Wednesday, September 28, 2005

UMNO KAKI 'PENGECUT'.......

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang mengesa Kerajaan Malaysia mencontohi Kosovo walaupun baru sahaja mencapai kemerdekaan tetapi mengamalkan sistem demokrasi yang adil.

Beliau yang baru sahaja pulang dari melakukan lawatan ke Kosovo berkata demikian semasa berucap merasmikan Markas PAS Cawangan Bukit Baru Dalam baru ini.

Katanya, walaupun Kosovo baru sahaja mencapai kemerdekaan tetapi kerajaannya mengamalkan sistem demokrasi yang baik, tidak menganggu aktiviti parti pembangkang.

Kata beliau di dalam pilihan raya yang lalu Parti Islam Kosovo telah memenangi satu kerusi dan sepanjang kempen pilihan raya parti di situ tidak ditekan dengan pelbagai peraturan dan sekatan.

Beliau mengulas demikian, apabila meletakkan Malaysia sebagai perbandingan di mana pelbagai sekatan telah dilakukan terhadap parti pembangkang sehingga beberapa program dan aktiviti telah disuraikan oleh pihak berkuasa dengan gas pemedih mata.

Berikut adalah antara sekatan yang pernah dilakukan terhadap program PAS:

7 Julai 2005 – Ceramah anjuran PAS di Pasti Mak Chili diganggu pihak Polis dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan air asid. 20 orang ditahan dan beberapa orang cedera.

8 Ogos 2005 – Ceramah PAS di Pengkalan Atap yang diadakan di dalam Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit diserang oleh pihak Polis. 8 orang ditahan dan beberapa orang cedera. Salah seorang dari yang ditahan mengalami cederaan yang agak serius iaitu patah tulang betis kanan (right fibula) akibat dipukul dan dipijak oleh beberapa orang anggota FRU sebaik dia ditahan selepas ceramah.

26 Ogos 2005 – Ceramah PAS yang diadakan dalam Masjid Taqwa Batu 6 turut diserang oleh Polis mengakibatkan berlaku kekecohan dan pertempuran antara pihak Polis dan orang ramai yang marah dengan tindakan tersebut. 12 orang telah ditahan.

Gangguan di dewan tertutup

Beberapa siri ceramah PAS sebelum itu turut diganggu oleh pihak Polis walaupun telah diadakan di dewan tertutup dan pembesar suara indoor digunakan. Antaranya ialah :

12 Julai 2005 (Kg. Gong Manok, Kuala Besut) – menghalang ceramah daripada diteruskan walaupun telah ada perundingan sebelum itu.

6 Ogos 2005 (Kg. Gong Kiat, Kuala Terengganu) – menghalang terus ceramah daripada diadakan.

7 Ogos 2005 (Banggol Tok Jiring, Kuala Terengganu ) – menghalang terus ceramah daripada diadakan.

11 Ogos 2005 (Banggol Katong, Kuala Terengganu) – ceramah yang dibuat dalam rumah persendirian turut dihalang. Ceramah dipindah ke Surau Pengadang Baru turut diganggu dengan menyekat laluan utama ke surau berkenaan.

12 Ogos 2005 (Bukit Kubang Jambu dan Seberang Takir, Kuala Terengganu) – turut diganggu. Ceramah di Seberang Takir dihalang daripada menggunakan pembesar suara.

No comments: