Monday, September 19, 2005

UMNO PE'KELDAI'KAN BUDAK UNIVERSITI....

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Bahagian Pertama

Menteri Pengajian Tinggi, Dr Shafie Salleh menunjukkan teladan buruk apabila mendakwa tidak tahu menahu apabila diajukan pertanyaan mengenai isu pilihanraya kampus, yang dijangka diadakan awal Oktober depan.

Sedangkan beliaulah sebenarnya penggerak utama bagi mempastikan seluruh 17 instituti pengajian tinggi awam (IPTA) dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan pelajar pro-Umno.

Mesyuarat pertama Umno kampus

Bukti nyata menunjukkan Shafie hadir dan memberikan komitmen tidak berbelah-bagi dalam mesyuarat mingguan yang pertama, pada 13 Julai 2005, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), membincangkan langkah dan strategi perlu yang membabitkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, felo-felo dan pengetua-pengetua kolej kediaman, serta kumpulan Aspirasi (pelajar pro-Umno) bagi melumpuhkan cabaran kumpulan pelajar yang dikatakan pro-pembangkang.

Turut hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan Prof Madya Dr Muhammad Hussin - pensyarah pendidikan dan pengetua kolej Rahim Kajai UKM, yang dipinjamkan ke KPT, di Jabatan Pengurusan IPT - ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapha Mohamed.

Dua tokoh Pemuda dan Puteri Umno turut diundang, iaitu ketua-ketua biro pendidikan, Ahmad Ikmal Ismail dan Nolee Ashilin Mohamed Radzi; mereka khabarnya memberi penjelasan berkaitan pembabitan dua sayap Umno itu untuk membantu kumpulan Aspirasi menang pilihanraya kampus.

Mesyuarat itu berikutnya, yang diadakan setiap minggu pada malam Rabu, dijalankan di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC), Kuala Lumpur, yang menempatkan ibu pejabat Umno Malaysia.

Cakap bohong lama-lama jadi menteri

Dibimbangi dengan penafian Shafie bahawa dia langsung tidak tahu menahu dengan pilihanraya kampus itu boleh menyebabkan beliau dianggap berbohong, dan ini mengingatkan pantun dua kerat Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), "Siakap senohong gelama ikan duri; bercakap bohong lama-lama jadi menteri".

Dan pantun itulah yang membawa pertembungan terbuka Shafie dengan Prof Dato' Mohd Zohadie Bardaie, sehingga keluar dari mulut Shafie bahawa dialah yang membayar gaji Naib Canselor UPM itu, yang bermaksud Zohadie mesti patuh tunduk kepada kehendak dan titahnya semata-mata.

Saya tidak bermaksud mengulas kontroversi yang pasti diakhiri dengan kontrak Zahadie tidak akan disambung lagi, namun tumpuan saya lebih difokuskan kepada fenomena buruk dan menyedihkan, yang berlaku di kampus-kampus IPTA tempatan itu.

Cuba ikuti petikan interbiu wartawan malaysiakini, Beh Lih Yi dengan Shafie itu:

When are the campus elections?

Shafie: Campus elections? I don’t know, you better ask the vice-chancellors.

You are the minister who is supposed to announce the date because it is your prerogative.

No, I’m not announcing it.

But the student representative councils’ one-year term is over and it’s time for elections.

(The) officials (will) announce it.

There are many reports of (anti-establishment) students being threatened and harassed on campuses.

I don’t know, the reports didn’t come to me.

There are also allegations of interference by Umno in the campus elections.

I don’t know.



Dalam siri-siri berikutnya saya cuba melihat isu pilihanraya kampus ini dari perspektif lebih menyeluruh, dengan mengingatkan bahawa penekanan saya bukan disebabkan usaha Umno untuk memenangkan kumpulan pelajar yang menyebelahinya, tetapi berpunca langkah menjolok mata Umno memperalat dan memperkakaskan KPT, Timbalan-timbalan naib canselor (HEP), dan lebih buruk lagi apabila dana dan kemudahan awam "dilacurkan" hanya kerana kepentingan sempit di kampus-kampus.

Saya mengakui, PAS dan parti-parti pembangkang lain juga memainkan peranan aktif untuk memenangkan kumpulan pelajar yang dilihat condong kepadanya. Ia tidak perlu disembunyikan kerana sememangnya mana-mana parti yang bertarung dalam sistem demokrasi negara ini akan berusaha untuk menyemai dan menanam pengaruh di kalangan generasi muda.

Namun, biarlah semua parti-parti itu "bertanding" secara sihat; dan jangan sama sekali menggunakan kuasa dan pengaruh memperbudakkan pentadbir kanan universiti, dengan menjadikan mereka tidak lebih kuda tunggangan yang boleh diarah berbuat apa saja.

Butiran lanjut komplot yang didalangi Shafie, Setiausaha Parlimen KPT, Adham Baba, Dr Muhammad Hussin dan beberapa TNC HEP "yang lebih sudu daripada kuah" itu akan didedahkan dalam siri-siri berikutnya.

Cyberluncai: Mengikut sumber....Umno Subang Jaya jaga UM, Umno Serdang jaga UPM, Umno Bangi jaga UKM....

No comments: