Tuesday, October 04, 2005

Masyarakat Melayu Islam makin hanyut.....

Oleh OMAR SAIDI
"Apa hendak lagi semuanya ada, jalan tar sampai ke dapur, apa lagi hendak,"itulah kata-kata yang sangat-sangat menyakiti hati penulis.

Itulah kata-kata yang sentiasa mengetuk-ngetuk di kepala penulis. Kata-kata yang diucapkan oleh beberapa orang kampung penulis yang 'pekat Umno'.
Mereka marah kerana penulis menyertai PAS sejak dahulu, kini dan sehingga akhir hayat.

Sudah 48 tahun Malaysia merdeka. Fikiran orang-orang Melayu masih di tahap yang begitu rendah sekali rupanya.Tidak ada peningkatan. Sungguh menyakitkan.


Kenapa mereka tidak fikir nasib orang Melayu khasnya Melayu Islam.Selama 48 tahun kita merdeka inilah hasilnya. Apa yang pemerintah dan Umno buat.

Kalau dahulu negeri kita dipanggil Tanah Melayu tetapi kini Malaysia. Kini Bahasa Melayu kian terpinggir, agama Islam jauh sekali, bangsa Melayu dah banyak murtad.

Anak-anak melayu semakin lama semakin rosak. Setiap hari disogokkan dengan hiburan yang melampau, baik di kaca televisyen mahu pun di majalah dan surat khabar.

Di RTM Melaka setiap petang ibu bapa, atuk dan nenek khayal dengan 'menyandau' pada lagu 60-annya. Melayu leka.

Ketika acara sambutan kemerdekaan yang baru lalu, secara kebetulan penulis dan rakan-rakan pergi menyiasat untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku kepada rakyat Melaka khasnya bangsa Melayu semasa menyambut merdeka.

Setelah diselidik alangkah malunya, ramai anak-anak Melayu bergembira dengan minuman haram jadah, ada yang sedang bercumbu-cumbuan. Agaknya inilah erti kemerdekaan bagi mereka.

Di saat 48 tahun merdeka, anak-anak Melayu sudah tidak lagi pandai bercakap bahasa Melayu.

Kalau di kaca televisyen orang bukan Melayu, tak hendak cakap Melayu. Sementara orang Melayu pula cakap melayu sekerat cakap 'orang putih' sekerat, bak kata Dato' Seri Dr Rais Yatim, "Ular sekerat, belut sekerat.

Dan dalam pemerhatian penulis tempohari, anak-anak melayu berusia belasan tahun beramai-ramai berbasikal berduyun-duyun ke tempat sambutan kemerdekaan di Air keroh.

Dalam berduyun-duyun itu, setelah Malaysia merdeka 48 tahun, masih ramai anak-anak Melayu berada di lorong-lorong belakang bangunan dengan terhoyong hayang, di pusat-pusat serenti, pusat-pusat disko dan dangdut seperti di Taman Melaka Raya Melaka dan sebagainya.Inilah acuan yang telah dibina 48 tahun dahulu oleh Umno lama dan baru.

Kalau Unmo dahulu memang pejuang kemerdekaan tetapi Umno sekarang berjuang duit.Rasuah sana sini.

"Tak rasuah tak dapat projek,"Itulah kata-kata kawan penulis baru-baru ini.

Kalau dahulu negeri Melaka terkenal kerana pernah menjadi Pusat pemerintahan Islam tetapi kini Melaka terkenal dengan disko dan dangdutnya. Tak kurang dari 200 pusat dangdut dan Disko terdapat di negeri Melaka sahaja. Yang terbaru di Jalan Laksamana , yang dimiliki oleh orang kuat Umno Melaka.

Baru-baru ini penulis berjalan-jalan sekitar jam 2.00 pagi untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku di Bandar Melaka khasnya di Taman Melaka Raya.

Masya-allah, banyaknya dangdut.Penulis tak berani masuk kerana banyak terdapat "bouncer".

Penulis teringat dua tahun dahulu, semasa dilancarkan "Gagasan Selatan-selatan antara Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah diadakan jamuan makan sempena sambutan malam merdeka tetapi pihak polis telah menghalang kami makan bersama Tuan Guru Dato' Seri Presiden. Kononnya atas arahan orang atas, Umnolah tu..inikah yang dinamakan merdeka?

Agama Islam dan tulisan Jawi penjajah tak kacau tetapi di zaman penjajah Umno, agama dah ditukar kepada Hadhari, hendak laksanakan undang-undang Islam di zaman seperti di Terengganu dan tulisan Jawi hancur lebur.Ketika ini agak susah nak cari tulisan Jawi di masjid-masjid di seluruh Negeri Melaka dan di tepi jalan.

Kalau di daerah negeri Johor memang kita akui, tulisan Jawi masih kekal dan masih boleh dibanggakan tetapi di Melaka adalah sebaliknya.

Penulis berharap kita semua dapat menginsafi dan bermuhasabah diri.

Merenungkanlah kembali hakikat kemerdekaan yang dicapai oleh generasi zaman lalu.

Kita tidak mahu, generasi akan datang hanyut ditelah kepesatan zaman sehinggakan nilai-nilai agama, jati diri bangsa hanyut.

Insaflah.

No comments: