Saturday, May 28, 2005

Islam Hadhari....Islam Sufi

Syabas..! ana amat berbangga kerana mempunyai seorang sahabat yang sungguh semangat dan cakne dalam mengungkapkan kembali dan membukukan peramalan serta falsafah orang-orang lama yang berhaluan tasawwuf. Yang semuanya dinyatakan dalam laman web dibawah:

klik untuk buka website ini


Akan tetapi mesti diingat, mengingati Allah sepanjang masa merupakan tanggungjawab asas kita dalam semua hal agar segala amalan kita diterima oleh-Nya.

Rasullulah SAW mengajar kita dalam pelbagai sudut kehidupan yang telah banyak disebut di dalam kitab-kitab muktabar.

Ana amat terkesan bila membaca Hadith 40 oleh Imam Nawawi yang juga menyentuh mengenai asa penting kehidupan muslim.

"Dari 'Umar ibn al-Khattab (RadiAllahi anhu),

"Suatu hari kami duduk bersama Rasullulah SAW, datang seorang pemuda yang berpakaian putih, rambutnya hitam berkilau. Tidak menunjukkannya bahwa beliau seorang musafir. Tiada dari kami mengenali beliau. Beliau duduk dekat Rasulullah SAW. Bersila dan berkata:
'O Muhammad, tell me about Islam'. The Messenger of Allah replied, 'Islam is to testify that there is no god but Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah, to establish the prayer, pay the zakat, observe the fast of Ramadan, and perform the pilgrimage to the House if you are able to do so'.
He said, 'You have spoken the truth,' and we were amazed at him asking and then verifying that he had spoken the truth. He then said, 'Inform me about Iman'.
He replied, 'It is to believe in Allah, His angels, His books, His messengers, the Last Day, and in the divine destiny of both good and evil'.
He said, 'You have spoken the truth'.
He then said, 'Tell me about Ihsan'.
He said, 'It is to worship Allah as if you see Him, for though you do not see Him, surely He sees you'.
He then said, 'Inform me about the Hour'.
He replied, 'The one who is asked knows no more than the one who is asking'.
He said, 'Tell me some of its signs'.
He said, 'That the slave-girl will give birth to her mistress, and barefoot, destitute shepherds will compete with one another in the building of magnificent buildings'.
Then he (the questioner) went on his way but I stayed with him (the Prophet) for a long while.
He said to me, 'Umar, do you know who this questioner was?'
I replied, 'Allah and His Messenger know best'.
He said, 'He was Gabriel. He came to instruct you in your religion."

Riwayat dari Sahih Muslim. (maaf kerana selebihnya dalam English)

Kalau diselami intipati hadith ini, maka kita kena mentela'ah dan mendalami juga macam mana jalan perjuangan ulama'-ulama' yang terlibat dalam 'penyikiran' anasir luar dan mempertahankan 'aqidah ummat dari diganggu gugat. Bukan hanya ulama'-ulama' yang hanya menyentuh tentang peramalan untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Anda boleh mencari dan menggali secara lanjut mengenai Tok Guru Abdul Rahman Limbung (Terengganu), Tok Janggut (Kelantan), Mat Kilau (Pahang) dan pelbagai lagi ulama' gemilang yang menghalau penjajah kerana prinsip penjajah waktu itu merosakkan 'aqidah ummah, yang ana rasa nilai perjuangan mereka lagi hebat dan menuruti perjuangan Rasulullah SAW, iaitu membebaskan ummat dari penyelewengan 'aqidah.

Apa yang nak ditekankan oleh ana, 'tasawwuf' hanyalah satu juzuk dari dalam perjuangan Rasulullah SAW. Dan perjuangan keseluruhan adalah membebaskan ummat dari 'aqidah songsang. 'Tasawwuf' adalah pra-syarat selaku pejuang, tetapi bukan pejuang kalau hanya tumpuan pada tasawwuf sahaja....Apa beza kita dengan orang yang mahukan Islam hadhari, kalau kita juga hanya mahukan Islam sufi..?

Pohon maaf kalau terkasar bahasa.

Sekian dari Akhuka Fillah....

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih atas ulasan sdra, sangat baik dan sejalan

sebuah buku bertajuk sufi mujahid baru saja kami terbitkan, antara kandungan buku ialah paparan mengenai peranan ahli dan syeikh tasawuf dalam dakwah dan jihad mereka, baik di benua india, timur tengah, nusantara termasuklah di bumi malaysia, kisah wali2 Allah yg syahid di medan jihad dsb - juga dipaparkan surat yg dikirim oleh mujahid yg sedang berperang kpd seorng abid yg hanya berzikir dan menangis di masjid, akhirnya abid tadi terus terjun ke medan jihad

jika saudara dapat membaca buku ini, saya percaya sdra akan dapat jawapan dan kefahaman yg sebaiknya insya Allah

kidipm@tm.net.my http://kidipm.cjb.net