lagi diplomasi rundingan dakwah kpd hujjaj2 yg belum beriman…sehinggalah berjaya memcapai resolusi persepakatan bersama…hasilnya enam org penduduk Madinah drpd latar belakang Qabilah yg pelbagai telah beriman di hadapan Baginda Saw..dan berjanji kpd Baginda akan mengkhabarkan kebenaran diplomasi dakwah baginda ini kpd sanak saudara di Madiinah…

Pada musim haji seterusnya iaitu tahun ke dua belas slps Kenabian Baginda…datang lagi 12 org penduduk Madinah ( yg telah menerima khabaran drpd rakan mereka yg lalu ) telah beriman di hadapan Baginda …Dua belas org ini telah berjanji setia dgn Baginda di Aqabah iaitu suatu tempat sekitar Mekkah …mereka berimn dan berjanji akan melebarkan seruan diplomasi dakwah ini…di sinilah bermulanya PERJANJIAN AQABAH PERTAMA

Sesudah selesai musim haji itu…Bagindapun mengutus seorang utusan ke Madinah sebagai wakil duta Baginda utk mengajar dan membimbing penduduk Madinah…utusan ini ialah seorang pemuda yg penuh karisma dan wibawa iaitu..MUSAB BIN UMAIR…

Pada musm haji seterusnya iaitu pada tahun ke tiga belas slps kenabian Baginda…datang lagi tujuh puluh org yg beriman dari penduduk Madinah…drpd pelbagai latar belakang qabilah arab…seruan diplomasi islam telah melebar ke peringkat antarabangsa…Duta Baginda telah berjaya melaksanakan tugas mereka dlm merangka kerjasama dan hubunagn diplomatic antarabangsa….

Sekali lagi tujuh puluh org ini telah berbaiah dan berjanji setia dgn Baginda Saw…pada ketika ini tujuh puluh org Madinah telah memikirkan suatu persoalan yg perlu difikirkan bersama utk kekuatan islampd masa akan dtg….mereka tiding sanggub membiarkan baginda terus2san berada di Makkah dlm keadaan yg penuh dgn rintangan2 yg beranika…sampai bila perlu membiarkan Baginda dan org2 beriman lain di Makkah berdakwah dlm ketakutan…

Di sinilah bermulanya kesediaan penduduk Madinah menjadikan Baginda sebagai pemimpin mereka…juga penerimaan mereka agar Madinah menjadi markaz baru perjuangan diplomasi siasah shariyyah Baginda Saw…sekaligus sanggup melantik dan memilih Baginda sebagai Presiden Ummah atau President Negara Madinah…..

Allah maha bijak mengatur kemenangan perjuangan islam…sehinggalah turun seruan wahyu agar Baginda berhijrah ke Madinah….

LIHAT BAGAIMANA BIBIT MANFAAT TERCETUS slps Baginda bergerak membina hubungan dgn Qabilah2 arab yg bukan islam…diplomasi demi diplomasi dirangka…resolusi demi resolusi disepakati..
Hanya baginda yg memahami tuntutan waktu itu…apa perlunya membina hubungan dgn org bukan islam… JGN MUDAH MENDABIK DADA…SOMBONG TAK TAHU PUNCA…SEKADAR ATAS ALASAN KAJIAN FAKTA DAN TEORI SEMATA2..KITA MUDAH BERKATA DAN MEMBUAT KESIMPULAN…” HENTIKAN KERJASAMA DGN ORG NON MUSLIM INI..TAK DA FAEDAHNYA….!!!”

PERCAYALAH…SEHEBAT MANA KITA BERGELUMBANG DGN TEORI ILMU…
TAPI TIDAK MERASAI SECARA LANGSUNG
SENI KEPIMPINAN UMMAH DAN PERJUANGAN ISLAM
DI SETIAP MARHALAH DAN DAN ZAMAN REALITI…
usahlah bersikap kurang ajar kpd ayah yg lebih dahulu makan garam….
bimbang teori ilmu tadi memakan diri sendiri…
bagai kehangatan api yg menyala2…akhirnya ia padam…
meninggalkan sisa abu yg tidak bernilai, lagi dipijak org…
melayang dihembus angin..hilang tanpa dikenang…


….di atas adalah sebahagian dalil2 drpd Sejarah Nubuwwah yg membenarkan Tahalluf Siasi dalam politik Pas..

Ada lagi dalil2 lain khusunya pd Zaman Madaniyyah…ketika Islam menjadi pemerintah…terlalu banyak kerjasama politik dgn org kafir yg Baginda Saw gagaskan…semuanya utk maslahah ummah…begitu juga dalil2 ayat Alquran yg menyatakan secara umum…begitu juga kaedah2 mengistinbat sesuatu hokum melalui Qawaidul Fiqh dan Usul Fiqh…

saya rasa takada la yg membantah lagi…tentang kewajaran cadangan Tuan Guru…kesian la kat saya…letih jugak merujuk sumber ilmu di atas…tapi puas…niatnya kerana Allah utk bersama2 dgn kerja2 memenangkan islam sebagai pemimpin ummah satu hari nanti…biar sorak gembira kemenagan kita akan datang dapat kita nikmati dgn penuh jiwa raga.

gembira mencapai kemenangan…
menangis syukur menikmati janji2 tuhan…

Ingat ya…ini persoalan IJTIHAD…

kalau ada yg tak setuju jugak dgn dalil di atas…aduh laaa…

..tapi takpa lah… saya sanggup korbankan diri ini sampai mati depan skrin computer utk terus berdakwah….

doakan saya agar saya syahid dlm perjuangan……………….

Selamat berjuang…………

Cyberluncai: Harap artikel ini memanfaatkan semua..diadaptasi dari seorang sahabat

3 comments:

Cheguman said...

Assalamualaikum,
Saya bersetuju dgn pendapat sdra dlm hal kerjasama dgn bukan Islam.

Nampaknya sdra mempuyai asas agama dan bhs Arab, dan boleh mempertahankan hujah dgn baik, meski sesekali terbaur dgn emosi.

Tidak mengapa, di gelanggang sdra, sdra lah yg ber'authority'.

Ini adalah kunjungan kedua saya dan nampaknya tidak mengecewakan. Yang paling saya berpuas hati ialah terdapat persamaan perjuangan antara kita.

Saya sedang meninjau blog-blog yg berpotensi utk bekerjasama dalam perjuangan menuju matlamat akhirat. Kelebihan blog sdra ialah di samping persamaan, terdapat sedikit perbezaan antara kita. Hal ini adalah sesuatu yg menguntungkan perjuangan kita nanti kerana kita dpt melihat sesuatu drpd beberapa sudut yg berbeza.

Salam ukhwah & salam perjuangan.

Anonymous said...

Assalamua'laikum...
Akhi cyberluncai?..

Em,diz is my 1st visit to ur blog..sbb tgh mencarik info sal tahalluf nie pun...ade sahabat rekomen..anyway,insyaAllah we r on d 'same track'...x kisah la pun..truskan 'memberi' selagi 'terMAMPU' utk memBERI kerana ALlah...ana di antara penyokong2 yg berada di belakang akhi utk da'wah..insyaALlah..moga blog nie dpt memberi manfaat ukt jiwa yg 'mencari'..

ALlah yaftah a'laik! BarokaLlahu fiik!

Allahu'alam...wassalam

Anonymous said...

Assalamua'laikum..
saya sgt bersetuju dgn dalil yg telah saudara kemukakan, tapi saya ada 1 kemuyskilan lagi..dalil2 atau contoh2 yg saudara bagi td smua berkaitan pakatan Rasulullah saw dgn pakatan kafir bg menentang atau brlindung dari org kafir jugak. Yang sy musykilkan adelah dlm masalah negara kita, contohnye calon BN yg Islam,menentang DAP. kalau ditarjemahkan dlm bntuk prjuangan, yg ditafsirkan org ramai adelah kita(PAS) berpakat dgn DAP(bkn Islam) melawan BN(calon beragama Islam) so boleh tak saudara or sesapa sahaja boleh terangkan masalah ini?