Monday, October 03, 2005

BAJET 2006: DARI KU UNTUK MU.......RAKYAT TERKEDU

Oleh: naj1888
Apa bezanya bajet tahun ini? Biasa saje. Bertanya kepada Pakcik yang sedang memotong gotah, "Pakcik bagaimana dengan Bajet 2006, yang di bontangkan oleh Abdullah Badawi." Jawab pakcik," Boreh nak boli pun eden tak mampu?" Bila wartawan tanya TPM, Dato' Seri Najib, beliau menjawab, "Saya yakin Bajet 2006 akan merangsang ekonomi negara."

Adakah fikirkan perbezaan jawapan antara dua individu ini? Nampaknya yang perasaan akan keuntungan Bajet 2006, adalah menteri-menterinya. Bajet ditunggu oleh para menteri untuk mengetahui seberapa banyak peruntukan untuk mereka perolehi, dan strategi yang lebih kemas akan di jalankan untuk mengaut keuntungan dari Bajet 2006 tersebut.

Jawapan yang diberi oleh penoreh getah tersebut pula bermaksud, dia tidak ambil tahu dan langsung tidak mahu tahu kerana sebelumnya juga beliau tidak tahu kerana tidak perolehi apa-apa bantuan yang dibentang pada bajet ditahun-tahun yang lepas.

Teman aku berkata, "Benda jahat kita hentam, benda baik kita tikam. Kamu ini benda baik janganlah pula dikomen."

Bukan aku tidak mahu sokong, masaalahnya, berapa kali kah bajet sudah dibentangkan, sejak dahulu, tetapi masalahnya ke mana bajet itu dibelanjakan dan berapa peratus bajet itu disapu oleh menteri jabatan itu sendiri?

Sebagai contoh terbaik ialah apabila bajet yang memperuntukkan dalam pembinaan makmal komputer. Ketika dibentangkan dahulu, rakyat gembira, menteri ketawa, kontraktor sendawa. Setelah setahun berlalu, bangunan tidak siap, komputer sudah rosak, di sekolah tiada. Anak kampung masih begitu, anak felda masih begitu, anak desa masih begitu. Apa istimewa nya budget?

Mari kita rujuk akan Bajet 2006 dan siapakah dijangka menerima dan siapakah yang akan manfaatkan bajet tersebut? Adakah di bawah ini jangkaan dan andaian atau pun kebenaran?

1. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menerima peruntukan RM600 juta dalam Bajet 2006 - ini habuan untuk Najib @ Cronya. Perlukah ditambah bajet asalnya dan apakah manfaatnya kepada negara? Selepas keluar PLKN, bil telefon meningkat kerana anak sudah jatuh cinta pandang pertama di PLKN dan perniagaan hotel bertambah untung kerana anak lepas rindu dengan kekasih yang jauh di mata di hujung minggu.

2. Kerajaan akan menyediakan RM2.1 bilion untuk pembinaan rumah golongan berpendapatan rendah - ini habuan Aziz Shamsuddin @ Cronya. Apa baiknya? Jelas merujuk pada masa yang lepas, bantuan ini bukan untuk rakyat, bantuan ini untuk penyokong UMNO. Lihat kampung anda sendiri dan anda akan tahu apa muslihat UMNO sebenar.

3. Kerajaan memperuntukkan RM5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan pelajaran dan latihan. - ini habuan Hishammuddin Hussien @ Cronya. Bantuan yang banyak tetapi buku rujukan masih perlu dibeli dan kemajuan sistem pendidikan membuatkan ibu bapa perlu labur untuk dapatkan peralatan dijual di kedai-kedai. Di zaman kita dahulu, hanya perlu beli buku tulis dan alat tulis, kini banyak lagi barangan tambahan yang sengaja diadakan.

4. RM2.5 bilion yang diperuntukkan kerajaan bagi projek kuarters dan RM3.5 bilion dan perbelanjaan mengurus dan mengekal bernilai RM493 juta - Ini habuan Khairi @ Cronya. Jumlah polis jika dibandingkan dengan rakyat jauh berbeza. tetapi membina rumah polis kosnya lebih kurang sama dengan bantuan kepada rakyat miskin. Kerana tuan akan buatkan rumah yang sedikit lebih istimewa untuk anjingnya.

Sebelum bajet dibentang, Khairi sudah sibuk melobi dan merancang untuk menjayakan projek kuarters polis, mereka sudah tahu. Menteri dan kroni tidak perlu tunggu pembentangan Bajet 2006.

Bagaimana dengan para menteri? Sedangkan rakyat hanya menunggu, menteri sudah lama berbincang dan membahagi-bahagikan peruntukan itu kepada para kroni-kroni mereka. Oleh itu, apa yang pelik sangat dengan bajet.

Kita kaji tentang kesan pembentangan budget dan di sini kita bezakan reaksi menteri-menteri dan rakyat.

A) Sebelum bajet dibentang
i) Persedian menteri
1. Menyiapkan senarai kroni dan syarikat-syarikat milik keluarga.
2. Membahagikan sesama mereka kontrak-kontrak kerajaan.
3. Merancang peratus keuntungan projek di antara menteri dan kroni. (Anggaran untung projek ialah 30% dan jangkaan perolehan menteri ialah 10%)
4. Memikirkan jawapan yang akan diberikan kepada wartawan, apabila diminta memberi komen terhadap belawan.

ii) Persedian rakyat
1. Tunggu dan lihat

B) Selepas bajet dibentang
i) Langkah-langkah menteri
1. Mengeluarkan borang tender
2. Memohon peruntukan dari kerajaan pusat
3. Melantik kontraktor
4. Menerima up-front
5. Undian dan perlantikan
6. Menerima peratus keuntungan
7. Perlaksanaan projek
8. Kutip duit bantu parti.
9. Projek terbengkalai

ii) Langkah-langkah rakyat
1. Tunggu borang permohonan
2. Ambil borang
3. Minta sokongan YB
4. Tunggu keputusan permohonan
5. Tunggu penyiapan
6. Termenung kerana projek terbengkalai

Apa yang perlu anda lakukan? Tengok dan lilihkan air liur ke dalam bekas takungan yang mempunyai kapasiti isian sebanyak 2 liter. Rakyat akan terus merana. Rakyat akan terus menderita. Melayu bukan bodoh dan Melayu bukan mudah digula-gulakan dengan bajet yang pelik-pelik. Aku tidak percaya walaupun bajet menyebut rakyat akan menerima RM1.5 juta seorang, kerana walau baik mana pun bajet negara, kalau menteri masih lagi yang sama, Melayu akan terus papa.

Kerajaan basmi kemiskinan? HAHAHAHA. Mereka ramai yang sudah berumah. Kerana apa? Kerana anak sudah besar dan kini membantu ayah dan ibu. Mereka maju sendiri, bukan dibantu. Mereka interview, naik kenderaan sendiri dan mereka kerja menggunakan tenaga dan kederat mereka sendiri. Apa yang kerajaan bantu. Adakah mereka bantu Melayu? Kemudahan adalah untuk semua bangsa seperti jalan raya, elektrik dan sebagainya. Infrastruktur ini bukan bantuan kerajaan. Ia adalah hasil dari kutipan duit rakyat dan sedangkan kini, rakyat terpaksa juga membayar tol dan bil untuk menggunakannya. Apa yang kerajaan bantu? KERAJAAN BANTU KITA UNTUK BERANGAN-ANGAN. Kalau kita terus berangan-angan dengan janji palsu kerajaan. Itu adalah sebenarnya Melayu yang malas.

Mengharapkan bajet kerajaan adalah seperti menunggu buah tidak jatuh. Seperti mengharapkan PAS menang dalam pilihan raya atau seperti menunggu Isa Samad dijatuhkan hukuman. Tunggu tetapi kita sudah tahu penghujung ceritanya. Dengan tipu helah yang bodoh dan bantuan undang-undang. PAS tidak kunjung menang seperti rakyat tunggu peruntukan yang tidak pernah kunjung datang. Ia akan hanya menjadi nyata, sekiranya kita semua berusaha. Jatuhkan Umno dengan cara yang tidak mereka jangka. Kalau berlembut, mereka sangka takut. Maka dengan kekerasan mungkin akan lebih berkesan. Tetapi diam bukan bererti kalah, tenang bukan bermakna buaya tiada di sungai, gelap bukan bermakna bulan sudah bosan, manis bukan bermakna makanan tiada garam.

Gemblengkan tenaga, gemblengkan usaha kerana aku tidak mahu dengar bajet lagi, kerana perlaksanaannya meragukan. Aku tidak mahu dengar nama Umno lagi kerana mereka adalah kerajaan yang memalukan. Jangan harap dadah terhapus, rasuah terbongkar, maksiat terhindar, kalau Umno masih kerajaan dan menteri masih meragukan.

Timbalan Perdana Menteri yakin Bajet 2006 akan merangsang ekonomi negara. Tetapi aku yakin Bajet 2006 dan sebelumnya menjana ekonomi menteri yang ada.....

Cyberluncai: "satu untuk kau, dua untuk aku...."

1 comment:

Anonymous said...

The IWJ Covers J.K. Rowling and Harry Potter
The latest issue of The Internet Writing Journal includes a feature about Harry Potter author J.K. Rowling.
Want to find Gold? Even Gold you can’t see to start with! Micron gold and gold in water? More info? Gold in Water If not SORRY to bother you! Denis