Sunday, June 05, 2005

Peneraju PAS 2005-2007



Al-hamdulillah, baru tadi (6.52pm) habis ucapan penangguhan TG Presiden yang penuh bersemangat dan bermotivasi agar mengharapkan semua peringkat bekerja untuk Jama'ah tanpa mengharap apa-apa balasan. Malah, kalau kita benar selaku pejuang (pejuang sebenar), mengharapkan kemenangan semata-mata pun sudah lari dari matlamat perjuangan. Kerana matlamat kita adalah satu, mengharap keredhaan Allah.

Kenyataan ini pelik bukan..? Tapi itulah hakikat mujahid sejati. Berjuang kerana Allah, kalah-menang urusan Allah. Kalau menang kita bersyukur, kalau kalah kita bersabar, tetapi berjuang tetap berjuang hingga akhir hayat. Akan tetapi TG mengingatkan semua bahwa; "Bersyukur sewaktu menang itu lebih afdal daripada bersabar sewaktu kalah."

Maka, marilah kita semua berjuang mengikut kadar kemampuan kita, tidak kira apa jua bentuk, tenaga, idea, penulisan, berkarya, atau apa sahaja demi memastikan Islam sebenar ini diterima semua, Insya-Allah.

Amanat besar sedang menunggu peneraju baru PAS sesi 2005/7 ini. Berikut adalah keputusan pemilihan:

Presiden(menang tanpa tanding): TG Haji Abdul Hadi. Timbalan beliau yang baru, Ustaz Nasharuddin Mat Isa 536 undi. Naib Presiden pula Haji Husam Musa mendapat 577 undi, Haji Mohamad Sabu (445 undi) dan Dato' Dr Hassan Mohd Ali (435 undi).
Manakala anggota jawatankuasa kerja PAS Pusat iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (813 undi), Dato' Kamaruddin Jaffar (768 undi), Dr Mohd Hatta Ramli (753 undi), Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib (747 undi), Ustaz Abdul Ghani Samsuddin (692 undi).

Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (680 undi), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (668 undi), Ustaz Ahmad Awang (635 undi), Ustaz Idris Ahmad (626 undi), Ustaz Hashim Jassin (605 undi), Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (605 undi), Dato' Abu Bakar Chik (566 undi), Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok (550 undi), Ustaz Mujahid Yusof Rawa (536 undi).

Ir Amiruddin Hamzah (533 undi), Dato' Wan Mutalib Embong (530 undi), Dato' Dr Mahfuz Mohamad (465 undi) dan Dr Rosli Yaakob (436 undi).

Moga-moga semua membantu mereka dalam perjuangan ini.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Sekian, wassalam.
Cyberluncai.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamulaikum,

Saya secara peribadi tidak menganggap Senator Hassan Shukri atau yang lain-lainnya kalah dalam perjuangan. Berkenaan artikel(lihat artikel di website Pas) oleh Ust Subky Latif, itu hanya promosi peribadi beliau terhadap Ust. Hassan Shukri yang sepatutnya dikenali umum terutama orang-orang muda Pas.

Akan tetapi pemilihan kali ini hanyalah untuk menentukan peneraju Pas untuk tahun 2005-2007, mungkin lain kali orang lain pula dipilih. Saya amat bersetuju dengan Saudara Mohd bin Sabu, pemilihan ini hanya penentu peneraju tahun 2005-2007, jadi kita mungkin tidak terpilih untuk kali ini tetapi mungkin terpilih untuk pemilihan akan datang. Beliau tetap bersama Pas, jatuh bangun bersama Pas walaupun pernah tiada jawatan dalam parti.

Perjuangan dalam Pas bukan bersifat individu. Seperti mana kenyataan Tok Guru Haji Hadi, tiada kumpulan dalam Pas, semua sama, muda-tua, semua berkerjasama untuk memajukan Pas. Pas berjuang secara kolektif, tiada team A atau team B. Kita semua kena bersatu dan selalu patuh dengan pimpinan. Tidak kira siapa yang dipilih. Ini kerana isu 'golongan' dalam Pas di atas pemilihan kali ini akan diper'main'kan oleh pihak musuh untuk memastikan Pas berpecah dan bertelagah antara satu sama lain.

Maka, apa tunggu lagi, hentikan perbualan dan ketidakpuasan hati terhadap pemilihan, ayuh....teruskan perjuangan, bantu mereka yang dipilih, untuk memajukan parti islam yang kita cintai ini. Awas, jangaan tertipu dengan musuh..!

Lotus 123